FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Yang Beracun Di Sekeliling Kita.. Anda Tahu Ker? Jom TengOk.......

View previous topic View next topic Go down

Yang Beracun Di Sekeliling Kita.. Anda Tahu Ker? Jom TengOk.......

Post by kainkapan on Fri 01 May 2009, 11:55 am

sal2

PENSEL WARNA BERBAHAYA

Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia memandang serius laporan
akhbar tempatan tentang pensel berwarna yang didapati mengandungi plumbum dan
arsenik pada kandungan yang melebihi paras bahaya. Penggunaan pensel sedemikian
jika tidak diawasi boleh membahayakan pengguna kepada risiko keracunan
terutamanya pada kanak-kanak. Bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya yang
dimaksudkan, pada kali ini PENAWARACUN akan menerangkan secara ringkas perihal
keracunan membabitkan plumbum dan arsenik.

Bahaya Plumbum Dan Arsenik

Plumbum dan arsenik, kedua-duanya adalah sejenis logam berat,
sering didapati di dalam tanah malah ia mungkin tersebar secara meluas di
permukaan bumi kita. Di persekitaran kita, plumbum sering ditemui pada berbagai
hasilan industri dan komersial seperti bateri, penebat dawai elektrik, cat,
bahan-bahan seramik dan pasu, air daripada paip plumbum dan petrol plumbum
manakala arsenik pula mudah didapati dan sebenarnya digunakan dalam bahan-bahan
racun rumpai, pengawit kayu, rodentisid, dan agen pengeras dalam aloi logam.
Di samping itu, plumbum boleh didapati pada berbagai jenis
haiwan. Namun begitu, ia dipercayai tidak mempunyai apa-apa kegunaan fisiologi
tertentu pada manusia.

Bagaimana plumbum dan arsenik boleh mendatangkan bahaya?

Jika plumbum memasuki tubuh kita, ia boleh menyingkir
logam-logam lain yang berguna di dalam tubuh manusia dari tapak ikatan normal,
lalu menyebabkan kesan tertentu. Logam-logam yang disingkir termasuklah zat
besi, zink dan kuprum. Penyingkiran zat besi umpamanya boleh menjejaskan
pembentukkan sel darah merah normal. Arsenik pula apabila memasuki tubuh kita
akan mengikat pada kumpulan kimia sulfihidril pada berbagai jenis enzim lalu
menjejaskan metabolisme sel.

Apakah kesan yang boleh diperhatikan akibat keracunan plumbum dan
arsenik?


Pendedahan kronik plumbum boleh mengakibatkan kembung dan senak
perut, sembelit, kurang selera makan, sakit kepala, dan lesu. Ensefalopati yang
dicirikan oleh kehilangan keseimbangan pergerakan badan, meracau, koma dan sawan
boleh dialami oleh kanak-kanak.

Arsenik pula boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit, membran
mukous, serta saluran pernafasan dan gastrousus. Kesan-kesan lain termasuk rasa
lesu, kurang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah, hepatitis, rasa kebas di
anggota pinggiran (neuropati) dan pengguguran rambut. Lebih membimbangkan ialah
kemungkinan terjadinya kanser paru-paru dan kulit akibat pendedahan jangka
panjang. Sakit tekak, sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit adalah di
antara tanda-tanda mendadak yang boleh dialami. Maut akan terjadi jika terdapat
banyak air dan elektrolit hilang.


Last edited by kainkapan on Fri 01 May 2009, 12:01 pm; edited 1 time in total
avatar
kainkapan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : PenGGaLi KuBuR
Gender : Male
Jumlah Post : 324
Umur : 35
Tarikh Register : 14/05/2007
Reputation : 3
Points : 4148

Character sheet
Mutiara Kata saya: MALU mu ialah mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, Tiada siapa yang dapat merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

View user profile

Back to top Go down

Re: Yang Beracun Di Sekeliling Kita.. Anda Tahu Ker? Jom TengOk.......

Post by kainkapan on Fri 01 May 2009, 11:57 am

Tindakan Segera Semasa Keracunan

Apabila anda syaki keracunan berlaku, bertindaklah dengan
seberapa SEGERA! Jangan tunggu sehingga tanda-tanda keracunan berlaku.
Apabila keracunan, lambat bertindak boleh membawa maut!

Jika TERHIDU bahan beracun....
Bawa mangsa keracunan keluar ke kawasan lapang dengan segera.
Elak daripada menghidu bahan itu semula. Buka pintu dan tingkap dengan luas.
Jika mangsa tidak dapat bernafas, mulakan pernafasan bantuan.

Jika KULIT terkena bahan beracun.....
Tanggalkan pakaian yang tercemar dan basuh kulit secepat
mungkin dengan air bersih sebanyak mungkin selama sekurang-kurangnya 10 minit.
Kemudian basuh kulit dengan sabun (jika kulit tidak melecur) dan jirus dengan
air bersih.

Jika MATA terkena bahan beracun.....
Cuci mata dengan menuangkan air suam dari bekas (gelas) pada
jarak 2 hingga 3 sm dari mata. Ulang langkah ini sekurang-kurangnya untuk 15
minit. Suruh mangsa mengelip-gelipkan mata beberapa kali semasa mencuci mata.
Jangan dipaksa membuka mata.

Jika TERTELAN bahan beracun.....
Jika bahan tersebut adalah daripada kumpulan ubat-ubatan,
elakkan memberi apa-apa melalui mulut sehingga nasihat tentang keracunan
tersebut diperolehi terlebih dahulu. sal2 sal2 sal2
avatar
kainkapan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : PenGGaLi KuBuR
Gender : Male
Jumlah Post : 324
Umur : 35
Tarikh Register : 14/05/2007
Reputation : 3
Points : 4148

Character sheet
Mutiara Kata saya: MALU mu ialah mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, Tiada siapa yang dapat merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

View user profile

Back to top Go down

Re: Yang Beracun Di Sekeliling Kita.. Anda Tahu Ker? Jom TengOk.......

Post by ppfkkpa on Tue 10 Aug 2010, 6:31 pm

sepatutnya PPF perlu melibatkan diri lebih banyak dalam hal keracunan ini, sebab utama ialah Psat Racun Negara di kendalikan oleh PF, dan tentu PPF pun kena terlibat sama, tetapi tugasan di kaunter lebih mendesak dan tugasan di pusat racun ini di ambil alih oleh lain-lain paramedik, kan paramedik semuanya sama sahaja, tetapi siapa yang mendapat ruang dan peluang, maka merekalah yang akan kehadapan, PPF masih hari-hari bergelumang dengan tugasan yang telah di tetapkan yang sentiasa akan bertambah setiap masa dan tidak pernah putus putus, walaupun hari cuti atau pun hari kelepasan am, PPF baru boleh berfikir, sebab cpu mereka masih fresh, cpu senior memang dah penuh, tunggu masa pencen je,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 2904

View user profile

Back to top Go down

Re: Yang Beracun Di Sekeliling Kita.. Anda Tahu Ker? Jom TengOk.......

Post by nori on Wed 14 Oct 2015, 10:57 am

Ass'kum,
Salam 1 M'sia
Salam Sehati Sejiwa

AGM PPFM dah berlalu, buang yg keruh, ambil yg jerneh, AGM Kesatuan akan berlangsung hujung Okt dan awal Nov 2015. Persiapan dan persediaan yg amat rapi diperlukan, sebelum itu akan ada Mesyuarat Saintifik PPF, Tajuk : Pos Basik PPF, sebab ada paramedik g kursus pos basik bersama PPF, tetapi pada 2015, semuanya dah naik pangkat U32 dan U36 sedangkan PPF masih U32 KUP, Saintifik akan memudahkan segalanya, Yes...
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 51
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3096

View user profile

Back to top Go down

Re: Yang Beracun Di Sekeliling Kita.. Anda Tahu Ker? Jom TengOk.......

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum