FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

sindrom down

View previous topic View next topic Go down

sindrom down

Post by aieyda on Thu 07 May 2009, 3:45 pm

Sindrom Down (SD) atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.
Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada
struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan
keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga
perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.


Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?

Kadar
kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko
menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?

Pengesahan
penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan
kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh
dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound
atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid)


Ciri-ciri fizikal


  • Tubuh yang pendek
  • Kepala bersaiz kecil
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
  • Lidah terjelir
  • Satu
    garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek
    dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.

  • Pertumbuhan yang lambat.
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down


  1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur


    • Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
    • Lambat atau sukar dalam pembelajaran
    • Lambat dalam pertuturan
</li>
  • Penyakit jantung kongenital
  • Kanak-kanak
    Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan
    penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa.

  • Kecacatan pertumbuhan perut


    • Intestinal atresia
    • Tiada dubur
    </li>
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Masalah pendengaran dan penglihatan
  • Gangguan fungsi Tiroid


    • Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid.
    • Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid.
    </li>
  • Barah (kanser)


    • Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa
    </li>
    Pencegahan


    • Kaunseling
      keturunan: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom Down
      bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya.

    • Kadar risiko kejadian berulang adalah 1%
    • Amalan merancang keluarga
    Pemulihan


    • Program intervensi
    • Terapi carakerja
    • Terapi pertuturan
    • Pendidikan khas
    • Latihan kemahiran khas

  • Tujuan
    rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai
    keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.

    Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
    (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan.
    Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti:
    hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan
    Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).

    Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan
    Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat
    jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas
    supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Doktor yang merawat
    perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program
    intervensi awal.

    Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan
    Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan
    kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan..


    Suasana membesarkan kanak-kanak SD:



    • Suasana
      persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan
      dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih
      cepat.

    • Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
    • Kanak-kanak
      SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta
      masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong
      mereka belajar.

    • Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
    • Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.

    Membantu kanak-kanak SD bertutur


    Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:



    • Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
    • Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
    • Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
    • Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
    • Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
    • Latihan berterusan.
    • Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
    • Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
    • Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
    • Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.

    Peringatan kepada ibu bapa:



    • Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
    • Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
    • Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
    • Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
    • Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
    • Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
    • Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

    Cadangan kepada ibu bapa


    Jangan
    berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi
    perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti
    anak normal.

    Ibu
    bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka SD.
    Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi pusat SD. Jadi ahli
    persatuan SD, cara itu anda dapat bertukar pengalaman dan berkongsi
    maklumat demi kebaikan anak.

    aieyda
    KERABAT OTAI
    KERABAT OTAI

    Negeri:
    Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
    Gender: Female
    Jumlah Post: 4153
    Umur: 30
    Tarikh Register: 17/04/2008
    Reputation: 26
    Points: 4484

    Character sheet
    Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: sindrom down

    Post by ZA_70 on Mon 11 May 2009, 1:41 pm

    Seandainya kita atau keluarga kita punya anak seperti ini...
    janganlah dipinggiran mereka....
    Sebaiknya jagalah mereka spt anak2 istimewa....
    Terimalah mereka seadanya.... Neutral

    ZA_70
    AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
    AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

    Negeri:
    Jawatan : STUDENT POS BASIK
    Gender: Female
    Jumlah Post: 298
    Umur: 54
    Tarikh Register: 27/10/2008
    Reputation: 7
    Points: 2510

    Character sheet
    Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

    View user profile

    Back to top Go down

    Re: sindrom down

    Post by aieyda on Mon 11 May 2009, 3:06 pm

    betul tu kak za..
    kdg2 ada sesetgh ibu bapa/famili mengabaikan anak2 sindrom down ni atas alasan malu..

    aieyda
    KERABAT OTAI
    KERABAT OTAI

    Negeri:
    Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
    Gender: Female
    Jumlah Post: 4153
    Umur: 30
    Tarikh Register: 17/04/2008
    Reputation: 26
    Points: 4484

    Character sheet
    Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

    View user profile

    Back to top Go down

    View previous topic View next topic Back to top


    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum