FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

View previous topic View next topic Go down

HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by HH on Fri 14 Nov 2008, 5:07 pm

=======NI DAH KIRA JIMAT KALAU BETUL IA BERKESAN..MINYAK MASAK CUMA RM14.00 UNTUK 5KG....BOLEH CUBER TAK...


Pengganti minyak hitam?


HANYA minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. – Gambar hiasan
HANYA minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. - Gambar hiasan


PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia. name.my.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama
avatar
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 376
Umur : 40
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 4458

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by HH on Fri 14 Nov 2008, 5:08 pm

PERHATIAN...SILA PASTIKAN BETUL2 SEBELUM MENCUBA UNTUK KERETA ANDA..DAPATKAN KEPASTIAN DARIPADA ORANG YANG BETUL2 PAKAR.....

TQ
avatar
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 376
Umur : 40
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 4458

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by aiztech on Wed 07 Jan 2009, 6:12 pm

salam sejahtera..saya tertarik dengan topik ini yang nampak gayanya kurang hangat untuk di jadikan satu penemuan baru dalam sains dan teknologi..dan sekarang saya pastekan beberapa posting saya mengenai minyak masak kelapa sawit untuk tatapan dan penilaian kawan2 di forum ini.
23hb Nov 2008
<BLOCKQUOTE>

Salam sejahtera dari saya sahabat baru semua,
Saya dah mula mengguanakan minyak masak kelapa sawit hampir seminggu. saya menggunakan proton wira 1.5 auto.alhamdulillah berkesan. di sini saya huraikan kelebihan dan kelemahan minyak kelapa sawit sebagai minyak enjin.

Kelebihan:

1.enjin jadi smooth gegila
2.kelajuan kereta berbeza bila di atas jalan, tak sedar tekan 100km sejam,kalau idak atas highway tekan 110km sejam,enjin kereta saya mula mengeluarkan bunyi yg agak kuat cam pakai turbo..walhal standard ja.tetapi bila pakai minyak kelapa sawit,enijn jadi sepi.
3.penjimatan minyak yang ketara, saya bergerak hampir 120km, hanya dengan menggunakan minyak petrol sebanyak RM10.tu pon saya guna minyak BHP.
Kelemahan:
1.minyak kelapa sawit hanya 90% di dalam enjin dan tetap kena tambah 10% minyak enjin kereta (beli yg botoi kecik kat ESSO), saya cuba biarkan enjin kereta tidak di matikan selama 1jam 30 minit, mula membuat enjin kereta semput.tetapi setelah di atas jalan ia kembali normal.
2.susah cina kat bengkel nak percaya bila kita pi tukar minyak ni, mula banyak soalan..penat nak menjawab..akakakkekekkaakkek
Itu sahaja saya nak kongsi pengalaman.
Antara kenderaan yang saya dah test :
proton wira auto dan manual
kancil
satria
proton saga
evanza 1.3
datsun lama
Motorsikal:
honda cup 70
ex5
kriss
RXZ
Itu sahaja..
sekian..wassalam
Sebarang persoalan leh email dekat email saya : aiztech@streamyx.com
-amin: alor setar

26hb Nov 2008
minyak masak kelapa sawit ni kita leh anggap sebagai satu alternatife nak jimatkan kos perbelanjaan rumah,
rasanya sampai sekarang saya menten ja guna minyak masak kelapa sawit..dah nak masuk hari ke 10…
tepuk dada tanya selera..kalau takut di landa ombak jangan buat rumah tepi pantai..itu hak anda yang menentukannya…
p/s orang melayu memang susah nak terima fakta, cuba saya pi buhung semua yang ada di sini yang saya ada minyak enjin khas untuk kereta yang ajaib..tobat semua pakat private kan saya untuk membeli minyak tu..tak percaya?saya dah pun cuba dekat org2 tertentu hal minyak ajaib, saya cuba demonstrasi dekat motor si polan ini dan tunjukkan perbezaan nya, terus beliau sanggup membeli dengan harga yang saya tawarkan iaitu RM50 untuk 1 liter, tetapi bila saya bgtahu yg sebenarnya minyak ini nilainya RM2.50 dan ianya minyak masak kelapa sawit, terus dia jadi BLANK..susahkan jadi MELAYU?saya sengaja tak kongsikan ilmu ini dengan bangsa lain sebab nak bagi bangsa sendiri dapat mengkaji baik buruknya..tapi susah sebab orang kita pandai bercakap tapi tak pandai nak menyelidik,me eksperimen (atas alasan tak PASS Sains SPM),walhal saya SPM pangkat 3 ja,matematik ngan sains GAGAL..cina kat bengkel tu semua lulus cemerlang ke SPM?
jadi apa lah salahnya ilmu ini kita jadikan satu peluang untuk berubah..
di N9 dah ramai yang menggunakannya, sampaikan di felda2 boleh dikatakan bukan satu perkara baru buat mereka..takkan kita di negeri lain nak jadi was was?
Kalau semua kengkawan WASWAS, tunggu sebulan…tengok update report mengenai kereta saya..boleh?

6hb Jan 2009

salam semua..lama tak post dalam blog ni..perkembangan terbaik..tapi ada yang tak baik nya jugak..tapi alhamdulillah telah di ubahsuai dan dijadikan yang terbaik.
maksud saya, jika kita gunakan 100% minyak kelapa sawit, takat short distance menten..tapi 2ribu km yang pertama kena tukar..untuk proses pencucian enjin..tapi pastu leh guna 4 hingga 5 ribu km..
tapi utk long distance..memang susah nak menten..sebab dia akan berlaku proses pemeruwapan sehingga 10% jika jarak perjalanan 100km ke atas dengan kelajuan minima 80km/j.. jadi kena pakat dok check kerap minyak enjin..
dan untuk short distance..kalau try 4ribu km tu bermakna enjin anda memang terpaksa bekerja keras..kerana power dia kian kurang..tapi leh tekan minyak sehingga 5ribu km lagi..cuma dah jadi cam minyak enjin biasa..
jadi saya berusaha mencipta pembaharuan dengan bantuan pakar, kini dalam proses simpan duit nak hantar ke SIRIM..mencipta minyak protection/treatment/clean untuk enjin kereta dan motor..kiranya 3 in 1..berasaskan 40% minyak kelapa sawit (yang ditempah dari kilang-bukan lagi minyak masak).
kiranya, selalu tuan2 pi beli minyak treatment abih murah RM10..abih mahal RM50..tu tak beli minyak clean atau flush engine..tak beli minyak protection enjin lagi..kos yang tinggi untuk menjaga enjin kan?
tetapi setelah diproses dengan teliti dan sudah pun di uji terhadap 6 biji kereta dan 5 buah motorsikal..memang amat memberangsangkan..kiranya minyak yang saya cipta ini dah di iktirafkan sebagai minyak Full Sythethic yang mampu mengubah enjin kereta bertambah baik..
lagi berkesan terhadap enjin kereta bawah tahun 2005..yang atas tahun 2005 tu enjin still baru..jadi kurang merasai kehebatannya, tapi boleh digunakan sebagai pemeliharaan enjin agar tidak bermasalah..
kereta bawah tahun 2005 ni selalunya pickup dah kureng power..jadi minyak ni mampu membaik pulih 10%-30% pickup enjin kereta dan motorsikal..
dab yang pastinya kos utk memproses minyak ini teramat murah!..
selalunya Full Synthethic berharga RM130 - RM300..tetapi modal pemprosesan minyak ini hanya berharga RM60!
Dan kini di Alor Setar, saya hanya menjual untuk kawan2 yang berdekatan serta saudara mara sahaja..yer la kan..nak promosi cara power..dah abih duit kat eksperimen ni..nak kampui balik modal nak send ke SIRIM pun dah nak RM1k..tu tak kira nak pattern kan product..mau modal tinggi jugak..
yang pasti..wakil2 syarikat minyak besar seperti PETRONAS/ESSO/BHP salah menilai minyak kelapa sawit..mereka memberi respon yang minyak masak kelapa sawit tidak sesuai untuk kenderaan..(maybe tergugat kot product dierorg)..saya akan berusaha menjayakan product ini dan memertabatkan minyak buatan MALAYSIA yang pokoknya di tanam di MALAYSIA (walhal PETRONAS ni kompeni MALAYSIA)..
Sebarang persoalan sila email atau buat isyarat asap..akekkekekekeke

P/S: Di harap boleh dijadikan satu topik panas kerana sepatutnya rakyat Malaysia mengambil berat terhadap satu fenomena baru, tak sepatutnya kita membiarkan penemuan baru ni di temui oleh orang bukan dari kalangan rakyat MALAYSIA.</BLOCKQUOTE>

aiztech
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : sendiri
Gender : Male
Jumlah Post : 4
Umur : 40
Tarikh Register : 07/01/2009
Reputation : 0
Points : 3209

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by aieyda on Thu 08 Jan 2009, 1:39 am

mcm tak percaya jerk aku..
avatar
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4121
Umur : 33
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5520

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by aiztech on Thu 08 Jan 2009, 7:59 am

tak percaya sebab diri sendiri dah letak sikap "dari kecik makan ikan goreng, bila kasi fish and chip dah rasa kaya", kita ketinggalan satu teknologi lama yang sepatutnya dah lama mengkayakan rakyat MALAYSIA.
Sikap malas nak ambik berat, sikap buat apa susahkan diri nak R&D kalau dalam dunia ni sudah ramai pakar2 SAINS dan TEKNOLOGI boleh jalankan tugas untuk kita. Saya pasti anda bukan seorang yang suka explore dalam apa jua bidang.Kerana telah terbukti anda susah nak percaya hal yang saya rasa bangsa amerika sudah pun menemui kelebihan kelapa sawit lebih awal dari orang MALAYSIA sendiri.
Untuk pengetahuan SEJARAH kepada cik/puan aieyda, ahli SAINS amerika telah menemui kehebatan kelapa sawit lebih 20 tahun dahulu lagi, mereka telah mencipta cecair penciptaan minyak dengan 20%-40% berasaskan kelapa sawit. Kiranya pada ketika itu, rakyat MALAYSIA berpusu-pusu menggunakan jenama buatan AMERIKA kerana dikatakan mampu menjimatkan kos penggunaan minyak, even sebotol kecik bernilai hampir RM40. Sehingga kini kita tanpa sedari banyak menggunakan Kelapa sawit sebagai minyak pelincir tanpa di sedari, contohnya minyak pelincir mesin jahit DSB... Saya pasti anda bukan seorang yang suka mengkaji..
dan 10 tahun dahulu di kawasan LEMBAH KLANG, dikalangan orang cina..maybe orang melayu ada yang menyedarinya (pemilik kereta dan motorsikal),terdapat satu syarikat tempatan yang menyediakan product minyak enjin serta petrol addictive yang di gelar Tai Lek You (chinese talk for minyak power). Penggunaan yang meluas tetapi kurang di menfaatkan oleh rakyat MALAYSIA terutama seperti cik/puan aieyda yang masih berfikir "macam tak perjaya jer aku" dan rasanya syarikat tersebut gulung tikar sebab saya try research syarikat tersebut tapi gagal.
Persepsi yang telah disematkan ke dalam minda orang MALAYSIA bahawa minyak enjin syarikat minyak ternama sahaja sesuai untuk enjin kereta telah menenggelamkan satu warisan hak milik rakyat MALAYSIA mengenai kelebihan kelapa sawit. satu kerugian pada rakyat MALAYSIA yang menanam EMAS tapi tak tahu macammana mahu menggunakannya...
Saya memang rasa kecewa dengan pandangan sesetengah pihak yang belajar tahap tinggi sampaikan lebih tinggi dari saya yang hanya belajar setakat SPM tahun 1995 tu pun pangkat 3. Sepatutnya cendiakawan2 inilah yang terlebih dahulu dari saya mengkaji kemampuan minyak kelapa sawit, bukannya orang yang ilmu nya "cap ayam" sahaja seperti saya.
minta maaf yer cik/puan aieyda..kalau bahasa2 saya ni menyinggung cik/puan. dan juga untuk pengetahuan cik/puan aieyda yang dihormati, penggunaan minyak kelapa sawit terutama produk ciptaan saya sudah pun meluas di Alor Setar serta beberapa daerah lain seperti Kuala Kangsar, Taiping, KL, Bangi,Baling,Kangar dan Butterworth yang saya pi explore untuk kajian individu..sehingga kini dalam rekod saya (untuk dapatkan testimonial) sudah mencecah 40-50 buah kenderaan termasuk motorsikal dan mesin KEBOTA yang menggunakan minyak kelapa sawit samada 100% atau hanya berasaskan kelapa sawit. Satu kempen individu dari saya tanpa mendapat satupun penghargaan atau kewangan dari mereka.dan 100% memberi respon yang baik tanpa sebarang aduan kerosakan setelah masuk hari ke 47 ujian terhadap kelapa sawit terhadap kenderaan.
sebarang pertanyaan boleh dikemukan, insyaallah saya cuba menjawab sebaik boleh..
wassalam

aiztech
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : sendiri
Gender : Male
Jumlah Post : 4
Umur : 40
Tarikh Register : 07/01/2009
Reputation : 0
Points : 3209

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by aiztech on Thu 08 Jan 2009, 8:07 am

Capricorn
12/22 – 1/19

Quickie



Try to make sure that you are concise and to the point -- don't just yak and chat.

aiztech
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : sendiri
Gender : Male
Jumlah Post : 4
Umur : 40
Tarikh Register : 07/01/2009
Reputation : 0
Points : 3209

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by aieyda on Thu 08 Jan 2009, 5:40 pm

this is the 1st time i heard that palm oil can be an alternative to minyak hitam..
maybe u dunot understand what i meant by the previous post..
means that 'really that palm oil can ba an alternative to minyak hitam!'
honestly i dunot know much abt car but i try to gain a knowledge abt it from engine,service etc
avatar
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4121
Umur : 33
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5520

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by terompah_biru on Fri 09 Jan 2009, 3:02 pm

aieyda wrote:this is the 1st time i heard that palm oil can be an alternative to minyak hitam..
maybe u dunot understand what i meant by the previous post..
means that 'really that palm oil can ba an alternative to minyak hitam!'
honestly i dunot know much abt car but i try to gain a knowledge abt it from engine,service etc

takper panda..aku paham maksud ko tuh.. u r very impressive about this info coz u never know it not because u never believe it rite? Very Happy Very Happy Very Happy
avatar
terompah_biru
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Missy
Gender : Female
Jumlah Post : 222
Umur : 36
Tarikh Register : 25/11/2008
Reputation : 10
Points : 3189

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by irwansyah07 on Fri 09 Jan 2009, 4:10 pm

boleh cuba tue... tp dengan kreta yg dah lama lah... jgn plak cuba dgn kreta yg baru beli... xda warenti oo
avatar
irwansyah07
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Occ. therapist
Gender : Male
Jumlah Post : 119
Umur : 35
Tarikh Register : 18/04/2008
Reputation : 0
Points : 3473

Character sheet
Mutiara Kata saya: 007

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by aieyda on Fri 09 Jan 2009, 7:40 pm

terompah_biru wrote:
aieyda wrote:this is the 1st time i heard that palm oil can be an alternative to minyak hitam..
maybe u dunot understand what i meant by the previous post..
means that 'really that palm oil can ba an alternative to minyak hitam!'
honestly i dunot know much abt car but i try to gain a knowledge abt it from engine,service etc

takper panda..aku paham maksud ko tuh.. u r very impressive about this info coz u never know it not because u never believe it rite? Very Happy Very Happy Very Happy

hehhe..because i never know abt it before and now it seems u believe or not,u have to believe it..
if not,u r labelled as cap ayam..hehehee
avatar
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4121
Umur : 33
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5520

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by aieyda on Fri 09 Jan 2009, 7:42 pm

irwansyah07 wrote:boleh cuba tue... tp dengan kreta yg dah lama lah... jgn plak cuba dgn kreta yg baru beli... xda warenti oo

test kat kete hang dulu ek..
avatar
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4121
Umur : 33
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5520

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by aiztech on Fri 09 Jan 2009, 8:01 pm

kereta baru pon boleh aih...dah send sample ke SIRIM..cuma saya frust gak..ingatkan ni forum paramedik semua otak science..boleh nak share information..but im wrong..cap ayam jugak

aiztech
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : sendiri
Gender : Male
Jumlah Post : 4
Umur : 40
Tarikh Register : 07/01/2009
Reputation : 0
Points : 3209

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by msaa on Fri 09 Jan 2009, 10:04 pm

cap sirim atau ayam pun kena ada peniktirafan automoitve baru standard. Saudara akan berjaya meyakinkan public jika menbentuk satu team drif minyak kelapa...buka open racer..intresting right..ada banyak race kat sepang pun boleh joint... prove your produk...i will take a shot for reply show!!! ...good luck!!

----Forum Paramedik Malaysia-----




msaa07
avatar
msaa
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : Sr CVT & Manager
Gender : Male
Jumlah Post : 584
Umur : 106
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 0
Points : 4026

Character sheet
Mutiara Kata saya: notin i can tell U

View user profile http://www.facebook.com/group.php?gid=137801169570733 http://www.facebook.com/msaaGmbH

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by aieyda on Sat 10 Jan 2009, 12:10 am

otak sains ke otak sastera ke bukannye semua tahu semua hal..
tu sbbnye kene kene kongsi2 maklumat..
itu sebab kat forum paramedik bukan saja tumpu pada kesihatan etc tapi jugak pada hal2 yang lain.
jgn anggap owg belajar sains tahu semua perkara.
semoga berjaya dan diharapkan penemuan ini dpt memberi manfaat
kepada semua pihak
avatar
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4121
Umur : 33
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5520

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by terompah_biru on Sat 10 Jan 2009, 8:49 am

aiztech wrote:kereta baru pon boleh aih...dah send sample ke SIRIM..cuma saya frust gak..ingatkan ni forum paramedik semua otak science..boleh nak share information..but im wrong..cap ayam jugak

tak kisah la cap ayam ker cam kambing ker cap unta or cap buaya sekali pun.. buktikan bro...bukan takat nk cap org jerk pandai...
avatar
terompah_biru
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Missy
Gender : Female
Jumlah Post : 222
Umur : 36
Tarikh Register : 25/11/2008
Reputation : 10
Points : 3189

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by HH on Thu 29 Jan 2009, 5:07 pm

kalau ia bagus tak salah kita gunakan...
avatar
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 376
Umur : 40
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 4458

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by Mohd.Azlan on Thu 29 Jan 2009, 9:30 pm

good idea...sampel pun ade...research knape tak de?kan bagus tu...belum pernah dengar,sebelum ni...nak cuba tapi bukan dgn kereta aku...nak cuba kereta kakak sye dulu...:lol:kalau berhasil baru dgn kereta aku...kalau kondem....kakak yg sendiri tanggung gelak sakan
avatar
Mohd.Azlan
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 408
Umur : 38
Tarikh Register : 29/12/2007
Reputation : 12
Points : 3986

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by zen on Fri 30 Jan 2009, 8:25 pm

aieyda wrote:mcm tak percaya jerk aku..
Laughing Shocked samalah ana pon...x pecaya...kalu ana ada 2nd car bleh la ana test... Laughing Razz
avatar
zen
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Jammerz
Gender : Male
Jumlah Post : 223
Umur : 36
Tarikh Register : 03/09/2008
Reputation : 9
Points : 3571

Character sheet
Mutiara Kata saya: Kerana Pulut Santan Binasa...Kerana Mulut Pecah Kepala Badan Binasa...

View user profile

Back to top Go down

Re: HANGAT!!!!!!!!!Pengganti minyak hitam?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum