FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Dispensing Separation

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Dispensing Separation

Post by nori on Tue 11 Oct 2011, 4:55 am

FORUM 11 OKT 2011

Salam Satu Malaysia

Dispensing Separation, memang menjadi agenda utama persatuan PF kerana keselamatan drug boleh terjamin. Dengan perkhidmatan wajib PF dikurangkan kepada setahun, pastinya ianya akan lebih cepat di perkenalkan. Dan hasilnya ialah lebih ramai PF akan meninggalkan perkhidmatan kerajaan dan membuka sendiri farmasi komuniti. Tetapi kerja kerja mereka di kerajaan yang telah ditinggalkan itu, terpaksalah di gendong oleh PPF. Tugasan PPF akan menjadi lebih rumit, tetapi harapan bagi mendapat elaun BIPK masih jauh. Elaun kritikal boleh di lupakan apabila bilangan PPF di negara ini di tingkatkan sekali ganda daripada 3500 pada 2011 kepada 7000 pada 2012.

Pembentangan Budget oleh YAB PM pada 7 Oktober yang lalu, telah membuka minda semua rakyat Malaysia. PPF juga tidak terkecuali. Banyak perancangan yang positif telah di bentangkan dan sepatutnya semua PPF perlu mengambil tahu akan setiap perkatan yang dibentangkan oleh YAB PM. Sebab biasalah pihak pengurusan dan professional telah dilatih agar meneliti setiap fakta dan rumusan. PPF juga perlu menyatakan fakta pada setiap persoalan yang ingin di utarakan. Sepintas lalu Budget 2012 ialah ;


KKM mendapat peruntukan perbelanjaan tambahan sebanyak 10 % pada tahun 2012, berbanding daripada pembentangan budget tahun 2011 dan seharusnya tambahan tersebut juga perlulah juga di nikmati oleh PPF.

Akan terdapat Klinik Satu Malaysia ( KSM ) tambahan sebanyak 50 buah dan
23 buah daripadanya akan beroperasi pada 1.1 .2012. PPF perlu mengatur gerak langkah agar semua KSM tersebut , terdapat perjawatan PPF disana. Tetapi jika PPF berfikir kehadapan, 50 buah KSM memerlukan 100 PPF sebagai staff dua shift dan tugas gantian sebanyak 20 PPF lagi. Maka jumlah PPF yang diperlukan bagi 50 buah KSM baru ialah 120 orang PPF , termasuk tugas gantian, bercuti, berkursus dll.

Sebanyak 81 buah Klinik Kesihatan juga akan di bina dan ini termasuk juga KD yang akan di naik taraf ke KK. Pada tahun 1995, KKM telah menempatkan SN di KD dan pada 2011, sudah terdapat PPP di KD. Tetapi rancangan menempatkan PPF di KD. Masih dalam perancangan yang hasilnya masih belum di ketahui bila akan berjaya. SN dan PPP di KD tu, hanyalah sebagai pilot projek sahaj, sebab 50% dari masa mereka bertugas adalah di KK yang berkenaan. Ini adalah kerana SN dan PPP di KK tersebut selalu pergi tugasan luar, dan SN dan PPP dari KD lah yang akan merawat pesakit di KK. Bagi PPF, pada 1995, 8,000 rx setahun, seorang PPF dan pada 2011 , 24,000 rx setahun pun masih seorang PPF di KK tersebut. Mengapakah mengambil masa yang terlalu lama bagi menambahkan bilangan PPF dari seorang ke dua orang. Sedangkan SN dah jadi 5 orang dan PPP dah jadi 3 orang.

Hos KL, Hos Putrajaya, Hos Queen Elizabert dan Hos Kangar akan di naik taraf dan sudah pasti PPF di tempat berkenan perlulah merangka dan mengatur strategi agar, PPF juga di naik tarafkan. Jika tiada perancangan yang rapi dan teliti, maka jadilah naik taraf hospital tersebut tampa melibatkan dan membabitkan PPF. Nanti beban kerja akan meningkat dan barulah kesannya akan di tanggung oleh PPF. Masa tu cakap pun dah tak guna.

Gaji naik 7-13 % minima RM 80 setahun dan maksima kepada RM 320 setahun. Oleh itu semua PPF perlu memiliki Ijazah Farmasi dan barulah boleh mendapat kenaikan tahunan RM 320 pada tahun ke 14 perkhidmatan. Jika sudah tidak mahu, didiklah anak sendiri dan anak bangsa agar meneruskan kesinambungan perkhidmatn farmasi yang tiada terputus separuh jalan. Laluan kerjaya baru PF dalam masa 14 tahun akan dapat U54 sedangkan laluan kerjaya lama PPF, dalam masa 15 tahun, baru dapat KUP 32.

Kerajaan telah mengiktiraf kerjaya perguruan dengan memberi kenaikan gaji Guru DGA29 ke DGA 32 dalam masa 8 tahun dan DGA32 ke DGA 34 juga dalam masa 8 tahun . Ini bermaksud selepas 16 tahun, gaji guru akan melompat ke DGA 34, berbanding dengan PPF, selepas 15 tahun , baru di skil U32 KUP. Skim PPF perlu di perbaiki agar tidak ketinggalan jauh berbanding guru.
Sepatutnya kena rancang U29, 4 tahun, U32 4 tahun, U36 4 tahun , U38 4 tahun dan seterusnya U40 4 tahun. Dan dalam masa 16 tahun akan dapat U40. Ini juga bermaksud, setiap 4 tahun, PPF tersebut perlu bertukar tempat kerja baru dan naik pangkat.


Hospital Baru di Bera, Dungun, Kuala Krai, Sri Aman dan Tuaran. PPF boleh membantu dalam menyediakan keperluan tenaga kerja bilangan PPF yang bersesuaian dengan bilangan pendiuduk di kawasan tersebut. Dan pastikan semasa merancang, sediakan rancangan 10 tahun kemajuan PPF di hospital tersebut, agar tidak terus ketinggalan.

Gaji Dua Paras akan di jadikan hanya satu paras sahaja dan PTK hanya dalam bertujuan naik pangkat sahaja tampa naik gaji ke P2. Tetapi jika PPF tidak bersedia, akan teruslah ketinggalan dengan lain-lain paramedic. Sediakan juga rancangan agar pemegang sijil pos basic PPF akan dapat elaun pos basic. PF perlulah menyokong usaha tersebut kerana jika PF menyokong, pastinya lain lain katogeri tidak boleh berkata apa-apa. Tetapi jika PF langsung tidak sudi untuk menyokong, kursus sijil pos basic, jadilah tempat makan angin sahaja selama 6 bulan., Bila gaji naik, elaun pos basic juga akan naik secara automatic.


Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah :


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM



JADUAL GAJI PPF DAN
JADUAL GAJI SKIM BERSEPADU LAIN LAIN PARAMEDIK


JADUAL GAJI BARU: U29 :
P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 – P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P3T27 RM3476.28

JADUAL GAJI BARU: U32 :
P1T1 RM1959.29 – P1T20 RM3656.38
P2T1 RM2104.49 – P2T20 RM4034.43


JADUAL GAJI BARU: U36 :
P1T1 RM3057.36 – P1T11 RM4521.51
P2T1 RM3270.62 – P2T11 RM4999.43

JADUAL GAJI BARU: U38 :
P1T1 RM3778.83 – P1T8 RM4943.49
P2T1 RM4131.25 – P2T8 RM5391.18

JADUAL GAJI BARU: U40 :
P1T1 RM4444.33 – P1T7 RM5642.23
P2T1 RM4866.32 – P2T7 RM6155.00

JADUAL GAJI BARU: U41 :
P1T1 RM1999.19 – P1T24 RM4723.81
P2 T1 RM2095.20 – P2T24 RM5022.83
P3 T1 RM2195.39 – P3T24 RM5317.92

JADUAL GAJI BARU: U42 :
P1T1 RM1999.19 – P1T14 RM4723.81
P2T2 RM2195.39 – P2T14 RM5317.92

JADUAL GAJI BARU: U44 :
P1T1 RM3028.90 – P1T14 RM5018.81
P2T1 RM3358.68 – P2T14 RM5547.49

JADUAL GAJI BARU: U48 :
P1T1 RM4431.54 – P1T8 RM5882.85
P2T1 RM4871.25 – P2T8 RM6439.46

JADUAL GAJI BARU: U52 :
P1T1 RM4992.31 – P1T8 RM6443.62
P2T1 RM5465.42 – P2T8 RM7033.63

JADUAL GAJI BARU: U54 :
P1T1 RM5258.09 – P1T8 RM6843.02
P2T1 RM5722.85 – P2T8 RM7466.41

Ini adalah senarai gaji lama dua aras, dan pada 2012 akan ada skil baru dan hanya satu aras sahaja. Bagi mendapat kenaikan gred gaji, tugas PPF perlulah lebih kompleks. Bila lebih kompleks, maka persatuan PPF perlulah memainkan peranan agar mengusulkan apakah silibus yang perlu di miliki oleh PPF sebelum dapat naik pangkat dan naik gaji. SN dah ada 23 kursus Pos basic dan kepakaran, tak kan PPF cuma ada dua sahaja iaitu Sterile dan Pengurusan.

Skim PPF amat jelas menyatakan KPSL PPF hanya ke dua jawatan sahaja iaitu PF dan Pengajar. PPF yang berfikir tepat dan pantas, perlulah memohon menwujudkan beberapa banyak jawatan baru U32, U36, U38 dan U40, kerana pada masa ini, PPF bersara pun hanya PPF U32 KUP. Sebab tak banyak jawatan kenaikan pangkat di wujudkan . Jika mulakan permohonan pada 2011, mungkin pada 2016, akan dapat, tetapi jika tidak mulakan, mungkin 2020 pun masih keadan yang sama.

Dengan penambahan bilangan Klinik satu Malaysia (KSM) menjadi 100 buah, sudahpasti bilangan PPF yang di perlukan ialah 200 orang. Pad masa ini bilangan jawatan kontrak PPF hanya 90 jawatan. Maka adalah wajar bilangan tersebut ditambah kerana keperluan yang mendesak. Maka pada masa hadapan, semua PPF yang bersara, akan di minta berkerja semula sebagai pekerja kontrak. Pencen dapat, gaji pun dapat, graduiti tambahan pun akan dapat. Juga boleh mohon PPF U32 di 100 KSM, dan secara automatic 100 orang PPF U29 akan dapat naik pangkat ke U32. Kalau tak mohon, PPP U32 yang akan monitor PPF di KSM. Lihatlah carta organissasi mereka di KSM.

Juga perjalanan budget ialah bermula pada bulan Mei setiap tahun. Dan ianya di mulai di Kementerian Kewangan. Bagi tempoh Mei hingga Oktober, beberapa dialog dan perbincangan akan di adakan bagi merumus dan menyediakan draff budget tersebut. Dan pada Oktober ianya akan di umumkan oleh YAB PM.

Dan mulai saat ini, semua PPF perlulah berpecah kepada dua golongan yang akan menyumbang kepada perjalanan dan kemajuan Negara. Golongan pertama ialah menyediakan draff budget 2013, untuk di hantar ke pihak atasan termasuk Kementerian Kewangan dan golongan kedua ialah merangka dan menjayakn isi kandungan budget 2012 yang telah di bentangkan. Segalanya bermula pada 1.1. 2012 dan cuma lagi 82 hari sahaja lagi.

Mesyuarat terakhir PPF ada menyatakan iaitu PPF menyokong sahaja segala perancangan dan persediaan yang telah di buat oleh PF, memandangkan PPF sendiri masih belum mempunyai buku biru ‘ Blue Print ‘. Dan antara keperluan perancangan PPF ialah, Rancangan Tahunan, Rancangan Lima Tahun, Rancangan 10 tahun dan Rancangan Khas Ad Hock .

Dan akhirnya pastikan semua PPF telah membuat persedian yang rapi bagi aktiviti jabatan yang terakhir tahun 2011

Mesyuarat Bulanan Jabatan / Unit / PTJ
Mesyuarat PPF Peringkat Negeri
Mesyuarat Pre Counsil dan Full Council MBJ
Mesyuarat PPF Peringkat Kebangsaan
Mesyuarat JK Teknikal PPF
Mesyuarat Persatuan / Kesatuan PPF.

Aktiviti akhir tahun PPF ialah Re Union pada Nov 2011 dan Mesyuarat Saintifik PPF pada Dis. 2011. Tahun 2012 pasti akan menjelma , tidak kira PPF bersedia menerimanya ataupun tidak.



BIRO PENDIDIKAN MEMANDANG KOMITMEN DARI AHLI KESATUAN DAN GENERASI BARU PPF MASA KINI, SEJAK PENUKARAN NAMA JAWATAN KE PPF (PENJENAMAAN BARU) RAMAI YANG BERMINAT UNTUK BERGANDING BAHU DENGAN BIRO PENDIDIKAN, OLEH ITU DISARANKAN KEPADA NEGERI NEGERI MENUBUHKAN BIRO PENDIDIKAN MASING MASING. LANGKAH INI DAPAT MENYEDIAKAN WADAH UNTUK MENCURAHKAN PANDANGAN DAN IDEA IDEA BARU DI DALAM
MENGIMBANGI PEMBANGUNAN KEFARMASIAN.

OLEH KERANA PENGGERAK KEPADA BIRO MEMERLUKAN MASA, PENGORBANAN DAN PERBELANJAAN MENGURUS BAGI MENDORONG AKTIVITI MEREKA SAMADA PERINGKAT NEGERI ATAU PUSAT, PERUNTUKKAN YANG MUNASABAH HARUSLAH DI AGIHKAN AGAR TIADA KETIDAK SEIMBANGAN PERBELANJAAN MENGURUS BERLAKU, PENGAGIHAN YANG SAKSAMA INI DAPAT LAGI MENYEMARAKKAN LAGI KEAHLIAN BARU YANG SANGAT GAIRAH INGIN LEBIH MENYUMBANGKAN TENAGA IDEA KEPADA PROFESION(PENYELIDIKAN,KURSUS SETEMPAT,LAWATAN DAN LAIN LAIN)

PENGAGIHAN PERBELANJAAN MENGURUS HARUSLAH DIKIRA DARI PERATUSAN KEAHLIAN BAGI TIAP NEGERI,INI DAPAT MENDORONG KEMPEN KEAHLIAN TERUS HIDUP SUBUR DAN AKHIRNYA KUANTITI BERTAMBAH DAN KUALITI MENINGKAT SERTA RASA TANGGUNGJAWAB BERSAMA AKAN WUJUD DI DALAM PROFESION PPF.

KETELUSAN ADALAH ASAS YANG PERLU DI PAPARKAN AGAR TIADA LAGI PERSOALAN YANG MERAGUKAN KERANA MASIH TIADA HALATUJU /KELEMAHAN MASALALU. KITA PERLU MENYEDIAKAN BERBAGAI RUANG DAN PELUANG AGAR SEGALA AKTIVITI DAPAT DI MANAFAATKAN BERTEPATAN DENGAN MATA CPD.BAGI PROSES PROFESONALISASI YANG KIAN KETARA AGAR KITA SEIRING DENGAN PARAMEDIK LAIN DI KKM. BIRO BIRO PENGGERAK DARI PERINGKAT NEGERI ADALAH PERLU DI RANGSANG ATAU DI LATIH.

KEPESATAN TARAF PENDIDIKAN TELAH MENAMPAKKAN JURANG PROFESION YANG KETARA ,MEMILIKI TANGGUNGJAWAB TUGAS MENGIKUT PROFESION PERLU DIKENAL PASTI AGAR HAK DAN KEUPAYAAN SEIRING DENGAN KELAYAKAN TIDAK MENCEMARKAN PROFESION MALAH DAPAT MEJAMIN KEWUJUDAN PROFESION ,,,,,,,
PERSOALANNYA SEKARANG APAKAH KITA BERUPAYA MENJAGA PROFESION KITA?

BAGAIMANA KITA PERLU MEJANA PROSES PROFESIONALISASI?
KETAHAP APAKAH PROSES YANG PERLU KITA JANA?
ADAKAH KETAHAP PROFESIONAL ITU MATLAMAT KITA?
ADAKAH PROFESIONAL YANG ADA KINI SAMA DENGAN YANG KITA NAK KITA JANA?

Antara tugasan PPF pada tahun 2012 ialah :

• Pendaftaran ahli secara on line PPF
• Membuat badge / kad keahlian PPF
• Mencetak buku perlembagaan dalam Bahasa Malaysia PPF
• Meminda buku perlembagaan berkaitan cara pemilihan AJK PPF
• Meminda cara mengira undi bagi menjimatkan masa
• Mesyuarat di hotel yang lebih ceria pada masa akan datang
• Buku mesyuarat perlu mempunyai muka surat yang bercetak
• Melantik Setiausaha Kerja / Setiausaha Eksekutif PPF
• Tugas penyelian PPF dan format
• Penyediaan bilik kepada PPF gred tertinggi
• Local preseptor PPF
• Extended & expanded role PPF
• Top-up degree Sains Farmaseutical / Teknologi Farmaseutical.
• One off biasiswa ijazah untuk calon pengajar KSKB
• Pengwujudan gelaran jawatan ketua PPF
• Cadangan ’ time base promotion ’ untuk semua PPF U29 – U40
• Cadangan cuti bersalin / cuti sakit untuk anak ke 6 dan seterusnya
• Penyatuan PPF dalam satu pertubuhan
• Mengembalikan kegemilangan perjuangan pertubuhan PPF
• Elaun Kritikal BIPK PPF
• Menjana pendapatan sendiri seperti memiliki bangunan sendiri PPF
• Mengadakan mesyuarat PPF peringkat negeri PPF
• Mengwujudkan laman web PPF
• Memberi cenderahati kepada setiap ahli yang hadir AGM PPF

Tugasan PPF Di Setor :
( Memesan / Penerimaan / Penyimpanan )

• Memeriksa baki stok dan keperluan ubat-ubatan / barangan yang digunakan berdasarkan penggunaan sebelumnya.
• Menganggar kuantiti ubat-ubatan / barangan untuk dipesan berdasarkan keperluan.
• Memesan ubat-abatan / barangan menggunakan kod-kod yang ditetapkan.
• Mengemukakan indent / pesanan untuk kelulusan dan tandatangani Pegawai Farmasi yang menjaga selaras dengan Akta Racun 1952.
• Menyerahkan indent yang telah ditandatangani ke Stor Farmasi / Pembekal untuk bekalan.
• Menerima dan memeriksa bekalan yang diterima dari Stor Farmasi / Pembekal berdasarkan pesanan bagi memastikan bekalan betul dan berkedaan baik.
• Menyimpan dan merekod ubat-ubatan / barangan yag diterima serta merta secara teratur.
• Melaksanakan pemeriksaan dari masa kesemasa untuk mengesan ubat-ubatan / barangan yang melewati tarikh luput, rosak, ubat-ubat lambat bergerak, ubat / bekalan dipanggil balik ( Recall Product ) atau tidak boleh digunakan dan mencatatkan keputusannya.
• Menyerahkan keputusan kepada Pegawai Farmasi yang menjaga dan membantu dalam menyediakan senarai ubat-ubatan untuk pelupusan mengikut prosedur – prosedur seperti yang digariskan dalam Arahan Perbendaharaan atau senarai Ubat-Ubat Yang Lambat Bergerak untuk diedarkan kepada pengguna-pengguna lain jika perlu.

Tugasan Bungkus Semula Ubat-Ubatan / Penjagaan Kebersihan :

• Membuat kerja-kerja bungkus semula ubat-ubatan .
• Bertanggungjawab keatas kebersihan dan kawasan kerja.
• Bertanggungjawab ke atas kebersihan dan kesihatan serta kebersihan seluruh kawasan selaras dengan ‘ Good Manufacturing Practice ‘

Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia 2012:

Visi :
Negara mengembling tenaga kearah kesihatan yang lebih baik.

Misi :
Misi KKM adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
(i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.

( ii ) untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif

(iii) dengan menekankan :
- sifat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- pnglibatan masyarakat


Piagam Pelanggan :

Teras piagam :
Piagam ini di tujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan KKM

1.) kemudahan untuk pelanggan :
1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada kementerian ini tampa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf social.
1.2 Setiap pelanggan yang diiktirafkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan di beri perkhidmatan yang segera .

2.) Taraf Perkhidmatan :
2.1) Setiap pelanggan akan di layan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
2.2) Setiap pelanggan akan di beri perkhidmatan sebaik mungkin secara professional.
2.3 ) Setiap pelanggan akan di sediakan dengan kemudahan persekitaran yang bersih dan sempurna.

3. Maklumat Perkhidmatan :
3.1 ) Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
3.2 ) Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang di terimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

4.) Pendidikan Kesihatan :
4.1) Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Kewajipan Pelanggan :
Untuk membolehkan KKM melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajiban untuk :
(i) mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan.
(ii) Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, dan
(iii) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.


DASAR KUALITI ISO 9001 : 2000
Kami adalah komited menjadikan PKD sebagai jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tampa mengira budaya dan status pelanggan serta berusaha untuk membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah dan teknologi yang bersesuaian dan kepatuhan yang konsisten terhadap sistem kualiti bagi meningkatkan taraf kesihatan.

Visi Organisasi MS ISO 9001 : 2000
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial dan persekitaran, melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap dan lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan pesekitaran . Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyetaan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan. Ini bertujuan untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang prihatin dan sentiasa meningkatkan taraf kesihatan masing-masing.

Misi Organisasi MS ISO 9001 : 2000
Misi PKD ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka, menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai dan mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

PKD akan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan . Perkhidmatan ini diberikan melalui kerja berpasukan secara profesional, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni . Kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program kesihatan awam akan di beri keutamaan.

KLINIK INTERGRASI :

Objektif :
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bersepadu kepada komuniti supaya memastikan keperluan kesihatan setiap pelanggan yang dating dikenal pasti dan dikendalikan secara komprehensif merangkumi aspek promotif pengesanan factor risiko ( preventif ), rawatan ( kuratif ) dan rehabilitatif kearah perkhidmatan ‘ holistic ‘ mengikut keperluan umur.

Perkhidmatan Kesihatan yang disediakan :
Klinik Ibu Hamil, Klinik Kanak-Kanak, Klinik Perancang Keluarga, Klinik Pap Smear, Klinik Diabetis, Klinik Hipertensi, Klinik Asthma, Klinik Warga Emas, Klinik HIV / STD , Klinik Berhenti Merokok, Klinik Mental, Klinik Remaja, Klinik Saringan Sepanjang Hayat.

Dan pastinya tugasan PPF pada 2012 akan meruntun hati dan perasaan PPF.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 11 Oktober 2011

nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : Paramedik
Gender: Male
Jumlah Post: 252
Umur: 49
Tarikh Register: 13/10/2009
Reputation: 0
Points: 2125

View user profile

Back to top Go down

Re: Dispensing Separation

Post by nori on Tue 15 Apr 2014, 5:26 pm

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 



PF telah ramai dalam KKM, PPF adalah penolong PF, semua PPF kena fikir berapakah jumlah PPF yang perlu ada di negara ini. Keperluan PF adalah mengikut persatuan farmasi dan KKM dan PPF kena bertindak melalui persatuan dan kesatuan. Jalan mudahnya ialah setiap seorang PF di Malaysia, mereka memerlukan 2 orang PPF sebagai pembantu. Maka jumlahnya ialah kira sahaja berapa jumlah PF yang mempunyai lesen di Malaysia dan jumlahnya kalikan dengan 2. Maka itulah jumlah PPF yang di perlukan oleh negara ini. Dan PPF boleh jadi pensyarah kerana banyak kolej PPF akan diwujudkan bagi menampong keperluan tersebut.


Dan seterusnya perjalanan tahun 2012 akan terus berlalu secara sedar dan tidak sedar, bulan April telah menjelma.
 
Tahun 2014 semua PPF perlu memperkemaskinikan:
 
Exco Kesatuan
Ahli Majlis Persatuan
Ketua Profesyen ( yg akan bermesyuarat dengan KP/KSU)
Timbalan Ketua Profesyen (Kesihatan Awam)
Timbalan Ketua Profesyen (Hospital)
Timbalan Ketua Profesyen (Biro)
Wakil Negeri PPF U40 ( yg akan bermesyuarat dengan Pengarah Perkhidmatan Farmasi)
Wakil Negeri PPF Kesatuan ( wakil MBJ JKN )
Wakil Negeri PPF Persatuan
AJK Negeri Kesatuan
AJK Negeri Persatuan
Wakil Hospital / Wakil PKD ( yg akan bermesyuarat dengan TPKN(F) )
Wakil PPF PTJ semasa MBJ PTJ
Dll
 
PPF juga perlu berusaha untuk bersaing dan menempatkan diri dalam Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM.
Dan akhir sekali semua PPF perlu ada sikap kreatif dan inovatif. Selamat Berjaya.
 
Sebab segala kejayaan dan pencapaian serta kecemerlangan PPF sejak beberapa dekat yang lalu masih belum boleh dibanggakan. Tetapi tahniah kepada semua PPF kerana perancangan PPF dalam RMK10 iaitu perancangan 5 tahun telah dibentangkan. Dan jangan terkejut jika masih di bawah paras kegemilangan kerana hanya itulah kebolehan PPF melainkan terdapat keajaiban dalam usaha tersebut. Dimana pakar-pakar PPF, sila tonjolkan diri anda agar terus dapat menikmati keserasian tugas dan kadar upah yang berpatutan. Negara Maju Berpendapatan Tinggi. Termasuklah beberapa elaun yang masih dalam kajian.Tambahkan ilmu jika ada ruang dan peluang kerana dengan pengetahuan sahaja segalanya akan berubah.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
 
 
Tamat
 
15 April 2014

 

nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : Paramedik
Gender: Male
Jumlah Post: 252
Umur: 49
Tarikh Register: 13/10/2009
Reputation: 0
Points: 2125

View user profile

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum