FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

TIDUR MALAM BERKUALITI

View previous topic View next topic Go down

TIDUR MALAM BERKUALITI

Post by Fieza on Thu 22 May 2008, 9:03 pm

Tidur malam berkualiti

Oleh NURHASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


Mandian air suam, urutan dan bercerita dengan bayi dapat membantu mereka tidur nyenyak.

<HR noShade SIZE=1>



NORRASHIDAH (kiri) dan Wong Fatt Weng pada kempen untuk Ibu Menyokong Amalan Sihat Rutin Waktu Tidur di KLGCC, baru-baru ini.
<hr noShade SIZE=1>


PERSEKITARAN bilik tidur turut mempengaruhi tidur bayi sama ada waktu siang atau malam.
<hr noShade SIZE=1>

"BAYI saya kerap kali meraung apabila menjelang tengah malam, sehingga menganggu kami sekeluarga. Persoalannya, adakah dia mengalami kembung perut, keadaan lampin yang basah atau diganggu makhluk halus?
"Bagaimanakah kami dapat membendung masalah sebegini agar ia tidak berlarutan?," Begitulah luahan seorang ibu, Kartina Muhammad Nasim, 34, tentang masalah yang dihadapi anaknya setiap malam.
Kajian tidur antarabangsa yang dijalankan oleh Johnson & Johnson dan Asia Pacific Paediatric Sleep Alliance (APPSA), pada akhir tahun lepas mendapati seramai 997 ibu bapa melaporkan bayi mereka mengalami kesukaran untuk tidur lena.
Sebanyak 47 peratus atau hampir setengah daripada ibu-ibu yang terlibat dalam kajian tersebut memberitahu, mereka tidak mempunyai rutin waktu tidur yang sama bagi kebanyakan malam.
Sementara 45 peratus atau hampir setengah ibu bapa berpendapat bayi mereka mempunyai masalah tidur dan sebanyak 20 peratus ibu bapa lain melaporkan bahawa waktu untuk menidurkan bayi adalah terlalu sukar.
Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Dr. Norrashidah Abdul Wahab berkata, kekurangan rutin waktu tidur teratur dan menikmati tidur yang baik dalam jangka masa panjang akan menjejaskan daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan bayi.
"Kepentingan rutin waktu tidur yang tetap adalah bertujuan membantu kanak-kanak mengenali waktu malam serta menetapkannya sebagai masa untuk berehat dan tidur.
"Rutin waktu tidur yang tetap penting untuk membiasakan bayi berehat dan tidur dengan berkualiti agar dapat memaksimumkan kebaikan tidur itu sendiri. Secara tidak langsung, ia dapat membantu tumbesaran dari segi perkembangan sosial, kongnitif dan fizikal," ujarnya pada majlis perasmian kempen untuk Ibu Menyokong Amalan Sihat Rutin Waktu Tidur, bertempat di Kelab Golf Country Club Kuala Lumpur, (KLGCC) baru-baru ini.
Katanya, waktu tidur bayi yang baru lahir adalah selama 16 hingga 20 jam, manakala bayi yang berusia dua hingga tiga bulan menikmati waktu tidurnya lebih kurang 12 hingga 14 jam.
"Ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya mendapati bayi mereka tidur dengan lebih lama kerana ia sudah menjadi perkara biasa. Semakin meningkat usia seorang bayi, semakin berkurangan waktu tidur pada siang harinya.
"Ketika mula mengenali suasana di sekeliling, mereka akan menghabiskan masa dengan bermain, merangkak dan berjalan tanpa mengenali erti penat dan jemu. Dan ketika itulah juga, si ibu memainkan peranan penting dalam mencari masa yang sesuai untuk menidurkan mereka.
"Waktu menidurkan bayi pula bergantung kepada rutin ibu bapa itu sendiri. Kebanyakan para ibu akan menidurkan mereka sebelum melakukan kerja-kerja rumah," jelas Norrashidah berkaitan pemilihan waktu tidur yang tetap bagi seorang bayi.
Adakah konsep pengubahsuaian bilik tidur dan warna persekitarannya mempengaruhi masa tidur bayi? Persekitaran bilik tidur turut mempengaruhi waktu tidur siang dan malam bayi.
"Pencahayaan lampu tidur yang suram adalah penting untuk menentukan bayi tidur lena. Justeru, penggunaan warna-warna lembut yang meliputi dinding bilik tidur, aksesori mainan dan bunyi-bunyian juga dapat memaksimumkan masa tidur bayi berkenaan.
"Sebagai langkah memastikan bayi tidur lena, elak menggunakan warna gelap seperti hitam, ini kerana bilik akan kelihatan sempit. Cara penyusunan bantal, katil dan tilam, tidak memberi banyak kesan terhadap permasalahan ini," kongsi Norasshidah.
Paling penting kata Norrashidah, amalkan melakukan rutin tiga-langkah waktu tidur yang disarankan kempen Ibu untuk Waktu Tidur Si Manja yang disyorkan oleh Johnson & Johnson dengan sokongan daripada pakar pediatrik dari APPSA.
Caranya, mandian air suam atau mengelap bayi dengan menggunakan kain lembap suam, kemudian lakukan urutan lembut untuk merehatkan bayi dan diakhiri dengan aktiviti waktu tidur bayi yang sunyi seperti menyanyi, bercerita atau bercakap dengan perlahan.
"Tujuan utama tiga langkah ini diwujudkan adalah untuk memudahkan bayi menikmati waktu tidur malam yang berkualiti tanpa ada sebarang gangguan.
"Amalan rutin tiga-langkah ini sememangnya memberi kesan mendalam terhadap perkembangan minda dan tumbesaran bayi pada masa hadapan.
"Melalui sentuhan dan urutan manja si ibu ketika menidurkan bayi, ia dapat meningkatkan kemesraan di samping membentuk hubungan kasih dan sayang antara kedua-duanya," katanya.
Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Wong Fatt Weng pula berkata, kajian klinikal yang pertama kali dijalankan itu melibatkan 30,000 kaum ibu dari 17 buah negara merentasi Amerika Utara, United Kingdom dan Asia Pasifik. Ia bertujuan mencari corak tidur di kalangan kanak-kanak berusia dari kosong hingga 36 bulan.
Sebagai sebahagian daripada kempen Ibu untuk Waktu Tidur Si Manja, sebuah paparan video pendidikan rutin tiga-langkah waktu tidur akan disiarkan menerusi kaca televisyen, mulai bulan ini.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1491
Umur: 28
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 32
Points: 3515

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: TIDUR MALAM BERKUALITI

Post by zamasy20 on Fri 23 May 2008, 6:21 pm

sal2 fieza...
Macam mane pulak kalau mcm kite... Cool Wink

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender: Female
Jumlah Post: 396
Umur: 52
Tarikh Register: 06/10/2006
Reputation: 0
Points: 2030

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum