FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Sejarah Kelantan

View previous topic View next topic Go down

Sejarah Kelantan

Post by Lord Vlad on Wed 22 Apr 2009, 5:13 pm

SEJARAH KELANTAN


Sumber: http://sklaloh.kelantan.edu.my/sejkelantan.htm



Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah".



Negeri
Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga
mempunyai sejarah persinggahsaan yang menarik. Sebagai pembuka lembarab
sejarah perkembangan persinggahsanaan Negeri Kelantan, diriwayartkan
bahawa dalam tahun 1411M (814H) di Negeri kelantan terdapat seorang
Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini
ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya
Raja Kumar ini. walau bagaimanapun Baginda raja Kumar telah menjalinkan
hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun
1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa
kain-kain sutera dan surat kepujian daripada maharaja China itu.




Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar
sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh Putera
Baginga Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur nama
Negeri Kelantan telah menjadi masyhur merata-rata tempat. Kemasyuran
Negeri Kelantan telah sampai ke negeri Melaka dibawah pemerintahan
Sultan Mahmud Shah. pada 1477M, Raja Melaka ini telah menghantar bala
tenteranya untuk menyerang Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun ia
berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, dimana Baginda
Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang
bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak
yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).




Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda
Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Gombak.
Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah
dijadikan putera angkat Baginda, aiitu Raja Ahmad ditabal menjadi
Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda
telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, iaitu sepupu
kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda
berdua telah dikurniakan seorang uteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.




Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik
Siti Wan kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari
Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila
Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal
menjadi Raja Kelantan. baginda bersemayam di Gunung Chinta wangsa, Ulu
kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.


Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta wangsa menjadi
masyhur menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam
dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan
kembang dengan panggilan "Padulka Cik Siti". baginda mempunyai seekor
kijang yang amat oleh Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat
Baginda yang tinggal di Gunung Ayam.




Gambar kijang ini telah diterap diatas wang emas dengan perbelanjaan
negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada
daripada Lambang Kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke
hari ini dengan megahnya.



Dalam
masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta
Wangsa itu, maka disebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul
sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja
Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja
Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda
dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja
Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri
Saadong.



Hubungan baik telah
terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta
Wangsa, dengan Kerajaan Loyoy di Jembal. Baginda Cik Siti Wan Kembang
telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi
takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai
puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin.




Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh
penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal
kcantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang
menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri
Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan
telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga
Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota
Mahligai.



Puteri Saadong telah
diculik oleh oleh Maharaja Siam dan telah dibawa ke Siam, kerana
kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja
Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku
pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat dari pergaduhan itu Raja
Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.




Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja
Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai
pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak
Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit
Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi. Selepas itu raja
Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya ditepi Tasek Lelayang
mandi. Dengan itu putuslah sejarah Kerajaan mahligai dan wujud pula
Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja
Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).




Sultan Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah
bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri,
iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah,
Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H),
Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak
puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah puteri
Raja Petani yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke
Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan
Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.




Long Sulaiman mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang
puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long
Deraman putera Tuan senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M
(1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah
membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long
Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long
Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.




Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long
Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh
isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long
Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu.




Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan
antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Gaffar, putera kepada
Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad
dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat
dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang
membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah
melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan
Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya
menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yang banyak itu dengan
meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

----Forum Paramedik Malaysia-----




avatar
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2439
Umur : 38
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 5275

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Sejarah Kelantan

Post by kainkapan on Sat 05 Dec 2009, 9:49 pm

huhuhu....... panjang kisahnya... tapi banyak nama2 tempat yang silap namanya tuh.........
avatar
kainkapan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : PenGGaLi KuBuR
Gender : Male
Jumlah Post : 324
Umur : 35
Tarikh Register : 14/05/2007
Reputation : 3
Points : 4202

Character sheet
Mutiara Kata saya: MALU mu ialah mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, Tiada siapa yang dapat merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

View user profile

Back to top Go down

Re: Sejarah Kelantan

Post by tomyejam on Sat 05 Dec 2009, 10:03 pm

what a nice and cool history u guys got there Very Happy
avatar
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2431
Umur : 36
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 5610

View user profile

Back to top Go down

Re: Sejarah Kelantan

Post by tomyejam on Sat 05 Dec 2009, 10:06 pm

lord vlad apo lak yg dimaksudkan dgn lambang negeri kelate nieh ?
avatar
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2431
Umur : 36
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 5610

View user profile

Back to top Go down

Re: Sejarah Kelantan

Post by akudaa on Fri 11 Dec 2009, 6:48 am

nk tanyo,kije tuh hok mn tino hok mn jate
avatar
akudaa
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri :
Jawatan : tnggu surat posting...skelas ngan anip
Gender : Male
Jumlah Post : 30
Umur : 32
Tarikh Register : 12/01/2009
Reputation : 0
Points : 3182

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile http://www.jknselangor.moh.gov.my

Back to top Go down

Re: Sejarah Kelantan

Post by tomyejam on Fri 11 Dec 2009, 10:46 pm

@akudaa wrote:nk tanyo,kije tuh hok mn tino hok mn jate


avatar
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2431
Umur : 36
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 5610

View user profile

Back to top Go down

Re: Sejarah Kelantan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum