FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Hantaran nilai kasih sayang?

View previous topic View next topic Go down

Hantaran nilai kasih sayang?

Post by Fieza on Sun 28 Dec 2008, 3:17 pm

Hantaran nilai kasih sayang?


Amalan memberi wang hantaran merupakan satu aspek budaya dalam
majlis perkahwinan Melayu sejak lama dahulu. Tetapi, benarkah nilainya
dianggap sebagai pengikat kasih sayang?


DUNIA perlukan wang, tetapi wang tidak boleh menyediakan kebahagiaan yang hakiki. Gambar hiasan



DALAM majlis perkahwinan masyarakat Melayu, amalan membawa sirih
junjung bersama sebentuk cincin merupakan satu kemestian dalam
melangsungkan upacara merisik, meminang dan seterusnya bersanding.
Ia kemudian disertai dengan barang-barang iringan seperti
persalinan, wangi-wangian dan sebagainya. Justeru, barulah wang
hantaran dan mas kahwin dibawa pada hari pernikahan dilangsungkan.
Wang tersebut adalah pemberian ikhlas pihak lelaki kepada wanita
yang ingin dikahwininya. Dahulu, maksud pemberian yang telus itu
dihantar bagi meringankan beban keluarga perempuan kerana biasanya,
kenduri di pihak perempuan lebih besar.
Dengan wang hantaran tersebut, keluarga perempuan akan
menggunakannya untuk menampung pembiayaan majlis kenduri dan membeli
barangan kelengkapan perkahwinan seperti set bilik tidur dan persalinan.
Namun senarionya kini, budaya itu telah disalahgunakan sehingga
menyusahkan pihak lelaki. Hantaran tinggi telah menjadi trend untuk
menunjuk-nunjuk bahawa lelaki mampu dan datang dari keluarga berada
serta berjaya menawan hati perempuan yang mempunyai ramai peminat.
Kadangkala pihak perempuan yang meminta manakala lelaki malu menolak
untuk menjaga maruah. Apabila yang diminta terlalu tinggi sehingga
tidak mampu disediakan oleh pihak lelaki, maka berlakulah
pinjam-meminjam dan bergolok bergadai.
Keadaan itu mampu menimbulkan pergolakan dalam sesebuah rumah tangga, walaupun ia baru dibina.
Ada harta, adalah cinta. Tiada harta, tiadalah cinta. Itulah
kata-kata yang seringkali kita dengar dari mulut golongan lelaki
mahupun wanita apabila diajukan tentang kepentingan nilai wang
hantaran.
"Memang sukar hendak menikmati kebahagiaan sekiranya kita berpegang
dengan prinsip sebegini. Memang tidak dinafikan, dunia hari ini
perlukan wang, tetapi wang tidak boleh menyediakan kebahagiaan yang
hakiki," tegas Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana
Ghazali.





Menjadi persoalan, adakah nilai hantaran itu dianggap sebagai
penentu kasih sayang sehingga pasangan sanggup melakukan apa sahaja
demi memenuhi kehendak keluarga perempuan mahupun lelaki itu sendiri?
"Saya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Kalau jumlah hantaran
itulah pengikat dan penentu kasih sayang, apakah itu bermaksud kasih
sayang adalah seperti barangan yang boleh dijual beli?
"Cuba imbas pasangan suami isteri lampau, berapa jumlah hantaran
kahwin mereka? Dengan hantaran yang tidak seberapa, mereka masih kekal
hidup bahagia sehingga ke anak cucu hari ini. Lihat juga pasangan hari
ini yang berkahwin dengan jumlah hantaran yang biasa, masih boleh kekal
bahagia.
"Sebaliknya, pasangan yang berkahwin dalam sebuah majlis yang gah
sehingga seluruh pelosok negara tahu dengan hantaran menyamai harga
sebuah kereta, belum tentu kehidupan mereka bahagia. Malah, ada yang
sudahpun bercerai-berai," katanya.
Apakah bermaksud kasih sayang kini sudah tiada ertinya walaupun
diperoleh dengan harga yang tinggi? Kata Suzana, pendapat sebegitu
hanya timbul dan akan dipersetujui oleh mereka yang memandang wujudnya
kasih sayang itu melalui nilaian harta.
Kesan akibat penentuan jumlah wang hantaran yang tinggi ini, ia
bukan sahaja menimbulkan masalah lambat kahwin atau perkahwinan
tertangguh tetapi memberikan kesan yang mendalam kepada perkahwinan itu
sendiri.
"Ada seorang klien saya mengadu, selepas lima tahun berkahwin,
beliau tidak pernah berpeluang balik ke rumah ibu dan ayahnya. Bila
diajukan permintaan kepada si suami, suaminya menjawab: "Awak tak boleh
balik lagi ke sana sebab saya dah beli awak daripada ibu bapa awak."
"Sebabnya, si suami telah dipaksa membayar sejumlah hantaran yang
tinggi ketika perkahwinan mereka. Bukan satu kes ini sahaja, ada juga
kes perkahwinan tidak bahagia apabila si suami gagal menunaikan
tanggungjawab sepenuhnya sebagai ketua keluarga kerana separuh daripada
pendapatan bulanannya digunakan untuk melangsaikan hutang bank yang
dipinjam untuk menyediakan wang hantaran.
"Malah, ada juga ibu bapa yang tidak melayan menantu dengan baik
kerana merasakan keluarga menantunya telah memeras mereka apabila perlu
menjelaskan sejumlah hantaran yang tinggi," katanya sambil memberitahu
ada kes tersebut melibatkan pembunuhan seperti yang telah terjadi di
Kedah tidak lama dulu.

JUMLAH hantaran bukanlah penentu dan pengikat kasih sayang pasangan suami dan isteri. Gambar hiasan



Kebiasaannya, jumlah hantaran ditentukan oleh ibu bapa pengantin perempuan, sama ada wang hantaran ataupun barangan hantaran.
Nasihat Suzana, sewajarnya ketetapan hantaran ini dibuat oleh pihak
perempuan setelah diadakan perbincangan dengan pihak lelaki.
Dengan cara sebegitu, wujudlah keharmonian dalam sebuah ikatan rumah
tangga, tanpa timbulnya permasalahan melibatkan kewangan mahupun
ungkit-mengungkit jumlah hantaran yang telah ditetapkan.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1500
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5201

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Hantaran nilai kasih sayang?

Post by aieyda on Tue 30 Dec 2008, 10:28 am

sekarang wang hantaran dikira setakat mana tingginye bakal isteri tu belajar..
ala..kdg2 ada sijil spm,kije kilang pun hantaran berbelas ribu,puluh ribu..
kalah owg yang ada degree..
kesian pihak lelaki,bergolok gadai nak kumpul duet..
bagi yang kerja besar,berada takpela..kalau yang gaji kecik mcmana,tak ke berhutang plak..
lepas kawen bayar hutang pasal buat pinjaman nak kawen..
hmm..pernikahan bukannye menyusahkan tapi manusia sendiri yang menyusahkan..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5210

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Hantaran nilai kasih sayang?

Post by neskobeng on Tue 30 Dec 2008, 6:18 pm

nanti anak dah 5 org pinjaman utk kawin tak abis lagi..... baru nama anak pinjaman....

neskobeng
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : juru x-ray
Gender : Male
Jumlah Post : 875
Umur : 36
Tarikh Register : 02/03/2008
Reputation : 3
Points : 3103

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya mesti PILIH!!!!!!!

View user profile

Back to top Go down

Re: Hantaran nilai kasih sayang?

Post by aieyda on Thu 01 Jan 2009, 6:26 pm

hehhe..biar berpada2..
ikot kemampuan masing2..jgn ikot owg je..
ukur baju sendri la beb..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5210

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Hantaran nilai kasih sayang?

Post by neskobeng on Thu 01 Jan 2009, 7:29 pm

memang ukur baju badan sendiri...............tp badan sendiri banyak pasang....

neskobeng
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : juru x-ray
Gender : Male
Jumlah Post : 875
Umur : 36
Tarikh Register : 02/03/2008
Reputation : 3
Points : 3103

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya mesti PILIH!!!!!!!

View user profile

Back to top Go down

Re: Hantaran nilai kasih sayang?

Post by aieyda on Fri 02 Jan 2009, 12:41 pm

badan ko ke bnyk pasang..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5210

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Hantaran nilai kasih sayang?

Post by neskobeng on Fri 02 Jan 2009, 6:58 pm

Baju le banyak pasang........badan 1 je..

neskobeng
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : juru x-ray
Gender : Male
Jumlah Post : 875
Umur : 36
Tarikh Register : 02/03/2008
Reputation : 3
Points : 3103

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya mesti PILIH!!!!!!!

View user profile

Back to top Go down

Re: Hantaran nilai kasih sayang?

Post by Sponsored content Today at 12:45 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum