FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

TDM

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: TDM

Post by nori on Tue 18 Mar 2014, 11:28 am

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tahun 2014, banyak perubahan yang berlaku, dan antaranya ialah PPF di beri ruang dan peluang bagi menganjurkan kursus/seminar/simposium/dll dan pada tahun 2009, Negeri Perak Darul Ridzuan telah merintis jalan dalam melaksanakannya, dan disertakan disini DRAFF kertas kerjanya yang telah 6 tahun berlalu, dan sebagai PPF alaf baru, pastinya ianya adalah sebagai rujukan dan panduan sahaja sebab segalanya telah berubah, tetapi PPF masih bertugas dengan tugasan yang telah dikemaskinikan.


TDM adalah tugasan baru dan PF berkuasa penuh terhadapnya. Tetapi apabila PF bertukar, berkursus, bercuti dll, maka tugasan tersebut perlulah di teruskan oleh PPF. Dan sbab itulah PPF perlu terus bersedia sepanjang masa sehinggalah meninggalkan perkhidmatan. Maksudnya ialah BERSARA. 
 
Persidangan PPF memang di adakan setiap minggu oleh JK Teknikal PPF peringkat Pusat, Negeri, daerah dan PTJ. Cuma penyebaran maklumat sesama PPF adalah amat terhad.  Biro ICT PPF perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.
 
Sepatutnya persidangan PPF perlu diadakan setiap minggu iaitu sebanyak 54 kali setahun. Ianya adalah Peringkat PTJ, Peringkat Daerah, Peringkat Zon,  Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan. Banyak kebaikkannya jika menghadirinya dan pada 1 Mac 2014 akan ada satu kursus bagi PPF. Boleh hadir jika ada kelapangan dan mata cpd pasti akan dapat serta diberikan peluang bagi membentangkan kertas kerja dan dapat mata tambahan mycpd sebagai pembentang kertas kerja.
 
EG : Salam, semua di jemput hadir ke Kursus International Humanatarian Law-IHL pada 1 Mac 2014 (Sabtu) 9.00 pagi – 1.00 petang di Bilik CME Klinik Kesihatan Bota Kiri, 32600 Bota, Perak. Hubungi Urusetia 0129680929 8.00 pagi – 5.00 ptg (5.00 ptg – 8.00 pagi sms ) , EX SMDARY 1977/1981 , VAD46, PPF, PRA, PBSM, KSPPA, dll, Dan semua PPF boleh menggunakan FORUM PARAMEDIK bagi menambah pengetahuan.

 PPF juga boleh bergabong dengan lain-lain NGO bagi menjayakannya. Disertakan DRAFF yang Perak pernah usolkan. Sebagai PPF yang berwibawa segala nota dan dokumen perlulah disimpan selama 2 tahun iaitu sama seperti Rx. Tetapi jika ianya masih ada harga secara tersendiri atau secara komersil, ianya bolehlah terus di simpan. Jika tiada pelupusan, maka pada masa hadapan, semua bilik farmasi akan memiliki dua tingkat, iaitu setingkat lagi didalam tanah.
 

(DRAFF)
 
 
KERTAS KERJA
 
CADANGAN MENGADAKAN
KURSUS PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN
DAN PERKEMBANGAN KERJAYA PPF NEGERI PERAK 2008.
 
 
BIRO PENDIDIKAN
JK TEKNIKAL
PPF PERAK
 
4 Mei 2008
 
 
 
KERTAS KERJA CADANGAN MENGADAKAN
KURSUS PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN
DAN PERKEMBANGAN KERJAYA PPF NEGERI PERAK 2008.
 
 
A. PENDAHULUAN :
 
Kursus ini merupakan pengisian pengetahuan terhadap Penolong Pegawai Farmasi seluruh Negeri Perak. Pengisian kursus adalah lebih kepada skop pembinaan  motivasi, perubahan kepada sikap yang positif dan tugasan-tugasan klinikal dalam menjalankan tugas-tugas seharian dan cabaran semasa.
 
 
B. OBJEKTIF :
 
·          Memberikan kesedaran kepada semua Penolong Pegawai Farmasi Negeri Perak tentang kepentingan peranan dan tanggungjawab mereka dalam KKM terutama dalam Jabatan Farmasi di semua tempat bertugas
 
·          Menyedarkan peserta tentang pentingnya peranan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat dan Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya Penolong Pegawai Farmasi.
 
·          Kearah penyatuan sikap semasa menjalankan tugas harian
 
·          Menyuntik kepentingan pengetahuan bersifat rohani disamping fizikal
 
·          Mengulang kaji ilmu-ilmu klinikal agar tugas harian lebih menunjukkan keterampilan , tepat, bertanggung jawab, profesioanal dan jauh dari sebarang kesilapan.
 
·          Mendedahkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang Penguatkuasaan Farmasi serta akta-akta bersangkutan untuk persediaan menghadapi PTK (Khusus)
 
 
 
C. TARIKH / MASA / TEMPAT :
 
Anjuran bersama: Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi) JKN Perak dan Kesatuan Kebangsaan Pembantu  Farmasi Kerajaan Malaysia ( Perak )
/ Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia ( Perak )
 
Tarikh                     : 18  Julai 2008 ( Sabtu  ) - CADANGAN
 
Tempat                   : Dewan ACC, Hospital Ipoh.- CADANGAN
 
Jangka Masa / Hari               : Satu Hari - CADANGAN
 
Tajuk ceramah       : Masa Depan dan Hala Tuju PPF Perak
                                ( Penceramah: Tuan Hj Rohayiem -TPKN Farmasi )
 
                                 : Permohonan ABM 8 PPF dan Organisasi PPF
                                 ( Penceramah: En Sairen  Abdullah Safar –HAS Johor Bahru )
 
                                : PPF Antara Tugas dan Sikap
                                ( Penceramah: En Manan bin Kecik – USM Penang )
 
                                : Akta Perlesenan Serta Penguatkuasaan Farmasi
                                ( Penceramah:  Bahagian Penguatkuasaan Farmasi  Perak )
 
                                : Tugasan Generik PPF Dari Perspektif Penempatan KKM
 ( Penceramah: En. Mohammad Awang, Bhg Farmasi KKM )
 
Peserta                   : Penolong Pegawai Farmasi semua kategori Negeri Perak
 
Jumlah Peserta      : 180 orang             ( 75 % daripada jumlah PPF Di Negeri Perak )  
 
Perasmian                              : 1. Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM ( Cadangan )                 
                                                : 2. Pengarah JKN Perak ( Cadangan )
 
 
Penutup dan penyampaian sijil : Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( F ) Perak.
 
 
D. ANGGARAN PERBELANJAAN :
( Pengurusan Farmasi Negeri Perak)
 
Sewa Dewan                                                          : RM        8,000.00
Minum Pagi
Makan Tengahari
                Minum     Petang  
                Sewa 3 Bilik            ( Penceramah Luar )
 
Cenderahati penceramah                                     : RM        500.00
 
Cenderahati Perasmi                                            : RM        200.00
 
Fail peserta                                                            : RM        900.00
 
Pengurusan                                                           : RM        200.00
 
Lain-lain perbelanjaan                                          : RM        200.00
 
JUMLAH                                                 RM          10,000.00
 
Kesemua perbelanjaan di atas dibiayai oleh penganjur :
 (Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perak.)
Penginapan ( kepada peserta yang berkenaan ) ,Tambang perjalanan, parking, dan lain-lain elaun peserta ditanggung oleh PTJ masing-masing
 
 
E. AJK INDUK:
 
Pengerusi                               : Tuan Hj Rohayiem – TPKN ( Farmasi )
Naib Pengerusi                      :  Pn Helen Jetty – PPF U40 Hospital Permaisuri Bainun
Setiausaha                             : Pn Rosmah Mansur  – U 29 Hospital Teluk Intan
Pen Setiausaha                      : En Ganeson – U32 PKD LMS Taiping
AJK                                         : Pn Sofiah Yunus – U38 Hos Permaisuri Bainun
                                                : En Dillah Yusof – U38 Hospital Tanjong Rambutan
                                                : En Abd Aziz – U36 Hospital Taiping
: Cik Wong Ah Kuan – U 36 Hospital Teluk Intan
: En Shabuddin – U 36 KK Green Town                                             
: En Krishnansamy -  U36     Hospital Permaisuri Bainun
: En Abbas Ramli – U 32 Hospital Manjung
 
Melainkan Naib Pengerusi, terserah pada Timbalan Pengarah (Farmasi) JKN Perak untuk membuat perlantikan.
 
 
F. AJK PENATIA / PELAKSANA :
 
Pengerusi:                              : Pn Helen Jetty – U40 Hos Permaisuri Bainun
Naib Pengerusi                      : En Zakaria Yusof – U38 Hos Permaisuri Bainun
Setiausaha                             : Pn Rosmah Mahmud – U 29 Hospital Teluk Intan
Pen Setiausaha                      : En Ganeson – U32 PKD LMS Taiping
Bendahari                              : Pn Zanariah Mohd Arif – U32 Hospital Tapah
AJK                                         : Pn Sofiah Yunus – U38 Hos Permaisuri Bainun
: En Arifin Mohamad – U 32 Hospital Teluk Intan
                                                : Pn Rohaizan bt Mohd Nor – U 29 KK Chenderong Balai
                                                               
                               
                               
G. KETUA-KETUA SESI :
 
Persiapan Tempat                 : En Ganesan A/L G. Narayanan          - PKD LMS Taiping
Pendaftaran                           : Pn Rosmah Mahmud – Hospital Teluk Intan
Penyambut Tetamu                   : Pn Rohaizan bt Mohd Nor – KK Chenderong Balai
PA System                              : En Arifin Mohamad – Hospital Tapah
Jamuan                                   : Pn Norhalinda bt Ramli      - Pejabat Kesihatan Hilir Perak
Penceramah                           : En Mohd Hamdan bin Mohd Noor- KK Karai
Sijil                                          : Pn Zanariah Mohd Arif – Hospital Teluk Intan
Aturcara                                  : Pn. Maryani bt Abu Daud- KK  Padang Rengas
 
 
 
 
 
H. PENGERUSI MAJLIS
 
                1. En Wahab bin Dawam  – Hospital Manjong
 
                2. Tn Hj Bakeri bin Songep – Hospital Manjong
 
I. BACAAN DOA :
 
Tn Hj Bakeri Songep – Hospital Seri Manjung
 
 
J. PAKAIAN :
 
Tidak perlu memakai pakai seragam. Pakaian menutup aurat/tidak menjolok mata.
 
 
K. LAIN-LAIN :
 
1. Memohon kepada Timbalan Pengarah JKN (Farmasi) mengeluarkan surat lantikan kepada semua AJK persidangan melalui jabatan AJK masing-masing.
 
2. Memohon agar semua ketua unit atau jabatan para peserta dan AJK persidangan memberikan cuti gantian/ kelepasan.
 
3. Semua surat jemputan resmi peserta, penceramah dan perasmi dikeluarkan olih Timbalan Pengarah ( Farmasi ) JKN perak.    
 
4. Semua penceramah hendaklah menyediakan teks ucapan / kertas kerja untuk di masukkan dalam fail  kepada setiap peserta.
 
 
L. ATURCARA MAJLIS
 
( Sabtu 18 Julai 2008 )
 
8.00 am   9.00 am   : Pendaftaran Semua Peserta
 
9.00 am   10.00 am :  Ucapan perasmian
 
10.00 am 10.30 am : Minum Pagi
 
10.30 am 11.30 am                 : Kertas Kerja 1
 
11.30 am 12.30 noon             : Kertas Kerja 2
 
12.30 noon             2.00 pm   : Makan Tengahari / Rehat / Solat
 
2.00 pm   3.00 pm   : Kertas Kerja 3
 
3.00 pm   4.00 pm   : Kertas Kerja 4
 
4.00 pm   5.00 pm   : Kertas Kerja 5
 
5.00 pm                   : Ucapan penutup, penyampaian sijil ,dan bersurai
 
 
 
 
 
Sekian.
 
BIRO PENDIDIKAN
JK TEKNIKAL
PPF PERAK
 
 
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
 
 
Tamat


 
18 Mac 2014
 
 

 
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3211

View user profile

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum