FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

RAHSIA PERKAHWINAN BAHAGIA

View previous topic View next topic Go down

RAHSIA PERKAHWINAN BAHAGIA

Post by kamalia on Tue 12 May 2009, 8:02 am

MEMBINA dan mengekalkan sebuah perkahwinan bahagia bukannya boleh dilakukan dalam sekelip mata. Ia memerlukan waktu dan hendaklah disusuli dengan usaha.


Sebenarnya, dalam melayari kehidupan rumah tangga, kita juga tidak boleh elak daripada berhadapan dengan bebanan kerja, kerenah anak-anak dan rutin harian. Tanpa sedar, keadaan itu membuatkan kita lupa untuk memelihara perhubungan dan beranggapan suami tidak kisah mengenainya.

Andai diri masih leka, hayatilah beberapa panduan di bawah khusus untuk mengingatkan anda mengenai pentingnya membina sebuah perhubungan yang bahagia. Mungkin, melalui panduan tersebut dapat membantu anda dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia selamanya.

Belajar berkomunikasi secara efektif
Komunikasi adalah kunci utama dalam sebuah perkahwinan atau perhubungan yang utuh dan sihat. Komunikasi yang efektif memerlukan anda menjadi seorang pendengar yang setia. Jangan segera memberikan pandangan. Dengar sahaja apa yang ingin diperkatakan pasangan anda. Jika perlu meluahkan sesuatu, luahkan apa yang anda rasa secara positif dan jujur.

Luangkan masa bersama
Andai diri tiada masalah untuk berkomunikasi dengan efektif, carilah masa untuk mewujudkan satu perbualan bermakna antara kamu berdua. Pastikan ia bebas daripada sebarang gangguan. Contohnya, untuk pastikan anda benar-benar berkomunikasi bersama pasangan, tutup dahulu televisyen yang ada di hadapan anda. Ataupun, ambil peluang berbual dalam suasana malam yang sunyi di rumah.

Pergaduhan secara adil
Jangan mengharapkan diri sentiasa bersetuju dalam semua perkara. Paling penting dalam menyelesaikan konflik yang timbul adalah dengan menghormati perasaan pasangan anda, biarpun ketika itu sedang bertengkar.
Biarkan suami/isteri tahu bahawa anda sedang menilai kata-katanya meski diri tidak bersetuju dengannya.

uba elak mengkritik, mencemuh, mengenepikan atau menolak pasangan ataupun pandangan mereka.
Jika diri berasa kecewa atau marah, tinggalkan perbualan itu dan sambung semula di masa yang lain.
Nota - Andai terasa diri mungkin akan mencederakan pasangan anda, segeralah berlalu dan biarkan dia bersendirian. Cuba dapatkan bantuan secepat mungkin.

Beri komitmen dalam perhubungan
Pastikan anda sentiasa mengutamakan perhubungan atau rumah tangga dalam kehidupan anda.


Sebuah perhubungan adalah satu usaha yang berterusan. Oleh itu, ia memerlukan perhatian dan usaha untuk berkembang. Tidak kira betapa sibuk pun diri anda, cuba luangkan masa berkualiti bersama walaupun terpaksa mengatur semula jadual dalam diari.

Raikan pencapaian diri masing-masing secara bersama. Sekiranya dihimpit kesusahan, berilah sokongan dan galakan kepadanya.

Luahkan rasa penghargaan anda
Ucapan terima kasih mungkin dilihat remeh, tetapi ia boleh membuatkan pasangan anda rasa dirinya istimewa dan dihargai.


Walaupun mungkin dia tahu bahawa kita mengambil berat mengenai dirinya, ia tidak menyakitkan untuk mengucapkan terima kasih biarpun untuk kerja yang dilakukan setiap hari seperti memasak, menidurkan anak atau membuang sampah.

Kekalkan gurauan dalam kehidupan seharian. Selalulah ketawa bersama pasangan. Kekalkan gurauan boleh melegakan tekanan dan tegangan. Malah, ia dapat membantu anda melalui saat-saat sukar bersama.

Belajar bertolak ansur
Bertolak ansur amat penting dalam apa juga perhubungan, terutamanya perkahwinan. Jika tidak bersetuju dalam sesuatu isu, bincanglah dalam keadaan yang tenang. Biarkan masing-masing menjelaskan pandangannya dan cari jalan penyelesaian setelah mengambil kira pandangan kedua-dua pihak.

Saling memaafkan
Dalam perkahwinan, ada ketikanya pasangan melakukan kesilapan atau berkata sesuatu yang melukakan hati, tidak kira ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Saat itu, tidak salah untuk anda berasa marah. Tetapi, biarkanlah kemarahan itu berlalu. Sebenarnya, jika berterusan memikirkan tentang kekecewaan tersebut, sukar untuk anda membina perhubungan yang penuh dengan kasih sayang.

Kekalkan kemesraan
Perhubungan selalunya romantik pada tempoh permulaan. Tetapi, apabila masa berlalu dan pasangan beralih perhatian dengan perkara lain seperti kerja, anak-anak, bil dan rumah - akhirnya mereka akan mengambil sambil lewa tentang diri masing-masing.


Buatlah pasangan anda rasa istimewa, lakukan sesuatu yang romantik walaupun hanya satu perkara yang kecil.
Contohnya, bawakan sarapan pagi di katil, sesekali keluar makan malam, berjalan di pantai atau berkelah.

Cuba cari masa untuk diri sendiri
Memang normal untuk pasangan mempunyai hobi, minat dan kawan yang berbeza.
Biarpun, hakikatnya menghabiskan masa berkualiti bersama itu penting, sesekali anda juga perlukan masa untuk bersendirian atau bersantai bersama teman-teman.


Dengan mencari masa untuk diri sendiri, anda sebenarnya akan lebih menghargai diri pasangan anda.


Akhir sekali, andai telah mencuba pelbagai cara tetapi masih mengalami kesukaran dengan perkahwinan atau perhubungan, cubalah dapatkan bantuan, tidak kira melalui terapi, kaunseling perkahwinan ataupun meminta pandangan daripada kawan-kawan yang mampu membantu.






kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 851
Umur : 31
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 3900

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

View user profile

Back to top Go down

Re: RAHSIA PERKAHWINAN BAHAGIA

Post by ZA_70 on Tue 12 May 2009, 3:16 pm

Eemmm...alangkah bahagianya sesebuah rumahtangga seandainya semua rahsia di atas dapat diaplikasikan dalam setiap pasangan yg telah berkahwin...

Namun begitu, penceraian sering terjadi disebabkan ada diantara rahsia di atas tidak diamalkan oleh individu yg bergelar suami atau isteri kerana mereka merasa mereka sudah selesa dgn apa yg diri masing2 berikan dalam rumahtangga mereka....menyebabkan salah seorang dari mereka akan mencari jalan keluar...mencari ketenangan...mencari kebahgian utk dirinya sendiri.... Wink

ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 289
Umur : 56
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 3239

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

View user profile

Back to top Go down

Re: RAHSIA PERKAHWINAN BAHAGIA

Post by noni on Thu 14 May 2009, 5:31 pm

tp bila dah bercerai-berai tu rasanya boleh ke tenang fikiran tu???????Pikir kan anak-anak lg yg kesian takde bapak....Apa pun,kita kena bykkan doa pada-Nya utk kuat kan iman masing2 (suami isteri) dan berikan kberkatan dlm rmhtgga.Amin...........

noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1163
Umur : 36
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 3698

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

View user profile

Back to top Go down

Re: RAHSIA PERKAHWINAN BAHAGIA

Post by epiaya on Wed 27 May 2009, 9:40 am

sedangkan lidah lg tergigit..
inikan pulak suami isteri...

epiaya
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : ppp
Gender : Male
Jumlah Post : 1161
Umur : 38
Tarikh Register : 10/12/2008
Reputation : 10
Points : 3630

Character sheet
Mutiara Kata saya: amal makruf nahi mungkar ///

View user profile

Back to top Go down

Re: RAHSIA PERKAHWINAN BAHAGIA

Post by afen on Tue 02 Jun 2009, 12:21 pm

Perceraian bukan benda yang berdosa tetapi yg tidak disukai oleh tuhan, tetapi jika tiada jalan peenyelesaian yang terbaik yg lain maka penceraian adalah jalannya untuk kebaikan bersama. allahullam

afen
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : ppkp
Gender : Male
Jumlah Post : 290
Umur : 46
Tarikh Register : 15/01/2007
Reputation : 0
Points : 3665

Character sheet
Mutiara Kata saya: Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah... DENDAM

View user profile

Back to top Go down

Re: RAHSIA PERKAHWINAN BAHAGIA

Post by Sponsored content Today at 11:33 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum