FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Tak payah poligami kalau tak mampu

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by Fieza on Thu 14 Aug 2008, 2:44 pm

Tak payah poligami kalau tak mampu


KISAH minggu lalu Pil kebahagiaan hidup berpoligami membuat Hakimi
menghubungi penulis sekali lagi. Sebenarnya sudah beberapa kali Hakimi
berbuat demikian untuk menceritakan pengalaman pahit hidupnya setelah
beliau menghantar e-mel kisah hidupnya sejak bulan Mac lalu.
Tetapi penulis tidak dapat menyiarkan kisahnya kerana kurang
memahami jalan ceritanya yang berkait antara satu sama lain, namun kami
berjanji untuk bercerita dan berbual panjang, setelah berbalas SMS.
Tetapi masing-masing sentiasa sibuk dengan kerja harian. Sementara
Hakimi mengaku dia tidak pandai bercerita lebih panjang dan jelas
melalui e-mel. Katanya kalau berbual dan ditanya mungkin lebih mudah.
Oleh kerana ceritanya agak menarik juga tentang kisah hidup pahit
manis menjadi anak mangsa poligimi, maka masing-masing mencari hari
yang sesuai untuk bercerita.
Sebenarnya kami beberapa kali berjanji tetapi terpaksa ditunda
disebabkan waktu yang tidak sesuai. Namun sering menghantar SMS
berjanji dan mengharap agar kisah hidupnya dapat dipaparkan. Baru-baru
ini beliau bertanya lagi apakah kisah hidupnya masih mendapat tempat
untuk disiarkan di ruangan DCCK kegemarannya.
Ahad lalu apabila dipaparkan kisah isteri berpoligami, sekali lagi
Hakimi SMS penulis. Akhirnya Isnin lalu kami berbual dan bercerita
panjang. Maka di bawah ini saya paparkan pengalaman hidupnya yang cukup
baik dijadikan panduan terutama kepada ayah yang berhajat kahwin lagi,
fikirkanlah apakah tindakan anda baik untuk masa depan anak-anak.
‘‘Saya secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada
penulis DCCK, semoga ruang yang semuka ini mendapat pahala di sisi
Allah. Dan saya tidak pernah terlepas membeli Mingguan Malaysia setiap
Ahad semata-mata kerana mahu membaca ruangan ini, yang banyak memberi
panduan hidup kepada yang mahu mencari ilmu dan memperbaiki kehidupan.
‘‘Macam-macam masalah, ilmu dan panduan hidup boleh kita dapati
kalau kita renungkan dan membacanya dengan hati yang terbuka. Walaupun
kadang-kala kita tak tahu macam mana nak menyelesaikan masalah yang
kusut itu kalau ada orang bertanya, tetapi kalau hal rumah tangga saya
menjawab berdasarkan pengalaman dan apa kata hadis dan al-Quran.
‘‘Biarpun umur saya dah lebih 30 tahun dan masih solo, namun saya
dapat merasakan ramai wanita cuba ‘mendekati’ dan mengenali saya dengan
lebih dekat kerana mereka berminat dengan tugas saya mengajar agama
kepada kanak-kanak dan warga emas. Tetapi saya sudah tawar hati untuk
berumah tangga kerana pengalaman hidup yang amat pahit pernah saya
lalui sejak kecil lagi apabila ayah saya berpoligami.
‘‘Saya mengaku bahawa saya adalah anak dari keluarga yang
bermasalah, nak kata ibu bapa bercerai tidak pula, tetapi seumpama
mereka telah bercerai, kerana sejak kahwin baru, ayah tak peduli makan
minum kami berempat beranak. Ayah tinggalkan kami begitu saja, seperti
kata orang tua-tua, ibu saya digantung tak bertali dari umur saya tiga
tahun hingga ayah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Lebih 25 tahun.
‘‘Saya anak bongsu dari tiga beradik, ayah seorang pemandu, banyak
menjelajah utara selatan, timur barat. Menurut kata kakak, ayah memang
garang, sering marahkan emak, tak tahu apa sebabnya. Emak punyalah baik
kalau ayah balik tengah malam pun dia akan masak dan hidangkan untuk
ayah, tapi ayah cari isteri lain juga.
‘‘Sejak ayah kahwin baru, hidup kami semakin menderita, maklum
pendapatan tak seberapa. Biasanya masalah duit menjadi perbalahan.
Setelah kami membesar, barulah kami tahu ibu tiri kami pemalas dan suka
kawal ayah. Garangnya macam singa. Kalau di rumah, emak jadi sasaran
tangan ayah, tetapi di rumah isteri baru, ayah jadi mangsa piring dan
cawan terbang.
‘‘Jiran-jiran bercerita mereka pernah balutkan kepala ayah yang
berdarah dan luka teruk kena lempar piring dan pinggan. Bengkak-bengkak
di badan, dan di tangan tak usah nak cerita. Tapi ayah tak berani
tinggalkan rumah isteri barunya. Pelik juga saya fikirkan kenapa ayah
takut dengan isteri baru, tapi dengan emak, ayah jadi singa lapar macam
nak makan orang.
‘‘Sebab itu masa ayah meninggal dunia, ibu tiri menangis tak
henti-henti, kata jiran dia banyak buat dosa dengan ayah, agaknya tak
sempat minta maaflah tu.
‘‘Masa emak mula-mula dapat tahu ayah kahwin lain, emak menangis
berguling-gulang atas lantai, sebab emak sayang sangat pada ayah. Lagi
pun emak tahu ayah bukan berduit sangat, macam mana nak tanggung makan
minum dua keluarga.
‘‘Dalam pada itu ayah apabila keluar bekerja seminggu dua baru
balik, bila barang makan tak ada pada siapa emak nak minta bantu.
Apabila emak cakap dia nak cari kerja nak bantu ayah cari duit untuk
buat belanja makan minum, ayah tak izinkan.
‘‘Apabila keadaan terdesak ayah semakin jarang balik ke rumah dan
sering mengadu tak ada duit, emak terpaksa mencari kerja di bandar.
Oleh kerana kami tinggal di kampung maka emak terpaksa pindah ke tempat
dia bekerja. Emak sewa rumah kecil sekangkang kera untuk dia seorang
diri tinggal. Kata emak dia terpaksa bekerja. Lagi pun emak tak larat
berulang alik ke bandar.
‘‘Bila ayah tahu emak dah bekerja, dia mengamuk cari emak di bandar,
bila dia jumpa emak dipukulnya kepala emak dengan helmet . Emak
beritahu dia terpaksa bekerja sebab ayah tak tinggalkan duit belanja,
anak-anak dah beberap hari tak bersekolah. Tapi ayah tak peduli.
‘‘Bila ayah paksa emak balik, emak ikut balik kampung, tetapi bila
ayah pergi emak pergi kerja semula sebab masalah yang sama. Lagi pun
setelah beristeri baru ayah tak pedulikan emak, mula-mula aja marah
emak bekerja, lepas tu dia tak ambil kisah.
‘‘Pernah saya tak ke sekolah sebab tak ada kasut nak pakai. Emak
suruh saya sabar sebab dia belum dapat gaji. Ayah pula bab saya tak
pergi sekolah dia tak ambil pusing. Maaflah kaum Adam seluruh Malaysia,
sebenarnya orang lelaki ini kahwin kerana ikut hawa nafsu, bukan kerana
mampu.
‘‘Kepada sesetengah anak bila keadaan hidup begitu tertekan, duit
sekolah tak ada, kasut sekolah dah koyak, buku tulis susah nak beli,
mereka jadi tak tentu hala dalam pelajaran, mereka tak berminat
belajar, mula malas ke sekolah. Dapat anak-anak yang nakal sikit mereka
mula berkawan dengan kumpulan tak tentu hala. Bila dah terlajak nak
betulkan mereka bukan mudah.
‘‘Maaf cakaplah bila anak-anak lelaki tak minat belajar, malas ke
sekolah, bercampur dengan kumpulan yang tak ketahuan, hasilnya sudah
tentu mereka jadi mat rempit, kutu rayau, penagih dadah dan sebagainya.
Jangan salahkah mereka seratus peratus.
‘‘Tentu masalah hidup yang tak tentu hala jadi jawapannya.
Sepatutnya sebagai ibu bapa tanya diri anda apa kesilapan yang telah
anda lakukan maka anak-anak menjadi tak ketahuan hidup.
‘‘Namun masa ayah meninggal, sebagai anak lelaki, saya telah
menjalankan tugas saya terhadapnya, saya mandikan jenazahnya, kafan,
sembahyangkan, letakkan mayat dalam kubur dan baca doa atas kubur. Saya
rasa sudah lakukan yang terbaik.
‘‘Berbalik kepada cerita saya tadi, bila ayah jarang balik, emak
terpaksa bekerja di bandar, hantar kakak-kakak tinggal dengan
adik-beradik emak untuk bekerja di rumah mereka sebagai pembantu rumah
atau mengasuh anak mereka. Saya emak tinggalkan di rumah adik
perempuannya.
‘‘Setiap minggu emak balik kampung jenguk kami dan bagi duit
belanja. Makan minum kami adik beradik emak tanggung. Tapi kami
terpaksa juga bekerja di rumah mereka. Sedihnya bila Hari Raya kami
duduk di bilik sewa emak berhimpit-himpit.
‘‘Habis SRP pakcik hantar saya belajar agama pondok di utara. Saya
ikut aja asalkan dapat belajar agama, kerana saya dah mula minat dengan
agama, kerana semasa tinggal dengan pakcik, suami kepada adik emak
banyak asuh saya dalam bidang agama, sebab itu tak susah mengaji pondok.
‘‘Tapi hidup di pondok bukan senang, sebab tak ada orang nak bantu.
Bila Hari Raya atau cuti apa pun saya tak pernah balik ke kampung,
sebab tak ada duit. Saya tinggal sorang-sorang hafal kitab dan makan
nasi dengan rebus pucuk ubi.
‘‘Ayah tak pernah hantar duit selama lapan tahun saya belajar
pondok. Kerana usaha dan doa lepas sembahyang, hajat saya dimakbulkan,
saya dapat sambung belajar di luar negara.
‘‘Tak sangka abang ipar saya (suami kakak) sanggup keluar duit
hantar saya. Tapi sedihnya masa di airport tak ada siapa hantar.
Pandai-pandai sayalah nak hidup. Memang sedih meninggalkan Malaysia.
‘‘Semasa belajar pondok, saya dapat duit bila ada orang meninggal
dunia. Kat utara sana kalau kita sembahyang mayat mereka bagi RM3
seorang. Dan duit sedekah kalau ada rezeki. Semasa di luar negara pula
saya dapat duit RM10 sebulan sementara pihak kolej beri makan percuma
kepada pelajar-pelajarnya. Itulah belanja hidup yang saya dapat setiap
bulan, tetapi saya terus belajar kerana nak cari ilmu. Lagi pun dah
nasib saya duduk di kampung susah, duduk di luar negara pun susah
‘‘Nak harapkan bantuan ayah memang tak ada sebab waktu itu saya
dengar dia dah dapat tiga orang anak tentulah nak tanggung keluarga
baru. Dalam pada itu saya dapat berita ayah kahwin lagi. Ceritanya
terbongkar bila isterinya mengamuk. Saya pun pelik, ada isteri garang
macam singa pun ayah dapat kahwin juga.
‘‘Gelinya hati semasa ayah meninggal dunia, kami fikirkan cuma dua
isteri yang hadir, tetapi isterinya yang terbaru pun datang. Berita
terbaru sebelum meninggal dunia ayah kahwin lagi, isterinya masih muda.
Kawan-kawan ayah yang buka tembelang. Terkejut beruk kami sebab tak
sangka ayah berani juga kahwin lagi.
‘‘Sebenarnya kawan-kawan ayah tahu banyak cerita tentang ayah. Kata
mereka sebenarnya ayah pernah berkahwin enam kali, tetapi bukan
serentak, dalam satu-satu masa ayah ada tiga atau empat orang isteri
saja, dua lagi sudah diceraikan. Tapi mereka tak tahu sama ada ayah ada
anak ataupun tidak dengan yang dua orang tu. Setahu mereka ayah ada
anak dengan tiga orang isterinya sahaja termasuk emak saya.
‘‘Kini setelah kembali ke tanah air kira-kira dua tahun lagu, dengan
ilmu yang ada saya buka kelas agama mendidik murid-murid supaya apabila
besar nanti dan mereka ada masalah, mereka ada tempat hendak mengadu,
iaitu Allah. Dan kepada mereka yang ingin bersedekah, sumbangkanlah
sambil beramal. Kalau kita rajin bersedekah kalau kita ada masalah,
Allah akan bantu kita ringankan masalah kita, atau kepada yang ada masa
terluang ajarlah anak-anak ini mengaji tanpa bayaran, maka hati kita
akan rasa lebih tenang.
‘‘Dan berdasarkan kepada pengalaman hidup saya yang maha pahit itu,
kalau boleh saya ingin menyeru kepada kaum Adam, kalau tak berduit tak
payahlah nak berpoligami, buat susahkan hidup anak-anak aja,’’ demikian
cerita Hakimi tentang perjalanan hidupnya yang panjang dan penuh dengan
duri dan ranjau. Begitu juga dengan nasihat kepada kaum sejenisnya
kalau berhajat nak kahwin lagi.
Benar kata Hakimi, kalau tak berduit lupakanlah soal nak
berpoligami. Dan kepada mereka yang mempunyai wang yang melimpah rumah,
dalam bulan yang penuh barakah ini masanya untuk kita membuat pahala
dan beramal jariah semoga mendapat keberkatan Allah.

dicetak dari utusan online

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1500
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5199

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by angellus_aniq on Thu 14 Aug 2008, 2:54 pm

poligami hanya mampu utk laki2 yg termampu sahaja...kalo setakat utk memuaskan nafsu serakah..baik xpayah...sian kat anak2 gadis org jerk....tgk nabi muhammad dl,setiap perkawinan dia mesti bersebab...bukan kawin saje2 jerk...salah satu nye utk membela nasib org2 pompuan pada waktu tu......

angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender : Male
Jumlah Post : 1069
Umur : 33
Tarikh Register : 12/03/2008
Reputation : 3
Points : 3050

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by MLT_hidayah on Thu 14 Aug 2008, 8:55 pm

betul tu
i agree with u aniq
,, Cool

MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1534
Umur : 32
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 3132

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by watashi on Wed 03 Sep 2008, 10:53 am

sy ok apa, sy nak keluarga ramai. raya tentu meriah hehehehe

watashi
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : I.K
Gender : Male
Jumlah Post : 14
Umur : 39
Tarikh Register : 12/06/2008
Reputation : 0
Points : 3104

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by sagit's on Wed 03 Sep 2008, 4:43 pm

duit cukup ke nk kuarga ramai tu watashi...

sagit's
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : TheRaPist
Gender : Female
Jumlah Post : 728
Umur : 35
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 5
Points : 3359

Character sheet
Mutiara Kata saya: Never Say NO.. BeFore U TrY iT..

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by suring on Thu 04 Sep 2008, 6:24 am

aku akui aku memang tak mampu nak kawen...biarlah aku begini sajer...batin tak sempurna......dah cuba letak 2 biji kelapa muda memang tak larat nak angkat jadi aku membuat kesimpulan yg aku tak mampu berbanding ngan kengkawan lain lagi pun tak hensem dan keje x seberapa

suring
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Timbalan pengarah JKKN.Pahang
Gender : Male
Jumlah Post : 1751
Umur : 40
Tarikh Register : 28/03/2008
Reputation : 10
Points : 4183

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by sagit's on Thu 04 Sep 2008, 4:03 pm

bleh cayo ke suring nie...

sagit's
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : TheRaPist
Gender : Female
Jumlah Post : 728
Umur : 35
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 5
Points : 3359

Character sheet
Mutiara Kata saya: Never Say NO.. BeFore U TrY iT..

View user profile

Back to top Go down

The author of this message was banned from the forum - See the message

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by WiraTempur on Thu 09 Oct 2008, 4:40 am

alangkah senang dalam hati jika beristeri dua,
jika isteri tua merajuk balik kerumah isteri muda,
kalau kedua2 merajuk ana kawin tiga.......wahahaha......

WiraTempur
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Negeri :
Jawatan : khidmat masyarakat
Gender : Male
Jumlah Post : 463
Umur : 35
Tarikh Register : 22/08/2008
Reputation : 0
Points : 2997

Character sheet
Mutiara Kata saya: LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by angellus_aniq on Thu 09 Oct 2008, 11:06 am

kalo mampu bole aje.....hehehe.

angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender : Male
Jumlah Post : 1069
Umur : 33
Tarikh Register : 12/03/2008
Reputation : 3
Points : 3050

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by aieyda on Fri 10 Oct 2008, 7:02 pm

kalau mampu,teruskan jer..tggu pe lagik..
asal berlaku adil...

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5208

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by WiraTempur on Sat 11 Oct 2008, 5:44 am

sangup ke bermadu sampai empat...hehehehe

WiraTempur
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Negeri :
Jawatan : khidmat masyarakat
Gender : Male
Jumlah Post : 463
Umur : 35
Tarikh Register : 22/08/2008
Reputation : 0
Points : 2997

Character sheet
Mutiara Kata saya: LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by aieyda on Sat 11 Oct 2008, 10:21 am

mcm aniq ckp,boleh asal mampu..
mampu utk adil..
tapi mustahil..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5208

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by WiraTempur on Tue 14 Oct 2008, 3:28 am

tak terbang ke periuk belanga kalau tahu laki nak kawin lain.....kau sangup ke panda ada madu.......hehehehe

WiraTempur
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Negeri :
Jawatan : khidmat masyarakat
Gender : Male
Jumlah Post : 463
Umur : 35
Tarikh Register : 22/08/2008
Reputation : 0
Points : 2997

Character sheet
Mutiara Kata saya: LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by dhiyamirza on Tue 14 Oct 2008, 6:05 am

ada jugak yang bermadu tuh sebab tak mampu...yela..kalau ceraikan plak nanti nama dah kene ade kat mahkamah. kena plak bagi hasil sepencarian..kena lak bagi nafkah kat anak2...biasanya kalau dah kawen lain ni, dia gantungkan tak bertali jek...banyak jek citer dalam tv yang macam tuh. yang tak dalam tv pun ade macam tu gak..

dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3461

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by angellus_aniq on Tue 14 Oct 2008, 9:27 am

@aieyda wrote:mcm aniq ckp,boleh asal mampu..
mampu utk adil..
tapi mustahil..





hmm.....nak berlaku adil itu payah,bukan senang...tapi kalo ade komitmen yg tinggi,xmustahil bole lakukan nye.... Very Happy

angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender : Male
Jumlah Post : 1069
Umur : 33
Tarikh Register : 12/03/2008
Reputation : 3
Points : 3050

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by aieyda on Tue 14 Oct 2008, 4:55 pm

@WiraTempur wrote:tak terbang ke periuk belanga kalau tahu laki nak kawin lain.....kau sangup ke panda ada madu.......hehehehe

kalau aku ye kamen rider..buka setakat periuk belanga terbang..
lesung batu,blender,mikrowave sume aku baling
..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5208

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by aieyda on Tue 14 Oct 2008, 4:55 pm

@angellus_aniq wrote:
@aieyda wrote:mcm aniq ckp,boleh asal mampu..
mampu utk adil..
tapi mustahil..





hmm.....nak berlaku adil itu payah,bukan senang...tapi kalo ade komitmen yg tinggi,xmustahil bole lakukan nye.... Very Happy

hhehee...sib bek bukan bopren aku..kalau tak dah lama benjol itu kepala..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5208

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by WiraTempur on Wed 15 Oct 2008, 4:22 am

@aieyda wrote:
@WiraTempur wrote:tak terbang ke periuk belanga kalau tahu laki nak kawin lain.....kau sangup ke panda ada madu.......hehehehe

kalau aku ye kamen rider..buka setakat periuk belanga terbang..
lesung batu,blender,mikrowave sume aku baling
..

dasyat nya kau......sape yang bertuah dapat jadi laki kau tu....wahahahaha

WiraTempur
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Negeri :
Jawatan : khidmat masyarakat
Gender : Male
Jumlah Post : 463
Umur : 35
Tarikh Register : 22/08/2008
Reputation : 0
Points : 2997

Character sheet
Mutiara Kata saya: LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by angellus_aniq on Thu 16 Oct 2008, 12:33 pm

kalo setakat benjol kepala tu tadak hal ler...bole la ni.....hahahaha

angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender : Male
Jumlah Post : 1069
Umur : 33
Tarikh Register : 12/03/2008
Reputation : 3
Points : 3050

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by Mohd.Azlan on Thu 16 Oct 2008, 1:55 pm

akum...huhuhuuu,isu poligami lagi kalau nak dibahaskan tak abis le...nak komen

Mohd.Azlan
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 410
Umur : 37
Tarikh Register : 29/12/2007
Reputation : 12
Points : 3672

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by aieyda on Thu 16 Oct 2008, 3:24 pm

@WiraTempur wrote:
@aieyda wrote:
@WiraTempur wrote:tak terbang ke periuk belanga kalau tahu laki nak kawin lain.....kau sangup ke panda ada madu.......hehehehe

kalau aku ye kamen rider..buka setakat periuk belanga terbang..
lesung batu,blender,mikrowave sume aku baling
..

dasyat nya kau......sape yang bertuah dapat jadi laki kau tu....wahahahaha

sape yang bertuah ye..
ko la kamen rider..hahahhaaa

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5208

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by aieyda on Thu 16 Oct 2008, 3:31 pm

@aieyda wrote:
@WiraTempur wrote:
@aieyda wrote:
@WiraTempur wrote:tak terbang ke periuk belanga kalau tahu laki nak kawin lain.....kau sangup ke panda ada madu.......hehehehe

kalau aku ye kamen rider..buka setakat periuk belanga terbang..
lesung batu,blender,mikrowave sume aku baling
..

dasyat nya kau......sape yang bertuah dapat jadi laki kau tu....wahahahaha

sape yang bertuah ye..
ko la kamen rider..hahahhaaae
kalau aku nak buat dia sehelai sepinggang aku bakar je semua pakaian dia..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5208

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by aieyda on Thu 16 Oct 2008, 3:33 pm

@angellus_aniq wrote:kalo setakat benjol kepala tu tadak hal ler...bole la ni.....hahahaha

hahaha..aniq butat nak bermadu la ye...
t kita tgk besar mana benjol dia...

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5208

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by MLT_hidayah on Thu 16 Oct 2008, 8:44 pm

panda niw garang..heheheh

MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1534
Umur : 32
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 3132

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

View user profile

Back to top Go down

Re: Tak payah poligami kalau tak mampu

Post by Sponsored content Today at 11:08 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum