FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

JAWATAN PEGAWAI SAINS551

JAWATAN PEGAWAI SAINS

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

JAWATAN PEGAWAI SAINS

Post by duitbah on Thu 23 Apr 2009, 4:09 pm

Hanya menjelaskan maksud ' JAWATAN PEGAWAI SAINS'

Kadang-kadang apabila saya tengok perbincangan dalam forum ini, saya mendapati ada rakan-rakan JTMP yang terikat sangat dengan pemahaman Jawatan Pegawai Sains harus di hospital sahaja. Harus jelas di sini, Pegawai Sains meliputi Ahli Kajiserangga, Biotanikal dll. Takrifannya, Pegawai adalah anggota awam yang berijazah, Sains adalah pekerjaan yang berkaitan dengan bidang-bidang sains. tak kisahlah manusiakah? seranggakah? tumbuhankah? atau apa-apa yang berkaitan.

Saya sangat menyokong kalau ada kesinambungan jawatan JTMP ke Pegawai Sains yang mempunyai gred U. Seperti juga jawatan-jawatan paramedik yang lain. Biarlah asasnya sekarang jawatan JTMP ini diserap kepada skim BERSEPADU. Lepas itu, wujudkan jawatan-jawatan pegawai gred U yang mempunyai gred yang lebih tinggi. Jawatan ini haruslah spesifik kepada skop pembelajaran dan pekerjaan yang berkaitan dengan jawatan JTMP.

Penjelasan pada kesangian ini berlandaskan kepada tindakan JPA sekarang yang terus mengambil jawatan-jawatan baru Penolong Pegawai Sains (PPS) mengantikan JTMP. Di tempat kerja tertentu, PPS ini akan menjalankan kerja-kerja JTMP selepas diajar oleh JTMP. Dalam kes di Sabah, ada Penolong Pegawai Sains yang mempunyai Diploma Industri Kimia tiba-tiba dilantik membuat kerja-kerja JTMP. Apalah bezanya, kelulusan SPM, kalau dilatih membuat kerja JTMP pasti diurang pun boleh buat jugakan. Saya rasa profesion kita betul-betul dihina. masalahnya, UNION kita tidak kuat, kalau kuat kita ada 'Board' / Lembaga tertentu bagi membolehkan jawatan kita pada tahap yang profesional( Standard of Quality) dan tidak sembarangan diusik dan dihina sebegini rupa.

Masalah utama dengan JTMP adalah mereka-mereka yang mementingkan diri sendiri. Tengoklah sedikit nasib rakan-rakan dan adik-adik JTMP yang lain. Terdapat JTMP (senior) yang mendapat pangkat gred U38 dan U40, dipanggil mesyuarat bersama dengan PIHAK KETUA JABATAN (TPK) kerana mewakili jawatan JTMP. Apabila ditanya, tentang pilihan masa depan JTMP, mereka lebih suka pada keadaan sekarang kerana takut ada junior yang mendapat U41 dan mereka pula yang akan menjadi ketua JTMP.

Tolonglah berkompromi sedikit. Biarlah kita buang perbezaan senior dengan junior. Marilah kita sama-sama satu hati. Biarlah junior dibagi peluang untuk meningkatkan peluang kerjaya yang lebih tinggi. Begitu juga senior terus dihormati. Bersatu teguh, bercerai roboh. TQ

duitbah
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Juruteknolgi Makmal Perubatan
Gender: Male
Jumlah Post: 41
Umur: 38
Tarikh Register: 23/05/2007
Reputation: 0
Points: 2703

View user profile

Back to top Go down

Sahihkah maklumat anda????

Post by atokpencen on Thu 23 Apr 2009, 5:18 pm

duitbah wrote:Hanya menjelaskan maksud ' JAWATAN PEGAWAI SAINS'

.

Penjelasan pada kesangian ini berlandaskan kepada tindakan JPA sekarang yang terus mengambil jawatan-jawatan baru Penolong Pegawai Sains (PPS) mengantikan JTMP. Di tempat kerja tertentu, PPS ini akan menjalankan kerja-kerja JTMP selepas diajar oleh JTMP. Dalam kes di Sabah, ada Penolong Pegawai Sains yang mempunyai Diploma Industri Kimia tiba-tiba dilantik membuat kerja-kerja JTMP. Apalah bezanya, kelulusan SPM, kalau dilatih membuat kerja JTMP pasti diurang pun boleh buat jugakan. Saya rasa profesion kita betul-betul dihina. masalahnya, UNION kita tidak kuat, kalau kuat kita ada 'Board' / Lembaga tertentu bagi membolehkan jawatan kita pada tahap yang profesional( Standard of Quality) dan tidak sembarangan diusik dan dihina sebegini rupa.

Siapakah dia PPS dari Sabah yang ada Dip Kimia Industri buat kerja MLT? Di mana jabatantu...spital ke KKIA ke ape? Tolong detil sikit. Yang atok tau, ada siswazah Kimia industri jadi MLT masuk kolej JTMP. Tapi ape salahnye? Itu dia ada vision le tu mau masukPS nanti.

atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender: Male
Jumlah Post: 334
Umur: 54
Tarikh Register: 06/04/2009
Reputation: 8
Points: 2341

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN PEGAWAI SAINS

Post by duitbah on Fri 24 Apr 2009, 4:21 am

Siapakah dia PPS dari Sabah yang ada Dip Kimia Industri buat kerja MLT? Di mana jabatantu...spital ke KKIA ke ape? Tolong detil sikit. Yang atok tau, ada siswazah Kimia industri jadi MLT masuk kolej JTMP. Tapi ape salahnye? Itu dia ada vision le tu mau masukPS nanti.[/quote]

PPS ini bukan dari Sabah. Setakat ini saya belum pernah mendengar ada PPS dari Sabah kecuali PPTM (Penolong Pegawai Teknologi Makanan). PPS ini dari Johor. Dia bekerja bersama dengan saya. Saya ingin menjelaskan di sini, bahawa saya tidak bermaksud siswazah-siswazah tertentu yang akhirnya masuk kolej JTMP. Memang ramai rakan-rakan seperti itu, ada di antara mereka ini ada kelulusan Diploma Civil Engineering, tapi mereka mendapat tawaran masuk kolej JTMP. Mereka minta khidmat nasihat dari saya iaitu nak teruskan atau tidak. Saya bagi galakan pada mereka supaya meneruskan kerana kalau masuk Kolej Teknologi Makmal Perubatan (KKM) biasanya akan mendapat pekerjaan tetap, sedangkan sekarang ini amat susah nak cari pekerjaan. Setiap ilmu pada bidang yang berlainan pasti ada saja kegunaannyakan.

Maksud saya tentang PPS ini adalah mereka yang ada kelulusan berkaitan Sains seperti Industri Kimia. Kenyataannya, PPS yang berkelulusan Diploma Industri Kimia itu bekerja bersama saya. Beliau adalah satu-satunya PPS yang membuat kerja JTMP di Sabah. Dulu ada 2 orang tapi seorang sudah balik ke Sarawak kerana masalah tertentu. Biasanya, PPS ini bertugas di Makmal-Makmal Kesihatan Awam atau di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh. Menurutnya, terdapat lebih kurang 60 PPS di seluruh Malaysia.

Rakan saya ini, agak susah pada mulanya, terutama semasa menyediakan senarai tugas utama dan semasa menduduki peperiksaan PTK(masalah rujukan). Tapi kasihan jugalah kerana dia ini sering disindir(main-main) pada masa mesyuarat. Apa pun kami dapat bekerjasama juga demi untuk kepentingan klien kami yang bergelar pesakit.

duitbah
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Juruteknolgi Makmal Perubatan
Gender: Male
Jumlah Post: 41
Umur: 38
Tarikh Register: 23/05/2007
Reputation: 0
Points: 2703

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN PEGAWAI SAINS

Post by pedang on Sun 26 Apr 2009, 3:48 pm

Kat tmpt saya sendiri ada at least 6 or 7 org PPS. 2 drpdnya ade degree tp sbb keje xde n pointer sedikit rendah, ssh dapat keje lain...semua masuk pkai diploma (sains[ramai], teknologi makmal, kimia industri) n diaorg keje mcm JTMP untuk mengajar undergrad biomed, forensik, nursing etc (allied sciences). Kami trained diaorg khas utk prepare/tlg amali....but sadly, x ramai yg sungguh nk bljr/amik tau psl apa yg kita ajar...still kebykn kami kene wat sendiri..

pedang
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender: Male
Jumlah Post: 171
Umur: 37
Tarikh Register: 05/08/2007
Reputation: 3
Points: 2589

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN PEGAWAI SAINS

Post by Lady Cda on Sun 26 Apr 2009, 4:19 pm

teruk sgt ke kerjaya peg sains ni...? Smile

----Forum Paramedik Malaysia-----




<a href="http://www.sweetim.com/s.asp?im=gen&lpver=3&ref=11" target="_blank"><img src="http://cdn.content.sweetim.com/sim/cpie/emoticons/000203B4.gif" border="0" title="Click to get more." ></a>

Lady Cda
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : BIOMEDICAL SCIENCES
Gender: Female
Jumlah Post: 1174
Umur: 31
Tarikh Register: 11/04/2007
Reputation: 9
Points: 3367

Character sheet
Mutiara Kata saya: i'll be ur wish,i'll be ur dream, i'll be ur fantasy

View user profile

Back to top Go down

ATOK SUSAH NAK TERIMA FAKTA INI...TETAPI IANYA BENAR..

Post by atokpencen on Sun 26 Apr 2009, 9:18 pm

pedang wrote:Kat tmpt saya sendiri ada at least 6 or 7 org PPS. 2 drpdnya ade degree tp sbb keje xde n pointer sedikit rendah, ssh dapat keje lain...semua masuk pkai diploma (sains[ramai], teknologi makmal, kimia industri) n diaorg keje mcm JTMP untuk mengajar undergrad biomed, forensik, nursing etc (allied sciences). Kami trained diaorg khas utk prepare/tlg amali....but sadly, x ramai yg sungguh nk bljr/amik tau psl apa yg kita ajar...still kebykn kami kene wat sendiri..

Atok susah nak terima fakta ini. Jika pedang di Kolej JTMP maka atok rasa SPA/JPA harus betul-betul jangan permainkan Kolej tersebut. Atok sangat setuju sekiranya orang sesuailah yang buat tugas seperti di atas. Persatuan MLT perlu buat sesuatu...Pemegang Dip sains sesuai kalau di makmal sains sekolah menengah, kalau di kolej JTMP...tak sesuai...tak cukup knowledge.

atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender: Male
Jumlah Post: 334
Umur: 54
Tarikh Register: 06/04/2009
Reputation: 8
Points: 2341

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN PEGAWAI SAINS

Post by pedang on Sun 26 Apr 2009, 10:19 pm

About PS:
Kerjaya PS terlalu besar menyebabkan diaorg xde pengkhususan n diletakkn dimana2 je menyebabkn kdg2diaorg out of place...ntuk KKM etc, sy xde experience keje dgn diaorg so xbleh nk komen..tp bagi sy yg mmg sejak mula belajar n keje di IPTA, PS kami kt cni byk knowledge n highly trained sbb kebykn org lama, byk mula dr MLT n terdedah dgn suasana akemik n research...sy amat memandang tinggi mereka2 ini....keje mereka mmg teruk terutama yg keje pst pengajian la...yg manage lab diagnostik mgkn kurang skit kot...kene mengajar amali, buat bajet lab seliaan, buat bajet utk amali, pembelian brg2 amali, urusan maintenance alat, ISO, keje2 admin etc mmg byk..so mmg teruk keje kt pst pengajian dgn bajet yg ciput...cthnya, PS sy yg kene ajar 4 paper sethn(mikro, parasit, sero, viro,miko) dpt bajet RM 12k setahun...bajet tgh thn dpt dlm RM 8 k gitu...maintenance, kit2 serologi, pakaihabis khas utk mikro, slaid2 parasit, alat2 pembelajaran semua taruk kat situ....huhu..so, mmg teruk diaorg keje kat cni..

About PPS
Sy bkn nk bad mouth sesiapa ttp mmg mcm 2 hakikatnya...Disbbkn diaorg xde basic+kurang inisiatif(belajar/amik tahu)+kurang proaktif+mmg bukan bidang pengajian diaorg= less competent staff...so, teruk la PS n MLT kene cover2 diaorg ni ms amali or keje2 lain...sy bercakap dari segi keje la...diaorg ni berada at the wrong place, at the wrong time...2 je..sian la jgk...tp mmg xpuas hati sbb PPS kanan gaji lagi tinggi dari MLT kanan...huhu...

pedang
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender: Male
Jumlah Post: 171
Umur: 37
Tarikh Register: 05/08/2007
Reputation: 3
Points: 2589

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN PEGAWAI SAINS

Post by tkr on Mon 27 Apr 2009, 1:05 pm

isu mlt U41 tak akan selesai dari zaman selsema manusia, selsema burung dan dah masuk ke selsema K***zir, masih ke tahap yg sama. Dengan kemasukan beramai2 PPS ke lab hospital, tak mustahil mlt akan kempunan utk merasa jawatan tersebut. So mlt U29 tak perlula kepingin sngt dgn jawtan U32 dan seterusnya. Sambung je belajar. Ambik degree. PPS yg mlt kutuk tak pandai buat kerja, bila mereka dah ada degree, mereka akan menjadi bos anda. Jgn kutuk lebih2. Nanti bila mereka jadi bos, mereka akan mengutuk anda balik. Peluang mereka lebih terbuka dari anda. Mungkin satu hari nanti mlt akan dimansuhkan dan makmal dipenuhi dgn PS dan PPS. Perkara ke arah ini nampaknya sedang berlaku. kpd MLT U29 yg rasa puas dgn tahap yg ada sekarang, fikir-fikirkanlah...

tkr
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : lecturer
Gender: Male
Jumlah Post: 59
Umur: 35
Tarikh Register: 01/09/2008
Reputation: 0
Points: 2241

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN PEGAWAI SAINS

Post by duitbah on Mon 27 Apr 2009, 7:05 pm

Saya bangga jadi JTMP dan akan terus mempertahankannya...Untuk memastikan JTMP tidak ditelan dek zaman...Saya cadangkan kepada semua JTMP untuk 'meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi', tidak kisah ijazahkah? masterkah? atau PHD?

Di bumi bertuah Malaysia ini, terkeluar dari lingkaran api pasifik...semuanya serba ada...tiada istilah atau keadaan yang dihadkan oleh sistem kasta!...semuanya serba tidak mustahil...selagi kita berfikiran positif!!!!! Telah dibuktikan oleh sejarah kepimpinan Malaysia sendiri...
Hanya sebagai anak Seorang penjual kacang...boleh menjadi Pemimpin Agung Malaysia!!!! Renung-renungkanlah!!!

duitbah
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Juruteknolgi Makmal Perubatan
Gender: Male
Jumlah Post: 41
Umur: 38
Tarikh Register: 23/05/2007
Reputation: 0
Points: 2703

View user profile

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum