FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Page 1 of 8 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

View previous topic View next topic Go down

Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Post by Fieza on Thu 07 Aug 2008, 8:31 pm

Pengenalan Tibi


Bahagian Pertama

WALAUPUN rawatan perubatan moden untuk penyakit tibi adalah yang paling berkesan dan paling murah untuk sesuatu penyakit yang boleh membawa maut, tibi masih lagi merupakan salah satu punca utama kesengsaraan dan kematian di seluruh dunia.

Tibi adalah suatu penyakit berjangkit. Ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Kuman yang menyebabkan penyakit tibi ialah sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium tuberculosis.

* Sejarah

Penyakit tibi diketahui wujud sejak dari tahun 8,000 sebelum Masihi di mana terdapat kesan-kesan penyakit tibi di tulang belakang mumia Firaun.
Pada tahun 460 sebelum Masihi, Hippocrates iaitu bapa perubatan telah menamakan penyakit itu sebagai pthisis.

Ibnu Sina di dalam bukunya Kanun Perubatan mengetahui bahawa tibi diumpamakan sebagai suatu penyakit yang berjangkit.

Pada kurun ke-16, tibi dikenali sebagai consumption. Di Malaysia, pada kurun ke-20 penyakit ini dikenali sebagai “batuk kering”.

Pada tahun 1950an, penyakit tibi merupakan pembunuh utama penduduk di Tanah Melayu (Malaya). Pada tahun 1961, Program Kawalan Tibi Kebangsaan ditubuhkan dan semua pesakit tibi dirujuk ke Pusat Tibi Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori).

Pada kurun ke-19, tibi hampir memusnahkan seluruh Eropah dan Amerika. Tibi pada masa itu juga dipanggil hawar putih untuk menyamakannya dengan penyakit hawar hitam (plague) yang telah meragut banyak nyawa di benua Eropah dan Amerika pada kurun ke-18.

“Musuh” kepada kesengsaraan dan kematian manusia ini telah dikenal pasti oleh seorang ahli sains bernama Robert Koch. Beliau menemui bakteria mycobacterium tuberculosis pada 24 Mac 1883.

Mengambil sempena penemuan bakteria pada tarikh itu, 24 Mac telah dijadikan hari memperingati tibi sedunia pada tiap-tiap tahun.
Penyakit tibi tidak mengenal batasan sama ada kekayaan atau kemasyhuran seseorang.

Sebagai contoh, Elanor Roosevelt iaitu bekas wanita pertama Amerika dan George Orwell, pengarang buku pada tahun 1984 telah diserang penyakit tibi.
Ahli politik ke ahli falsafah, raja-raja ke orang biasa, pelukis ke paderi, doktor ke ahli muzik, semuanya pernah menghidap atau mati disebabkan oleh penyakit tibi.

* Situasi global

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan peningkatan penyakit tibi setiap tahun dan dianggarkan insiden tibi mencecah 12 juta sehingga tahun 2005.
Satu pertiga daripada penduduk dunia dijangkiti kuman tibi dan setiap tahun, tibi membunuh hampir dua juta penduduk dunia.

* Tuberkulosis Secara Klinikal

Kuman Mycobacterium tuberculosis merebak melalui udara dan titisan daripada pengidap penyakit tibi aktif.

Selain daripada itu, penyebaran penyakit ini adalah melalui pemakanan di mana pada suatu masa dahulu semasa susu tidak dipasturkan, kuman mycobacterium bovis dari susu lembu diminum dan menyebabkan tibi di bahagian usus.
Tibi juga boleh menjangkiti seseorang di kulit secara terus jika terdapat luka yang terbuka di kulit. Walau bagaimanapun cara yang paling biasa ialah melalui udara yang tercemar dan titisan.

Seseorang yang terdedah kepada udara yang tercemar dengan kuman tibi akan menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui hidung, mulut, larinks dan kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian tersebut.

Kuman tibi akan melalui salur pernafasan dan menghinggap di bahagian atas paru-paru (selalunya paru-paru sebelah kanan). Seseorang yang mempunyai sistem daya tahan (imuniti) yang baik boleh melawan kuman tibi ini secara semula jadi. Jangkitan kuman tibi kali pertama juga boleh diatasi dengan tidak memakan apa-apa ubat.

Bagi mereka yang sistem daya tahan badannya rendah (immunocompromised/immunosuppressed), mereka tidak terdaya untuk berbuat demikian . Mereka ini boleh mendapat jangkitan yang terus menular ke dalam salur darah dan limfa atau kedua-duanya sekali. Ini dipanggil tibi primer (Primary Tuberculosis).

Bagi mereka dengan sistem imuniti yang baik, mungkin terdapat 20 peratus kuman tibi hidup secara dorman (tidak aktif) di dalam klasifikasi granuloma (calcified granuloma).

Jika pada suatu masa sistem daya tahan badan golongan ini terjejas, kuman-kuman yang dorman itu boleh membiak semula secara aktif dan menyebabkan jangkitan tibi aktif semula (reactivation tibi).

Proses yang berlaku ialah pembentukan granuloma, radang paru-paru dan kaviti-kaviti (lubang-lubang) di dalam paru-paru.

Kuman tibi membiak secara aktif di dalam kaviti-kaviti sehingga berjuta-juta kuman berkembang dan apabila pesakit batuk, bercakap atau bersin, berjuta-juta kuman dikeluarkan ke udara seterusnya mencemari udara.

* Rawatan

Rawatan tibi melibatkan pengubatan dikenali sebagai Short Course Chemotherapy (SCC) selama enam hingga sembilan bulan.

Pada dua bulan pertama, iaitu dipanggil fasa intensif, pesakit mengambil ubat pada setiap hari. Pada bulan seterusnya, pesakit mengambil ubat dua hingga tiga kali seminggu yang dipanggil continous atau maintenance therapy.

Pemberian ubat adalah secara DOTS (Directly Observed Therapy Short Course). DOTS adalah kaedah rawatan yang mempunyai lima cabang.

Salah satu cabang DOTS ialah pesakit dimestikan memakan (menelan) ubat di hadapan pemberi rawatan atau di hadapan seseorang yang boleh dipercayai seperti anggota kesihatan, ibu, isteri, ketua kampung dan sebagainya.

Buku rawatan mesti ditandatangani. Ini adalah penting kerana rawatan tibi mengambil masa berbulan-bulan dan pesakit mesti dipastikan memakan ubat tanpa putus.

Jika tidak, penyakit boleh datang semula dan kemungkinan kuman tibi akan menjadi rentan (membentuk ketahanan) kepada ubat tibi.

– BERSAMBUNG minggu hadapan

dicetak dari utusan online

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1520
Umur: 30
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4476

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Post by Fieza on Thu 14 Aug 2008, 7:37 pm

Tibi: Tuberkulosis Ekstrapulmonari




Bahagian kedua
TIBI ekstrapulmonari (luar paru-paru) berpunca
daripada penularan kuman tibi melalui darah. Tibi ekstrapulmonari ialah
jangkitan yang menyerang mana-mana bahagian badan yang di luar paru
termasuk selaput paru-paru.
Tibi ekstrapulmonari boleh menjangkiti mana-mana sahaja bahagian badan termasuk:
- Larinks kelenjar
- Selaput paru-paru jantung
- Usus hati
- Peritoneum otak dan selaput otak
- Tulang kulit
Tibi laringitis pula adalah akibat daripada perebakan kuman tibi secara terus dari paru-
paru melalui bronkus, trakea dan ke larinks.
Risiko untuk mendapat jangkitan daripada pesakit tibi laringitis
adalah sangat tinggi kerana getaran peti suara mengeluarkan
berjuta-juta kuman tibi secara aerosol ke udara..
* Tibi kelenjar
Kelenjar yang paling biasa diserang tibi ialah kelenjar (limfa) di
bahagian leher. Simptom utama ialah kebengkakan pada kelenjar leher
secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit.
Masa beberapa minggu akan berlalu apabila pesakit mula perasan
bengkak di lehernya. Kurang daripada 20 peratus pesakit mengalami
simptom lain seperti berat badan menurun, demam, kurang selera makan,
penat atau rasa sakit.
Jika bengkak limfa ini dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan, ia
akan menjadi kronik dan pesakit hanya akan berjumpa doktor apabila
limfa bernanah dan pecah atau terbentuknya sinus yang mengeluarkan
nanah tidak berhenti.
Jika kelenjar yang terlibat adalah di bahagian sisi trakea atau sisi
bronkus, pesakit dewasa akan mengalami simptom seperti kurang selera
makan, turun berat badan, demam, sakit dada kronik, letih atau tiada
simptom langsung, tetapi terdapat kelainan dalam imej imbasan sinar-X
dada.
Bagi kanak-kanak pula, simptom adalah berkaitan dengan tibi di dalam
bronkus, di mana simptom utama adalah batuk yang sangat teruk.
Apabila bronkus tersumbat secara perlahan-lahan, nafas kanak-kanak
akan berbunyi, berlakunya sesak nafas, dan seterusnya kegagalan
pernafasan akibat saluran pernafasan tersumbat dan paru-paru tidak
boleh mengembang.
* Jangkitan tibi berlainan
- Radang pada selaput paru-
paru (pleuritis) menyebabkan cecair selaput paru-paru bertambah
(pleural effusion). Jika tidak dirawat, ini boleh bertukar menjadi
nanah (empyema).
Satu lagi komplikasi tibi pleuritis ialah pengumpulan angin antara
dua selaput paru-paru dipanggil pneumotoraks. Pesakit boleh mengadu
sesak nafas, sakit dada atau sakit di dada semasa menarik nafas.
- Tibi usus pula biasanya disebabkan oleh kuman tibi dari kahak yang
ditelan. Tempat jangkitan yang paling utama di usus ialah di kawasan
ileoceal dan perirektal.
Rasa sakit di bahagian-bahagian tersebut juga boleh menyerupai sakit
apendiks atau kanser usus besar. Tibi peritoneum (ruang abdomen) boleh
membentuk cecair serus di dalam kaviti peritoneum dan perut kelihatan
buncit disebabkan cecair.
- Tibi selaput otak (meningitis) mengakibatkan terbentuk lebihan
cecair di dalam selaput otak, hasilnya ventrikel otak mengembang dan
boleh tersumbat. Ini dikenali sebagai hidrocephalus (hidro-air,
cephalus-kepala).
- Tibi otak. Jangkitan kuman tibi pada otak boleh menyebabkan otak
membengkak dan saraf-saraf penting di bahagian bawah otak terhimpit
mengakibatkan mata kabur, mata juling dan pandangan menjadi dua (double
vision). Ujian tomografi berkomputer (computerised tomography atau CT)
otak akan menunjukkan kehadiran tuberkuloma.
- Tibi selaput jantung. Ini boleh menyebabkan terkumpul cecair di
dalam selaput jantung dan jika terlalu banyak ia menghalang jantung
daripada berdenyut, dipanggil constrictive pericarditis.
Pesakit mungkin mengadu sesak nafas, kaki boleh membengkak dan
pesakit tidak boleh baring dan terpaksa tidur dalam keadaan duduk. Ini
adalah suatu keadaan kecemasan dan cecair perlu dikeluarkan dengan
segera, jika tidak jantung boleh berhenti berdenyut dan membawa maut.
- Buah pinggang adalah organ yang mempunyai banyak pengaliran darah,
oleh yang demikian jangkitan melalui darah ke orang berkenaan adalah
agak biasa. Tempat-tempat yang boleh dijangkiti ialah ginjal, saluran
buah pinggang dan pundi air kencing.
Disebabkan saluran buah pinggang adalah halus, keadaan radang kepada
kuman tibi menyebabkan saluran ini tersumbat dan jika tidak dirawat
boleh menyebabkan air kencing dari ginjal tersumbat dan pesakit tidak
membuang air kecil. Ini boleh berakhir dengan kegagalan buah pinggang.
- Tibi juga boleh menjangkiti bahagian alat kelamin lelaki pada
prostat dan ependidimis sementara alat kelamin wanita di saluran (tiub)
falopian dan bahagian rahim, kedua-duanya boleh mengakibatkan
kemandulan.
- Tibi tulang paling biasa berlaku pada tulang belakang dan bahagian tulang yang besar seperti di lutut dan tulang pinggul.
* Diagnosis tibi ekstrapulmonari
Spesimen dari bahagian yang disyaki terlibat akan diambil untuk
ujian sapuan terus pewarnaan AFB (acid-fast bacilli) dan untuk
dikulturkan. Spesimen yang dimaksudkan boleh diambil dari:
- darah aspirasi kelenjar
- cecair paru-paru cecair peritoneum
- cecair sendi cecair jantung
- cecair selaput otak aspirasi bronkus
- air tulang sum-sum
Ujian biopsi juga boleh dilakukan untuk memastikan tiada penyakit
lain seperti barah limfa, leukaemia dan barah-barah yang lain pada
bahagian yang dijangkiti.
Biopsi boleh dilakukan pada:
* Limfa
* Selaput paru-paru
* Selaput jantung jika pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda pulih apabila dirawat
* Rawan sendi atau tulang
* Prosedur Pleuroskopi
Ini adalah prosedur yang digunakan untuk mendiagnosis dan merawat
masalah pengumpulan cecair atau angin yang berada di ruang selaput
paru-paru.
Pesakit diberi ubat bius supaya tidak berasa sakit dan tidak sedar
semasa prosedur dijalankan. Pesakit akan dibaringkan ke sisi dan alat
pleuroskop akan dimasukkan melalui hirisan (potongan) kecil yang dibuat
pada sisi dada, di antara tulang rusuk.
Cecair berlebihan, nanah atau darah akan dikeluarkan kesemuanya menggunakan alat pleuroskop.
Ruang selaput paru-paru akan kelihatan lebih jelas apabila cecair
dan sebagainya telah dikeluarkan. Ruang paru-paru dan kedua-dua selaput
paru-paru kemudian akan diperiksa.
Jika terdapat apa-apa yang tidak normal, biopsi akan dilakukan untuk
ujian lanjut. Semua bahagian yang melekat juga akan cuba dileraikan.
Setelah itu, satu tiub akan dimasukkan ke ruang tulang rusuk di
bawah tempat pleuroskop dimasukkan tadi. Prosedur ini biasanya hanya
mengambil masa satu hingga satu setengah jam.
* Rawatan tibi ekstrapulmonari
Secara umumnya, rawatan untuk tibi ekstrapulmonari adalah sama dengan tibi pulmonari.
Perbezaannya cuma pada jangka masa rawatan. Jumlah jangka masa
rawatan dipanjangkan dari enam bulan ke sembilan bulan atau satu tahun
bergantung kepada jenis tibi.
Rawatan menggunakan kortikosteroid diberi untuk penyakit tibi yang
menyerang bahagian-bahagian di mana ruang adalah kecil dan boleh
tersumbat disebabkan oleh keradangan.
Kortikoteroid diketahui boleh mengurangkan dan mengawal keradangan dan boleh digunakan untuk tibi pada bahagian:
- Jantung dan selaput jantung
- Otak dan cecair otak
- Genitourinari (buah pinggang, alat kelamin)
Rawatan adkjunktif seperti pembedahan jarang dilakukan untuk
penyakit tibi ekstrapulmonari. Pembedahan untuk tibi di selaput jantung
kadang-kala terpaksa dilakukan supaya cecair boleh dikeluarkan untuk
memudahkan jantung berdenyut. Kajian menunjukkan rawatan ini
mengurangkan kematian dan kadar sembuh yang lebih pantas.
Saraf yang terhimpit akibat tibi tulang belakang pula perlu
dilegakan dengan pembedahan di bahagian tulang tersebut kerana jika
tidak dilakukan, saraf tulang belakang mungkin mengalami kerosakan
berkekalan dan pesakit berkemungkinan lumpuh.
Nanah di bahagian abdomen yang banyak boleh dikeluarkan melalui
pembedahan kerana rawatan pengubatan tidak boleh sampai ke kawasan
tersebut.
* Kesimpulan
Semua organ di dalam badan boleh dijangkiti oleh kuman tibi melalui
saluran darah tetapi semua tibi ekstrapulmonari, melainkan pada
bahagian larinks, tidak berjangkit dan pesakit tidak perlu diasingkan.
Sesetengah rawatan bagi tibi ekstrapulmonari mengambil masa lebih
panjang iaitu antara sembilan bulan hingga ke setahun berbanding tibi
pulmonari.
Ada tibi ekstrapulmonari seperti di bahagian otak dan jantung yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dari peringkat awal.
Kaedah rawatan pengubatan boleh disusuli atau disertai dengan
rawatan prosedur invasif jika membahayakan nyawa pesakit, seperti
berlakunya empyema, hidrocephalus atau konstirktif perikarditis.
Rawatan pengubatan berpanjangan hendaklah diawasi dengan DOT
(directly observed therapy) bagi memastikan pesakit mengambil ubat
mengikut arahan doktor.

dicetak dari utusan online

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1520
Umur: 30
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4476

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Post by angellus_aniq on Thu 14 Aug 2008, 8:17 pm

nak elakkan tibi sejak azali lagi bagus kite mgamalkan minum air suam lepas bangun tido setiap pagi...itu bole mgelakkan dari kena tibi....mencegah lebih baik dari berubat...lepas tu tawakal...insyAllah bkesan...tapi kalo bagi yg da kena tibi tu...kena berubat la cari ikhtiar.ubat tu ikhtiar jerk....selebihnye Allah yg akan bagi kite sembuh ke x...Dia yg berkuasa kan....kalo dia nak hambanye itu sembuh,sembuh la ia....kalo Dia xmau bagi sembuh...berubat la cara mane pun memang xkan sembuh.teringat sebuah hadis yg berbunyi firman Allah S.W.T......'jika Aku bkehendak kan sesuatu benda,akan jadi la dia.....' dlm bahasa arab dia....'kun fayakun'....itu ayat al quran yakni bahasa arab....tapi tidak la Allah itu mgunakan pertuturan arab...para2 forum jgn terpesong situ...itu hanya la ayat yg diperturunkan dlm ayat al quran...nabi kite dulu kan org arab...dari kabilah bani hashim......yg benar datangnye dari Allah S.W.T.....yg salah datangnye dari kelemahan aniq sendiri...sekian,terima kasih utk para2 forum smer...selamat berpose n berpost....

angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender: Male
Jumlah Post: 1069
Umur: 31
Tarikh Register: 12/03/2008
Reputation: 3
Points: 2276

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Post by MLT_hidayah on Fri 15 Aug 2008, 1:27 am

kalu boleh jika ada salah seorang ahli keluarga dijangkiti TIBI, cepat2 1 family pegi klinik cek..sbb TIBI menjangkiti melalui udara...beware ya,... Cool

MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender: Female
Jumlah Post: 1537
Umur: 30
Tarikh Register: 26/02/2008
Reputation: 3
Points: 2361

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

View user profile

Back to top Go down

Re: Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Post by angellus_aniq on Fri 15 Aug 2008, 6:37 pm

org sekarang lebih dulu ingat kehidupan di bumi...dorang lupe di akhirat.......dorang lebih suke mrealisasikan alam yg nyata berbanding alam ghaib....org sekarang bukan tuhan dulu yg dia ingat....tapi KK or HOSPITAL dulu yg diingat....KENAPA? manusia semakin lupe...........

angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender: Male
Jumlah Post: 1069
Umur: 31
Tarikh Register: 12/03/2008
Reputation: 3
Points: 2276

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Post by MLT_hidayah on Sat 16 Aug 2008, 2:11 am

disamping mengingati Tuhan kita kene jugak berusaha utk mengubati penyakit..tanpa usaha kesembuhan x akan terjadi... Cool

MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender: Female
Jumlah Post: 1537
Umur: 30
Tarikh Register: 26/02/2008
Reputation: 3
Points: 2361

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

View user profile

Back to top Go down

Re: Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Post by Mohd.Azlan on Sat 16 Aug 2008, 9:17 pm

Macam kes TB saya ari 2...MDR.Lapor balai,Sebab cari dekat sabah hilang,jumpa dkt pahang....lepas 2 dekat singapore...mampui Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil @#$%^&

Mohd.Azlan
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : PPP
Gender: Male
Jumlah Post: 463
Umur: 35
Tarikh Register: 29/12/2007
Reputation: 12
Points: 2910

View user profile

Back to top Go down

Re: Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Post by angellus_aniq on Mon 18 Aug 2008, 4:12 pm

MLT_hidayah wrote:disamping mengingati Tuhan kita kene jugak berusaha utk mengubati penyakit..tanpa usaha kesembuhan x akan terjadi... Cool


berusaha tu ikhtiar ler.....yg penting ingat tuhan dulu then baru ikhtiar cari ubat2 di klinik or maner2.... Cool

angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender: Male
Jumlah Post: 1069
Umur: 31
Tarikh Register: 12/03/2008
Reputation: 3
Points: 2276

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Post by MLT_hidayah on Mon 18 Aug 2008, 7:20 pm

TIBI merebak melalui udara... Cool

MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender: Female
Jumlah Post: 1537
Umur: 30
Tarikh Register: 26/02/2008
Reputation: 3
Points: 2361

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

View user profile

Back to top Go down

Page 1 of 8 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum