FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pantang larang bakal pengantin Melayu

View previous topic View next topic Go down

Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by Fieza on Tue 01 Jul 2008, 4:17 pm

Pantang larang bakal pengantin Melayu


APAKAH anda sudah bertemu pasangan yang serasi dengan diri anda?

Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang larang yang harus diikuti.

Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.

Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka. Orang Melayu yang terkenal dengan adat resamnya yang tinggi mempunyai amalan tertentu untuk kebaikan semua pihak.

Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin masa kini jarang mengamalkan petua itu, tidak rugi jika ia diikuti.

Cuba selami betul-betul supaya anda dapat mendalaminya. Jika anda merasakan ia bersesuaian, mungkin anda bersetuju dengan apa yang dikemukakan. Jika sebaliknya, abaikan saja.

<LI>Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

<LI>Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

<LI>Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

<LI>Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

<LI>Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

<LI>Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.

<LI>Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

<LI>Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

<LI>Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.

<LI>Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

<LI>Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).

<LI>Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

<LI>Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

<LI>Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.

<LI>Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

<LI>Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

<LI>Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai.

<LI>Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

<LI>Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

<LI>Elakkan minum minuman keras dan merokok.

<LI>Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

<LI>Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

<LI>Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

<LI>Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

<LI>Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

<LI>Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

<LI>Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.

<LI>Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.

<LI>Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.

<LI>Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan.

<LI>Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.

<LI>Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

<LI>Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

<LI>Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

<LI>Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

<LI>Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

<LI>Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.

<LI>Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.

<LI>Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

<LI>Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.

<LI>Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1500
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5196

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by Rays on Wed 02 Jul 2008, 10:25 am

banayk pantang larangnye vlad...
ko sebagai bakal pengantin..kena la bersedia..
ikut peraturan2 tu..

Rays
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Gender : Male
Jumlah Post : 191
Umur : 35
Tarikh Register : 23/11/2007
Reputation : 3
Points : 3329

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by sAifULwEg2510 on Wed 02 Jul 2008, 7:38 pm

banyak betul pantang larang yer...kalah kan orang baru lepas besalin la pulak...
bagus jugak ler...yang penting lepas kawin bahagia udah ler... Cool

sAifULwEg2510
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : a.m.o.
Gender : Male
Jumlah Post : 81
Umur : 36
Tarikh Register : 15/02/2008
Reputation : 0
Points : 3249

Character sheet
Mutiara Kata saya: ...fikir dan lakukan perkara yang membahagiakan kamu...

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by noni on Fri 04 Jul 2008, 5:23 am

ada diantara pantang larang tu tak leh diikut sgt......Allah s.w.t penentu segalanya.............Jgn terpesong sudah. Mad


Tp,tang buang baju atas bumbung tu MUNGKIN betul.MUNGKIN je tau bukan SURE......Hehehehe...pengalaman la tu......hehehehee.....Tp sbnrnya dah Allah s.w.t yg tentukan cuaca sesuatu tempat. Smile

noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1163
Umur : 36
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 3695

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by suring on Fri 04 Jul 2008, 1:08 pm

pantang juga bagi yang pakai baju melayu tapi tak pakai seluar hahahaha...pakai samping jer....

suring
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Timbalan pengarah JKKN.Pahang
Gender : Male
Jumlah Post : 1751
Umur : 40
Tarikh Register : 28/03/2008
Reputation : 10
Points : 4180

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by surinah on Sun 06 Jul 2008, 1:28 pm

@suring wrote:pantang juga bagi yang pakai baju melayu tapi tak pakai seluar hahahaha...pakai samping jer....


HAHAHA...LAWAK LA SURING NIE...
KALAU LAGU TU BAIK PAKAI KAIN PELIKAT JAAA....

TAPI TANG MANA NAK SELIT KERIS??? scratch scratch

CEK DOK BAYANGKAN KALAU SURING KAWEN PAKAI KAYEN PELIKAT & PASANGANNYA PAKAI KAIN BATIK...
LAGU MANA YA...MESTI GAH PUNYA...WEDDING OF THE YEAR....HAHAHAHA... gelak sakan gelak sakan

surinah
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MENGAJI
Gender : Female
Jumlah Post : 32
Umur : 36
Tarikh Register : 30/06/2008
Reputation : 0
Points : 3086

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by zamasy20 on Sun 06 Jul 2008, 4:25 pm

En suring....en suring.... Laughing gelak sakan Laughing gelak sakan

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 392
Umur : 56
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 3689

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by profesorclone on Mon 07 Jul 2008, 11:19 am

...prof rasa majorit 100% pasangan yg dah berkahwin atau akan berkahwin tidak mengikuti semua pantang larang ini..biasalah zaman moden..style moden juga kot.. Question

profesorclone
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 642
Umur : 34
Tarikh Register : 03/08/2007
Reputation : 0
Points : 3745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Wise Person Will Be Master Of His Mind..Only A Fool Will Be Its Slave..My Brain Is More Useful Than My Face..

View user profile http://www.tagged.com/profesorclone

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by suring on Mon 07 Jul 2008, 2:36 pm

saya kalau kawen nanti nak pakai baju tido je wakakakaka......

suring
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Timbalan pengarah JKKN.Pahang
Gender : Male
Jumlah Post : 1751
Umur : 40
Tarikh Register : 28/03/2008
Reputation : 10
Points : 4180

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by zamasy20 on Tue 08 Jul 2008, 12:05 pm

Hahaha....nak jimat budget le tu....ye en suring..... Wink Wink

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 392
Umur : 56
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 3689

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by aieyda on Thu 10 Jul 2008, 3:00 pm

@suring wrote:saya kalau kawen nanti nak pakai baju tido je wakakakaka......

buat lawak plak abg long nih..
tu adik2 abg long ke..hik2

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5205

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by zamasy20 on Thu 10 Jul 2008, 3:22 pm

@aieyda wrote:
@suring wrote:saya kalau kawen nanti nak pakai baju tido je wakakakaka......

buat lawak plak abg long nih..
tu adik2 abg long ke..hik2


Hahaha...itu le pasalnye...buat kenduri masa bulan posa...waktu bangun sahur....hahahaha... gelak sakan gelak sakan

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 392
Umur : 56
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 3689

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by suring on Thu 10 Jul 2008, 3:39 pm

hehehehe ida ni macam tau2 lak....betul la tu.....

suring
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Timbalan pengarah JKKN.Pahang
Gender : Male
Jumlah Post : 1751
Umur : 40
Tarikh Register : 28/03/2008
Reputation : 10
Points : 4180

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by aieyda on Thu 10 Jul 2008, 3:46 pm

@suring wrote:hehehehe ida ni macam tau2 lak....betul la tu.....

hahha..mana leh tak kenal adik sendri..hahaha..
membesar bersama dgn ribena beri..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5205

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by adilla on Sun 13 Jul 2008, 7:41 pm

hehe..ye ke ni
rasa tak sanggup lak

adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 33
Tarikh Register : 20/04/2007
Reputation : 18
Points : 3571

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by waja on Mon 14 Jul 2008, 5:49 am

buat2 sanggup hormat mentua hahahaaha

waja
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : penolong pegawai perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 64
Umur : 35
Tarikh Register : 06/10/2007
Reputation : 0
Points : 3345

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by lavender on Tue 16 Dec 2008, 3:47 am

Nak tengok gak suring berbaju tdO tme kawen.....sanggup kew die tue???

lavender
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : "JusT LoOk n CeE"...
Gender : Female
Jumlah Post : 245
Umur : 34
Tarikh Register : 22/01/2008
Reputation : 3
Points : 3203

Character sheet
Mutiara Kata saya: "LuV UrSeLf.....BeForE U LuV Others..."

View user profile

Back to top Go down

Re: Pantang larang bakal pengantin Melayu

Post by Sponsored content Today at 4:53 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum