FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Hai..mana kawan2 PKA ni....

View previous topic View next topic Go down

Hai..mana kawan2 PKA ni....

Post by HH on Wed 22 Oct 2008, 4:19 pm

jomla kawan2 pka..sama-sama kongsi maklumat kat sini...

Surprised

HH
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : PPP
Gender: Male
Jumlah Post: 412
Umur: 37
Tarikh Register: 06/05/2007
Reputation: 19
Points: 3380

View user profile

Back to top Go down

Re: Hai..mana kawan2 PKA ni....

Post by wanzsafwan on Mon 02 Nov 2009, 4:28 pm

nk maklumat ape???
kalo ader² yg nk tnya, aku sedapa upaya nk tolong....

wanzsafwan
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam
Gender: Male
Jumlah Post: 7
Umur: 29
Tarikh Register: 14/09/2009
Reputation: 0
Points: 1850

View user profile

Back to top Go down

Re: Hai..mana kawan2 PKA ni....

Post by pkazaini on Sat 13 Mar 2010, 4:41 pm

nk senarai tugas ker cmner

pkazaini
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam
Gender: Male
Jumlah Post: 2
Umur: 27
Tarikh Register: 13/03/2010
Reputation: 0
Points: 1665

View user profile

Back to top Go down

Re: Hai..mana kawan2 PKA ni....

Post by faisalhalim on Sun 21 Mar 2010, 4:19 pm

nk kongsi maklumat n nk cari pengalaman jom dtg kt PKD PETALING.
mcm2 ada...

faisalhalim
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : PEMBANTU KESIHATAN AWAM
Gender: Male
Jumlah Post: 6
Umur: 28
Tarikh Register: 21/03/2010
Reputation: 0
Points: 1661

View user profile

Back to top Go down

Re: Hai..mana kawan2 PKA ni....

Post by pkazaini on Mon 22 Mar 2010, 6:54 pm

dah pegi PKD petaling

pkazaini
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam
Gender: Male
Jumlah Post: 2
Umur: 27
Tarikh Register: 13/03/2010
Reputation: 0
Points: 1665

View user profile

Back to top Go down

Re: Hai..mana kawan2 PKA ni....

Post by faisalhalim on Wed 24 Mar 2010, 7:46 am

mau skop tugas pka yg baru ke?
skrg dlm proses lg kt kkm

faisalhalim
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : PEMBANTU KESIHATAN AWAM
Gender: Male
Jumlah Post: 6
Umur: 28
Tarikh Register: 21/03/2010
Reputation: 0
Points: 1661

View user profile

Back to top Go down

Re: Hai..mana kawan2 PKA ni....

Post by faisalhalim on Wed 24 Mar 2010, 7:48 am

























PROGRAM
KESIHATAN AWAM



KEMENTERIAN
KESIHATAN AWAM



TARIKH
: 1 JULAI 2008






KANDUNGAN





BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1

Tujuan



2

Pendahuluan



3

Penempatan



4

Tugas Dan Tanggungjawab Pembantu Kesihatan
Awam Gred U17




5

Tugas Dan Tanggungjawab Pembantu Kesihatan
Awam Gred U22




6

Tugas Dan Tanggungjawab Pembantu Kesihatan
Awam Gred U24




7

Tarikh Berkuatkuasa





























SKOP KERJA, FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU KESIHATAN
AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA









1. Tujuan


Garis
panduan ini bertujuan untuk mengemaskini dan menjelaskan skop kerja, fungsi dan
tanggungjawab pembantu kesihatan awam yang bertugas di kementerian kesihatan
awam di semua peringkat.






2. Pendahuluan


Selaras
dengan penarafan skim perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dari gred U11
ke gred U17 melalui perkeliling perkhidmatan Bil.3. Tahun 2006 maka ada
keperluan untuk memperkemaskan fungsi, peranan dan tanggungjawab dalam
melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit yang
menjurus kepada halatuju dan pembangunan kerjaya anggota kesihatan awam selari
dengan visi dan misi kementerian kesihatan Malaysia.






3. PENEMPATAN


a)
Ibu
Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.



b)
Jabatan
Kesihatan Negeri



c)
Pejabat
Kesihatan Daerah



d)
Kolej
Latihan Kesihatan



e)
Pelabuhan/
Lapangan Terbang/ Kawasan Sempadan



f)
Pejabat
Subsector Di Kawasan Pendalaman



g)
Klinik
– Klinik Kesihatan.



h)
Hospital


i)
Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli












TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17






4. AKTIVITI KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT





4.1 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU
KESIHATAN AWAM U17






4.1.1 EPIDEMIOLOGI


a)
Membantu
mendapatkan data-data lengkap notifikasi penyakit dari semua sumber notifikasi.



b)
Membantu
dalam penyiasatan kes penyakit berjangkit.



c)
Pengesanan
konteks pesakit TB/ Kusta.



d)
Memantau
pesakit mendapatkan rawatan penuh dan rawatan susulan keatas kes-kes tertentu.






4.1.2
KAWALAN AGEN PENYAKIT (MIKROBIOLOGI)



a)
Menyediakan
peralatan PPE (Personal Protection Equipment) dan bahan disinfeksi dalam
kerja-kerja kawalan penyakit.



b)
Menjalankan
disinfeksi di lapangan.



c)
Menjalankan
disinfeksi di “discharge points” bagi bilik pengasingan dan septic tank di
hospital dan pusat –pusat pemindahan bencana.



d)
Menjalankan
pengklorinan system-sistem bekalan air masyarakat semasa berlaku wabak dan
selepas berlaku bencana.
























4.1.3 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG


Membantu
penolong pegawai kesihatan persekitaran dalam penguatkuasaan akta pencegahan
dan pengawalan penyakit berjangkit 1988, termasuk :-



(a)
Dalam
proses penutupan premis



(b)
Perintah
requisisi premis untuk tujuan rawatan atau pengasingan / kuarantin semasa
wabak.



(c)
Proses
pengasingan dan kuarantin bagi pesakit atau konteks.



(d)
Memusnahkan
bahan – bahan tercemar.



(e)
Aktiviti
eksport dan import mayat yang disebabkan oleh penyakit berjangkit.



(f)
Pemantauan
aktiviti pengkebumian mayat akibat penyakit berjangkit.



(g)
Membantu
dalam aktiviti penyerahan kompaun / perintah bagi kesalahan di bawah akta
pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988.






4.1.4 PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT


Membantu
di dalam aktiviti mengumpul data dan maklumat kawalan penyakit berjangkit
secara sistematik, termasuklah :-



(a)
Menyediakan laporan harian, mingguan, bulanan dan
tahunan.



(b)
Menyediakan
data paparan maklumat seperti graf dan tabulasi atau taburan kes mengikut
angkubah epidemiologi.



(c)
Merekod,
mengemaskini maklumat pesakit dalam buku daftar penyakit.



(d)
Mengemaskini
maklumat notifikasi dalam program web base E-Notis & Vekpro.






4.1.5 Tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh pihak atasan.
























5. AKTIVITI
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN.






5.1 SENARAI
AKTIVITI – AKTIVITI UTAMA



(a)
Pemeriksaan
dan penilaian premis makanan.



(b)
Pengambilan
sampel makanan



(c)
Penguatkuasaan
dan Pendakwaan.



(d)
Promosi
kesihatan & Laporan.






5.1.1 PEMERIKSAAN
DAN PENILAIAN PREMIS MAKANAN



(a)
Menyediakan
peralatan dan keperluan serta membantu penolong pegawai kesihatan persekitaran
untuk menjalankan aktiviti pemeriksaan dan penilaian kebersihan premis makanan.



(b)
Mengemaskini
daftar rekod premis



(c)
Mengemaskini
rekod daftar pengendali makanan.



(d)
Mengemaskini
rekod pengeluaran sijil kesihatan.



(e)
Menjalankan
pemeriksaan premis kategori gerai/ warung statik/ non-stastik.






5.1.2 PERSAMPELAN
MAKANAN



(a)
Menyediakan
peralatan dan keperluaan serta membantu penolong pegawai kesihatan persekitaran
untuk menjalankan aktiviti persampelan makanan.



(b)
Mengemaskini
daftar rekod persampelan makanan.



(c)
Menjadi
jurufoto forensic persampelan.






5.1.3 PENGUATKUASAAN
PENDAKWAAN



(a)
Membantu
penolong pegawai kesihatan persekitaran persiapan peralatan dan bahan
keperluaan dalam aktiviti operasi bersepadu.



(b)
Saksi
dalam kes pendakwaan di mahkamah.



(c)
Membantu
penolong pegawai kesihatan persekitaran dalam penyediaan kertas siasatan.



(d)
Merekod
dan menyelenggara barang-barang kes dan stor sampel makanan.






5.1.4 PROMOSI
KESIHATAN DAN LAPORAN



(a)
Membantu
penolong pegawai kesihatan persekitaran dalam menyediakan bahan-bahan dan
peralatan promosi dan pendidikan kesihatan, termasuk mengedarkan risalah dan
poster.



(b)
Kemasukkan
data dan maklumat ke dalam daftar aktiviti unit makanan dan minuman dan
membantu penyediaan laporan berkala.








































































6. AKTIVITI
KAWALAN VEKTOR






6.1 KAWALAN
DENGGI



(a)
Melaksanakan
aktiviti –aktiviti penguatkuasaan Akta APSPP 1975.



(b)
Memastikan
alat-alat dan kelengkapan kerja pemeriksaan Aedes di lapangan.



(c)
Menjalankan
pemeriksaan Aedes di lapangan mengikut jadual di lokaliti yang ditetapkan.



(d)
Mengambil
gambar-gambar forensic bagi premis pembiakan nyamuk (Tujuan Pendakwaan).



(e)
Mengeluarkan
perintah secara bertulis di bawah seksyen 8,Akta Pemusnahan Serangga Pembawa
Penyakit (APSPP 1975) apabila terdapat tempat-tempat berpotensi pembiakan
nyamuk Aedes serta membuat tindakan susulan notis tersebut.



(f)
Menyediakan
peta lokasi, diari siasatan, dan lain-lain bahan eksibit yang diperlukan untuk
tindakan pendakwaan.



(g)
Mengenalpasti
kewujudan tapak-tapak binaan dan tempat pembuangan sampah yang tidak berdaftar.



(h)
Menjalankan
kerja-kerja membubuh racun pembunuh larva dari rumah ke rumah.



(i)
Menyediakan
bancuhan racun serangga dan menyelia pekerja rendah awam (PRA) menjalankan
kerja-kerja semburan kabus dan Ultra Low Volume (ULV) bagi pengawalan dan
pencegahan penyakit.



(j)
Menyelenggara
peralatan mesin semburan kabus dalam aktiviti kawalan Denggi mengikut
spesifikasi peralatan yang ditetapkan.



(k)
Memberi
nasihat dan tunjuk ajar kepada masyarakat tentang cara pengunaan racun anti
larva dan mengedarkan bahan-bahan promosi kesihatan.



(l)
Menjalankan
kerja-kerja kajian Ovitrap di kawasan yang ditetapkan.



(m)
Memasukkan
data-data harian ke dalam program VEKPRO.



(n)
Menjalankan
ACD dalam kawasan yang berlaku kes Denggi.



(o)
Menjalankan
tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.















6.2 KAWALAN
MALARIA / FILARIASIS



(a)
Melaksanakan
aktiviti kawalan Malaria / Filariasis.



(b)
Menjalankan
pengesanan kes secara aktif (ACD) melalui pengambilan contoh darah.



(c)
Membuat
susulan kes-kes yang lalu mengikut jadual ditetapkan.



(d)
Menjalankan
pemetaan tinjau alam (Peta Lokasi) / GPS untuk lokali yang baru atau
mengemaskini yang telah sedia ada.



(e)
Membuat
bancian penduduk, memasang plate bilangan rumah, meletakkan kad rumah M.1.1



(f)
Membuat
laporan dan menyelenggarakan rekod tinjau alam.



(g)
Melawat
dan mengutip Blood Film Malaria Parasite (BFMP) serta menghantar bekalan
kawalan dipos sukarela penjagaan kesihatan asas (SPKA)



(h)
Melaksanakan
aktiviti-aktiviti promosi kesihatan.



(i)
Bertanggungjawab
menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod stok bahan-bahan dan peralatan.



(j)
Menyelenggara
peralatan mesin semburan fokal dalam aktiviti kawalan malaria mengikut
spesifikasi peralatan yang ditetapkan.



(k)
Menjalankan
kajian larva dan nyamuk dewasa di dalam kawasan operasi.



(l)
Menjalankan
aktiviti semburan Fokal.



(m)
Memasukkan
data-data ke dalam aplikasi VEKPRO.



(n)
Memberi
nasihat dan tunjuk ajar kepada masyarakat tentang cara penggunaan racun kelambu
berubat dan mengedarkan bahan-bahan promise kesihatan.



(o)
Menyediakan
laporan-laporan mingguan,bulanan,tahunan bagi aktiviti kawalan Malaria /
Filariasis.



(p)
Menjalankan
tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.





















7. AKTIVIITI
UNIT KAWALAN MUTU AIR MINUMAN (KMAM)






7.1 BEKALAN
AIR AWAM (JBA/ JKR/ PEMBEKALAN SWASTA)



(a)
Membantu
penolong pegawai kesihatan persekitaran dalam pengambilan sampel air dan
membuat ujian fizikal-pH, kekeruhan, dan kandungan klorin.



(b)
Mengambil
sampel untuk ujian mikrobiologi dan ujian kimia.



(c)
Membantu
penolong pegawai kesihatan persekitaran membuat kajian sanitari ke atas loji,
sistem saliran bekalan air dan kawasan tadahan.



(d)
Menghantar
sampel ke makmal.






7.2 BEKALAN
AIR LUAR BANDAR/ LADANG/ LOMBONG



(a)
Mengambil
sampel air dan membuat ujian fizikal-pH, kekeruhan, dan kandungan klorin.



(b)
Mengambil
sampel untuk ujian mikrobiologi dan ujian kimia.



(c)
Menghantar
sampel ke makmal.



(d)
Membantu
penolong pegawai kesihatan persekitaran membuat kajian sanitari ke atas loji, sistem
saliran bekalan air dan kawasan tadahan.



(e)
Pengklorinan
telaga.



(f)
Ujian
kualiti (pH, kekeruhan, kandungan klorin).






7.3 REKOD
AKTIVITI / RETEN PEMBANTU KESIHATAN AWAM (PKA)



(a)
Menyimpan
rekod aktiviti harian.



(b)
Menyimpan
rekod peralatan dan perkakas persampelan.



(c)
Menyelenggara
peralatan dan perkakasan.



(d)
Membuat
pemetaan dan tinjau alam sistem bekalan air.


















8. AKTIVITI
KESELAMATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR (KPAS)



(a)
Membantu
penolong pegawai kesihatan persekitaran menjalankan Audit di kemudahan
kesihatan.



(b)
Membantu
PPKP menjalankan siasatan kes
(kemalangan di tempat kerja) contoh :- tercucuk jarum/ peralatan tajam.



(c)
Menjadi
anggota Rapid Respone Team (P.R.T) dan Rapid assessment Team (R.A.T) di dalam
kesiapsiagaan bagi menangani kejadian wabak penyakit atau bencana.



(d)
Mengemaskini
rekod pemeriksaan dan penyiasatan.



(e)
Bertindak
sebagai ahli anggota dalam menjalankan operasi bersama yang berkaitan dengan
akta-aktia kesihatan awam.






9. UNIT
PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN (UPP)



(a)
Bertanggungjawab
kepada Penolong pegawai kesihatan persekitaran (PPKP U29) unit UPP Daerah.



(b)
Membantu
dalam menyediakan dan penyelengaraan peralatan aktiviti penguakuasaan.



(c)
Menjalankan
kerja-kerja perisikan dan penyamaran apabila diarahkan.



(d)
Menganggotai
dalam operasi dan sebuan penguatkuasaan perundangan kesihatan awam.



(e)
Membantu
dalam pengambilan gambar forensic dalam aktiviti penguatkuasaan perundangan
kesihatan awam.



(f)
Tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.






10. AKTIVITI
UNIT KESIHATAN AM



(a)
Menjalankan
pemeriksaan susulan ke atas lading.



(b)
Menjalankan
pemeriksaan susulan ke atas lombong.



(c)
Menjalankan
pemeriksaan susulan ke atas sekolah/ tadika/ taska.



(d)
Membantu
menjalankan aktiviti pencegahan penyakit semasa/ semasa bencana alam.



(e)
Menjalankan
pemeriksaan awal tapak kubur.



(f)
Menganggotai
operasi bersama yang berkaitan dengan akta-akta kesihatan awam.






11. AKTIVITI
KESIHATAN AWAM DI HOSPITAL



(a)
Menjalankan
aktiviti-aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit, pemeriksaan
dan pemantaun kebersihan kawasan hospital.



(b)
Membantu
PPKP di dalam memberi kerjasama bagi menjayakan semua aktiviti di bawah program
kesihatan awam di hospital.



(c)
Bekerjasama
dengan semua pihak di dalam kesiapsiagan menangani sebarang kejadian wabak
penyakit berjangkit atau lain-lain kemalangan besar dan bencana.



(d)
Menganggotai
operasi penguatkuasaan bersaam yang berkaitan dengan akta-akta kesihatan awam.



(e)
Membantu
menyediakan laporan harian, mingguan, bulanaan dan tahunan.






11.1 KESELAMATAN
DAN KUALITI MAKANAN DI HOSPITAL



(a)
Membantu
PPKP menjalankan pemeriksaan kantin, cafeteria, dapur hospital dan dapur asrama
doktor pelatih seta membuat kebersihannya dari semasa ke semasa.



(b)
Membantu
PPKP menjalankan pemantauan keselamatan/ kebersihan makanan yang dijual di
kantin, kafeteria, dan dapur hospital secara berkala dan membantu di dalam
persampelan makanan dari semasa ke semasa.



(c)
Membantu
PPKP memastikan semua pekerja di kantin dan kafeteria sentiasa mematuhi
syarat-syarat etika pengendali makanan.



(d)
Menghantar
sampel-sampel makanan/ air ke makmal dari semasa ke semasa.



(e)
Menjalankan
pemantauan terhadap aktiviti menjaja di kawasan hospital.



(f)
Membantu
PPKP dalam penguatkuasaan peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.



(g)
Membantu
PPKP dalam siasatan aduan melibatkan kesihatan awam.



(h)
Membantu
di dalam aktiviti kualiti air minum dan menjalankan ujian ketetapan peralatan
(caliberation) mengikut jadual.





















11.2. KEBERSIHAN
ALAM SEKELILING DI HOSPITAL



(a)
Mengawasi
kebersihan sekeliling di kawasan hospital termasuklah perparitan dan pelupusan
sisa pepejal sentiasa berkeadaan bersih dan supaya di selenggara oleh syarikat
konsesi mengikut jadual.



(b)
Bertanggungjawab
untuk memastikan tong-tong sampah yang disediakan adalah mencukupi serta
bertutup.



(c)
Mengawasi
keadaan kebersihan communal collection center dan tiada urungan lalat, tikus,
dan serangga lain.



(d)
Mengawasi
aktiviti “Land Scaping” dikawasan hospital.






11.3. KAWALAN
VEKTOR DI HOSPITAL



(a)
Membantu
PPKP menjalankan kerja-kerja pencegahan dan kawalan terhadap penyakit bawaan
vektor terutama penyakit demam denggi bagi masyarakat kawasan hospital termasuk
pesakit, anggota, dan orang awam yang berurusan dengannya dalam pengesanan kes,
siasatan, notifikasi kes, semburan dan serveilan.



(b)
Menjalankan
aktiviti bebas denggi di hospital bagi memastikan kawasan persekitaran hospital
bebas dari vektor nyamuk.



(c)
Memastikan
kawasan hospital bebas dari vektor seperti lipas, lalat, tikus dan nyamuk
(LILATIN).



(d)
Memastikan
kerja-kerja source reduction bagi mengawal semua jenis nyamuk yang dilakukan
oleh syarikat konsesi dan membuat cadangan untuk mengatasi masalah pembiakan
nyamuk.



(e)
Menjalankan
pemantauan dan pemasangan ovitrap.



(f)
Bekerjasama
dengan pasukan kaji serangga negeri dalam menjayakan projek khas berkaitan
dengan masalah vektor.






11.4. KESIHATAN
PEKERJAAN DI HOSPITAL



(a)
Membantu
PPKP di dalam segala aktiviti berkaitan dengan Jawatankuasa Keselamatan Dan
Kebersihan Pekerjaaan di Hospital.



(b)
Membantu
dan bekerjasama dalam aktiviti kerja-kerja promosi kesihatan cara kerja kepada
anggota dan orang ramai dari semasa ke semasa.



(c)
Membantu
PPKP di dalam menjalalankan pemantauan indicator QAP.



(d)
Mempromosikan
dan memberi kaunseling kepada pesalah-pesalah perokok dalam program berhenti
merokok.



12. AKTIVITI
PENDIDIKAN KESIHATAN






  • Unit
    Bergerak





i.
Menjalankan
tugas sebagai Ketua Sub Unit di Unit bergerak Pendidikan Kesihatan.




ii.
Menyediakan
cadangan jadual lawatan Unit Bergerak untuk semua Daerah berdasarkan jadual
yang dihantar oleh pihak daerah.




iii.
Melaksanakan
aktiviti Unit Bergerak dalam kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.(Cth :-
Ceramah, Dialog, Tunjuk cara dan lain-lain).




iv.
Mewujudkan
perhubungan yang baik (Public Relationship) dengan masyarakat dan lain-lain
agensi untuk melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan.




v.
Merekodkan
setiap aktiviti yang dijalankan.




vi.
Mengendali
peralatan audio visual dan alat siar raya.






  • Membantu
    Di Dalam Pengurusan Bahan Bercetak





i.
Merekodkan
penerimaan dan pengedaran bahan bercetak.




ii.
Mendapatkan
maklumbalas penerimaan dari KKM atau Negeri.




iii.
Pengedaran
nahan bercetak diperingkat KKM, Negeri dan di dalam Daerah.




iv.
Mengumpul
penyata (Reten) penerimaan dan pengedaran bahan bercetak untuk daerah (bulanan
dan tahunan) melainkan di dalam situasi waabak, kecemasan (harian).




v.
Menyediakan
penyata penerimaan dan pengedaran bahan bercetak kepada Bahagian Pendidikan
Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.






  • Membantu
    Di Dalam Penyediaan Dan Pengurusan Bahan Bukan Bercetak





i.
Menyediakan
bahan-bahan di dalam urusan penerbitan media.




ii.
Melaksanakan
aktiviti pengedaran bahan bukan cetak.












  • Membantu
    Aktiviti Pameran Dan Read-Show





i.
Menyediakan
bahan-bahan dan peralatan untuk kegunaan pameran dan road show.




ii.
Memasang
panel board dan poster pameran.




iii.
Merekod
(cth:- tempat diadakan, kehadiran kumpulan sasar, tajuk pameran dan lain-lain.




iv.
Merekod
pinjaman dan pengembalian bahan pameran.






  • Membantu
    Di Dalam Pengurusan Pusat Sumber





i.
Merekodkan
peminjaman dan penggunaan alat-alat pendidikan kesihatan.




ii.
Menyelenggara
bahan-bahan pendidikan kesihatan.






  • Wabak
    Dan Bencana Alam





i.
Membantu
menyediakan keperluan Bilik Gerakan.




ii.
Membantu
melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan yang berkaitan dengan wabak.




iii.
Mengedarkan
bahan-bahan pendidikan kesihatan yang berkaitan wabak.




iv.
Membantu
menyediakan peralatan pendidikan kesihatan semasa wabak.






  • Program-Program
    Di Bawah Kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia Dan Lain-Lain Agensi.





i.
Membantu
menyelaras setiap aktiviti prostar, Doktor Muda, dan Kelab Kesihatan Sekolah.




ii.
Membantu
dalam pengedaran bahan-bahan pendidikan mengenai prostar dan cenderamata
prostar.






  • Hari-Hari
    Khas Kesihatan





i.
Membantu
dalam menjalankan kempen hari-hari khas kesihatan seperti hari tanpa tembakau,
hari kesihatan sedunia dan lain-lain.









  • Penyelidikan
    Dan Projek

  • Membantu
    dalam melaksanakan mana-mana projek / penyelidikan yang dikendalikan oleh
    KKM.

  • Pelbagai



i.
Melakukan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan.








































































13. AKTIVITI
PERKHIDMATAN KESIHATAN ANTARABANGSA DI PINTU MASUK (LAPANGAN TERBANG/ PELABUHAN
/ KAWASAN SEMPADAN)






13.1. KAWALAN
AEDES



(a)
Menyediakan
pemeriksaan dan kawalan Aedes.



(b)
Menjalankan
kerja-kerja pemeriksaan Aedes di kawasan perimeter dan tambahan 400meter.



(c)
Membuat
pengecaman semua specimen yang diperolehi dari kajian dan merekodkan



(d)
Memasukkan
semua maklumat aktiviti ke dalam program Vekpro.



(e)
Menjalankan
kerja-kerja kawalan seperti membubuh abate dan semburan kabus di zon-zon yang
ditetapkan.



(f)
Mengawasi
kerja-kerja penyelenggaraan mesin fogging.



(g)
Menjalankan
tugas-tugas lain yang berkenaan seperti diarahkan oleh pegawai atasan.






13.2. KAWALAN
RODENSIA



(a)
Menyediakan
alat-alat dan segala kelengkapan kerja kajian rodensia.



(b)
Menjalankan
kajian bagi menentukan density rodensia termasuk menentukan dan mengemaskini
peta-peta dengan menandakan tempat-tempat pembiakan rodensia, mengawasi dan
memantau aktiviti tangkapan rodensia di lapangan dan mengenalpasti jenis
rodendia yang ditangkap dan kutu untuk direkodkan.



(c)
Memastikan
langkah-langkah pencegahan rodensia diambil oleh pemilik/ penghuni bangunan.



(d)
Membantu
dalam pemantauan aktiviti-aktiviti kawalan rodensia di lapangan.



(e)
Membantu
dalam aktiviti kecemasan kawalan rodensia apabila kes hawar disyaki.



(f)
Merekod
dan menyediakan laporan-laporan kawalan rodensia.



(g)
Menjalankan
tugas-tugas lain yang berkenaan seperti diarahkan oleh pegawai atasan.












13.3 KAWALAN
LALAT/ MALARIA/ FILARIASIS



(a)
Menyediakan
alat-alat dan kelengkapan kerja kawalan di lapangan.



(b)
Menjalankan
kajian lalat dan menentukan tempat-tempat pembiakan.



(c)
Mengenalpasti
semua specimen lalat yang didapati dalam kajian.



(d)
Memberi
nasihat kepada pihak pengurusan tentang langkah-langkah kawalan lalat seperti
mempertingkatkan tahap kebersihan dan pelupusan sampah yang sempurna.



(e)
Menyediakan
laporan aktiviti kawalan lalat.



(f)
Menjalankan
kerja-kerja ACD untuk kawalan malaria dan filariasis.



(g)
Menjalankan
tugas-tugas lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh pegawai atasan.






13.4. KAWALAN
VEKTOR



(a)
Menyediakan
dan mengemaskini peta-peta kawasan operasi.



(b)
Menyediakan
jadual kerja pemeriksaan Aedes, kajian ovitrap, kajian rodensia dan kajian
lalat.



(c)
Mengawasi
penyelenggaraan makmal kaji serangga.



(d)
Mengurus
pembelian peralatan dan kemaskini rekod.



(e)
Menjalankan
penyeliaan ke atas anggota di lapangan.



(f)
Bersama/
mewakili PPKP menghadiri mesyuarat dengan agensi/ syarikat yang berkaitan
dengan kawalan serangga.



(g)
Menyediakan
laporan mingguan/ bulanan untuk aktiviti yang dijalankan dan kemukakan kepada
PPKP>



(h)
Menjalankan
tugas-tugas lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh pegawai atasan.

faisalhalim
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : PEMBANTU KESIHATAN AWAM
Gender: Male
Jumlah Post: 6
Umur: 28
Tarikh Register: 21/03/2010
Reputation: 0
Points: 1661

View user profile

Back to top Go down

Re: Hai..mana kawan2 PKA ni....

Post by azrunia on Wed 24 Mar 2010, 9:52 pm

cian kat ang..........diorang sibuk kot.....letihhh...........

azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri:
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender: Male
Jumlah Post: 1108
Umur: 1935
Tarikh Register: 23/12/2009
Reputation: 15
Points: 3153

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: Hai..mana kawan2 PKA ni....

Post by azrunia on Sun 28 Mar 2010, 2:02 pm

samapai ari ni....diorang tak masuk2 yer.....letih fog

azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri:
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender: Male
Jumlah Post: 1108
Umur: 1935
Tarikh Register: 23/12/2009
Reputation: 15
Points: 3153

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum