FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?

View previous topic View next topic Go down

Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?

Post by fasha_wanna on Fri 13 Feb 2009, 10:40 pm

Mengajar anak memberus gigi adalah sangat
penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka
memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda
mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana
cara memberus gigi anak anda?

Bayi
Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah
memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa
hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan
langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :
1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya
supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda
mahu menggosokkan giginya kelak

Selepas 6 bulan
Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda
sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh.
Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau
sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh
membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di
pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk
seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana
sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan
mempunyai berus yang lembut.
Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada
jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita
memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak
gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar
kepada berus gigi yang berbatang.

Ubat gigi
Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang
berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida
selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau
berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat
karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi
berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil
sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana,
jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi
berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat
fluorosis ( tompok-tompok putih - kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa
florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai
risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat
sesuai untuk digunakan.


Cara memberus gigi anak anda
Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau
tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini
digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies.
Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga
bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan
lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka
pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau
sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan
florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat
gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.


Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi
Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka
mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan
menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan
berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak
anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa
tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:
1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya
anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara
perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi
Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan
tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika
mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang
mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat
penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa
gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh
mengganggu tumbesaran mereka.
Selamat mencuba!

----Forum Paramedik Malaysia-----




-GiGi wAriSAn KitA.. BeRSamA KitA MeNjaGA- Very Happy
avatar
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2730
Umur : 31
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 6588

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

View user profile http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Re: Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?

Post by azrul on Fri 20 Feb 2009, 9:11 am

anak saya berusia 2 tahun.
masalahnya,giginya berlubang namun beliau tidak mengadu sakit gigi.
perlu kah saya membawanya berjumpa doktor gigi untuk rawatan?
avatar
azrul
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 117
Umur : 38
Tarikh Register : 13/02/2009
Reputation : 5
Points : 3487

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?

Post by liza on Fri 20 Feb 2009, 6:50 pm

bagus tips yang anda beri tu.. amat mudah difahami dan berguna untuk ibu bapa yg tidak tahu cara mengajar anak menjaga gigi mereka sendiri sejak dari kecil... thanks.
avatar
liza
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPF u29
Gender : Female
Jumlah Post : 82
Umur : 38
Tarikh Register : 25/07/2007
Reputation : 3
Points : 3904

Character sheet
Mutiara Kata saya: whom we love best, to them we can say least..

View user profile http://www.flickr.com/photos/seroja/

Back to top Go down

Re: Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?

Post by fasha_wanna on Tue 24 Feb 2009, 2:07 am

@liza wrote:bagus tips yang anda beri tu.. amat mudah difahami dan berguna untuk ibu bapa yg tidak tahu cara mengajar anak menjaga gigi mereka sendiri sejak dari kecil... thanks.

ur welcome

----Forum Paramedik Malaysia-----




-GiGi wAriSAn KitA.. BeRSamA KitA MeNjaGA- Very Happy
avatar
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2730
Umur : 31
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 6588

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

View user profile http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Re: Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?

Post by fasha_wanna on Tue 24 Feb 2009, 2:10 am

@azrul wrote:anak saya berusia 2 tahun.
masalahnya,giginya berlubang namun beliau tidak mengadu sakit gigi.
perlu kah saya membawanya berjumpa doktor gigi untuk rawatan?

baik cegah dr mengubati..
lubang tu kck lg so dia blom rase skit ..
klu lubang tu dah besar n meluas, ssh dia nk mkn n tido mlm..
so baik bwk check ok..

----Forum Paramedik Malaysia-----




-GiGi wAriSAn KitA.. BeRSamA KitA MeNjaGA- Very Happy
avatar
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2730
Umur : 31
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 6588

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

View user profile http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Re: Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?

Post by sweeties on Tue 21 Jul 2009, 10:12 am

Alhamdulillah...gg ank sya msh elok walaupun dh berusia 5 tahun....
avatar
sweeties
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : mIsI
Gender : Female
Jumlah Post : 1049
Umur : 36
Tarikh Register : 15/11/2008
Reputation : 3
Points : 4428

Character sheet
Mutiara Kata saya: YaNg TeRiNdAh HaNyAlAh SeMeNtArA

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?

Post by fasha_wanna on Tue 21 Jul 2009, 6:22 pm

bgos la tu kak..

akak biasa gosokkn utk dia yea?

gne ubat gg pe ek??

----Forum Paramedik Malaysia-----




-GiGi wAriSAn KitA.. BeRSamA KitA MeNjaGA- Very Happy
avatar
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2730
Umur : 31
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 6588

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

View user profile http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Re: Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum