FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Dispensing Separation

View previous topic View next topic Go down

Dispensing Separation

Post by afiq82 on Sun 25 Jan 2009, 3:57 pm

Petikan dari New Straits Time:

SUBANG JAYA: The Malaysian Pharmaceutical Society has proposed a "zoning" system to enable
pharmacists to take over the dispensing of medicine from doctors.

MPS president Datuk Nancy Ho said the age-old argument of insufficient number of pharmacies in Malaysia was no longer true.

The society conducted a "geo-mapping" study to identify the locations
of pharmacies in relation to clinics and found that in major areas like
Klang Valley, Penang, Johor Baru, Kota Kinabalu, Kota Baru and Kuching,
the ratio was enough to serve doctors.

Ho said pharmacists could set up 24-hour outlets to cater to the needs of clinics.

MPS wanted the zoning proposal to be implemented in selected towns and
to let consumers decide where they wanted to get their prescribed
medications.

Some 100 doctors and pharmacists will gather at a
symposium, "Future Challenges for Healthcare in Malaysia" here tomorrow
and one of the issues to be raised is separation of the role of doctors
and pharmacists in providing healthcare.

"It is crucial that consumers are educated on the proper use of medicines."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ini salah satu petikan dari suratkhabar NST, [/size]17-Jan-2009, tentang presiden MPS ckp pasal dispensing seperation yg akan dijalankan dlm tahun ni atau tahun depan mengikut tempat2 yg dah ramai pharmacist[size=9] mcm penang, kl, jb. Kalo saya, memang saya pon nak menyokong dispensing separation yg akan dijalankan walaupon mendapat tentangan dari MMA.

Ini sebenarnye bukan mengenai duit atau keuntungan yg akan kedai farmasi buat, tapi lebih kepada supaya patient2 ngan customer dpt tau mengenai ubat mereka berbanding doktor yg terlalu sibuk dan menumpukan pada diagnosis tetapi lupa mengenai kesan2 sampingan ubat.

Selalunya doktor akan cakap dispensing separation tak buleh dijalankan disebabkan pharmacist kurang berpengetahuan dan tidak berada dekat dengan pesakit tetapi lihat di hospital2 kerajaan dimana dispensing separation dijalankan dan sememangnya berjaya menambah compliance pesakit. Doktor ckp pon main taram je, ckp pharmacist tak berpengetahuan tinggi padahal kat malaysia nie blaja farmasi sampai 5-6 tahun pastu servis wajib lagi 3 thn baru dpt lesen praktis. kalo tak pandai naper la nak masuk kursus farmasi ni susah sgt, org2 pandai jer dpt masuk.

Ok, kita lupakan pasal pharmacist, kita ckp pasal advantage kemungkinan yg akan kita dpt kalau dispensing separation nie berjaya. salah satu adalah peluang kerjaya pembantu farmasi nie mesti lebih luas kalo diorang wajibkan kena at least kene ader pembantu farmasi utk setiap kedai farmasi sbb of kos kedai farmasi akan sibuk kalo dispensing separation nie dijalankan. then, benda yg kita amat nanti2kan, iaitu, kalo bidang kerjaya "pembantu farmasi" ni lebih meluas, mesti kita lebih mudah utk mintak pendaftaran pembantu farmasi dan mungkin kita akan ada lembaga juruteknik/juruteknologi farmasi sendiri. kalo bleh saya mmg nak tukar nama jawatan kita kepada juruteknik/juruteknologi farmasi.

so, doktor pon takkan buleh nak ambik budak lepasan SPM atau PMR utk dispens ubat kat klinik, pharmacist pon tau diorang nie mmg tak berkelayakan, sememangnyer pharmacist akan amek org yg pandai dlm hal2 pengurusan ubat nie.

aper pendapat korang tentang hal nie?


Last edited by afiq82 on Sun 25 Jan 2009, 4:03 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : font incompatibilty)

afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 35
Tarikh Register : 19/12/2008
Reputation : 9
Points : 3224

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by dhiyamirza on Wed 28 Jan 2009, 5:48 am

ntahla....susah nak cakap....kalau gi GP tu, anak doktor yang 7 8 tahun tuh plak yang carik kan ubat untuk aku...perkara ni pernah berlaku depan mata kepala aku sendirik sebab aku lah pesakitnya pada ketika itu,....nak kata ape lagik?nak cakap aku tak nak ubat tuh? nak cakap mereka tak dak lesen? nak kata aku tak nak bayar? paling2 pon aku kata aku kurang yakin dengan ubat2 tersebut dan aku tak nak kan ubat2 itu sahja...sebab kat sini aku bertindak sebagai pengguna...bukan ppf... Sad
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3664

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by afiq82 on Fri 30 Jan 2009, 11:57 am

itu la, kita kene berusaha supaya ppf nie boleh didaftarkan dibawah undang2, barulah kita boleh minta apa yg kita nak sbb dah diiktiraf. bila dispensing separation ambil alih, mesti akan lebih pengiktirafan diberikan utk pharmacy technician nie.

afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 35
Tarikh Register : 19/12/2008
Reputation : 9
Points : 3224

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by hius2007 on Sat 07 Feb 2009, 1:15 pm

Dispensing Separation ni dah di perkenalkan di korea pada 90an, tetapi semua Dr mogok dan balik ke stail lama.

Di M'sia undang2 nya adalah ketat. Dan semua Dr patuhinya. Yg jadi masaalah ialah Penguatkuasa Farmasi masih belum ramai. Pada masa ni mereka hanya keluarkan lesen sahaja. Pemantauan masih kurang.
Dr tersebut dapatkan lesen Dr dari MMA dan Lesen simpan ubat dari farmasi. secara teorinya kedua2 lesen tersebut terletak di premis yg sama. Jadi bila tiada pemantauan, budak lepas sekolah yg jadi pendaftar tu , dia juga yg akan beri ubat.

Lagi satu, jika PPF bertugas di Klinik GP, tentu gaji mahal dan, pesakit yg datang ambil ubat, kena tanggung ( Kos Mahal ).

Jika benar ianya nak di jalankan, rasanya lebih baik PPFM/Union adakan kursus asas selama 2 minggu kepada petugas di GP tersebut dan ini boleh di lakukan. Semua pengawal keselamatan swasta, wajib hadir kursus khas selama seminggu . Persatuan mereka boleh pun lakukan nya.

Amerika dan London boleh buat separation sebab mereka ada 400 IPTA/IPTS. Dah mcm sekolah menengah je kat M'sia ni.

Dulu ada cadangan PPF di daftarkan di bawah Akta Farmasi, tetapi PPFM/Union tak kuat, maka Peg lupa nak masukkan.

Jgn lupa hadir AGM PPFM/Union tahun ni. he he he

hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 137
Umur : 52
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 3375

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by afiq82 on Tue 10 Feb 2009, 6:13 am

kat korea selatan walaupon doktor GP mogok berbulan2 maser stat tahun 2000 tu, tetapi dispensing separation berjaya dijalankan selepas habis mogok tu yg berakhir september 2000.
itu la saya tak paham dgn doktor2 klinik swasta kat sana yg rajin sgt buat mogok sampai mengabaikan pesakit, terpaksa la diorang dtg hospital kalo sakit sket2. bila diorang dah tahu kebaikan dispensing separation, baru la brenti.

afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 35
Tarikh Register : 19/12/2008
Reputation : 9
Points : 3224

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by dhiyamirza on Wed 11 Feb 2009, 4:43 am

dispensing seperation ni kalau kita implemen pon rasa tak de salahnya...kalau rasa tak de manfaat, cubalah carik manfaatnya. kalau rasa ade kelemahan, cubalah perbaikinya...alangkan science dan mathemathics pon boleh diajarkan dalam bahasa inggeris walaupun dapat berbagai kecaman, kenapa tidak yang ini. ini semua polisi dan dasar awam...
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3664

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by kainkapan on Tue 31 Mar 2009, 12:18 am

aku ada sijil pembancuh ubat jek...
avatar
kainkapan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : PenGGaLi KuBuR
Gender : Male
Jumlah Post : 324
Umur : 35
Tarikh Register : 14/05/2007
Reputation : 3
Points : 4151

Character sheet
Mutiara Kata saya: MALU mu ialah mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, Tiada siapa yang dapat merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by ppfkkpa on Tue 10 Aug 2010, 8:33 am

Dispensing Separation ni adalah satu dasar negara yang di gubal oleh kerajaan dan di bantu oleh PF, kita sebagai PPF perlu sokong je, sebab memang PPF tidak terlibat selagi kita sebagai PPF, apapun pada 2011 segalanya akan berubah, 5 akta melibatkan farmasi akan di pinda, juga mungkin PPF akan di daftarkan, dan selepas tu barulah kita tahu kebaikan dan keburukannya, kena tengok akta dahulu yang akan di bentangkan pada Okt ni, banyak kelebihan jika PPF di daftarkan, tetapi kena kerja lebih, macam ujian PTK juga, bila wajib PTK, dengan tak semena mena jabatan kopentensi kena wujudkan, kerajaan kena belanja lebih kurang 2 juta bagi mewujudkan jabatan ini, akhirnya, exam 5 kali pun , tak dapat aras 4 dan tak dapat naik gaji, tetapi sebagai PPF, bila di wartakan, segalanya kena patuh, PPF ambil yang positif je, yang negatif biar PPFM / KKPFKMB yang perjuangkan, tertapi PPF perlu jadi ahli PPFM / KKPFKMB sebab nak berikan input kepada mereka, tiada input, maka tiadalah out put,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 2907

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by nori on Fri 18 Feb 2011, 2:13 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Topik pemisahan ini sebenarnya memisahkan antara profesyen Dr dan profesyen PF. Kita sebagai PPF juga akan terasa tempiasnya. Pendaftaran PPF di bawah akta farmasi masih belum ada penghujungnya tetapi PPF telah dijemput untuk berdaftar di bawah allied health dan PPF U40 telah pun di lantik sebagai ketua PPF di setiap negeri. Perjalanan dan kemajuan perjawatan tersebut, masih kabur, tetapi PPF sendiri perlu memberikan pendirian yang tegas, akta allied health atau akta PF , dan segalanya perlulah di mulakan dengan satu langkah yang awal, iaitu bersatu, dalam tindakan, dalam suara, dalam perjuangan dan bersatu dengan hasilnya. Bila, dimana dan siapa, masih belum terungkai, sebab perbincangan mengenai perkara tersebut masih belum meluas di kalangan PPF sendiri.

Dan selamat bertugas kepada semua PPF dan di harapkan dengan perkembangan yang terkini, semua PPF akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak atasan, dan begitu juga dengan segala persoalan dan permasaalah PPF, sepatutnya ianya akan diselesaikan secara berterusan, walaupun ianya mengambil masa yang begitu lama bagi mengatasi kesemuanya. PPF perlu terus mencurahkan tenaga dan bakti serta keringat tampa perlu menoleh ke belakang lagi kerana segala yang berlaku iti , tentu ada hikmah di sebaliknya. Perkembangan antara PF dan PPF adalah amat besar jika di bandingkan dengan masa dahulu. Perjawatan PF di BPFKKM pada maka kini ialah :-

Pharmacy Practice & Development
Jusa C 1
U54 22
U52 42
U48 131
U44 415
U41 2014
U40 7
U38 30
U36 70
U32 358
U29 2474

Pharmacy Regulation ( NPCB )
Jusa C 1
U54 3
U52 8
U48 33
U44 9
U41 100
U36 2
U32 8
U29 67

Pharmacy Enforcement
Jusa C 1
U54 2
U52 3
U48 37
U44 67
U41 263
U36 3
U32 9
U29 8

Pengisian Jawatan PF adalah 73 % dan pengisian jawatan PPF adalah 86 %.

Banyak persoalan yang membelengu PPF pada masa ini adalah kerana semua PF y/m terlalu sebok menjalankan tugas-tugas seharian dan juga nak menjaga periuk nasi sendiri. Lain-lain PPF boleh juga membantu dengan menyediakan kertas kerja yang berupa cadangan dan idea untuk di bincangkan semasa mesyuarat / perjumpaan PPF. Pegawai atasan PPF telah berusaha tampa ada jalan penyelesaiannya, sebab itulah masih tak nampak jalan merungkainya.Sebahagian dari isu tersebut telah pun di ketengahkan oleh PPF tetapi oleh kerana kurangnya alasan yang munasabah dan justifakasi yang kukuh, maka hasilnya masih belum di kecapi.Setiap tahun alasan berubah dan begitu juga justifikasi. Jika PPF boleh memberikan kertas kerja / kertas cadangan dengan perkembangan terkini, mungkin pihak atasan berasakan ada kewajaran dalam mempercepatkan setiap permohonan.

Antara persoalan PPF terkini ialah :
Memberi Peluang PPF Melanjutkan Pelajaran Ijazah Pharmasi di IPTA
PPF Berdaftar Dengan Lembaga Farmasi Malaysia
PPF Berdaftar Dengan Akta Kesihatan Bersekutu
Mengadakan Tambahan Kursus Pos Basik Bagi PPF
Pertukaran Nama Jawatan Yang Lebih Relevan Seperti Juruteknologi Farmasi
Pakaian Seragam PPF Yang Lebih Sesuai Dan Universal
Menyediakan Bilik Khas bagi PPF Kanan bagi Tugasan Pentadbiran PPF
Peruntukan Khas Kepada PPF Untuk Persidangan Peringkat Negeri / Kebangsaan
Expanded dan Extended Role PPF Yang Terkini
Penglibatan PPF Dalam Health System Research (HSR) KKM
Pembentangan Kertas Kerja, Scientific Meeting Dll Oleh PPF
Perlantikan Ketua PPF U40 Peringkat Kebangsaan / Negeri Oleh KKM
Perlantikan Kordinator Negeri PPF U40 Oleh KKM
Jawatan Khas PPF Yang Ada Ijazah Bagi Mengajar Pos Basik PPF.
Team Work Antara PF Dan PPF Agar Lebih Sistematik Dan Effisyen
Penglibatan PPF Dalam Program Kemasyarakatan
Wujudkan JK Pembangunan Perkhidmatan Farmasi (PF,PPF, Storekeeper, PPK,PRA)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dalam Kajian, KMK, Inovasi, 5S Dll.
Pengisian PPF U32/36/38/40 di Pejabat Kesihatan Daerah Seluruh Negara
Penambahan Kolej PPF Bagi Penyediaan Tenaga Kerja Yang Mencukupi
Penambahan Jawatan Pengajar PPF di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dlm AJK Kecil di PKD / Hospital
Pengisian Jawatan PPF Yang Kosong Atas Kadar Segera
Permohonan Elaun Kritikal Bagi PPF
Cadangan Skim Bersepadu PPF U29, U32, U36, U41, U44, U48, U52, U54
Cadangan Elaun Harzard Bagi PPF
Cadangan Markah CPD Mengantikan Ujian PTK bagi PPF
Hala Tuju PPF Pada Masa Akan Datang
Kedudukan PPF DalamAkta Farmasi
Kedudukan PPF Dalam Akta Sains Kesihatan Bersekutu
Masa Depan PPF Berkaitan Kursus Bac Sc (Hons) Farmasiutical Technology UKM
Cadangan Penempatan PPF Di Unit Penguatkuasaan Farmasi
Cadangan Menempatkan Minima Dua Orang PPF Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di Unit Maklumat Drug Di Setiap Hospital Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di JKN Seluruh Negara.Melalui ABM8

Setiap hari adalah hari yang berbeza, persoalan juga berubah mengikut keadaan geografi dan fizikal tempat PPF bertugas, jika selesa, tahniah di ucapkan, dan jika kurang selesa, terdapat berbagai saluran bagi meluahkan pandangan dan pendapat serta mengutarakan cadangan jalan penyelesaiannya. Selagi terdapat pesakit di negara ini, tentu tugas PPF di perlukan. Cuma perbezaan nya ialah dahulu PPF bancuh sendiri ubat-ubatan dan kini segalanya telah tersedia.

Persidangan dan program CME adalah amat penting, disamping belajar benda-benda baharu, PPF juga akan di dedahkan dengan kecemerlangan inter personal, yang akan membantu PPF semasa menjalankan tugasan seharian, dan esok 19 Februari 2011 akan terdapat Persidangan PPF Negeri Perak di Dewan Jauhari Hospital Teluk Intan, dan semua PPF yang ada kelapangan di jemput untuk menghadirkan diri .Perkara utama yang akan di bincangkan ialah pengorganisasian PPF agar PPF dapat terus berketerampilan dalam menyampaikan khidmat kepada rakyat di samping boleh memandu diri sendiri dalam mengejar kecemerlangan.

Segala pandangan dan cadangan di atas adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga harus melihat perkara tersebut dari perspektif yang sama.

Tamat : 18 Februari.
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 51
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3099

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by nori on Tue 11 Oct 2011, 4:55 am

FORUM 11 OKT 2011

Salam Satu Malaysia

Dispensing Separation, memang menjadi agenda utama persatuan PF kerana keselamatan drug boleh terjamin. Dengan perkhidmatan wajib PF dikurangkan kepada setahun, pastinya ianya akan lebih cepat di perkenalkan. Dan hasilnya ialah lebih ramai PF akan meninggalkan perkhidmatan kerajaan dan membuka sendiri farmasi komuniti. Tetapi kerja kerja mereka di kerajaan yang telah ditinggalkan itu, terpaksalah di gendong oleh PPF. Tugasan PPF akan menjadi lebih rumit, tetapi harapan bagi mendapat elaun BIPK masih jauh. Elaun kritikal boleh di lupakan apabila bilangan PPF di negara ini di tingkatkan sekali ganda daripada 3500 pada 2011 kepada 7000 pada 2012.

Pembentangan Budget oleh YAB PM pada 7 Oktober yang lalu, telah membuka minda semua rakyat Malaysia. PPF juga tidak terkecuali. Banyak perancangan yang positif telah di bentangkan dan sepatutnya semua PPF perlu mengambil tahu akan setiap perkatan yang dibentangkan oleh YAB PM. Sebab biasalah pihak pengurusan dan professional telah dilatih agar meneliti setiap fakta dan rumusan. PPF juga perlu menyatakan fakta pada setiap persoalan yang ingin di utarakan. Sepintas lalu Budget 2012 ialah ;


KKM mendapat peruntukan perbelanjaan tambahan sebanyak 10 % pada tahun 2012, berbanding daripada pembentangan budget tahun 2011 dan seharusnya tambahan tersebut juga perlulah juga di nikmati oleh PPF.

Akan terdapat Klinik Satu Malaysia ( KSM ) tambahan sebanyak 50 buah dan
23 buah daripadanya akan beroperasi pada 1.1 .2012. PPF perlu mengatur gerak langkah agar semua KSM tersebut , terdapat perjawatan PPF disana. Tetapi jika PPF berfikir kehadapan, 50 buah KSM memerlukan 100 PPF sebagai staff dua shift dan tugas gantian sebanyak 20 PPF lagi. Maka jumlah PPF yang diperlukan bagi 50 buah KSM baru ialah 120 orang PPF , termasuk tugas gantian, bercuti, berkursus dll.

Sebanyak 81 buah Klinik Kesihatan juga akan di bina dan ini termasuk juga KD yang akan di naik taraf ke KK. Pada tahun 1995, KKM telah menempatkan SN di KD dan pada 2011, sudah terdapat PPP di KD. Tetapi rancangan menempatkan PPF di KD. Masih dalam perancangan yang hasilnya masih belum di ketahui bila akan berjaya. SN dan PPP di KD tu, hanyalah sebagai pilot projek sahaj, sebab 50% dari masa mereka bertugas adalah di KK yang berkenaan. Ini adalah kerana SN dan PPP di KK tersebut selalu pergi tugasan luar, dan SN dan PPP dari KD lah yang akan merawat pesakit di KK. Bagi PPF, pada 1995, 8,000 rx setahun, seorang PPF dan pada 2011 , 24,000 rx setahun pun masih seorang PPF di KK tersebut. Mengapakah mengambil masa yang terlalu lama bagi menambahkan bilangan PPF dari seorang ke dua orang. Sedangkan SN dah jadi 5 orang dan PPP dah jadi 3 orang.

Hos KL, Hos Putrajaya, Hos Queen Elizabert dan Hos Kangar akan di naik taraf dan sudah pasti PPF di tempat berkenan perlulah merangka dan mengatur strategi agar, PPF juga di naik tarafkan. Jika tiada perancangan yang rapi dan teliti, maka jadilah naik taraf hospital tersebut tampa melibatkan dan membabitkan PPF. Nanti beban kerja akan meningkat dan barulah kesannya akan di tanggung oleh PPF. Masa tu cakap pun dah tak guna.

Gaji naik 7-13 % minima RM 80 setahun dan maksima kepada RM 320 setahun. Oleh itu semua PPF perlu memiliki Ijazah Farmasi dan barulah boleh mendapat kenaikan tahunan RM 320 pada tahun ke 14 perkhidmatan. Jika sudah tidak mahu, didiklah anak sendiri dan anak bangsa agar meneruskan kesinambungan perkhidmatn farmasi yang tiada terputus separuh jalan. Laluan kerjaya baru PF dalam masa 14 tahun akan dapat U54 sedangkan laluan kerjaya lama PPF, dalam masa 15 tahun, baru dapat KUP 32.

Kerajaan telah mengiktiraf kerjaya perguruan dengan memberi kenaikan gaji Guru DGA29 ke DGA 32 dalam masa 8 tahun dan DGA32 ke DGA 34 juga dalam masa 8 tahun . Ini bermaksud selepas 16 tahun, gaji guru akan melompat ke DGA 34, berbanding dengan PPF, selepas 15 tahun , baru di skil U32 KUP. Skim PPF perlu di perbaiki agar tidak ketinggalan jauh berbanding guru.
Sepatutnya kena rancang U29, 4 tahun, U32 4 tahun, U36 4 tahun , U38 4 tahun dan seterusnya U40 4 tahun. Dan dalam masa 16 tahun akan dapat U40. Ini juga bermaksud, setiap 4 tahun, PPF tersebut perlu bertukar tempat kerja baru dan naik pangkat.


Hospital Baru di Bera, Dungun, Kuala Krai, Sri Aman dan Tuaran. PPF boleh membantu dalam menyediakan keperluan tenaga kerja bilangan PPF yang bersesuaian dengan bilangan pendiuduk di kawasan tersebut. Dan pastikan semasa merancang, sediakan rancangan 10 tahun kemajuan PPF di hospital tersebut, agar tidak terus ketinggalan.

Gaji Dua Paras akan di jadikan hanya satu paras sahaja dan PTK hanya dalam bertujuan naik pangkat sahaja tampa naik gaji ke P2. Tetapi jika PPF tidak bersedia, akan teruslah ketinggalan dengan lain-lain paramedic. Sediakan juga rancangan agar pemegang sijil pos basic PPF akan dapat elaun pos basic. PF perlulah menyokong usaha tersebut kerana jika PF menyokong, pastinya lain lain katogeri tidak boleh berkata apa-apa. Tetapi jika PF langsung tidak sudi untuk menyokong, kursus sijil pos basic, jadilah tempat makan angin sahaja selama 6 bulan., Bila gaji naik, elaun pos basic juga akan naik secara automatic.


Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah :


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM



JADUAL GAJI PPF DAN
JADUAL GAJI SKIM BERSEPADU LAIN LAIN PARAMEDIK


JADUAL GAJI BARU: U29 :
P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 – P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P3T27 RM3476.28

JADUAL GAJI BARU: U32 :
P1T1 RM1959.29 – P1T20 RM3656.38
P2T1 RM2104.49 – P2T20 RM4034.43


JADUAL GAJI BARU: U36 :
P1T1 RM3057.36 – P1T11 RM4521.51
P2T1 RM3270.62 – P2T11 RM4999.43

JADUAL GAJI BARU: U38 :
P1T1 RM3778.83 – P1T8 RM4943.49
P2T1 RM4131.25 – P2T8 RM5391.18

JADUAL GAJI BARU: U40 :
P1T1 RM4444.33 – P1T7 RM5642.23
P2T1 RM4866.32 – P2T7 RM6155.00

JADUAL GAJI BARU: U41 :
P1T1 RM1999.19 – P1T24 RM4723.81
P2 T1 RM2095.20 – P2T24 RM5022.83
P3 T1 RM2195.39 – P3T24 RM5317.92

JADUAL GAJI BARU: U42 :
P1T1 RM1999.19 – P1T14 RM4723.81
P2T2 RM2195.39 – P2T14 RM5317.92

JADUAL GAJI BARU: U44 :
P1T1 RM3028.90 – P1T14 RM5018.81
P2T1 RM3358.68 – P2T14 RM5547.49

JADUAL GAJI BARU: U48 :
P1T1 RM4431.54 – P1T8 RM5882.85
P2T1 RM4871.25 – P2T8 RM6439.46

JADUAL GAJI BARU: U52 :
P1T1 RM4992.31 – P1T8 RM6443.62
P2T1 RM5465.42 – P2T8 RM7033.63

JADUAL GAJI BARU: U54 :
P1T1 RM5258.09 – P1T8 RM6843.02
P2T1 RM5722.85 – P2T8 RM7466.41

Ini adalah senarai gaji lama dua aras, dan pada 2012 akan ada skil baru dan hanya satu aras sahaja. Bagi mendapat kenaikan gred gaji, tugas PPF perlulah lebih kompleks. Bila lebih kompleks, maka persatuan PPF perlulah memainkan peranan agar mengusulkan apakah silibus yang perlu di miliki oleh PPF sebelum dapat naik pangkat dan naik gaji. SN dah ada 23 kursus Pos basic dan kepakaran, tak kan PPF cuma ada dua sahaja iaitu Sterile dan Pengurusan.

Skim PPF amat jelas menyatakan KPSL PPF hanya ke dua jawatan sahaja iaitu PF dan Pengajar. PPF yang berfikir tepat dan pantas, perlulah memohon menwujudkan beberapa banyak jawatan baru U32, U36, U38 dan U40, kerana pada masa ini, PPF bersara pun hanya PPF U32 KUP. Sebab tak banyak jawatan kenaikan pangkat di wujudkan . Jika mulakan permohonan pada 2011, mungkin pada 2016, akan dapat, tetapi jika tidak mulakan, mungkin 2020 pun masih keadan yang sama.

Dengan penambahan bilangan Klinik satu Malaysia (KSM) menjadi 100 buah, sudahpasti bilangan PPF yang di perlukan ialah 200 orang. Pad masa ini bilangan jawatan kontrak PPF hanya 90 jawatan. Maka adalah wajar bilangan tersebut ditambah kerana keperluan yang mendesak. Maka pada masa hadapan, semua PPF yang bersara, akan di minta berkerja semula sebagai pekerja kontrak. Pencen dapat, gaji pun dapat, graduiti tambahan pun akan dapat. Juga boleh mohon PPF U32 di 100 KSM, dan secara automatic 100 orang PPF U29 akan dapat naik pangkat ke U32. Kalau tak mohon, PPP U32 yang akan monitor PPF di KSM. Lihatlah carta organissasi mereka di KSM.

Juga perjalanan budget ialah bermula pada bulan Mei setiap tahun. Dan ianya di mulai di Kementerian Kewangan. Bagi tempoh Mei hingga Oktober, beberapa dialog dan perbincangan akan di adakan bagi merumus dan menyediakan draff budget tersebut. Dan pada Oktober ianya akan di umumkan oleh YAB PM.

Dan mulai saat ini, semua PPF perlulah berpecah kepada dua golongan yang akan menyumbang kepada perjalanan dan kemajuan Negara. Golongan pertama ialah menyediakan draff budget 2013, untuk di hantar ke pihak atasan termasuk Kementerian Kewangan dan golongan kedua ialah merangka dan menjayakn isi kandungan budget 2012 yang telah di bentangkan. Segalanya bermula pada 1.1. 2012 dan cuma lagi 82 hari sahaja lagi.

Mesyuarat terakhir PPF ada menyatakan iaitu PPF menyokong sahaja segala perancangan dan persediaan yang telah di buat oleh PF, memandangkan PPF sendiri masih belum mempunyai buku biru ‘ Blue Print ‘. Dan antara keperluan perancangan PPF ialah, Rancangan Tahunan, Rancangan Lima Tahun, Rancangan 10 tahun dan Rancangan Khas Ad Hock .

Dan akhirnya pastikan semua PPF telah membuat persedian yang rapi bagi aktiviti jabatan yang terakhir tahun 2011

Mesyuarat Bulanan Jabatan / Unit / PTJ
Mesyuarat PPF Peringkat Negeri
Mesyuarat Pre Counsil dan Full Council MBJ
Mesyuarat PPF Peringkat Kebangsaan
Mesyuarat JK Teknikal PPF
Mesyuarat Persatuan / Kesatuan PPF.

Aktiviti akhir tahun PPF ialah Re Union pada Nov 2011 dan Mesyuarat Saintifik PPF pada Dis. 2011. Tahun 2012 pasti akan menjelma , tidak kira PPF bersedia menerimanya ataupun tidak.



BIRO PENDIDIKAN MEMANDANG KOMITMEN DARI AHLI KESATUAN DAN GENERASI BARU PPF MASA KINI, SEJAK PENUKARAN NAMA JAWATAN KE PPF (PENJENAMAAN BARU) RAMAI YANG BERMINAT UNTUK BERGANDING BAHU DENGAN BIRO PENDIDIKAN, OLEH ITU DISARANKAN KEPADA NEGERI NEGERI MENUBUHKAN BIRO PENDIDIKAN MASING MASING. LANGKAH INI DAPAT MENYEDIAKAN WADAH UNTUK MENCURAHKAN PANDANGAN DAN IDEA IDEA BARU DI DALAM
MENGIMBANGI PEMBANGUNAN KEFARMASIAN.

OLEH KERANA PENGGERAK KEPADA BIRO MEMERLUKAN MASA, PENGORBANAN DAN PERBELANJAAN MENGURUS BAGI MENDORONG AKTIVITI MEREKA SAMADA PERINGKAT NEGERI ATAU PUSAT, PERUNTUKKAN YANG MUNASABAH HARUSLAH DI AGIHKAN AGAR TIADA KETIDAK SEIMBANGAN PERBELANJAAN MENGURUS BERLAKU, PENGAGIHAN YANG SAKSAMA INI DAPAT LAGI MENYEMARAKKAN LAGI KEAHLIAN BARU YANG SANGAT GAIRAH INGIN LEBIH MENYUMBANGKAN TENAGA IDEA KEPADA PROFESION(PENYELIDIKAN,KURSUS SETEMPAT,LAWATAN DAN LAIN LAIN)

PENGAGIHAN PERBELANJAAN MENGURUS HARUSLAH DIKIRA DARI PERATUSAN KEAHLIAN BAGI TIAP NEGERI,INI DAPAT MENDORONG KEMPEN KEAHLIAN TERUS HIDUP SUBUR DAN AKHIRNYA KUANTITI BERTAMBAH DAN KUALITI MENINGKAT SERTA RASA TANGGUNGJAWAB BERSAMA AKAN WUJUD DI DALAM PROFESION PPF.

KETELUSAN ADALAH ASAS YANG PERLU DI PAPARKAN AGAR TIADA LAGI PERSOALAN YANG MERAGUKAN KERANA MASIH TIADA HALATUJU /KELEMAHAN MASALALU. KITA PERLU MENYEDIAKAN BERBAGAI RUANG DAN PELUANG AGAR SEGALA AKTIVITI DAPAT DI MANAFAATKAN BERTEPATAN DENGAN MATA CPD.BAGI PROSES PROFESONALISASI YANG KIAN KETARA AGAR KITA SEIRING DENGAN PARAMEDIK LAIN DI KKM. BIRO BIRO PENGGERAK DARI PERINGKAT NEGERI ADALAH PERLU DI RANGSANG ATAU DI LATIH.

KEPESATAN TARAF PENDIDIKAN TELAH MENAMPAKKAN JURANG PROFESION YANG KETARA ,MEMILIKI TANGGUNGJAWAB TUGAS MENGIKUT PROFESION PERLU DIKENAL PASTI AGAR HAK DAN KEUPAYAAN SEIRING DENGAN KELAYAKAN TIDAK MENCEMARKAN PROFESION MALAH DAPAT MEJAMIN KEWUJUDAN PROFESION ,,,,,,,
PERSOALANNYA SEKARANG APAKAH KITA BERUPAYA MENJAGA PROFESION KITA?

BAGAIMANA KITA PERLU MEJANA PROSES PROFESIONALISASI?
KETAHAP APAKAH PROSES YANG PERLU KITA JANA?
ADAKAH KETAHAP PROFESIONAL ITU MATLAMAT KITA?
ADAKAH PROFESIONAL YANG ADA KINI SAMA DENGAN YANG KITA NAK KITA JANA?

Antara tugasan PPF pada tahun 2012 ialah :

• Pendaftaran ahli secara on line PPF
• Membuat badge / kad keahlian PPF
• Mencetak buku perlembagaan dalam Bahasa Malaysia PPF
• Meminda buku perlembagaan berkaitan cara pemilihan AJK PPF
• Meminda cara mengira undi bagi menjimatkan masa
• Mesyuarat di hotel yang lebih ceria pada masa akan datang
• Buku mesyuarat perlu mempunyai muka surat yang bercetak
• Melantik Setiausaha Kerja / Setiausaha Eksekutif PPF
• Tugas penyelian PPF dan format
• Penyediaan bilik kepada PPF gred tertinggi
• Local preseptor PPF
• Extended & expanded role PPF
• Top-up degree Sains Farmaseutical / Teknologi Farmaseutical.
• One off biasiswa ijazah untuk calon pengajar KSKB
• Pengwujudan gelaran jawatan ketua PPF
• Cadangan ’ time base promotion ’ untuk semua PPF U29 – U40
• Cadangan cuti bersalin / cuti sakit untuk anak ke 6 dan seterusnya
• Penyatuan PPF dalam satu pertubuhan
• Mengembalikan kegemilangan perjuangan pertubuhan PPF
• Elaun Kritikal BIPK PPF
• Menjana pendapatan sendiri seperti memiliki bangunan sendiri PPF
• Mengadakan mesyuarat PPF peringkat negeri PPF
• Mengwujudkan laman web PPF
• Memberi cenderahati kepada setiap ahli yang hadir AGM PPF

Tugasan PPF Di Setor :
( Memesan / Penerimaan / Penyimpanan )

• Memeriksa baki stok dan keperluan ubat-ubatan / barangan yang digunakan berdasarkan penggunaan sebelumnya.
• Menganggar kuantiti ubat-ubatan / barangan untuk dipesan berdasarkan keperluan.
• Memesan ubat-abatan / barangan menggunakan kod-kod yang ditetapkan.
• Mengemukakan indent / pesanan untuk kelulusan dan tandatangani Pegawai Farmasi yang menjaga selaras dengan Akta Racun 1952.
• Menyerahkan indent yang telah ditandatangani ke Stor Farmasi / Pembekal untuk bekalan.
• Menerima dan memeriksa bekalan yang diterima dari Stor Farmasi / Pembekal berdasarkan pesanan bagi memastikan bekalan betul dan berkedaan baik.
• Menyimpan dan merekod ubat-ubatan / barangan yag diterima serta merta secara teratur.
• Melaksanakan pemeriksaan dari masa kesemasa untuk mengesan ubat-ubatan / barangan yang melewati tarikh luput, rosak, ubat-ubat lambat bergerak, ubat / bekalan dipanggil balik ( Recall Product ) atau tidak boleh digunakan dan mencatatkan keputusannya.
• Menyerahkan keputusan kepada Pegawai Farmasi yang menjaga dan membantu dalam menyediakan senarai ubat-ubatan untuk pelupusan mengikut prosedur – prosedur seperti yang digariskan dalam Arahan Perbendaharaan atau senarai Ubat-Ubat Yang Lambat Bergerak untuk diedarkan kepada pengguna-pengguna lain jika perlu.

Tugasan Bungkus Semula Ubat-Ubatan / Penjagaan Kebersihan :

• Membuat kerja-kerja bungkus semula ubat-ubatan .
• Bertanggungjawab keatas kebersihan dan kawasan kerja.
• Bertanggungjawab ke atas kebersihan dan kesihatan serta kebersihan seluruh kawasan selaras dengan ‘ Good Manufacturing Practice ‘

Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia 2012:

Visi :
Negara mengembling tenaga kearah kesihatan yang lebih baik.

Misi :
Misi KKM adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
(i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.

( ii ) untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif

(iii) dengan menekankan :
- sifat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- pnglibatan masyarakat


Piagam Pelanggan :

Teras piagam :
Piagam ini di tujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan KKM

1.) kemudahan untuk pelanggan :
1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada kementerian ini tampa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf social.
1.2 Setiap pelanggan yang diiktirafkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan di beri perkhidmatan yang segera .

2.) Taraf Perkhidmatan :
2.1) Setiap pelanggan akan di layan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
2.2) Setiap pelanggan akan di beri perkhidmatan sebaik mungkin secara professional.
2.3 ) Setiap pelanggan akan di sediakan dengan kemudahan persekitaran yang bersih dan sempurna.

3. Maklumat Perkhidmatan :
3.1 ) Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
3.2 ) Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang di terimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

4.) Pendidikan Kesihatan :
4.1) Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Kewajipan Pelanggan :
Untuk membolehkan KKM melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajiban untuk :
(i) mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan.
(ii) Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, dan
(iii) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.


DASAR KUALITI ISO 9001 : 2000
Kami adalah komited menjadikan PKD sebagai jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tampa mengira budaya dan status pelanggan serta berusaha untuk membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah dan teknologi yang bersesuaian dan kepatuhan yang konsisten terhadap sistem kualiti bagi meningkatkan taraf kesihatan.

Visi Organisasi MS ISO 9001 : 2000
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial dan persekitaran, melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap dan lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan pesekitaran . Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyetaan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan. Ini bertujuan untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang prihatin dan sentiasa meningkatkan taraf kesihatan masing-masing.

Misi Organisasi MS ISO 9001 : 2000
Misi PKD ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka, menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai dan mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

PKD akan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan . Perkhidmatan ini diberikan melalui kerja berpasukan secara profesional, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni . Kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program kesihatan awam akan di beri keutamaan.

KLINIK INTERGRASI :

Objektif :
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bersepadu kepada komuniti supaya memastikan keperluan kesihatan setiap pelanggan yang dating dikenal pasti dan dikendalikan secara komprehensif merangkumi aspek promotif pengesanan factor risiko ( preventif ), rawatan ( kuratif ) dan rehabilitatif kearah perkhidmatan ‘ holistic ‘ mengikut keperluan umur.

Perkhidmatan Kesihatan yang disediakan :
Klinik Ibu Hamil, Klinik Kanak-Kanak, Klinik Perancang Keluarga, Klinik Pap Smear, Klinik Diabetis, Klinik Hipertensi, Klinik Asthma, Klinik Warga Emas, Klinik HIV / STD , Klinik Berhenti Merokok, Klinik Mental, Klinik Remaja, Klinik Saringan Sepanjang Hayat.

Dan pastinya tugasan PPF pada 2012 akan meruntun hati dan perasaan PPF.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 11 Oktober 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 51
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3099

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by nori on Tue 15 Apr 2014, 5:26 pm

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 



PF telah ramai dalam KKM, PPF adalah penolong PF, semua PPF kena fikir berapakah jumlah PPF yang perlu ada di negara ini. Keperluan PF adalah mengikut persatuan farmasi dan KKM dan PPF kena bertindak melalui persatuan dan kesatuan. Jalan mudahnya ialah setiap seorang PF di Malaysia, mereka memerlukan 2 orang PPF sebagai pembantu. Maka jumlahnya ialah kira sahaja berapa jumlah PF yang mempunyai lesen di Malaysia dan jumlahnya kalikan dengan 2. Maka itulah jumlah PPF yang di perlukan oleh negara ini. Dan PPF boleh jadi pensyarah kerana banyak kolej PPF akan diwujudkan bagi menampong keperluan tersebut.


Dan seterusnya perjalanan tahun 2012 akan terus berlalu secara sedar dan tidak sedar, bulan April telah menjelma.
 
Tahun 2014 semua PPF perlu memperkemaskinikan:
 
Exco Kesatuan
Ahli Majlis Persatuan
Ketua Profesyen ( yg akan bermesyuarat dengan KP/KSU)
Timbalan Ketua Profesyen (Kesihatan Awam)
Timbalan Ketua Profesyen (Hospital)
Timbalan Ketua Profesyen (Biro)
Wakil Negeri PPF U40 ( yg akan bermesyuarat dengan Pengarah Perkhidmatan Farmasi)
Wakil Negeri PPF Kesatuan ( wakil MBJ JKN )
Wakil Negeri PPF Persatuan
AJK Negeri Kesatuan
AJK Negeri Persatuan
Wakil Hospital / Wakil PKD ( yg akan bermesyuarat dengan TPKN(F) )
Wakil PPF PTJ semasa MBJ PTJ
Dll
 
PPF juga perlu berusaha untuk bersaing dan menempatkan diri dalam Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM.
Dan akhir sekali semua PPF perlu ada sikap kreatif dan inovatif. Selamat Berjaya.
 
Sebab segala kejayaan dan pencapaian serta kecemerlangan PPF sejak beberapa dekat yang lalu masih belum boleh dibanggakan. Tetapi tahniah kepada semua PPF kerana perancangan PPF dalam RMK10 iaitu perancangan 5 tahun telah dibentangkan. Dan jangan terkejut jika masih di bawah paras kegemilangan kerana hanya itulah kebolehan PPF melainkan terdapat keajaiban dalam usaha tersebut. Dimana pakar-pakar PPF, sila tonjolkan diri anda agar terus dapat menikmati keserasian tugas dan kadar upah yang berpatutan. Negara Maju Berpendapatan Tinggi. Termasuklah beberapa elaun yang masih dalam kajian.Tambahkan ilmu jika ada ruang dan peluang kerana dengan pengetahuan sahaja segalanya akan berubah.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
 
 
Tamat
 
15 April 2014

 
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 51
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3099

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum