FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

minta pendapat untuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: minta pendapat untuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan

Post by hius2007 on Mon 09 Feb 2009, 8:15 am

Bertugas di Enforcement, akan di beri elaun isentif sebanyak RM200 sebulan. Mungkin semua PPF tak perasan bahawa elaun tersebut memang ada. Juga di nyatakan dengan jelas bahawa Peg dan PPF yg bertugas di sana akan menikmatinya. Bila sebut bab elaun ni, pihak JPA pasti terlibat. elaun tersebut telah di luluskan oleh Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ).

Apabila ianya diluluskan, pastinya terdapat tugas2 dan tanggungjawab PPF di sana. JPA tak kan luluskan jika PPF hanya goyang kaki sahaja di enforcement .

Memang kita rasa amatlah merugikan jika PPF bertugas di sana. Tetapi Peg di sana lagi rugi sebab, belajar dah sekian lama, RM banyak habis utk biasiswa, dll.

Jika sebut bahagian penguatkuasaan ni, memang banyak tugasan di sana. Antaranya ialah :

Bhg Pengubalan Undang2
Bhg Pelesenan
Bhg Penguatkuasaan
Bhg Pendakwaan
Bahagian Siasatan
Bhg Risikan
Dll.

Contohnya jika bekerja dgn Kastam. jika mereka rampas dadah, mereka sendiri akan dakwa. Begitu juga Polis, mereka sendiri akan dakwa di mahkamah. Bhg farmasi ni hanyalah sebagai garis panduan kepada semua Dr dan Premis Farmasi agar mematuhi peraturan.

Jika PPF bertugas di Bhg ini, masaalah ubat tradisional yg bersepah tu tak kan berlaku lagi. Sebab dah ramai man power.

Pada masa ini pun kita bukannya Pharmacy Technician dan Pharmacy Technologist. Tugas kita sebenarnya adalah termasuk membancuh ubat. Tugasan PPF pada hari ini ialah membantu Peg menjalankan fungsi mereka.Jika Peg merasakan PPF di perlukan di enforcement, maka kita akan ada di sana.Jika PPF nak bertukar menjadi technician/technologist, cuba lihat secara menyeluruh apa yg berlaku kpd sahabat kita di Kanada, amerika dan Britain.

Mereka ada lembaga sendiri dan ada mengendalikan peperiksaan bagi memberi lesen kpd rakyatnya. Di M'sia keahlian dlm PPFM/Union pun sekitar 60%, maksudnya lambat lagi lah. Walaupun PPFM di tubuhkan sejak 1972 dan Union sejak 1957.

Jika PPF inginkan status sebagai technician/technologist, hadirkan diri di AGM tahun ni dan rancangkan perjalanan bagi mencapainya. Jika masih setia sebagai PPF, boleh lah ikut sahaja arus perubahan yg BPF KKM sediakan. Kita tak rugi pun jadi PPF. he he he

hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 137
Umur : 52
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 3371

View user profile

Back to top Go down

Re: minta pendapat untuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan

Post by hius2007 on Fri 13 Mar 2009, 7:55 am

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009



Farmasi :

Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )

Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )

Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )

Pengurusan Ubat & IT ( U52 )

Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )

Pengurusan Kualiti ( U52 )



Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )

Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) ( U48 )

Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )

Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )

Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )

Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )

Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )

Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )

Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )

Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )



Itu sahajalah perkembangan BPF KKM



Lain-Lain Paramedik :

Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :



A KESIHATAN AWAM

Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri

- Pembangunan Kesihatan Keluarga

- Pendidikan Kesihatan



B RAWATAN PERUBATAN

- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri

- Pengurusan Hospital



C FARMASI DAN BEKALAN

( kosong tiada bahagian dan unit )



Unit-Unit Rawatan Perubatan:

Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar

Rawatan Am Pesakit Dalam

Perubatan Am

Pembedahan Am

O & G

Pediatrik

Orthopedik

Anastesiologi

ENT

Oftalmologi

Dermatologi

Neurologi

Pembedahan Neuro

Perubatan Transfusi

Perubatan Forensik

Urologi

Pembedahan Plastic

Radioterapi dan Onkologi

Pengimejan Diagnostik

Patologi

Pembedahan Kardiothorasik

Kardiologi

Perubatan Nuklear

Perubatan Respirotori

Psykiatrik dan Kesihatan Mental

Rehabilitasi



Itu sahajalah perkembangan lain lain Paramedik :



Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :

- Tugasan Penyelengaraan Setor

- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat

- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi





he he he

hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 137
Umur : 52
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 3371

View user profile

Back to top Go down

Re: minta pendapat untuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan

Post by nori on Wed 14 Oct 2009, 4:42 am

PPF boleh bertugas di mana-mana sahaja. Pokok nya gaji mesti di bayar setiap bulan. Di KKM bila sebut aje FARMASI, pasti BPF KKM terlibat. Sebab Menteri Kesihatan pun tak tahu tugas-tugas PPF. Apa yang di beritahu oleh BPFKKM, itulah tugas-tugas PPF. Kita lupakan dahulu hal ini.
Pada masa ini, tugas yang paling utama ialah meyakinkan YAB Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan agar PPF dapat Elaun Kritikal pada 2010. Cara nya mudah sahaja. Budget 2010 lagi 2 minggu akan di bentangkan. Pastikan nama PPF termasuk dalam budget dan layak dapat Bayaran Intensif Perkhidmatan Kritikal ( BIPK ). Jika nama termasuk dalam budget, tiada alasan kerajaan tak boleh bayar. Hanya 4000 jawatan sahaja. Jururawat 59,000 jawatan pun kerajaan boleh bayar 15%, tak kan PPF 4000 orang tak boleh bayar. jururawat pun dapatkan bekalan ubatan dan peralatan dari PPF jugak.
Pertama perlu emel ke PM melalui laman web satu malaysia.
Kedua buat kertas kerja komprehensif
Ketiga dapatkan sokongan BPFKKM
Keempat PPFM dan KKPFKMB jalankan tugas mereka melobi.
Kelima PPF jumpa PM di Pekan Pahang setiap hari Jumaat pagi.
Keenam barulah nama PPF masuk dalam budget.
Ketujuh semua PPF dapat BIPK.
Kelapan semua PPF perlulah tersenyum lebar.
Kesepuloh dll.
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 51
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3095

View user profile

Back to top Go down

alooo bro..

Post by Amay Batch 43 2002 on Mon 04 Jan 2010, 3:14 am

alooo broo, apa lu susah...
ini kerja lg bgs ok... lu x payah nak dispens or nak kaunseling keliling spital kan lu hanya keja g serbu jer mana2 org jual ubat tiruan terutamanya UBAT KUAT LELAKI demi menjaga kesihatan kaum kita ok...amacam bernas x idea gua...
kalau lu susah sgt lu masuk lah kerja dgn tentera ok lg bgs br lu betul2 jd PENGUATKUASAAN yg berkuasa.....yg ni betul2 bernas..
ok lah, lu mesti ingat gua dulu Pengulu 43, lu dulu batch 42 kan sama ngn Mathius bdk Sojar!!!!! tu kiri kanan kiri.... kah3...bye...take care. May God Bless U.

Amay Batch 43 2002
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Penyelia Farmasi Institut Perubatan Penerbangan TUDM KL
Gender : Male
Jumlah Post : 3
Umur : 41
Tarikh Register : 04/01/2010
Reputation : 0
Points : 2734

View user profile

Back to top Go down

Re: minta pendapat untuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan

Post by ppfkkpa on Tue 03 Aug 2010, 2:59 pm

Unit ini adalah subjektif, kastam pun terlibat, PDRM pun terlibat, APMM pun terlibat, UPP pun terlibat, farmasi hanya satu tugasan kerajaan, ianya adalah mengikut apa yang telah di gazetkan mengikut undang-undang, memang tugasan PF ada di 4 tempat, Hospital, Klinik Kesihatan, Penguatkuasaan dan Biro, bila dah ada nama di sana, tentu ada tugas yang menanti, bagi PPF, unit ni hanya budi bicara ketua jabatan, ada unit lain yang amat memerlukan tugas PPF,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 2903

View user profile

Back to top Go down

Re: minta pendapat untuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan

Post by nori on Thu 10 Mar 2011, 2:16 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Selamat bertugas kepada semua PPF, dan sedarlah bahawa memang banyak dugaan pada tahun 2011 ini. Pada masa ini tugasan PPF di unit ini hanyalah sebagai tugas terakhir iaitu mematuhi arahan pegawai atasan dari masa ke semasa, tetapi tidak mustahil pada satu hari nanti, memang ada PPF bertugas secara sepenuh masa di unit penguatkuasaan. Hanya waktu yang akan menentukannya. Pada masa ini juga diri PPF telah berjaya meningkat maju kehadapan dan setanding dengan lain-lain paramedik. Semua PPF perlu berasa selesa dengan tugasan seharian. Segala isu dan hal-hal lain, boleh di bawa ke pengetahuan pihak atasan dengan cara yang tepat dam masa yang sesuai. Tetapi masa dan kaedah penyelesaiannya pasti akan mengambil masa. Dengan taraf diploma, pastinya semua PPF telah bersedia dengan jawapan pihak atasan samaada positif atau negatif. Dan semestinya semua PPF akan di layan secara adil oleh pihak atasan. Cuma bukan semua permintaan PPF harus di penuhi Ianya bergantung kepada keadaan dan mengikut kesesuaian serta kemampuan. Apa pun PPF yang pro aktif, tidak mudah patah semangat dan putus asa, kerana terdapat berbagai prosedur, ruang, peluang dan ketika dalam menyelesaikan isu-isu PPF.

Pada hari ini kita tumpukan kepada tajuk perbezaan tugas dan tanggungjawab PPF Gred U29 / U32 (KUP) dan Gred U32 Hakiki. Memang banyak bezanya, tetapi sebagai pemegang diploma, tentu PPF telah sedia maklum ban bersedia bagi mencari titik penyelesaian. Dan bagi maksud itu, semua PPF perlulah berfikiran terbuka.


SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN.

(Ruj : KKM-55/BPF/301/002/01/Jld.2 ( 2 ) Bertarikh : 24 March 2009)


SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
YANG BERTUGAS DI FARMASI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN

1. JAWATAN DAN GRED :
Penolong Pegawai Farmasi U 29

2. HIRARKI & TANGGUNGJAWAB :
Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah pengawasan langsung Pegawai Farmasi y/m unit atau tempat bertugas.

3. DISKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas teras berkaitan dengan pengurusan setok dan bekalan, pendispensan ubatan, pengendalian produk farmaseutikal , pengumpulan data-data dan maklumat, memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih-pelatih dan lain-lain tugas yang relevan untuk menjayakan matlamat perkhidmatan farmasi hospital.

4. SENARAI TUGAS :

4.1. Teknikal :

a. Pendispensan :
Menyediakan tempat kerja sebelum dan selepas, seperti menokok tambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
Melabel dan mengisi ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang di tarima.
Menyemak kesempurnaan dan kesasihan preskripsi.
Menyemak semula ubat-ubatan yang diisikan sebelum di dispens.
Menyerahkan kepada Pegawai Farmasi untuk didispens.
Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat lepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
Mengendalikan keperluan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)


b. Pengeluaran / Penyediaan :
Membuat sedan Standard mengikut formulari hospital bagi cedan yang tidak diperolehi secara komersil.
Menyediakan sedan extemporaneous .
Membuat pencairan dan rekonstitusi persediaan ubat-ubatan yang diperlukan.
Membuat sedan steril.
Menjalankan tugas pembungkusan dan prabungkus
Memastikan semua sedan dilabel dengan sempurna.
Mengendalikan sisa klinikal.
Membuat sedan ubat-ubatan mengikut SOP dan APB.

c. Stok / Bekalan :
Melaksanakan pemeriksaan stok di kaunter atau tempat bertugas.
Membuat inden kuantiti bekalan, penerimaan dan penyimpanan dan penyusunan stok dan pengrekodan.
Membekal kepada unit pengguna dan wad secara sistem tradisional, unit of use dan unit dose.
Menjalankan tugas atas panggilan untuk menyampaikan bekalan ubatan yang diperlukan dalam aktiviti rawatan.
Pemantauan rangkaian sejuk untuk ubat-ubat yang berkenaan.
Mengenalpasti, mengasing dan melaporkan item untuk dilupuskan

4.2. Pengumpulan Data :
Merekod pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.
Menjalankan pengumpulan data berkaitan preskripsi.
Menjalankan pengumpulan data QAP , PF dan lain-lain yang diarahkan.
Memfail dan menyimpan kertas kerja, rekod kumpulan dan lain-lain rekod berkaitan kerja.

4.3. Latihan :
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang diarahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Membantu mengendalikan keperluan latihan.

4.4. Lain-lain :
Menjalankan tugas dalam kumpulan berkaitan dengan kualiti kerja seperti KMK, inovasi dan sebagainya.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlukan demi untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.


SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U 32
YANG BERTUGAS DI FARMASI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN

1. Tugas Teknikal :

a. Pendispensan :
Memastikan kaunter-kaunter mendispen dalam keadaan yang sian sedia untuk operasi harian.
Monokok tambah stok ubat-ubatan dan bahan mendispen dari sub stor ke kaunter.
Menyemak kesempurnaan dan kesahihan preskripsi.
Melabel dan mengisi ubat-ubatan yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang di tarima.
Menyemak semula ubat-ubatan yang diisi dan diserahkan lepada Pegawai farmasi untuk didispen.
Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat lepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
Merujuk kes-kes selektif untuk diberi kaunseling oleh Pegawai Farmasi.
Mengendalikan keperluan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu ( SPUB )

b. Pengeluaran / Penyediaan :
Memastikan persediaan peralatan dan tempat kerja memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Menyediakan cedan extemporaneous dan sedan tertentu.
Membuat pencairan dan rekonstitusi persediaan ubat-ubatan yang diperlukan.
Mengendalikan sisa klinikal.
Menyedia dan menyemak silang yertas verja cedan dan aktiviti pembungkusan dan prabungkus
Memastikan semua cedan dilabel dengan sempurna.
Mematuhi keperluan SOP dalam semua langkah cedan ubat-ubatan.

c. Stok / Bekalan :
Memeriksa stok dan rekod pergerakan ubat dan barang yang disimpan.
Membuat anggaran keperluan dan inden bekalan.
Mengaturkan pengangkutan dan bantuan sokongan untuk urusan bekalan.
Memeriksa dan membuat penerimaan, penyimpanan dan penyusunan stok serta rekod.
Membekal lepada unit pengguna.
Pemantauan rangkaian sejuk untuk ubat-ubat yang berkenaan.
Melaksanakan prosedur untuk pelupusan ubat dan barang.
Mengendalikan proses produk panggil balik jira ada keperluan.
Mengumpul dan mengasingkan produk untuk dilupuskan.

2 Pengumpulan Data :
Merekod pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.
Menjalankan pengumpulan data berkaitan preskripsi.
Menjalankan pengumpulan data QAP perkhidmatan farmasi
Mengemukan laporan statustik dan lain-lain data kepada pegawai atasan.
Memfail dan menyimpan yertas verja, rekod kumpulan dan lain-lain rekod berkaitan kerja.

3. Latihan :
Memainkan peranan sebagai preceptor bagi Penolong Pegawai Farmasi Pelatih.
Memberi bimbingan lepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang dirahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Membantu mengendalikan keperluan latihan.

4. Tugas Tugas Penyeliaan :
Menyediakan jadual tugas dan pengurusan cuti anggota dalam unit.
Menyemak tuntutn anggot berkaitan tugas lebih masa atau tuntutan perjalanan.
Memastikan penyelenggaraan peralatan dan fasiliti mengikut jadual.
Menjadi penilai pertama lepada Penolong Pegawai Farmasi atau anggota bawahan.
Melaporkan lepada Pegawai Farmasi y/m atau Pegawai Perubatan dan Kesihatan yang mengetuai unit Semarang masaalah atau inciden yang berlaku.
Melakukan lawatan penyeliaan bersama Pegawai atasan.

5. Lain-lain :
Menjalankan tugas dalam kumpulan berkaitan dengan kualiti verja seperti KMK, innovis dan sebagainya.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlu demi untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Membantu pihak atasan dalam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan untuk komuniti.
Menjalankan tugas gantian di klinik lain apabila diperlukan.
Melakukan lawatan penyeliaan bersama Pegawai atasan.
Melaksanakan langkah-langkah dan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi fasiliti dan pekerja dalam unit Farmasi.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.


Segala pendapat, padangan, cadangan, coretan dan nukilan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara yang sama dari sudut yang sama juga,

Tamat : 10 Mac 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 51
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3095

View user profile

Back to top Go down

Re: minta pendapat untuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan

Post by nori on Fri 18 Oct 2013, 4:58 pm

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
PPF dan bidang penguatkuasaan memang tidak boleh di pisahkan. Atas nama jawatan PPF, apabila ada PF di sana, pasti akan ada PPF sebagai pembantu. Tetapi jika PPF menjayakan strategi lautan biru iaitu kerja sama antara PPF dan PF, segala nya akan di permudahkan.


Seterusnya pada hari ini terdapat peluang yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyuarakan hasrat melalui
TINJAUAN ASPIRASI MASYARAKAT
Kajian semula pelan strategic
Pengajian Tinggi Negara ( PSPTN )
2007 – 2020 ( berbaki 7 tahun sahaja )
 
Teras PSPTN
Akses dan meningkatkan ekuiti
Kualiti pengajaran dan pembelajaran
Penyelidikan dan inovasi
Memperkasa institusi pengajian tinggi
Pengantarabangsaan
Pembelajaran sepanjang hayat
System penyampaian kementerian
 
Untuk sebarang pertanyaan hubungi urus setia
03 87253592 / 03 89248277 / 03 89248795
 
Fax : 03 89248013
 
Website : http://www.moe.gov.my/
 
Terdapat 6 lokasi bagi menyampaikan cadangan dan di harap semua PPF dapat menghadirkan diri melalui biro pendidikan persatuan PPF dan biro pendidikan kesatuan PPF agar suara PPF dapat di dengar.
 
Dan selepas ini tidak akan timbul masaalah kekurangan PPF bagi meneruskan kursus pos basic.
 
Juga pertukaran nama pos basic kepada advance diploma akan dapat di terjemahkan.
 
PPF juga boleh memohon bidang- bidang baru bagi kursus advance diploma.
 
Antara yang boleh diketengahkan ialah nama jawatan PPF pada masa hadapan, tambahan kelayakan bagi PPF dan antaranya ialah Dip in Pharmacy ( IPTA / IPTS ) dan Advance Dip in Pharmacy ( kaunselling, CDR, TPN, Aseptik, DLL )
 
Tetapi jika PPF memilih bagi menjayakan Strategi Lautan Biru ( Blue Oceon strategy ) bersama PF, biarlah hanya PF sahaja yang hadir dan PPF cuma perlu jayakan sahaja Strategi Lautan Biru tersebut. Pada hari ini National Blue Oceon Strategy ( NBOS ) antara PDRM dan ATM telah mengadakan program derma darah bersama. Itulah kebaikan NBOS.
 
Perjalanan tahun 2013 telah tiba di bulan Oktober dan sememangnya BPF KKM sentiasa menyokong usaha-usaha murni PPF dan bergantunglah kepada tahap usaha dan ikhtiar hidup PPF sendiri. SURVIVAL.
 
Dan diiharap semua PPF telah melalui dan menjayakan aktiviti seperti berikut :
 
13 dan 14 September 2013 adalah AGM PPFM dan tahniah kepada yang berjaya dan tunggulah tugasan yang menanti.
27 dan 28 September 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat PTJ iaitu Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah.
11 dan 12 Oktober 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat Negeri JKN.
25 dan 26 Oktober 2013 AGM Kesatuan PPF di Terengganu. Segalanya akan di bentangkan di sana.
 
Dan semua mesyuarat / pertemuan / perjumpaan / perbincangan di atas perlulah di rekodkan dan di minitkan serta perlu dibawa pada mesyuarat PPF di Terengganu nanti. Dan yang paling penting sekali ialah tidak melupakan jasa dan pengorbanan ketua profesyen dan segalanya perlulah di maklumkan kepada beliau kerana beliau mempunyai kedudukan dan peranan yang penting bagi peningkatan PPF.
 
Dan bagi menjayakan segalanya ialah semua PPF perlu hadir ke INTAN dan mengikuti Kursus Penyediaan Minit Mesyuarat Yang Berkualiti. Intan adalah di bawah JPA. Seterusnya ialah PPF dan INTAN berpisah tiada.
 
Persidangan PPF Peringka tKebangsaan di Kuala Terengganu pada 25 dan 26 Oktober nanti.
 
Pengisiannya ialah
Continous Pharmaceutical Education (CPE)
AGM Kesatuan PPF
Lawatan Sambil Belajar
Harap ramai PPF hadir.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tamat
 
18 Okt 2013
 

 
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 51
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3095

View user profile

Back to top Go down

Re: minta pendapat untuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum