FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Peranan PPKP dalam kawalan filariasis

View previous topic View next topic Go down

Peranan PPKP dalam kawalan filariasis

Post by Lord Vlad on Thu 12 Oct 2006, 8:29 am

kepada PPKP unit VEKTOR, jom kita bincang² pasal masalah filariasis lak...

Penyakit kaki gajah ini dikenali sebagai untut atau nama saintifiknya filarisis limpatik. Walaupun kini ia jarang berlaku, Kementerian Kesihatan masih mengkategorikannya sebagai masalah besar yang turut dihadapi lebih 80 negara dan menjangkiti 120 juta orang kerana pembawa penyakit ini ialah nyamuk anopheles dan mansonia (yang membiak di dalam kolam).

Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah. Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.

Penyakit untut disebabkan jangkitan cacing parasit Wuchereria bancrofti, Brugia malayi dan Brugia timori yang hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara kita.

Cacing ini menjangkiti sistem limfa, membiak tanpa disedari sehingga membentuk satu koloni besar dalam badan manusia. Lebih membimbangkan, monyet juga boleh menjadi perumah kepada cacing Brugia malayi.

Sepanjang cacing seperti benang ini hidup dalam badan, ia tidak mendatangkan masalah. Jangkitannya bersifat asimptomatik. Kesannya hanya dirasai apabila cacing dewasa mati dan sisa badannya itu yang boleh menyebabkan kaki, tangan, kemaluan dan buah dada bengkak.

Pensyarah Jabatan Parasitologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Johari Surin, berkata masalah untut lebih banyak berlaku pada lelaki berbanding wanita.

Kitaran hidup cacing parasit ini bermula apabila ia memasuki badan manusia, bertelur dan menghasilkan larva dipanggil mikrofilaria.

Larva mikrofilaria mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk menjadi cacing matang. Selepas setahun, cacing dewasa boleh membiak dan menghasilkan beribu mikrofilaria lagi. Dalam tempoh ini, mikrofilaria akan tersebar jika individu itu digigit nyamuk.

Dalam badan nyamuk, mikrofilaria mengambil masa tujuh hingga 21 hari untuk sampai ke peringkat paling berjangkit dan ia akan dipindahkan ke perumah baru apabila nyamuk menghisap darah individu lain.

“Apabila sampai ke badan perumah, mikrofilaria akan masuk ke dalam sistem limfa untuk membesar dan membiak.

“Cacing parasit boleh hidup antara enam hingga 10 tahun dalam badan manusia. Hanya apabila cacing dewasa mati baru kesan jangkitan dapat dirasai.

“Antara tanda penting jangkitan cacing ini ialah demam dan bengkak kelenjar yang berulang dalam masa seminggu. Bagi wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah anemia dan jangkitan juga boleh menyebabkan kanak-kanak terencat.

“Jangkitan biasanya berlaku pada kanak-kanak, tetapi disebabkan cacing ini boleh hidup lama, kesannya hanya timbul apabila mereka dewasa atau selepas mencecah umur 30 tahun. Ketika hidup, biasanya cacing Wuchereria brancrofti tidak memberikan sebarang tanda jangkitan,” katanya.

Antara tanda jangkitan akut ialah keradangan pada kulit, nodus limfa dan salur limfa sebelum berakhir dengan limfodema kronik atau kaki gajah.

Bagaimanapun, bukan semua individu yang dijangkiti akan mengalami masalah untut; ada yang hanya dilanda demam filariasis.

Ia bergantung kepada daya ketahanan dan jumlah cacing dewasa yang mati. Kata Prof Johari, jika kaki bengkak dan besar, menandakan cacing dewasa yang mati adalah banyak. Apabila sampai ke peringkat ini, susah untuk mengubatinya.

Kaki gajah itu sebenarnya disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing yang membuatkan ia membahagi dengan cepat dan akhirnya membentuk lapisan sel berlebihan.

Akibatnya sel ini akan berlapis-lapis, tebal dan berlipat sehingga kaki (atau lengan) kehilangan bentuk asalnya. Malah, kulit juga menjadi sensitif dan mudah mendapat jangkitan.

Namun, kesannya tidak berhenti di situ saja kerana pesakit juga akan mengalami masalah bergerak. Bahkan, penyakit untut sering dikaitkan dengan masalah kesuburan, terutama jika berlaku pada lelaki. Adakah ia benar?

“Penyakit untut tidak mengganggu kesuburan, tetapi ia boleh memberi kesan secara tidak langsung. Bagaimanapun, ada juga kajian di Indonesia mendapati pesakit untut turut mengalami masalah pada skrotum dan kemaluan bengkak menyukarkan mereka mempunyai anak.

“Pesakit biasanya memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak dan dalam keadaan begini mereka sukar mencari pasangan hidup. Bagi yang berkahwin pula, kaki besar menyukarkan mereka untuk bersama dengan isteri. Ini sebabnya pesakit untut sering dikatakan ada masalah kesuburan,” katanya.

Perkara baiknya, untut bukan penyakit keturunan kerana cacing ini tidak akan diwarisi anak jika ibu mendapat jangkitan ketika mengandung.

Siapa yang berisiko mendapat jangkitan cacing parasit ini? Biasanya ia membabitkan penduduk luar bandar, terutama:



Di perkampungan tepi sungai dan kotor


Kawasan yang tidak mempunyai sistem pembetungan sempurna


Kawasan yang banyak air bertakung dan nyamuk

Pesakit untut dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan, terutama di bahagian kulit yang berlipat, kerana di sinilah peluh berkumpul dan menjadi persekitaran sesuai untuk jangkitan bakteria.

Dulu proses diagnosis penyakit untut sukar kerana cacing parasit ini mempunyai sifat yang hanya boleh dikesan pada waktu malam. Bagaimanapun, kini melalui teknologi moden, kehadiran larva boleh dikesan melalui ujian darah ke atas antigen cacing parasit.

Prof Johari berkata, kaedah terbaik untuk menangani masalah untut ialah melalui penjagaan kebersihan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk seperti kolam yang banyak kiambang. Selain itu, pemberian ubat diethylcarbamazine (DEC) juga penting untuk merencatkan perkembangan larva mikrofilariasis. Manakala ubat albendazole pula diambil untuk membunuh cacing dewasa.

Program Menghapuskan Filariasis Limpatik (GDELF) di bawah kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia bermula sejak 2004 ke atas 250 juta penduduk dunia yang berisiko tinggi dan turut membabitkan masyarakat desa di negara kita bagi mengelak pesakit hilang keupayaan.

Melalui rawatan sempurna, ia boleh mengatasi masalah kulit disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing, mengurangkan beban jangkitan dan secara tidak langsung dapat membantu mengembalikan keyakinan pesakit untuk berdepan masyarakat.

Antara kaedah yang digunakan di negara kita ialah pengagihan ubat dari rumah ke rumah. Selain menghentikan tindakan cacing parasit penyebab untut, ia juga berkesan membunuh cacing kerawit.

----Forum Paramedik Malaysia-----




avatar
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2439
Umur : 38
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 5278

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Peranan PPKP dalam kawalan filariasis

Post by budaknakal on Mon 27 Nov 2006, 8:59 am

tambahan info:
Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan (PEFLK) adalah selama 5 tahun dan dijangga akan berakhir pada 2008. hasil kajian akan menentukan statistik Filariasis di Malaysia.
Cool Cool Cool
avatar
budaknakal
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : gov
Gender : Male
Jumlah Post : 8
Umur : 35
Tarikh Register : 19/11/2006
Reputation : 3
Points : 3931

View user profile

Back to top Go down

Re: Peranan PPKP dalam kawalan filariasis

Post by Lord Vlad on Mon 27 Nov 2006, 9:05 am

TQ 4 info...

----Forum Paramedik Malaysia-----




avatar
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2439
Umur : 38
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 5278

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Peranan PPKP dalam kawalan filariasis

Post by alfred on Mon 05 Jan 2009, 4:53 am

nice info
avatar
alfred
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Pelatih penolong pegawai keshatan persekitaran
Gender : Male
Jumlah Post : 44
Umur : 30
Tarikh Register : 28/12/2008
Reputation : 0
Points : 3200

View user profile

Back to top Go down

Re: Peranan PPKP dalam kawalan filariasis

Post by diela on Thu 29 Jan 2009, 4:42 pm

thx for the info..
avatar
diela
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Tukang IntervIew Orang sAkiT Kat Wad
Gender : Female
Jumlah Post : 359
Umur : 30
Tarikh Register : 05/03/2008
Reputation : 0
Points : 3454

Character sheet
Mutiara Kata saya: Sayangilah Diri Sendiri SEbelum Meminta Orang Menyayangi KAlian

View user profile http://www.facebook.com/ziela.othman

Back to top Go down

Re: Peranan PPKP dalam kawalan filariasis

Post by Ppkp Rey on Thu 05 Feb 2009, 4:12 am

tp skrg kes kaki2 gajah ni dh blh bt operation, heran gk.
avatar
Ppkp Rey
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 670
Umur : 35
Tarikh Register : 15/12/2006
Reputation : 0
Points : 4146

Character sheet
Mutiara Kata saya: ......bErusahaLah.

View user profile

Back to top Go down

Re: Peranan PPKP dalam kawalan filariasis

Post by Palladium on Mon 14 May 2012, 10:58 am

gambr2 pesakit filariasis









avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 38
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3661

View user profile

Back to top Go down

Re: Peranan PPKP dalam kawalan filariasis

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum