FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

TOYOL MATA SATU LEBIH GANAS

View previous topic View next topic Go down

TOYOL MATA SATU LEBIH GANAS

Post by Fieza on Wed 27 Aug 2008, 9:03 pm

TOYOL MATA SATU
LEBIH GANAS




Kisah ini dipetik dari majalah Alim

APABILA bercakap mengenai toyol, ramai yang akan
mengatakan mereka pernah mendenarnya, malah ada yang mengalaminya
sendiri. Tidak kurang juga yang mengatakan ianya hanyalah satu
cerita karut atau tahyul.

Biasanya toyol akan dikaitkan dengan kecurian duit. Jarang
sekali atau tidak pernah langsung mengenai toyol yang membuat
jenayah lain. Contohnya merogol atau lebih-lebih lagi membunuh.

Kalau adapun kes yang terdengar hanyalah toyol mencederakan
orang. Itupun bukan orang lain, tuan punya toyol itu
sendiri.Maklumlah, toyol yang 'dibela' akan menghisap darah dari
tuannya atau isteri tuannya. Ada yang mengatakan ini adalah
sebagai makanannya dan ada yang mengatakan ia adalah sebahagian
dari syarat perjanjian jika mahu 'membelanya'.

Biasanya toyol akan menghisap darah dari ibu jari kaki
tuannya (atau iterinya). Ia dilakukan sebulan sekali atau yang
jenis bekerja kuat akan melakukannya seminggu sekali. Ada juga
orang mengatakan bahawa sesetengah toyol akan menghisap tetek atau
menetek dari isteri tuannya.

Apabila mencuri pula, toyol selalunya hanya akan mencuri
sebahagian dari duit orang tersebut.Ia tidak akan mencuri semuanya.
Kalau diikutkan, toyol lebih berhati perut dari manusia, tidak
seperti perompak yang biasanya akan 'sapu bersih' semuanya.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa toyol juga ada banyak
jenis atau golongan. Ada jenis yang biasa, hasil kerjanya amat
sedikit, ada jenis yang standart, hasil curiannya memang besar.
Ini bergantung kepada perjanjian asal semasa hendak 'mendapatkannya'.

Seorang pengamal perubatan tradisional pernah mengatakan
bahawa toyol akan mencuri mengikut pendapatan tuannya pada hari
tersebut. Kalau tuannya bekerja dan mendapat RM50.00 sehari, maka
toyol juga akan mencuri sebanyak itu.Kalau tuannya berniaga dan
pendapatan (jualan) pada hari itu adalah RM2,000.00, maka toyol
itu pun akan mencuri sebanyak itu.

Sebab itu jika ada di kalangan peniaga pasar malam yang membawa
toyolnya sekali, alamat akan kerugianlah peniaga-peniaga lain.
Kecuali orang yang tahu untuk mengelakkan gangguan toyol ini.

Kata orang, cara yang paling mudah ialah dengan meletakkann tulan
khinzir (dibungkus) di dalam tempat menyimpan wang. Walaupun
mereka tahu bahawa cara ini adalah salah di dalam syariat.Tetapi
telah banyak terbukti bahawa cara ini adalah berkesan.

Di kalangan toyol juga, ada yang jahat. Mereka dari golongan yang
agak pemalas tetapi pintar. Toyol ini adalah toyol bermata satu.Ia
dikatakan sebagai 'gangster' di kalanga toyol. Cara kerjanya juga
agak berbeza dari toyol-toyol yang biasa.

Toyol bermata satu jarang mencuri dari manusia. Dia lebih suka
menyamun dari toyol yang lain, yang sedang dalam perjalanan pulang
dari mencuri. Oleh kerana ia tahu laluan dan masa toyol-toyol
biasa ini balik, senanglah ia menungggunya. Biasanya toyol-toyol
lain tidak dapat melarikan diri darinya.

Perkara ini menyusahkan toyol-toyol biasa. Ini adalah kerana
apabila duit yang dicuri tadi disamun oleh toyol mata satu,mereka
terpaksa pergi mencuti lagi. Kalau tidak, mereka akan tentu 'dimarahi'
oleh tuan mereka jika hasil tidak mencukupi. Dan yang paling
ditakuti, tidak dapat menghisap darah.

Toyol mata satu ini memang ganas. Matanya yang hanya ditengah dahi
di atas hidung, cepat berwarna merah. Toyol biasa amat takut
kepadanya.

Toyol mata satu juga amat susah untuk dihapuskan. Kalau toyol
biasa, ia mudah diperdaya dengan kacang hijau, ketam hidup dan
lain-lain. Apabila toyol-toyol ini sedang leka, senanglah untuk
ditangkap (oleh orang yang mempunyai ilmu tersebut).

Menurut Pak Ariffin, seorang pengamal perubatan tradisional, hanya
orang yang alim sahaja yang mampu untuk menghapuskan toyol mana
satu. Kerana ia agak cerdik dari toyol biasa. Ia tidak mudah
tertipu dengan teknik yang biasa digunakan untuk menangkap toyol.

Oleh itu, untuk menyelamatkan diri dan orang ramai dari diganggu
oleh toyol jenis ini, cara yang paling mudah ialah memagar kawasan
satu kampung berkenaan. Tetapi yang agak tidak seronok ialah orang
di tempat lain pula akan menjadi mangsa.

Pak Ariffin sendiri pernah bersemuka dengan toyol mata satu ini.
Waktu itu dia hendak menemui seorang rakannya yang mengadu duit
simpanan dari perniagaannya selalu hilang. Kalau sekali atau dua
kali mungkin perbuatan manusia, tetapi ini sudah berpuluh kali.

Kadang-kadang dalam satu hari dia kehilangan duit sehingga lima
enam kali. Pernah satu hari, selepas habis berniaga dia mengira
duitnya, ada sebanyak RM2,500.00. Apabila dia mengira sekali lagi,
sudah tinggal RM2,000.000, sedangkan baru beberapa minit berlalu.
Pening juga dia memikirkannya kerana waktu itu dia sedang
bersendirian, tidak ada orang lain.

Akhirnya dia terus bergegas ke bank untuk menyimpan duitnya.
Sampai di luar bank dia mengira semula duitnya, hanya tinggal
RM1,000.00. Dia pun segera masuk ke dalam bank, fikirannya semakin
bingung. Semasa menulis borang simpanan masuk duit, dia pun
mengira semula untuk memastikan memastikan jumlah yang tepat. Dia
semakin tidak faham kerana duit yang ada di dalam tangannya itu
tinggal tinggal RM1,000.00.

Peristiwa itu berlaku sekitar jam 9.00 malam, selepas sembahyang
isyak. Seperti biasa Pak Ariffin menunggang motosikal buruknya
menuju ke rumah rakannya itu. Dalam perjalanan kira-kira seratus
meter dari rumah rakannya, lampu motosikalnya menyuluh sesuatu
yang agak ganjil.

Pada sangkaan Pak Ariffin, dia tersuluh 'budak' yang sedang
berjalan kaki. Tetapi yang menghairankan, mengapa ' budak' itu
berani berjalan seorang diri dalam kawasan gelap. Kerana sudah
terasa ada sesuatu yang tidak kena, dia pun bersedia.

Apabila sudah semakin hampir, 'budak' itu menoleh ke arah Pak
Ariffin. Walaupun terkejut, Pak Ariffin terpaksa mengawal dirinya.
Kerana kalau tersilap langkah dia sendiri akan binasa. 'Budak'
yang bertelanjang bulat itu sebenarnya toyol. Dan yang lebih
menghairankan, toyol itu bermata satu.

Peringkat awalnya toyol itu cuba untuk membuat sesuatu kepada Pak
Ariffin. Wajahnya yang bengis, merenung tajam ke arah Pak Ariffin.
Pak Ariffin pun terus tenang dan mula membaca beberapa ayat al-Quran.
Lama-kelamaan toyol itu 'tidak tahan' dan terus melarikan diri.
Toyol itu berpaling dan menyeberangi parit dengan berlari di atas
air.

Pak Ariffin bersyukur kerana tidak ada kejadian yang tidak
diingini yang berlaku. Dia juga agak terkilan kerana tidak sempat
untuk 'menangkap' toyol itu.

Sampai di rumah rakannya itu, dia terus melakukan tugasnya. Rumah
rakannya 'dipagar', beberapa potong ayat al-Quran diberikan untuk
diamalkan.

Semenjak itu tidak ada lagi berita tentang kehilangan duit.
Rakannya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.

Pak Ariffin menerangkan ada sedikit kekeliruan tentang cerita
orang yang 'mengambil' toyol di Mekah semasa menunaikan haj. Ada
yang mengatakan mereka mengambilnya dari satu tempat di sekitar
Masjidil Haram. Ada yang mengatakan mereka membelinya dari
seseorang dengan harga tertentu dan sebagainya.


Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1508
Umur: 30
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4374

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: TOYOL MATA SATU LEBIH GANAS

Post by Fieza on Wed 27 Aug 2008, 9:03 pm

Cerita yang sebenarnya adalah berbeza sama sekali.
Orang yang berhajat sebenarnya perlu membuat amalan tertentu.
Biasanya membaca ayat-ayat al-Quran yang telah ditetapkan. Ada
cara dan tempat yang telah ditentukan. Selepas membuat segala
amalan, ia akan didatang oleh jin perempuan.

Denagan jin perempuan inilah dia akan membuat perjanjian, mereka
akan berkahwin. Perkahwinan adalah mengikut cara yang telah
ditetapkan oleh golongan jin. Bagaimana cara dan keadaan
perkahwinan itu tidak dapat diceritakan di sini.

Pada zahirnya, orang yang berhajat itu akan berkeadaan seperti
biasa. Menunaikan segala rukun-rukun dan kewajipan haji bersama-sama
dengan rakannya yang lain.

Dia juga akan balik bersama dengan rombongan haji seperti biasa.
Malah, dia mungkin lebih baik dan nampak lebih bersungguh-sungguh
dari jemaah haji yang lain.

Dalam perkahwinan itu, jin perempuan akan mengandung. Benih dari
manusia tadi akan dikandungkan mengikut tempoh yang tertentu.Ada
yang mengatakan selama 70 hari, ada selama 70 minggu, ada yang
mengatakan 17 bulan dan sebagainya. Masa juga dikira dalam alam
jin, bukan dalam alam manusia.

Apabila cukup masa mengandung, 'anak' tadi dilahirkan. Sesudah itu,
jin perempuan akan 'menghantar' anak tersebut kepada 'suaminya',
lelaki yang berhajat tadi. Maka tinggallah 'anak' hasil
perkahwinan antara jin dan manusia ini bersama 'bapanya'. Perkara
ini hanya diketahui oleh orang yang berhajat sahaja. Tetapi jika
ia perlu kepada 'penyusuan' (pada hakikatnya ia tidak menghisap
susu dari badan manusia, hanya sekadar simbolik atau syarat sahaja),
barulah isteri orang yang berhajat itu akan diberitahu. Biasanya
mereka akan takut dan keliru, tetapi setelah diceritakan kedudukan
yang sebenar, barulah mereka faham dan sanggup bekerjasama demi
mengejar 'kekayaan'!

'Membelanya' tidaklah susah. Tempat tinggalnya mudah, hanya perlu
membuatkan sebuah lubang dalam tanah di bawah rumah. Siang ia akan
tidur, malam ia akan keluar 'bekerja.'

Toyol jenis ini boleh membuat plbagai kerja, mengikut kehendak
tuannya. Selain dari mencuri duit, ia juga boleh melakukan
keganasan. Tetapi oleh kerana tidak mahu menanggung sebarang
risiko, mereka lebih suka melakukan perkara yang mudah, mencuri
sahaja.

Peringkat awal, toyol ini hanya menghisap darah dari tuannya
sahaja.
Tetapi setelah beberapa tahun dibela, toyol ini mahu sesuatu yang
agak berbeza. Ia mahu menghisap darah dari orang yang 'ditunjuk'
oleh tuannya.

Perkara seperti ini pernah terjadi beberapa tahun yang lalu,
ketika Pak Ariffin merantau di Negeri Johor. Ada seorang budak
yang suka datang ke rumah orang yang membela toyol ini. Kebetulan
anaknya sebaya, jadi dia selalu datang untuk bermain bersama-sama
dengannya.

Suatu hari, sedang dia bermain, bola yang ditendag telah meleret
masuk ke bawah rumah. Budak ini terus menyusup ke bawah rumah
untuk mengambil bola tersebut. Semasa merangkak (kolong rumah itu
rendah, sekitar tiga kaki), dia terlihat sebuah lubang yang agak
besar. Sangkanya bola itu tentu telah termasuk ke dalam lubang
tersebut.

Dia menghampiri lubang tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila
terlihat sepasang mata yang merah merenung ke arahnya. Dia pun
segera keluar dari bawah rumah. Tanpa bercerita apa-apa, dia terus
balik ke rumahnya. Dia tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa
kerana takut sesuatu yang buruk akan menimpanya.

Setelah ketakutannya reda, dengan pujukan dari anak toyol tadi,
budak ini datang semula ke rumah tersebut untuk bermain. Kali ini
tidak ada perkara ganjil yang berlaku.

Petang itu semasa budak ini hendak mandi, keluarganya menjadi
gempar keran terlihat beberapa kesan lebam di tubuhnya. Kesan itu
seolah-olah seperti gigitan dari budak kecil. Dirasakan tidak ada
apa yang merbahaya, mereka mendiamkan sahaja perkara tersebut.
Mereka hanya menyapukan ubat sahaja pada bekas gigtan itu.

Tetapi, dari sehari ke sehari, budak ini semain kurus. Selera
makan kuat, tetapi badan semakin susut. Akhirnya mereka menemui
Pak Ariffin untuk meminta bantuan darinya.

Menurut Pak Ariffin, kesan lebam itu memang gigitan dari budak
iaitu toyol. Dia boleh merawat budak itu dan seterusnya 'memagarnya'
agar tidak diganggu lagi. Tetapi ada beberapa syarat dan pantang
yang perlu dipatuhi. Jika tidak, 'pagar' akan musnah dan budak itu
akan diganggu lagi.

Selepas tiga tahun, Pak Ariffin mendengar berita bahawa budak itu
masih pergi ke tempat yang dilarang, melanggar syarat yang utama!

Membela toyol merupakan perkara yang amat bertentangan sekali
dengan ajaran Islam. Ia juga boleh merosakkan akidah tanpa
disedari. Pada zahirnya mereka mungkin nampak kaya tetapi
sebenarnya batin mereka menderita. Hati mereka tidak aman kerana
tahu mereka melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah swt.

Biasanya orang lain dapat melihat dengan jelas keadaan
kehidupannya yang agak kelam kabut. Orang lain tidak akan
menghormati dan memandang rendah kepadanya.

Dan yang paling ditakuti adalah semasa kematiannya nanti. Dapatkah
dia meminta maaf dari orang yang pernah dianiaya dan memulangkan
semula hak mereka?

Jadi,pada hakikatnya,membela toyol memang akan menyusahkan diri di
dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sanggupkah kita mendapat
sedikit kemewahan dunia sedangkan di akhirat nanti akan terus
disiksa selama-lamanya?

Tetapi syaitan amat pandai memberi jawapan, dah tua nanti buanglah
'benda' ini dan bertaubat!

Macamlah semua orang tahu bila masa ia akan mati!!!

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1508
Umur: 30
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4374

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: TOYOL MATA SATU LEBIH GANAS

Post by lavender on Wed 10 Sep 2008, 12:51 pm

Neutral

lavender
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : "JusT LoOk n CeE"...
Gender: Female
Jumlah Post: 245
Umur: 31
Tarikh Register: 22/01/2008
Reputation: 3
Points: 2346

Character sheet
Mutiara Kata saya: "LuV UrSeLf.....BeForE U LuV Others..."

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum