FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

sajian popular pulau pinang

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

sajian popular pulau pinang

Post by Fieza on Tue 10 Jun 2008, 7:19 pm

Sajian popular Pulau Pinang

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF


Selain menikmati keenakan makanan signatur Pulau Pinang, pengunjung berpeluang melihat pelbagai kebudayaan unik dari negeri utara Semenanjung Malaysia ini.

<HR noShade SIZE=1>


CITRAWARNA Malaysia 2008 kembali lagi. Sejak dianjurkan pada tahun 1999 bagi menggantikan Pesta Malaysia, acara ini sentiasa mendapat sambutan yang cukup meriah daripada pengunjung tempatan dan pelancong asing.
Ini kerana menerusi acara sebegini, pelancong asing yang melawat ke Malaysia dapat mengetahui dan mendasari budaya-budaya unik yang terdapat di Malaysia.
Justeru, bagi menyokong usaha kerajaan dalam mempamerkan dan menonjolkan keistimewaan acara Citrawarna kali ke-10 pada tahun ini, Hotel The Legend, Kuala Lumpur menganjurkan Cita Rasa Makanan dan Budaya Pulau Pinang.

<HR noShade SIZE=1>


Kemeriahan program yang dilancarkan di hotel itu baru-baru ini begitu terasa tatkala memasuki ruang dalam Restoran Di-Atas Brasserie. Pilihan dekorasinya cukup mempamerkan budaya masyarakat Pulau Pinang seperti payung kertas berwarna-warni, replika feri dan beca yang biasa digunakan di negeri itu.
Kunjungan ke sini pasti membangkitkan selera makan sebaik sahaja terbau aroma nasi kandar yang begitu menyelerakan. Hidangan nasi kandar yang disajikan dalam keadaan masih panas bersama lauk-pauk seperti ayam goreng berempah, kari kepala ikan dan daging begitu mengujakan.
SEPANJANG promosi berlangsung, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan negeri Pulau Pinang.
<hr noShade SIZE=1>

Lebih istimewa lagi menu tradisi ini dimasak oleh chef jemputan yang dibawa khas dari Pulau Pinang iaitu Chef Abdul Kinchi yang sudah 50 tahun berpengalaman dalam penyediaan nasi kandar.
Chef Abdul Kinchi, 69, atau lebih dikenali sebagai Bapa Nasi Kandar mula menceburkan diri dalam dunia masakan nasi kandar sejak zaman datuknya yang menjual nas kandar di Seberang Prai, Pulau Pinang. Pasti beliau mempunyai rahsia tersendiri bagi memastikan hidangannya menambat hati pelanggan?
"Sebenarnya, saya tidak mempunyai sebarang rahsia. Tetapi, saya akan pastikan ketika memasak, ramuan dan perencah yang digunakan adalah segar manakala jumlah herba mesti mengikut sukatan yang betul," katanya yang memasak sejak berusia 17 tahun dan kerjaya sebagai chef telah membawanya menjelajah ke seluruh negara termasuk Thailand dan Indonesia.
Selain daripada nasi kandar, para pengunjung turut berpeluang merasai sajian lain yang popular di Pulau Pinang.
Singgahlah ke gerai rojak pasembor, sup Cina dan soto ayam terlebih dahulu sebelum mengisi perut dengan laksa Pulau Pinang, sate dan popiah basah.
Kepada anda yang gemarkan masakan bergoreng, jangan ketinggalan mencuba char koay teow yang dihidangkan di atas daun pisang. Sajian mi rebus, asam laksa, murtabak dan mi hokkien pula dimasak dengan cara yang tersendiri.


<HR noShade SIZE=1>
Selepas kenyang dengan menu utama, akhiri jamuan anda dengan menikmati kuih tradisi Nyonya yang terdiri daripada ang koo, kuih talam, seri muka durian, bubur cha cha dan cendol. Aneka buah-buahan, pastri, ais krim, kek dan biskut turut disediakan.
Sebelum pulang, para pengunjung berpeluang mencuci mata untuk singgah di gerai-gerai yang menawarkan pelbagai produk. Antaranya ialah gerai kraftangan yang bercirikan Pulau Pinang, lukisan batik dan lukisan inai tangan.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1502
Umur: 30
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4265

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: sajian popular pulau pinang

Post by zamasy20 on Wed 11 Jun 2008, 3:18 pm

Eemm...best gak...boleh tak fieza jadi pemandu pelancung bila teman p sana nanti? Cool Wink

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender: Female
Jumlah Post: 396
Umur: 54
Tarikh Register: 06/10/2006
Reputation: 0
Points: 2729

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

View user profile

Back to top Go down

Re: sajian popular pulau pinang

Post by nizamsha on Wed 18 Jun 2008, 1:59 am

Ok pakat pi penang ramai....fieza nak belanje...

nizamsha
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Padam Api ler....
Gender: Male
Jumlah Post: 1340
Umur: 30
Tarikh Register: 14/09/2007
Reputation: 1
Points: 2286

Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........

View user profile

Back to top Go down

Re: sajian popular pulau pinang

Post by zamasy20 on Wed 18 Jun 2008, 10:51 pm

Moh le kite... Wink

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender: Female
Jumlah Post: 396
Umur: 54
Tarikh Register: 06/10/2006
Reputation: 0
Points: 2729

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

View user profile

Back to top Go down

Re: sajian popular pulau pinang

Post by noni on Fri 18 Jul 2008, 6:34 pm

ni yg tak sabar nak g penang ni.....nak kena penangan belanja si fieza ni.... tepuk

noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender: Female
Jumlah Post: 1174
Umur: 34
Tarikh Register: 28/12/2007
Reputation: 24
Points: 2754

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

View user profile

Back to top Go down

Re: sajian popular pulau pinang

Post by Info Bola Sepak on Sat 21 Jul 2012, 11:01 am

belanja aku sama fieza..... aku nak gak.....

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 644
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2533

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum