FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

COKLAT makanan berahi? (utusan online)

View previous topic View next topic Go down

COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by Fieza on Wed 18 Feb 2009, 3:45 pm

COKLAT makanan berahi?

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


<< Menikmati coklat mampu menenangkan jiwa.


Kajian menunjukkan coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac atau penggalak nafsu, manakala phenylethylamine pula adalah kimia yang berkait dengan amphetamina yang meningkatkan aliran darah dan kadar glukos dalam darah, sekali gus menjadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.
Anti oksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA
daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang
boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh, Amerika
Syarikat mendapati coklat bukanlah penyebab migrain seperti tanggapan
sesetengah orang. Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang
menerusi cecair endorphin yang membuat kita rasa gembira.
Kelebihan ini dimanfaatkan dengan cara yang lebih komersial melalui
pembentukan jenama-jenama coklat terkenal yang menawarkan bermacam
jenis produk berasaskan bahan tersebut.
Antaranya, Theobroma Chocolate Lounge yang berasal dari Australia
dan membuka cawangan pertamanya di pusat membeli belah 1 Utama, Kuala
Lumpur, baru-baru ini.
Seperti namanya, Theobroma memanglah tempat istimewa untuk penggemar coklat dan di sini segalanya adalah tentang coklat!
Theobroma adalah perkataan Mexico yang bermaksud makanan untuk
tuhan. Di Malaysia ia dibawa oleh Kumpulan Hing Yap menerusi program
francais dengan Theobroma Food of the Gods Pty Ltd, sebuah syarikat
berasal dari Australia.
Temu bual yang diatur baru-baru ini telah memberi peluang kepada
penulis untuk merasai sendiri kesedapan coklat dan pelbagai hidangan
yang berasaskan coklat di Theobroma cawangan One Utama.
Mengetengahkan konsep semuanya coklat (Total Chocolate), terdapat
pelbagai jenis menu yang boleh dipilih pengunjung bermula daripada
minuman sejuk, panas, pencuci mulut dan macam-macam lagi.
Menurut, ketua pegawai operasi Kumpulan Hing Yiap, Edwin Saw,
pembukaan Theobroma Chocolate Lounge ini adalah sebagai respon daripada
permintaan orang ramai yang ingin menikmati coklat berkualiti tinggi
juga sebagai alternatif kepada kopi.
"Terdapat lebih daripada 80 jenis makanan dan minuman berasaskan
coklat untuk dipilih. Yang paling penting coklat ditawarkan rendah
lemak dan tidak menggemukkan.
"Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan
phenols berbanding teh. Phenols pula dikatakan dapat melindungi
daripada serangan sakit jantung.
"Kami juga ingin memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa
coklat bukanlah makanan yang tidak sihat malah ia memberi banyak
manfaat bagi yang menikmatinya," jelas beliau ketika ditemui di
Theobroma Chocolate Lounge cawangan One Utama baru-baru ini.
Paling penting menurut Saw, coklat di Theobroma adalah 100 semula
jadi tanpa pengawet dan diimport dari Belgium selaku negara pengeluar
coklat terkemuka dunia.
Malah warna-warna pada coklat di Theobroma juga diproses daripada
tumbuhan dan buah-buahan agar lebih semula jadi dan baik untuk
kesihatan.
Saw menambah, kesemua resipi berasaskan coklat berasal dari francais
asal iaitu di Australia. Selain menu yang membuka selera, mereka turut
'mencipta' suasana mewah dan selesa untuk menikmati makanan yang
terbukti menenangkan ini. Justeru ia amat ideal untuk dikunjungi
pasangan, keluarga dan sahabat handai yang ingin melepak sambil
menikmati hidangan istimewa di sini.
Theobroma kini mempunyai tiga cawangan di Malaysia, termasuk di Pavilion dan Bangsar Village II.
Untuk mempelbagaikan pilihan, mereka juga menghidangkan pilihan makanan seperti pasta, pai dan sandwich untuk anda.
"Walaupun coklat adalah hidangan utama, Theobroma turut
menghidangkan kopi dan teh bagi yang menginginkannya," jelas Saw yang
turut merupakan penggemar coklat.
Penulis turut berkesempatan merasai beberapa hidangan seperti
Princess of Iceland, sejenis minuman coklat yang dicairkan dari ketulan
coklat padat lengkap dengan serbuk coklat di atasnya.
Selain itu, penulis turut mencuba hidangan yang menjadi pilihan pengunjung di Theobroma seperti chocolate fruit fondue.
Ia terdiri daripada potongan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, pisang yang dicelup ke dalam cairan coklat panas.
Sandwich dan pai yang dihidangkan juga menambah kelainan cita rasa. Hidangan disediakan dalam harga berpatutan.
Ia turut menyediakan bungkusan coklat pelbagai bentuk istimewa untuk
dihadiahkan kepada yang tersayang. Bungkusan coklat tersebut turut
datang dengan sebuah patung beruang kecil yang comel dengan harga RM 60
sahaja. Promosi ini bermula dari 12 hingga 14 Februari sahaja.
"Daripada memberi bunga ros, baiklah menghadiahkan bunga ros dalam bentuk coklat yang lazat dan menggembirakan," tambah Saw.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1500
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5196

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by neskobeng on Wed 18 Feb 2009, 4:53 pm


mari makan coklat.....

neskobeng
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : juru x-ray
Gender : Male
Jumlah Post : 875
Umur : 36
Tarikh Register : 02/03/2008
Reputation : 3
Points : 3098

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya mesti PILIH!!!!!!!

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by epiaya on Fri 20 Feb 2009, 4:29 am

Laughing

epiaya
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : ppp
Gender : Male
Jumlah Post : 1161
Umur : 38
Tarikh Register : 10/12/2008
Reputation : 10
Points : 3627

Character sheet
Mutiara Kata saya: amal makruf nahi mungkar ///

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by lavender on Tue 31 Mar 2009, 6:51 am

Nyumm.....nyummmm....
dapnyer pat mam mkn cOklat!!!

lavender
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : "JusT LoOk n CeE"...
Gender : Female
Jumlah Post : 245
Umur : 34
Tarikh Register : 22/01/2008
Reputation : 3
Points : 3203

Character sheet
Mutiara Kata saya: "LuV UrSeLf.....BeForE U LuV Others..."

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by aieyda on Tue 31 Mar 2009, 10:09 am

aku makan coklat takde pape pun..
ok jerk..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5205

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by nyamok on Tue 31 Mar 2009, 10:46 am

alamak...................
tongue

nyamok
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : cari pasal
Gender : Female
Jumlah Post : 292
Umur : 33
Tarikh Register : 21/06/2008
Reputation : 0
Points : 3068

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by EWAN on Tue 31 Mar 2009, 11:31 am

@aieyda wrote:aku makan coklat takde pape pun..
ok jerk..

yer ke kak.. aq tengok ko akhir2 ni makin kembang jer...
wakakaka....

EWAN
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : studen..
Gender : Male
Jumlah Post : 778
Umur : 25
Tarikh Register : 13/01/2009
Reputation : 9
Points : 3672

Character sheet
Mutiara Kata saya: malas adalah racun paling berbisa, rajin adalah ubat yang paling mjarab.

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by aieyda on Tue 31 Mar 2009, 11:54 am

oit..makin coklat tak gemok la...

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5205

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by epiaya on Wed 01 Apr 2009, 11:11 am

@aieyda wrote:oit..makin coklat tak gemok la...
ye ke panda...hehehehehe

epiaya
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : ppp
Gender : Male
Jumlah Post : 1161
Umur : 38
Tarikh Register : 10/12/2008
Reputation : 10
Points : 3627

Character sheet
Mutiara Kata saya: amal makruf nahi mungkar ///

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by aieyda on Wed 01 Apr 2009, 3:14 pm

a'aa..
aku bedal sume coklat tak gemok2 pun aku..

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5205

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by PPKP_KECIWA on Wed 08 Apr 2009, 1:30 pm

CUBA MAKAN KACIP FATIMAH PULAK.....HEHEHEHE....COKLAT TU BAGI TENAGA KAT KITA LA....SPORTMAN PUN MAKAN GAK BENDA NI UNTUK BG STAMINA KAT DIORANG...BERAHI TU MINDSET KITA JA.....

PPKP_KECIWA
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : KAKI PUKUL U29
Gender : Male
Jumlah Post : 47
Umur : 39
Tarikh Register : 18/03/2009
Reputation : 0
Points : 2870

Character sheet
Mutiara Kata saya: YOU'LL NEVER WALK ALONE

View user profile

Back to top Go down

Re: COKLAT makanan berahi? (utusan online)

Post by Sponsored content Today at 9:11 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum