Jawatankuasa khas pantau penyakit tidak berjangkit
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Kumpulan Paramedik :: Pegawai Kesihatan Persekitaran / Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Page 1 of 1 • Share •
Jawatankuasa khas pantau penyakit tidak berjangkit
Jawatankuasa khas pantau penyakit tidak berjangkit
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD) diketuai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, ditubuhkan hari ini.
Selain memantau dan mengawal penyakit berkenaan yang trendnya semakin meningkat, jawatankuasa itu juga dipertanggungjawabkan merumus langkah pencegahan bagi NCD seperti hipertensi, diabetes, kolesterol tinggi, masalah kesihatan mental, berat badan berlebihan dan obesiti, yang kebanyakannya berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata beliau menjangkakan jawatankuasa itu menyediakan laporan komprehensif mengenai perkara itu dalam masa sebulan.
Katanya jawatankuasa itu diilhamkan, hasil daripada mesyuarat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva Mei lalu apabila badan dunia itu menggesa negara anggota meningkatkan langkah mencegah NCD daripada menjadi bertambah buruk.
Liow berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara International Medical University (IMU) dan BP Heatlhcare Group di sini.
Mengenai langkah itu, Liow berkata tumpuan ialah kepada pendidikan dan program kesedaran mengenai gaya hidup sihat bagi orang ramai dan menerusi sukatan pelajaran bagi murid sekolah, perubahan tingkah laku serta insentif untuk menggalakkan orang ramai menjalani pemeriksaan kesihatan lebih kerap.
“Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memasukkan topik berkenaan dalam sukatan pelajaran,” katanya.
Statistik kementerian menunjukkan kadar NCD dalam kalangan orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada 2006 ialah 11.6 peratus bagi diabetes, hipertensi (32.2%), kolesterol tinggi (20.7%), masalah kesihatan mental 11.2%), berat badan berlebihan (29.1%) dan obesiti (14%).
Dalam perkembangan lain, Liow berkata kerajaan sedang berusaha menyediakan ganjaran lebih baik untuk menarik lebih ramai doktor Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara untuk berkhidmat di tanah air.
“Kami sedang mengkaji untuk memberikan kenaikan pangkat dan ganjaran lebih baik seperti diberikan jawatan Jusa A, B atau C,” katanya.
Beliau berkata program “memikat pakar” juga sebahagian strategi untuk meningkatkan jumlah doktor dan pakar di negara ini yang kini menghadapi kekurangan yang serius.
Liow berkata nisbah doktor-pesakit pada masa ini ialah 1:1,145 dan ia boleh ditingkatkan kepada 1:600 menjelang 2020. - Bernama

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1489
Umur : 34
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5693
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Kumpulan Paramedik :: Pegawai Kesihatan Persekitaran / Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
» Terjemah BM - English, 5 sen ! / Proofreading / Servis Buat Resume
» Ingin Mencari Jodoh...
» mari sembang dengan saya
» Dari MeJa KaiNKaPaN
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
» 2017 PENUH MAKNA
» mn otai2 forum paramedik?
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
» Wabak Malaria : INFO MALARIA
» Andai hari ini terakhir buatku ..
» Awek Satu Kampung
» Topik Menarik!: Lord Vlad menulis - Keluaran Khas
» heh heh...Luangkan masa anda..bersama Moderator atira
» kerja di arab saudi
» Lelaki Ibarat Kucing
» APA BEZANYA ANTARA ROMEO,PLAYBOY DAN BUAYA DARAT
» 30 fakta tentang wanita ( awek dibenarkan baca dan komen )