FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Asid benzoik dalam mee

View previous topic View next topic Go down

Asid benzoik dalam mee

Post by Palladium on Wed 26 Nov 2008, 2:27 am

Asid benzoik dalam mi


PULAU PINANG 25 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
mendedahkan wujud penggunaan asid benzoik secara haram dalam pelbagai
jenis mi yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, penggunaan asid tersebut
dikesan pada mi kuning, hor fun dan kuetiau di 30 gerai yang menjual
barangan itu di beberapa lokasi di negeri ini.
Menurutnya, kajian itu dibuat pihaknya sejak seminggu lalu, selepas
menerima satu contoh hor fun yang mengandungi asid tersebut daripada
seorang pengguna di Selangor yang bimbang mengenai tahap kualiti
makanan berkenaan.
Katanya, mengikut Akta Makanan penggunaan asid itu atau bahan
pengawet tidak dibenarkan sama sekali, terutama untuk semua jenis pasta
dan mi termasuk kuetiau, hor fun,mihun, laksa, makaroni dan spageti.
''Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati penggunaan asid itu
boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya asma, rhinitis dan
alergi selain dikaitkan kepada gejala hiperaktif di kalangan
kanak-kanak.
''Dalam satu kajian ke atas beberapa sukarelawan yang diuji dengan
dos asid benzoik selama beberapa hari mendapati mereka ini mengalami
sakit kepala, lemah serta kepedihan yang teruk," katanya pada sidang
akhbar di sini hari ini.
Menurut Akta dan Peraturan Makanan 1983, penggunaan asid benzoik
hanya dibenarkan dalam pemprosesan makanan seperti pes cili, produk
kacang soya yang ditapai, belacan, pati minuman, jeruk atau buah-buahan
yang dikeringkan.
Selain daripada pati minuman yang memerlukan cairan, tahap maksimum
yang dibenarkan oleh undang-undang dalam makanan ini ialah tidak boleh
melebihi 1,000 parts per million (ppm) dalam apa jua keadaan sekalipun.
Justeru, CAP menggesa Kementerian Kesihatan untuk menjalankan
pemeriksaan segera bagi mengawal penggunaan asid benzoik secara haram
dalam mi dan juga mengawal penjualannya kepada orang awam kerana ia
mudah didapati di kedai.
''CAP juga menghantar surat dan hasil kajian ini kepada pihak kementerian supaya tindakan tegas dan segera dapat diambil.
''Pesalah perlu dihukum dengan menggenakan denda serta penjara yang
maksimum supaya mengingatkan peniaga betapa pihak kerajaan serius dalam
menangani masalah ini," ujarnya.

-UTUSAN MALAYSIA
avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 38
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3658

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum