FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Chikungunya : Serangga penyebar virus

View previous topic View next topic Go down

Chikungunya : Serangga penyebar virus

Post by Fieza on Tue 04 Nov 2008, 6:00 pm

Serangga penyebar virus




LINDUNGI diri dan anak anda daripada terkena gigiran nyamuk.

Biar pun setakat ini belum terdapat vaksin yang boleh mencegah
jangkitan virus Chikungunya, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil
untuk menghindarkan gigitan nyamuk dan menghapuskan sarang pembiakannya.



KIRA-KIRA tiga bulan lepas, sebuah perkampungan kecil, Kampung Rasau
di Slim River, Perak, menjadi sedikit 'huru-hara' apabila dikejutkan
dengan kes jangkitan virus Chikungunya.

Sebaran yang dipercayai menular ke sekurang-kurangnya lima
perkampungan berdekatan, sedikit sebanyak menimbulkan rasa takut di
kalangan penduduk kampung dan orang ramai.

Demam panas yang berlanjutan, ruam-ruam dan sakit-sakit sendi adalah
antara simptom yang dilaporkan oleh mangsa-mangsa yang terjangkit.
Jumlah pesakit yang dirujuk ke poliklinik pada ketika itu turut
dikatakan meningkat.

Pihak berkuasa pun mengambil tindakan mengasap kawasan berdekatan sebagai langkah menyingkirkan sarang pembiakan nyamuk.

Kes-kes jangkitan ini akhirnya disahkan berpunca daripada virus
Chikungunya bawaan nyamuk. Wabak demam Chikungunya pada mulanya dikesan
sekitar tahun 1950-an di Afrika.

Malah, populariti demam Chikungunya semakin melonjak apabila kes-kes
wabak ini dilaporkan berlaku di Asia dan Afrika sekitar tahun 1960 dan
1982.

Selepas lebih dua dekad, demam Chikungunya sekali lagi kembali
menghantui penduduk Asia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga,
demam Chikungunya telah dilaporkan di beberapa negara termasuk India
dan sebilangan kepulauan Lautan Hindi. Ini termasuk Mauritius, Reunion,
Comoros dan Seychelles.

Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak demam
Chikungunya yang melanda sekitar 151 daerah di India sahaja pada tahun
2006 telah menjejaskan lebih daripada 1.25 juta nyawa.


KAWASAN yang tidak terurus boleh menggalakkan pembiakan nyamuk.


Di Malaysia, virus ini turut kembali 'menyerang' 27 orang penduduk
Pelabuhan Klang pada tahun 1999. Pun begitu, Chikungunya mungkin masih
satu nama yang jarang disebut-sebutkan oleh pengamal perubatan dunia.

WHO mengkelaskan penyakit ini sebagai 'masalah jangkitan virus yang
tersebar menerusi gigitan nyamuk yang terjangkit'. Barangkali kenyataan
ini mungkin memberi tanggapan ia seakan demam denggi berdarah? Demam
Chikungunya bagaimanapun jarang memberi ancaman kepada nyawa.

Justeru, ujian makmal yang lebih terperinci perlu untuk mengesahkan
punca dan jenis penyakit. Di Malaysia, Universiti Malaya (UM)
menawarkan ujian serologi untuk mengesan demam Chikungunya.

Awal tahun lalu, para penyelidik dari Jepun dan India dikatakan
telah menemui ujian lebih pantas dan berkesan dalam mengenalpasti virus
Chikungunya.


UBAT semburan nyamuk dan pengasapan boleh mencegah pembiakan nyamuk.


Profesor Madya Perubatan dari Hospital Kolej Perubatan Midnapore,
India, Bikram Saha berkata, teknik diagnosis sedia ada mempunyai had
untuk diaplikasikan di negara-negara membangun yang miskin.

"Ini kerana kerja-kerja menguji ini dilakukan di atas peralatan
sofistikated, kaedah yang rumit dan kos yang tinggi. Sebaliknya, kajian
mendapati, ujian baru ini bukan sahaja lebih sensitif dan spesifik
berbanding teknik sedia ada, malah penting untuk digunakan di negara
membangun. Sebabnya ia lebih ringkas dan kos efektif," katanya sambil
merujuk kepada ujian RT-LAMP.

Namun, ujian ini memerlukan kajian lebih menyeluruh sebelum boleh diaplikasikan oleh pengamal perubatan biasa.
Sementara itu, rawatan menggunakan ubat antiradang dan rehat
biasanya memadai untuk melegakan kesakitan dan demam akibat jangkitan
virus Chikungunya.

Pesakit boleh sembuh daripada demam Chikungunya tetapi pemulihan
menyeluruh mungkin mengambil masa sehingga setahun. Bagi mereka yang
masih mengalami kesakitan sendi akibat jangkitan virus Chikungunya,
ubat tahan sakit mungkin diperlukan selain menjalani terapi
antikeradangan jangka panjang.

*** Mencegah gigitan nyamuk

*Pakaikan pakaian berlengan dan berseluar panjang untuk menutupi anggota badan.
*Gunakan ubat penyembur nyamuk atau lingkaran nyamuk pada siang hari.
*Gunakan kelambu untuk melindungi bayi, warga emas dan sesiapa
sahaja yang sedang beristirehat di siang hari. Keberkesanan kelambut
boleh diperkukuhkan dengan penggunaan racun serangga, permethrin.
Begitu juga dengan langsir kain atau yang diperbuat daripada buluh
boleh diboleh 'dirawat' dengan racun serangga dan digantung di tingkap
atau pintu untuk membunuh nyamuk.
*Nyamuk yang tergigit pesakit demam Chikungunya turut terjejas.
Justeru itu, penggunaan kelambu dan lingkaran nyamuk boleh mencegah
nyamuk daripada mengigit pesakit Chikungunya.
nnn Mencegah pembiakan nyamuk

Nyamuk Aedes yang menyebarkan virus Chikungunya boleh membiak dalam
pelbagai jenis keadaan. Bekas-bekas tadahan air seperti pasu bunga,
tayar lama, bekas minuman haiwan ternakan mahupun bekas makanan plastik
adalah antara 'lokasi' pilihan mereka. Namun, beberapa langkah mudah
boleh diambil untuk menghapuskan pembiakan nyamuk-nyamuk ini menerusi
kaedah berikut:
*Buangkan semua perkakas atau objek di rumah yang mempunyai 'potensi' mengumpul air.
*Pastikan tangki, tong atau bekas-bekas air yang tidak digunakan dibersihkan dan dibiarkan kering.
*Bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan dalam kempen membasmi nyamuk di kawasan anda.
nnn Peranan pihak berkuasa kesihatan awam
*Program pencegahan dan pengawal penyakit sebaran vektor perlu
diperkukuhkan dan dijalankan secara efisien menerusi kerjasama pelbagai
sektor
*Undang-undang untuk penghapusan tapak pembiakan nyamuk perlu diperkukuhkan secara efektif
*Kesedaran masyarakat perlu dipertingkatkan dan mendapatkan
kerjasama mereka dalam menjayakan pencegahan dan pengawalan penyakit
ini.
* Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

dari kosmo online

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1510
Umur: 30
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4405

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Chikungunya : Serangga penyebar virus

Post by MLT_hidayah on Tue 04 Nov 2008, 6:34 pm

OWhhhhhhhh

MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender: Female
Jumlah Post: 1537
Umur: 30
Tarikh Register: 26/02/2008
Reputation: 3
Points: 2304

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

View user profile

Back to top Go down

Re: Chikungunya : Serangga penyebar virus

Post by halimi on Thu 06 Nov 2008, 6:32 pm

serangggggggeeeeeerrrrrrr skr dah makin maju,diaorg dah tahu mana tmpt nak gigit..
tp dgn chan diorg tak berani sb chan sedut diaorg...
gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan

halimi
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : MN
Gender: Male
Jumlah Post: 359
Umur: 30
Tarikh Register: 14/03/2008
Reputation: 0
Points: 2218

Character sheet
Mutiara Kata saya: kiamat sudah hampir tiba...!!

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum