FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

View previous topic View next topic Go down

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Post by slipar_jpon on Mon 06 Apr 2009, 4:03 pm

Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

slipar_jpon
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri:
Jawatan : DG 41
Gender: Female
Jumlah Post: 1487
Umur: 28
Tarikh Register: 09/09/2008
Reputation: 0
Points: 3225

View user profile

Back to top Go down

Re: Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Post by tam on Sat 16 May 2009, 11:58 pm

kajian nih utk faedah luaran jer... x penting sgt pon...

tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender: Male
Jumlah Post: 534
Umur: 35
Tarikh Register: 05/12/2006
Reputation: 0
Points: 3365

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

View user profile

Back to top Go down

Re: Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Post by fasha_wanna on Sat 23 May 2009, 10:59 am

sy rase ckup penting...

selain menunaikn ibadah, tubuh bdn kte secara tidak lngsung pon

terjamin kesihatan nye.. Very Happy

----Forum Paramedik Malaysia-----




-GiGi wAriSAn KitA.. BeRSamA KitA MeNjaGA- Very Happy

fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender: Female
Jumlah Post: 2824
Umur: 27
Tarikh Register: 06/01/2008
Reputation: 36
Points: 5519

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

View user profile http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Re: Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Post by tam on Mon 25 May 2009, 12:06 pm

tul lah aku ckp baik tuk luaran jew.... tuhan x pandang luaran ..... tuhan x tgok org tuh pakai serban ker... org tuh pakai jubah ker... yg tuhan pandang cuma hati... bersih ke ... kalau hati tuh come... come lah dia...

kishishishi tp aku paham.... org nurse mesti nak citer psl kesihatan tubuh jew... ok ...x salah pon... btul la tu ...mmg penting jugak...

tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender: Male
Jumlah Post: 534
Umur: 35
Tarikh Register: 05/12/2006
Reputation: 0
Points: 3365

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

View user profile

Back to top Go down

Re: Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Post by fasha_wanna on Mon 25 May 2009, 1:45 pm

tam wrote:tul lah aku ckp baik tuk luaran jew.... tuhan x pandang luaran ..... tuhan x tgok org tuh pakai serban ker... org tuh pakai jubah ker... yg tuhan pandang cuma hati... bersih ke ... kalau hati tuh come... come lah dia...

kishishishi tp aku paham.... org nurse mesti nak citer psl kesihatan tubuh jew... ok ...x salah pon... btul la tu ...mmg penting jugak...

hehehe..

yola tam..

Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

----Forum Paramedik Malaysia-----




-GiGi wAriSAn KitA.. BeRSamA KitA MeNjaGA- Very Happy

fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender: Female
Jumlah Post: 2824
Umur: 27
Tarikh Register: 06/01/2008
Reputation: 36
Points: 5519

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

View user profile http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Re: Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Post by puan akmal on Sun 31 May 2009, 8:31 am

sal2
hehehe....aku pon nak menambah ckit ttg solat dari sudut pandangan sains nih...heheheh...boleh kan slipar_jpon.... Laughing Laughing Laughing

artikel ni kawan yang bagi...so, kita share2 la...mana tau dapat manfaat..

puan akmal
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : tukang masak
Gender: Female
Jumlah Post: 665
Umur: 32
Tarikh Register: 11/10/2008
Reputation: 0
Points: 2881

Character sheet
Mutiara Kata saya: hormat orang dulu, baru orang hormat kita

View user profile

Back to top Go down

Re: Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Post by puan akmal on Sun 31 May 2009, 8:43 am

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains



Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.




Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.



Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan
semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.




Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.




Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenagadikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Sepertimana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga ya ng kurangberbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat
digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.




Sekian untuk renungan kita bersama

puan akmal
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : tukang masak
Gender: Female
Jumlah Post: 665
Umur: 32
Tarikh Register: 11/10/2008
Reputation: 0
Points: 2881

Character sheet
Mutiara Kata saya: hormat orang dulu, baru orang hormat kita

View user profile

Back to top Go down

Re: Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Post by pokcik on Wed 07 Oct 2009, 1:24 pm

solat sebagai ketetapan syariah.
lebih baik solat kerana takutkan Allah.
syariah dan sunnatullah patutnya seiring

pokcik
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : manager
Gender: Male
Jumlah Post: 121
Umur: 37
Tarikh Register: 18/02/2008
Reputation: 0
Points: 2439

Character sheet
Mutiara Kata saya: strategy and skill is nothing without power

View user profile

Back to top Go down

Re: Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Post by crazycadetcrew on Tue 13 Oct 2009, 10:59 pm

"Solat Tiang Agama"

crazycadetcrew
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : 10 BrIgEd PaRa ArMy PaRaMeDiC
Gender: Male
Jumlah Post: 13
Umur: 27
Tarikh Register: 12/02/2009
Reputation: 0
Points: 2099

Character sheet
Mutiara Kata saya: Aku ade sebiji epal.. kau ade sebiji epal.. kita tukar epal tu, kau dan aku masih ade sebiji epal.. tp, kalau kau dan aku ade 1 ilmu then kita tukar ilmu itu, kau dan aku masing2 ade dua ilmu... MaRkSmAn SaSaRaNkU.

View user profile http://www.friendster.com/crazycadetcrew

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum