FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

OUM lancar Pusat Kejururawatan

Go down

OUM lancar Pusat Kejururawatan

Post by Fieza on Tue 17 Feb 2009, 6:41 pm

OUM lancar Pusat Kejururawatan


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hari ini
melancarkan sebuah Pusat Pengajian Kejururawatan yang bertujuan
menampung kekurangan bilangan jururawat di negara ini.
Naib Canselor Universiti itu, Tan Sri Anuwar Ali berkata, Pusat
Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu tersebut akan menawarkan
kursus kejururawatan dengan kaedah pembelajaran jarak jauh.
''Dengan adanya kursus itu, ia bukan lagi halangan kepada mana-mana
pihak untuk menyertai kursus ini terutama untuk pekerja sepenuh masa,''
katanya ketika majlis pelancaran Pusat Pengajian Kejururawatan dan
Sains Kesihatan Bersekutu di kampus OUM di sini semalam.
Pusat tersebut dirasmikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdulah.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden OUM, Professor
Ir. Dr. Rosli Hamir dan Pengarah Kejururawatan Kementerian Kesihatan,
Fadillah Abdul Wahab.
Di OUM, jururawat yang mengikuti kursus itu didedahkan dengan
pelbagai kaedah pedagogi termasuklah kelas tutorial, modul,
e-pembelajaran, kemahiran makmal dan latihan klinikal.
Anuwar menambah, OUM menjadi pilihan memandangkan para pelajar
diberi pendedahan dalam bidang penjagaan kritikal, trauma dan
kecemasan, pediatrik, kesihatan mental, onkologi dan buah pinggang.
''Kesemua pengkhususan itu membolehkan pelajar meningkatkan tahap
kecekapan mereka melalui pemahaman yang lebih mendalam untuk bidang
yang berbeza-beza,'' katanya.
Di samping itu, jelasnya, pelajar-pelajar juga akan mengikuti latihan klinikal di hospital-hospital seluruh negara.
Katanya, jururawat yang selesai latihan akan berpeluang untuk
bekerja di hospital dalam negara atau berkhidmat di luar negara
terutama di negara-negara di Asia Barat.
''Profesion kejururawatan mempunyai masa depan yang cerah sama ada
di Malaysia atau di luar negara terutama negara-negara Asia Barat.
''Permintaan yang tinggi dalam bidang tersebut menjadikan profesion
kejururawatan amat diperlukan terutama sekali bagi mereka yang memiliki
kelayakan akademik,'' katanya.
Jelasnya, untuk pengambilan sulung, seramai 92 pelatih termasuk 10
lelaki dipilih bagi menyertai program tersebut selama dua tahun.dicetak dari utusan online
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1487
Umur : 35
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5907

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: OUM lancar Pusat Kejururawatan

Post by adilla on Tue 17 Feb 2009, 11:50 pm

degre program ke ni?kursus diploma tak munkin kot
tp pengambilan sulung oum dah lama kan
avatar
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 35
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 4287

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

View user profile

Back to top Go down

Re: OUM lancar Pusat Kejururawatan

Post by noorliza on Thu 19 Feb 2009, 4:09 pm

kalau ada degree program di OUM kira bagus la, tak la susah sangat mcm kat universiti lain... pas balik keja petang boleh terus ke OUM nih.... tapi kalau yg keja shif susah la skit.
avatar
noorliza
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : nurse
Gender : Female
Jumlah Post : 83
Umur : 33
Tarikh Register : 31/01/2009
Reputation : 1
Points : 3620

View user profile

Back to top Go down

Re: OUM lancar Pusat Kejururawatan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum