FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

cr kawan2 batch 38

View previous topic View next topic Go down

cr kawan2 batch 38

Post by sherry on Thu 14 May 2009, 1:22 pm

sal2 haiiiii...ada tak batch 38 dlm forum ni?? lama la tak jumpa kwn2..windu... Very Happy

sherry
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : pembantu farmasi
Gender : Female
Jumlah Post : 14
Umur : 40
Tarikh Register : 16/05/2007
Reputation : 0
Points : 3752

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by leena on Thu 14 May 2009, 2:28 pm

hai sherry..... Surprised

leena
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Paramedik
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 39
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 0
Points : 3020

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by tam on Wed 03 Jun 2009, 9:24 am

nak cari kawan pegi ler kat ruangan jejak kawan lama...kishishishi.. nnt kena halau .... lol!
avatar
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 534
Umur : 38
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 4395

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by sherry on Mon 15 Jun 2009, 1:56 pm

haiii leena...di mana sekarang ni?

sherry
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : pembantu farmasi
Gender : Female
Jumlah Post : 14
Umur : 40
Tarikh Register : 16/05/2007
Reputation : 0
Points : 3752

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by ppfkkpa on Sat 07 Aug 2010, 7:57 am

Nak cari kawan senang je. join face book dan taip nama kawan kita, pasti ia akan muncul, nak cari rakan2 PPF joint forum ni dan lawati www.ppfmy.com , pasti jumpa, bila dah jumpa jangan lupa suruh jadi ahli PPFM / KKPFKMB, sebab agm PPF baru je berlalu di KL, malamnya ada dinner dan esoknya ada AGM, ramai yang hadir dan boleh bertukar2 pandangan, tak kan setahun sekali tak mampu nak melancong, kan gaji diploma banyak, tahun depan kita ke Johor pula dan PPFM akan ke Sabah / Sarawak, jumpa di sana, PPF dah 50 tahun di M'sia, nak kumpul senang je,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 2959

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by nori on Tue 15 Feb 2011, 7:25 am

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Setelah lebih 50 tahun, berkhidmat untuk negara, semua PPF perlu mencari ruang bagi merehatkan diri serta bertemu rakan-rakan lama, termasuklah yang telah bersara. Banyak ruang dan peluang telah di berikan agar semua PPF dapat bertemu dan berkenalan antara satu sama lain, serta mengimbau kembali detik-detik manis semasa di kolej dan sewaktu pertama kali bertugas sebagai PPF. Tentu banyak yang boleh di kongsikan bersama PPF yang lain terutama yang very junior.

Semua PPF perlu merebut peluang tersebut, kerana ianya jarang berlaku. Terdapat juga majallah PPF yang akan diterbitkan setahun dua kali, tetapi jika penglibatan PPF dalam penerbitan adalah sedikit, maka tiadalah majallah PPF hingga 2020.

Dalam masa terdekat PPF akan menganjurkan satu persidangan dan semua PPF di jemput hadir. Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian. Tujuan persidangan ini ialah mengumpulkan semua PPF yang aktif, dan bagi meneruskan perjuangan PPF dalam merebut tempat di hati para pegawai atasan KKM, dan seterusnya membuka peluang dan lembaran baru, dalam mempertahankan asas-asas yang kukuh dalam perkembangan profesyen PPF. Semua PPF perlu bersedia.

Kertas kerja sebanyak 44 tajuk telah di emelkan kedalam forum, senarai nama PPF yang aktif dan mempunyai kelayakan dan keterampilan sebagai penyumbang kepada perkembangan kerjaya PPF juga telah di melkan, dan di harap semua PPF tersebut telah bersedia dengan program dan hala tuju PPF, masa kini dan masa hadapan. Jika bernasib baik, mungkin semua kertas kerja yang akan di bentangkan nanti, akan di masukkan ke dalam majalah PPF. Majallah tersebut akan di cetak sebanyak 2000 naskah dan di edarkan ke seluruh negara.

Perjalanan masa amat pantas, dan jika PPF terus berfikiran dan bertindak seperti masa lalu, akibatnya PPF akan terus sama, sehinggalah 2020 dan akan tiadalah sesuatu perubahan yang ketara dan drastik yang akan berlaku. Segalanya menuntut pengorbanan masa, tenaga, RM dan komitment yang tinggi, serta tidak mudah putus asa, barulah sinar kejayaan akan muncul dalam diri setiap PPF.

Persidangan PPF akan tetap berjalan seperti yang akan di rancangkan, walaupun melibatkan hanya segelintir sahaja PPF, dan sememangnya seramai 2500 orang PPF di negara ini, tidak akan menghadir kan diri semua sekali. tetapi jika 25 PPF sahaja yang hadir, itu telah memberikan gambaran bahawa 1% PPF telah hadir dan bermaksud 1% PPF telah berusaha untuk meneruskan kesinambungan kecermalangan PPF pada masa ini dan masa hadapan.

Segalanya telah di sediakan oleh senior PPF dan PPF pada 2011 hanya menikmati sahaja segala usaha dan perjuangan PPF dahulu, maka wajarlah PPF hari ini menghargai jasa dan pengorbanan PPF masa lalu dengan mengadakan Majlis Sambutan Jubilee Emas 50 Tahun Perkhidmatan PPF di negara ini. Tarikh, masa , tempat nanti akan di maklumkan.

Segala pandangan, cadangan dan pendapat di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga harus melihat perkara yang sama dari perspektif yang sama juga.

Tamat : 15 Februari 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3151

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by nori on Wed 30 Nov 2011, 6:24 am

FORUM 30 NOVEMBER 2011





Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas
kepada semua PPF. Mencari kawan lama sesama batch amat mudah dalam dunia ict terkini dan menambahkan ilmu PPF juga mudah. Cari kawan, tambah ilmu, tingkatkan prestasi dan akhirnya jadilah PPF yang baik.






Segala cadangan, nukilan dan pandangan di
bawah adalah di lihat dari perspektif
akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama
agar ianya tidak tersasar jauh dari
matlamat asal. Perlembagaan kesatuan PPF
yang asal adalah dalam bahasa Inggeris dan ramai PPF tidak memahami akan hasrat
yang tersirat dan tersurat. . Sebagai usaha inivasi dan kreativiti, di sertakan
perlembagaan daripada kesatuan sekerja
dalam bahasa Malaysia. Jabatan kesatuan sekerja adalah di bawah Kementerian
Sumber Manusia. Positive thingking, positive result.









KESATUAN
SEKERJA ( sambungan )






PERATURAN
19 KEWANGAN DAN
KIRA-KIRA






1. Wang-wang kesatuan boleh
dibelanjakan bagi perkara-perkara berikut :






(a)
Bayaran
gaji, elaun dan perbelanjaan kepada pegawai dan pekerja Kesatuan tertakluk
kepada peraturan 18.






(b) Bayaran dan perbelanjaan pentadbiran
Kesatuan termasuk bayaran mengaudit kira-kira Kesatuan.






(c) Bayaran urusan pendakwaan atau
pembelaan dalam prosiding undang-undang di mana Kesatuan atau seseorang ahlinya
menjadi satu pihak yang bertujuan untuk memperolehi atau mempertahankan hak
Kesatuan atau sebarang hak yang terbit daripada perhubungan di antara seseorang ahli dengan majikannya.






(d) Bayaran urusan pertikaian perusahaan
bagi pihak Kesatuan atau ahli-ahlinya dengan syarat bahawa pertikaian
perusahaan itu tidak bertentangan dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau
undang-undang bertulis yang lain.






(e)
Bayaran
gantirugi kepada ahli kerana kerugian akibat daripada pertikaian perusahaan
yang melibatkan ahli itu dengan syarat bahawa pertikaian perusahaan itu tidak
bertentangan dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau undang-undang bertulis yang lain.






(f) Bayaran elaun kepada ahli atau
tanggungannya kerana berumur tua, sakit, ditimpa kemalangan atau hilang
pekerjaan atau ahli itu meninggal dunia.






(g) Bayaran yuran atas pergabungan atau
keanggotaan dengan mana-mana persekutuan kesatuan sekerja yang telah
didaftarkan di bawah Bahagian XII Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau mana-mana
badan perunding atau badan yang serupa yang mana kelulusan telah diberi oleh
Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja di bawah
seksyen 76A(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja
telah diberitahu di bawah seksyen 76A(2) Akta Kesatuan Sekerja 1959.






h)
Bayaran-bayaran
untuk :-






(i)
tambang
keretapi, perbelanjaan pengangkutan lain yang perlu, perbelanjaan makan dan
tempat tidur yang beralaskan resit atau sebanyak mana yang telah ditentukan
oleh Kesatuan tertakluk kepada had-had yang ditentukan di bawah peraturan 18.






(ii) amaun kehilangan gaji yang sebenar
oleh wakil Kesatuan kerana menghadiri mesyuarat berkaitan atau berhubung dengan
hal perhubungan perusahaan atau menyempurnakan
perkara-perkara yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja
berkaitan dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau sebarang peraturan tertakluk
kepada had yang ditentukan di bawah peraturan 18.






(iii) perbelanjaan bagi menubuhkan atau
mengekalkan persekutuan kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah Bahagian XII
Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau badan perunding atau badan yang serupa yang mana kelulusan telah diberi
oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja di
bawah seksyen 76A(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja telah
diberitahu dibawah seksyen 76A(2) Akta Kesatuan Sekerja 1959.






(i) Urusan mengarang, mencetak, menerbit
dan mengedarkan sebarang suratkhabar, majalah, surat berita atau penerbitan
lain yang dikeluarkan oleh Kesatuan untuk menjayakan tujuan-tujuannya atau
untuk memelihara kepentingan ahli-ahli
selaras dengan peraturan-peraturan ini.






(j) Penyelesaian pertikaian di bawah
Bahagian VI Akta Kesatuan Sekerja 1959.






(k) Aktiviti-aktiviti sosial, sukan,
pendidikan dan amal kebajikan ahli-ahli Kesatuan.






(l) Pembayaran premium kepada
syarikat-syarikat insurans berdaftar di Malaysia yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah Kesatuan Sekerja dari semasa ke semasa.






2. Tabung wang Kesatuan tidak boleh
digunakan sama ada secara langsung atau
sebaliknya untuk membayar denda atau hukuman yang dikenakan oleh mahkamah kepada sesiapa pun.



3. Wang-wang Kesatuan yang tidak
dikehendaki untuk perbelanjaan semasa yang
telah diluluskan hendaklah dimasukkan ke dalam bank oleh Bendahari dalam tempoh tujuh hari dari tarikh
penerimaannya. Akaun bank
hendaklah di atas nama Kesatuan dan butir-butir akaun itu hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah
Kesatuan Sekerja. Pembukaan sesuatu
akaun bank itu hendaklah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.






4. Semua cek atau notis pengeluaran
wang atas akaun kesatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden (pada
masa ketiadaannya oleh Naib Presiden), Setiausaha dan Bendahari (pada masa
ketiadaannya oleh Penolong Bendahari).






5. Bendahari dibenarkan menyimpan wang
tunai tidak lebih daripada Dua Ratus Ringgit (RM 200) pada sesuatu masa. Sebarang perbelanjaan yang melebihi Dua Ratus Ringgit
(RM 200)
tidak boleh dilakukan pada sesuatu masa kecuali dengan
persetujuan terlebih dahulu daripada Majlis Jawatankuasa Kerja.






6. Bendahari hendaklah menyediakan
satu penyata belanjawan Dua Tahunan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Dua Tahunan dan semua perbelanjaan yang dibuat oleh Kesatuan hendaklah dalam had-had
yang ditetapkan oleh belanjawan yang diluluskan itu. Belanjawan tersebut boleh
disemak semula dari semasa ke semasa dengan dipersetujui terlebih dahulu oleh
ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa atau melalui undi rahsia.






7. Semua harta Kesatuan hendaklah
dimiliki bersama atas nama Pemegang-pemegang Amanah. Wang-wang Kesatuan yang
tidak dikehendaki untuk urusan pentadbiran harian Kesatuan boleh digunakan bagi
tujuan-tujuan seperti berikut:






(a) membeli atau memajak sebarang tanah atau bangunan untuk kegunaan
Kesatuan. Tanah atau bangunan ini tertakluk kepada sesuatu undang-undang
bertulis atau undang-undang lain boleh dipajak atau dengan persetujuan
ahli-ahli kesatuan yang diperolehi melalui usul yang di bawa dalam Mesyuarat
Agung boleh dijual, ditukar atau digadai;






(b)
melabur
dalam amanah saham (securities) atau dalam pinjaman kepada mana-mana syarikat
mengikut mana -mana undang-undang yang berkaitan dengan pemegang amanah;






(c) disimpan di Bank Simpanan Nasional,
di mana-mana bank yang diperbadankan di Malaysia atau dimana-mana syarikat
kewangan yang merupakan anak syarikat bank tersebut; atau






(d) dengan mendapat kelulusan terlebih
dahulu daripada Menteri Sumber Manusia dan tertakluk kepada syarat-syarat yang
dikenakan oleh beliau bagi melabur :-






(i)
dalam
mana-mana syarikat kerjasama yang berdaftar; atau






(ii) dalam mana-mana pengusahaan
perdagangan perindustrian atau pertanian atau dalam enterprais bank yang
diperbadankan dan beroperasi di Malaysia.






8. Semua belian dan pelaburan di bawah peraturan ini hendaklah diluluskan
terlebih dahulu oleh Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja dan dibuat diatas nama
pemegang-pemegang amanah Kesatuan. Kelulusan ini hendaklah disahkan oleh
Mesyuarat Agung yang akan datang. Pemegang-pemegang amanah hendaklah memegang
saham-saham atau pelaburan-pelaburan bagi pihak ahli-ahli Kesatuan.






9. Bendahari hendaklah merekod atau
menguruskan supaya direkodkan dalam buku kira-kira Kesatuan sebarang penerimaan
dan perbelanjaan wang kesatuan.






10. Bendahari hendaklah pada atau sebelum
1 Oktober tiap-tiap tahun, atau apabila dia berhenti atau meletak jawatan
daripada pekerjaannya, atau pada bila-bila masa dia dikehendaki berbuat
demikian oleh Majlis Jawatankuasa Kerja atau oleh ahli-ahli melalui suatu
ketetapan yang dibuat dalam Mesyuarat Agung atau apabila dikehendaki oleh Ketua
Pengarah Kesatuan Sekerja mengemukakan kepada Kesatuan dan ahli- ahlinya atau
kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja yang mana ada kaitan, satu penyata
kira-kira yang benar dan betul tentang semua wang yang diterima dan dibayarnya
dari masa dia mula memegang jawatan itu atau, jika dia pernah membentangkan
penyata kira-kira terdahulu, dari tarikh penyata kira-kira itu dibentangkan,
baki wang dalam tangannya pada masa ia mengemukakan penyata kira-kira itu dan
juga semua bon dan jaminan atau harta-harta Kesatuan yang lain dalam simpanan
atau jagaannya.






11. Penyata kira-kira tersebut hendaklah
mengikut bentuk yang ditentukan oleh Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja 1959
dan hendaklah diakui benar oleh Bendahari dengan akuan statutori. Kesatuan
hendaklah menguruskan penyata kira-kira tersebut diaudit mengikut peraturan 16.
Sesudah sahaja penyata kira-kira itu diaudit, Bendahari hendaklah menyerahkan
kepada pemegang-pemegang amanah Kesatuan jika dikehendaki oleh mereka itu semua
bon, sekuriti, perkakas, buku, surat dan
harta Kesatuan yang ada dalam simpanan atau jagaannya.






12. Selain daripada Bendahari,
pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja tidak boleh menerima wang atau
mengeluarkan resit rasmi tanpa kuasa yang bertulis oleh Presiden pada tiap-tiap
kali mereka itu berbuat demikian.









PERATURAN 20 PEMERIKSAAN
BUKU-BUKU DAN KIRA-KIRA






Tiap-tiap
orang yang mempunyai kepentingan dalam tabung wang Kesatuan berhak memeriksa
buku-buku dan kira-kira Kesatuan dan nama-nama ahli pada masa yang munasabah di
tempat rekod-rekod itu disimpan setelah memberi notis yang mencukupi dan
berpatutan.









PERATURAN
21 YURAN KHAS/ KUTIPAN
KHAS






1. Setelah satu usul diputuskan dengan
undi rahsia menurut peraturan 25, Majlis Jawatankuasa Kerja boleh memungut
yuran/ kutipan khas daripada semua ahli Kesatuan kecuali mereka yang telah
dikecualikan daripada bayaran ini oleh Majlis Jawatankuasa Kerja menurut
peraturan 4(5).






2. Jika seseorang ahli tidak
menjelaskan yuran/ kutipan khas itu dalam tempoh enam minggu dari tarikh ia
dikenakan atau dalam tempoh yang lebih panjang lagi yang ditetapkan dalam usul
berkenaan maka yuran/ kutipan khas itu akan dikira sebagai tunggakan yuran
Kesatuan dan ahli itu boleh terlucut haknya menurut peraturan 4(3).









PERATURAN
22 PERTIKAIAN
PERUSAHAAN






1.
Jika
seseorang ahli berhajat supaya tindakan diambil terhadap syarat-syarat
pekerjaannya atau sebarang hal yang lain maka dia hendaklah memberitahu
Setiausaha tentang aduannya seelok-eloknya dengan secara bertulis. Setiausaha
hendaklah menyampaikan aduan itu kepada Majlis Jawatankuasa Kerja dengan
serta-merta. Jika pengaduan ahli itu dibuat secara lisan maka Setiausaha
hendaklah menuliskannya dan menyampaikan aduan itu berserta dengan laporannya
kepada Majlis Jawatankuasa Kerja.






2. Jika berbangkit sesuatu pertikaian
perusahaan maka ahli-ahli yang terlibat hendaklah menyampaikan hal itu kepada
Setiausaha dan Setiausaha hendaklah dengan serta-merta melaporkan hal itu
kepada Majlis Jawatankuasa Kerja.






3. Kesatuan tidak boleh melancarkan
mogok dan ahli-ahlinya tidak boleh mengambil bahagian dalam mogok:






(a) tanpa mendapat kelulusan Majlis
Jawatankuasa Kerja terlebih dahulu






(b) tanpa mendapat persetujuan dengan
undi rahsia daripada sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah ahli yang
layak mengundi dan terlibat dengan mogok yang akan dilancarkan itu;






(c)
sebelum
luput tempoh tujuh hari selepas keputusan undi rahsia itu dikemukakan kepada
Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja mengikut seksyen 40(5) Akta Kesatuan Sekerja
1959;






(d) sekiranya undi rahsia untuk cadangan
mogok telah luput tempohnya atau tidak sah menurut peruntukan-peruntukan
seksyen 40(2), 40(6) atau 40(9) Akta Kesatuan Sekerja 1959;






(e) jika mogok itu menyalahi atau tidak
mematuhi peraturan-peraturan ini;






(f) berkaitan dengan apa-apa perkara
yang diliputi oleh suatu arahan atau keputusan Menteri Sumber Manusia yang
diberi atau dibuat terhadap sesuatu rayuan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959;
atau






(g) jika mogok itu menyalahi atau tidak
mematuhi mana-mana peruntukan lain Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau mana-mana
peruntukan undang-undang lain yang bertulis.






4. Majlis Jawatankuasa Kerja tidak
boleh menyokong pemogokan dengan memberi bantuan kewangan atau bantuan lain
jika peruntukan-peruntukan peraturan 22(3) tidak dipatuhi.






5. Sesuatu undi rahsia yang diambil
tentang apa-apa perkara berkaitan dengan pemogokan hendaklah mengandungi suatu
usul yang menerangkan dengan jelas akan isu yang menyebabkan cadangan pemogokan
itu. Usul itu hendaklah juga menerangkan dengan jelasnya rupa bentuk tindakan
yang akan dilakukan atau yang tidak akan dilakukan disepanjang pemogokan itu.
Undi rahsia yang tidak memenuhi kehendak-kehendak ini tidaklah sah dan tidak
boleh dikuatkuasakan dan pemogokan tidak boleh dilakukan berdasarkan undi rahsia
tersebut.






6. Mana-mana ahli Kesatuan yang
memulakan mogok, mengambil bahagian atau bertindak bagi melanjutkan pemogokan
yang melanggar akta Kesatuan Sekerja 1959 atau peraturan-peraturan ini atau
mana-mana peruntukan undang-undang bertulis akan terhenti dengan sendirinya



daripada menjadi ahli
Kesatuan dan selepas itu tidak boleh menjadi ahli Kesatuan ini atau kesatuan
yang lain tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja
terlebih dahulu. Kesatuan hendaklah dengan serta-merta:






(a)
mengeluarkan
nama ahli tersebut daripada Daftar Ahli/ Yuran;






(b) memberitahu Ketua Pengarah Kesatuan
Sekerja dan ahli berkenaan tentang pengeluaran nama tersebut; dan






(c) mempamerkan di suatu tempat yang
mudah dilihat di pejabat Kesatuan yang berdaftar satu senarai ahli yang namanya
telah dikeluarkan itu.









PERATURAN
23 KEGIATAN PENDIDIKAN






Kesatuan
boleh menjalankan aktiviti bagi menambah ilmu pengetahuan ahli-ahlinya dengan
menganjurkan perjumpaan, seminar atau kursus. Selanjutnya Kesatuan boleh
menerbitkan bahan-bahan bacaan dan menjalankan urusan-urusan lain yang boleh
memajukan pengetahuan ahli-ahlinya dalam hal perusahaan, kebudayaan dan
kemasyarakatan dengan mematuhi kehendak undang-undang berkaitan perbelanjaan
wang kesatuan sekerja yang dikuatkuasakan sekarang.









PERATURAN 24 PERATURAN-PERATURAN DAN PINDAAN PERATURAN-
PERATURAN






1. Pindaan kepada peraturan-peraturan
yang akan meningkatkan lagi tanggungan ahli untuk mencarum, atau mengurangkan
faedah yang dinikmatinya hanya boleh dibuat
jika diluluskan oleh ahli-ahli dengan undi rahsia. Pindaan
peraturan-peraturan lain boleh dibuat dengan kelulusan Mesyuarat Agung yang
diadakan menurut peraturan 9 atau
peraturan 10 atau dengan undi rahsia.






2. Tiap-tiap pindaan
peraturan-peraturan hendaklah berkuatkuasa dari tarikh pindaan itu didaftarkan
oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja kecuali jika suatu tarikh yang terkemudian
dari itu ditentukan di dalam peraturan-peraturan ini.






3. Satu naskhah peraturan-peraturan
Kesatuan yang bercetak hendaklah dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat
di pejabat Kesatuan yang didaftarkan. Setiausaha hendaklah memberi senaskhah
peraturan-peraturan Kesatuan kepada sesiapa juga yang memintanya dengan bayaran
tidak lebih daripada Sepuluh Ringgit (RM
10.00)
senaskhah.









PERATURAN
25 UNDI RAHSIA






1. Keputusan-keputusan berkenaan
dengan perkara-perkara yang tersebut di bawah ini hendaklah dibuat dengan undi
rahsia oleh semua ahli berhak atau ahli-ahli berhak yang terlibat kecuali
ahli-ahli yang belum cukup umur 18 tahun tidak berhak mengundi atas perkara
(c), (d), (e) dan (g) :






(a)
pemilihan
pegawai-pegawai Kesatuan menurut peraturan 12;






(b) pemilihan wakil-wakil untuk
Persekutuan Kesatuan-Kesatuan Sekerja;






(c) semua perkara tentang mogok menurut
peraturan 22(3);






(d)
mengenakan
kutipan/ yuran khas;






(e)
pindaan
peraturan-peraturan Kesatuan jika pindaan itu akan meningkatkan lagi tanggungan
ahli untuk mencarum atau mengurangkan faedah yang dinikmatinya;






(f)
bercantum
dengan kesatuan sekerja yang lain atau memindahkan urusan kepada kesatuan
sekerja yang lain;






(g) membubarkan Kesatuan atau Persekutuan
Kesatuan-Kesatuan Sekerja.






2. Untuk menjalankan undi rahsia,
aturcara yang dinyatakan di dalam kembaran kepada peraturan-peraturan ini
hendaklah dipatuhi.









PERATURAN 26 PERLANTIKAN
JEMAAH PENIMBANGTARA






1. Satu Jemaah Penimbangtara yang
terdiri dari lima orang hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung Kesatuan yang
pertama untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian dalam Kesatuan. Jemaah
Penimbangtara hendaklah bukan ahli Kesatuan dan tidak ada kaitan langsung
dengan kewangan Kesatuan.






2. Apabila berlaku kekosongan kerana
sebarang sebab maka kekosongan itu
hendaklah diisi dengan melantik penggantinya di dalam Mesyuarat Agung yang akan datang.






3. Setiausaha hendaklah melaporkan
kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja
butir-butir peribadi Jemaah Penimbangtara (seperti nama, nombor kad pengenalan, jawatan dan alamat) dan
sebarang perubahan tentang anggota
Jemaah Penimbangtara.






4.
Apabila
sesuatu pertikaian dirujuk kepada Jemaah Penimbangtara, pihak yang terkilan
hendaklah memilih dengan mengundi tiga daripada lima orang anggota Jemaah
Penimbangtara tersebut. Setiausaha hendaklah menetapkan tempat dan masa bagi
urusan ini. Laporan dan keputusan Jemaah Penimbangtara hendaklah dikemukakan
kepada Majlis Jawatankuasa Kerja dengan seberapa segera.









PERATURAN
27 PERTIKAIAN DALAM
KESATUAN






1. Tertakluk kepada perenggan (2) di
bawah ini, tiap-tiap pertikaian yang berlaku diantara:-






(a) seseorang ahli atau seseorang yang
menuntut melalui seorang ahli atau menurut Peraturan ini, di sebelah pihak, dan
dengan Kesatuan atau Pegawai kesatuan di pihak yang lagi satu; atau






(b) seseorang yang terkilan yang telah
diberhentikan menjadi ahli Kesatuan, atau seseorang yang menuntut melalui orang
yang terkilan itu, di sebelah pihak dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan di
pihak yang lagi satu; atau






(c) Kesatuan dengan seseorang pegawai
Kesatuan hendaklah diselesaikan melalui penimbangtaraan.






2. Pihak yang menuntut dan pihak yang
kena tuntut bolehlah bersama-sama merujuk pertikaian tentang perkara berikut :-






(a)
pemilihan
pegawai-pegawai Kesatuan;






(b)
kira-kira
dan kewangan Kesatuan; atau






(c)
melanggar
peraturan-peraturan Kesatuan,









kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan
keputusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja tentang pertikaian tersebut adalah
muktamad.






3. Setiausaha hendaklah secara
bertulis menyampaikan sebarang pertikaian di bawah perenggan (1) kepada Jemaah
Penimbangtara dalam tempoh 40 hari dari tarikh permohonan pihak yang menuntut
diterima oleh Kesatuan.






4. Dalam peraturan ini perkataan
“pertikaian” meliputi sebarang pertikaian tentang soal sama ada seseorang ahli
atau orang yang terkilan itu berhak menjadi ahli atau terus menjadi ahli
ataupun diterima semula menjadi ahli. Bagi seseorang yang telah berhenti
menjadi ahli, perkataan “pertikaian” ini hanya meliputi pertikaian di antaranya
dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan tentang soal yang berbangkit di masa ia
menjadi ahli.






5. Pihak yang terkilan berhak membuat
rayuan kepada Mesyuarat Agung terhadap sebarang keputusan yang telah dibuat
oleh Penimbangtara dan keputusan mesyuarat itu adalah muktamad.









PERATURAN
28 PEMBUBARAN






1. Kesatuan ini tidak boleh dibubarkan
dengan sendirinya melainkan dengan persetujuan melalui undi rahsia tidak kurang
75% daripada jumlah ahli yang berhak mengundi.






2. Jika sekiranya Kesatuan ini
dibubarkan seperti yang tersebut di atas maka semua hutang dan tanggungan yang
dibuat dengan cara sah bagi pihak Kesatuan hendaklah dijelaskan dengan
sepenuhnya dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan menurut keputusan
yang akan dibuat dengan undi rahsia. Penyata kewangan terakhir hendaklah
diaudit oleh juruaudit bertauliah atau seseorang yang dipersetujui oleh Ketua
Pengarah Kesatuan Sekerja.






3. Notis pembubaran dan
dokumen-dokumen lain seperti yang dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Kesatuan
Sekerja 1959 hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam
tempoh 14 hari selepas pembubaran.
Pembubaran itu hanya akan berkuatkuasa dari tarikh pendaftarannya oleh Ketua
Pengarah Kesatuan Sekerja.









KEMBARAN





ATURCARA
MENJALANKAN UNDI RAHSIA









1.
Majlis
Jawatankuasa Kerja hendaklah menetapkan tarikh, masa dan tempat mengundi.
Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah memberi hak dan peluang yang sama kepada
semua ahli yang berhak untuk membuang undi.






2.
Setiausaha
hendaklah menyediakan kertas undi yang cukup seperti Contoh A atau Contoh B dan
hendaklah memberi kepada tiap-tiap ahli yang berhak mengundi satu kertas undi
yang bertandakan mohor Kesatuan atau bertandatangan Setiausaha bersama dengan
satu sampul surat yang beralamat kepada Setiausaha.






3.
Tentang
kertas undi di Contoh B, isu-isu yang berlainan tujuannya hendaklah ditentukan
dengan tanda-tanda pangkah secara berasingan.






4.
Kertas-kertas
undi hendaklah dikeluarkan menerusi pos atau dengan unjukan tangan. Sekiranya
diberikan dengan unjukan tangan, tandatangan sipenerima secara bersendirian
hendaklah diperolehi sebagai bukti penerimaannya.






5.
Sampul
surat itu hendaklah mengandungi perkataan “Kertas Undi” dan nombor ahli
dicatatkan di atasnya. Kertas undi dan sampul surat itu hendaklah disampaikan
kepada semua ahli berhak dalam suatu masa yang membolehkan ahli-ahli itu
menghantar kembali kertas undi itu di dalam masa yang ditetapkan bagi urusan
pemgundian.






6.
Ahli-ahli
bebas memilih sama ada hendak mengundi dengan pos atau secara peribadi.
Sekiranya seorang ahli itu memilih hendak mengundi dengan pos dia hendaklah
mengembalikan kertas undi yang telah ditandanya kepada Setiausaha menurut
cara-cara yang ditentukan di dalam aturan ini tetapi sekiranya dia memilih
hendak mengundi secara peribadi, dia hendaklah membuangkan undinya menurut
cara-cara yang ditentukan di bawah ini.






7.
Jika
seseorang yang berhak mengundi dan hadir di tempat mengundi menyatakan dengan
bersurat bahawa ia belum lagi menerima kertas undi melalui pos dia hendaklah
diberi oleh Setiausaha satu kertas undi yang bertandakan mohor kesatuan atau
ditandatangani oleh Setiausaha berserta dengan satu sampul surat yang mengandungi
perkataan “Kertas Undi” dan nombor ahli tertulis di atasnya. Mana-mana ahli
yang tidak membuat aduan kerana tidak menerima kertas undi sebelum Mesyuarat
Agung, tidak boleh membuat aduan tentang hal ini kemudian.












8. Pembuangan undi hendaklah dilaksanakan
di bawah pengawasan Pemeriksa-pemeriksa Undi yang dipilih menurut peraturan 17.
Sekurang-kurangnya tiga orang Pemeriksa Undi mestilah hadir sepanjang masa
pembuangan undi itu dijalankan. Sebelum urusan undi dijalankan Setiausaha
hendaklah meminta Pemeriksa-pemeriksa Undi menentukan yang peti undi itu kosong dan setelah itu mereka hendaklah
mengunci, memeteri dan kemudian menyimpan kunci-kunci itu dalam jagaan mereka.






9. Sebelum undi rahsia itu dijalankan
Pemeriksa-pemeriksa Undi hendaklah diberi oleh Setiausaha satu senarai ahli
yang telah diberi kertas undi (
dengan tangan atau dengan pos ) dan mereka hendaklah menentukan dengan menyemak
senarai itu dengan Buku Daftar Ahli/Yuran, bahawa :-






(a) ahli-ahli
yang berhak sahaja diberi peluang mengundi;






(b) tiap-tiap
ahli hanya mengundi sekali sahaja bagi sesuatu perkara;






(c) ahli-ahli yang telah mengundi dengan
pos itu tidak diberi kertas undi menurut perenggan di atas; dan






(d) ahli-ahli boleh mengundi mengikut
kehendak mereka dan undi mereka tidaklah diketahui oleh orang lain.






10. Apabila sampai masa mengundi,
tiap-tiap ahli yang telah diberi kertas undi hendaklah masuk seorang demi
seorang ke dalam bilik mengundi atau di bahagian dewan yang di tempatkan peti
undi itu dan menurunkan undinya dengan menandakan satu pangkah atau beberapa
pangkah di mana berkenaan di atas kertas undi itu. Tanda-tanda yang lain tidak
boleh ditulis. Selepas itu lipatkan kertas undi itu sekurang-kurangnya sekali,
masukkan ke dalam sampul surat yang diberikan oleh Kesatuan dan kemudian
masukkan pula ke dalam peti undi yang telah disediakan untuknya; setelah itu
tinggalkan tempat itu dengan segera.






11. Seseorang ahli yang mengundi melalui
pos hendaklah menandakan kertas undinya demikian juga dan sesudah itu hendaklah
melipatkan kertas undi itu sekurang-kurangnya sekali dan memasukkannya ke dalam
sampul surat yang telah disediakan untuknya serta menghantarkannya kepada
Setiausaha supaya sampai kepadanya sebelum hari yang ditetapkan untuk mengundi
itu.






12. Setiausaha hendaklah menyimpan segala
kertas undi itu tanpa dibuka di suatu tempat yang selamat sehingga hari yang
ditetapkan. Ia hendaklah menyerahkannya kepada Pemeriksa-pemeriksa Undi dan
mereka hendaklah memasukkannua ke dalam peti undi.






13. Setelah semua ahli yang berhak
mengundi itu membuang undi masing-masing maka Pemeriksa-pemeriksa Undi, setelah
mengisytiharkan pembuangan undi ditutup, hendaklah membuka peti undi dan
mengira sampul surat yang mengandungi kertas-kertas undi itu di hadapan
sekurang-kurang tiga orang pegawai Kesatuan.






14. Pada permulaannya mereka hendaklah
menyemak Nombor Ahli Kesatuan di atas sampul surat itu dengan senarai ahli yang
diberi oleh Setiausaha. Sambil sampul surat itu disemak maka Nombor Ahli itu
hendaklah dipotong hingga tidak dapat dibaca semula dan sampul-sampul surat itu
dimasukkan dengan tidak dibuka ke dalam satu peti yang berkunci.






15. Setelah semua sampul surat itu
disemak maka Pemeriksa-pemeriksa Undi hendaklah mengeluarkan sampul-sampul
surat itu semula daripada peti berkunci itu, membuka sampul-sampul surat itu
dan masukkan kertas undi yang masih terlipat itu ke dalam peti undi. Setelah
itu mereka akan mula mengira undi. Jika pada pendapat seseorang Pemeriksa Undi ada undi yang tidak
sah maka undi berkenaan hendaklah dianggap “rosak” dan ditolak.






16. Setelah kesemua undi itu dikira maka
Pemeriksa-pemeriksa Undi yang hadir hendaklah menyediakan penyata keputusan
pengundian dalam dua salinan dan menyerahkan kedua-dua salinan itu kepada
Setiausaha sesudah ditandatangani oleh mereka. Penyata itu hendaklah
ditandatangani pula oleh Presiden
dan Setiausaha. Presiden atau Setiausaha hendaklah memberitahu keputusan
pengundian itu kepada ahli-ahli yang hadir.






17. Satu salinan penyata keputusan undi
hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan satu salinan lagi
disimpan oleh Setiausaha selama tidak kurang dari enam bulan dan boleh
diperiksa oleh sesiapa juga ahli yang hendak memeriksanya.






18. Setelah sahaja keputusan itu disahkan
betul maka kertas-kertas undi yang telah diambilkira termasuk yang ditolak
hendaklah disimpan ke dalam satu sampul surat yang besar dan disimpan di suatu
tempat yang selamat selama tidak kurang daripada enam bulan untuk diperiksa
oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Kertas-kertas
undi itu boleh dimusnahkan oleh Presiden dan Setiausaha atau dibawah pengawasan
Presiden dan Setiausaha apabila tamat
tempoh tersebut.





















CONTOH
“A”









Kesatuan
: KESATUAN
PPF









No.
Pendaftaran : ………………………………………………






Alamat : KKM Putrajaya








KERTAS
UNDI BAGI PEMILIHAN PEGAWAI-PEGAWAI KESATUAN










Cara
Mengundi :






1. Tuan berhak menanda satu undi bagi
tiap-tiap seorang Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan
.................. undi bagi Ahli-ahli Jawatankuasa.






2. Undi tuan adalah RAHSIA
dan tuan hendaklah mencatatkan tanda pangkah seperti ini “X” di dalam ruangan
yang disediakan bertentangan dengan nama calon yang tuan suka mengundi. JANGAN
DITULIS LAIN DARI TANDA “X” dalam kertas undi ini dan janganlah mengundi lebih
dari angka yang telah ditetapkan dan jika dibuat demikian kertas undi ini akan
ditolak sebagai rosak dantidak akan dikira.






3. Sesudah undian itu, lipatkan kertas
undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat dan masukkan
ke dalam peti undi yang telah disediakan di dalam bilik mengundi. Jika tuan
mengundi dengan pos, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali,
masukkan ke dalam sampul surat yang telah disediakan dan hantarkan kepada
Setiausaha supaya sampai kepadanya tidak lewat dari jam 12.00 tengamalam 31 Dis 2020












PRESIDEN


No
Nama Calon Undi satu sahaja



1.


2.






NAIB PRESIDEN


No
Nama Calon Undi satu sahaja



1.


2.





SETIAUSAHA


No
Nama Calon Undi satu sahaja



1.


2.





PENOLONG
SETIAUSAHA



No
Nama Calon Undi satu sahaja



1.


2.





BENDAHARI


No
Nama Calon Undi satu sahaja



1.


2.





PENOLONG
BENDAHARI



No
Nama Calon Undi satu sahaja



1.


2.





AHLI
JAWATANKUASA



No
Nama Calon Undi satu sahaja



1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.











COP
KESATUAN ATAU TANDATANGAN SETIAUSAHA.












CONTOH
“B”






Kesatuan
: KESATUAN
PPF









No.
Pendaftaran :
……………………………………………………………………






Alamat : KKM
PUTRAJAYA






KERTAS
UNDI






Cara
Mengundi:






1. Tuan berhak mengundi sama ada
MENYOKONG atau MEMBANGKANG usul yang berikut:



(tuliskan
usul itu di sini)






2. Tuliskan undi dengan RAHSIA
dengan mencatatkan tanda pangkah seperti ini “X” di dalam ruang yang disediakan
di bawah ini bertentangan dengan perkataan “MENYOKONG” atau perkataan
“MEMBANGKANG” mengikut keputusan sendiri.Janganlah dituliskan lain daripada
tanda “X” dalam kertas ini dan jika dibuat demikian kertas undi ini akan
ditolak sebagai rosak dan tidak dikira.






3. Sesudah menulis tanda undi
lipatkanlah kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali,masukkan ke dalam sampul
suratnya dan masukkan ke dalam peti undi yang telah disediakan di dalam bilik
mengundi itu.Jika tuan mengundi dengan pos,lipatkan kertas undi ini
sekurang-kurangnya sekali,masukkan ke dalam sampul surat yang telah disediakan
dan hantarkan kepada Setiausaha supaya sampai kepadanya tidak lewat dari 31 Dis 2020















Pilihan Undi di sini


MENYOKONG


MEMBANGKANG








COP
KESATUAN ATAU TANDATANGAN SETIAUSAHA.















Segala cadangan, nukilan dan pandangan di
atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga
perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya
tidak tersasar jauh dari matlamat asal.










Tamat : 30 November 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3151

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by nori on Sun 22 Apr 2012, 6:20 am

SELAMAT TAHUN BARU 2012 :

Selamat bertugas kepada semua PPF. adalah amat perlu semua PPF selalu berhubung dan tidak terputus hubungan bagi mengeratkan usaha bersatu padu tidak kira sama batch dan batch yang berlainan kerana banyak perkara boleh di kongsikan bersama bagi memantapkan usaha murni PPF dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan yang paling pasti ialah persatuan dan kesatuan PPF memang ada mengadakan majlis seumpama dengan itu.

Semua cadangan dan pendapat yang di utarakan di bawah adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.

Profesyen PPF di Negara ini telah melalui beberapa peningkatan sejajar dengan perkembangan semasa. Tetapi cabaran tahun 2012 adalah lebih mencabar kerana semua persoalan pada masa kini adalah tidak pernah berlaku pada masa lalu. Justeru itu semua PPF perlu bersedia dengan komitmen yang tinggi. Sehubungan dengan itu, semua PPF perlu membantu lain-lain PPF dalam aspek bekerjasama dan bersatu dalam mengharungi segalanya. Antara bantuan yang boleh di berikan ialah memartabatkan JK teknikal PPF, kerana pada masa ini PPF telah terbahagi kepada 4 bahagian.

Persatuan Penolong Pegaai Farmasi Malaysia
Adalah di bawah Pendaftar Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri

Kesatuan Penolong Pegawai Farmasi
Adalah di bawah Pendaftar Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
Adalah di bawah Bahagian Latihan KKM

BahagianPerkhidmatan Farmasi KKM
Adalah di bawah Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM

Staff Penolong Pegawai Farmasi
Adalah di bawah JK Teknikal BPF KKM

Kesemua bahagian di atas telah mempunyai halatuju dan perancangan yang teratur dan jelas. Tetapi penglibatan PPF dalam semua aktiviti di atas, masih terlalu kecil, dan segala kejayaan usaha mereka akan menjadi kejutan budaya bagi PPF. Dan antara kemusyikilan terkini ialah kedudukan PPF dalam Akta Sains Kesihatan Bersekutu dan kedudukan PPF dalam Akta Farmasi. Tetapi segalanya boleh di selesaikan melalui Mesyuarat Teknikal PPF dan meamtuhi segala prosedur aturan Pengurusan Mesyuarat Berkualiti.

AJK Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009 :

Pengerusi:

Dr.Nour Hanah bt Othman
Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM,

Ahli :

5 Pegawai Kanan BPF KKM ( Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.)

4 Exco Kesatuan, (.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin, Tn.Hj.Mohd Noor b Adam.)

3 Exco PPFM, .( Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun )

4 wakil PPF , ( Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro).

1 wakil Sabah ( En.Johnson Chin Nyat Min.)

1 wakil Sarawak. ( En.James Yiek Hua Kuong )


Urusetia JK ini ialah
Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof, PPF U38 BPF KKM.

Semua PPF perlulah melihat segala perkembangan hasil usaha JK teknikal ini, dan semestinya mesyuarat JK Teknikal ini akan di adakan secara berkala. Semua PPF perlulah memberikan segala bantuan dan sokongan bagi kejayaan JK Teknikal ini.

Semua cadangan dan pendapat yang di utarakan di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.


Tamat : 22 April 2012

avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3151

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by nori on Thu 31 Jan 2013, 10:33 am

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 dan selamat bertugas kepada semua PPF serta meneruskan kesinambungan memberikan perkhidmatan yang mempunyai daya saing yang tersendiri kepada bangsa, negara dan tanah air yang tercinta dan dicintai.



Segalanya dilihat dari sudut akademik / ilmiah yang bertujuan merangsang aktiviti dan perkembangan kognitif.



Semua batch Sekolah Latihan Pembantu Farmasi , Kolej KSKB dan Kolej IPTA/IPTS di jemput ke Program Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland Pahang Pada April 2013.



Rancangan Malaysia Kesepuloh (RM10) telah di bentangkan dan dalam masa 5 tahun yang akan datang, Malaysia memerlukan pekerja yang mempunyai kebolehan berfikir taraf tinggi (high order thingking ability) dan juga akan terdapat peningkatan yang signifikan dalam keupayaan modal insan di sektor kesihatan. Nisbah professional penjagaan kesihatan terhadap penduduk akan berubah. Ini termasuklah Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Ahli Farmasi, Jururawat dan PPF.



PPF perlu mengatur langkah dalam menjayakan hasrat tersebut dengan cara mengadakan aktiviti setiap bulan bermula Januari 2013. Di samping merancang ke arah kecermerlangan PPF aktiviti tersebut juga bertujuan bagi memperkukuhkan PPPFM / Kesatuan, MBJ, MBK, dan meningkat modal insan di kalangan PPF. Segalanya memang terdapat di dalam Tongkak 12 Jabatan Perkhidmatan Awam yang perlu di hayati oleh semua PPF. Apapun hasrat akhirnya ialah kesempurnaan PPF seluruh Malaysia terjaga dan akan menanamkan sifat menghargai jasa-jasa PPF terdahulu menghargai jasa-jasa PPF pada masa masa kini dan mendidik agar semua PPF mempunyai pelapis masa kini, masa akan dating dan selamanya.



Sudah sampai masanya untuk PPF mengatur langkah untuk melonjak ke satu paradigma baru dalam pembangunan profesion PPF yang kita sayangi dan meluaskan lagi lingkup bidang perkhidmatan yang di berikan, Jika hanya mengharapkan PPFM / Kesatuan sahaja yang bertindak tampa penglibatan semua PPF, pasti ianya tidak akan berjaya. Kalau Berjaya pun hanyalah sekitar 30 peratus sahaja. Mohon 10 perkara, hanya tiga perkara sahaja yang akan menjadi kenyataan yang memungkinkan.



Perjuangan oleh organisasi PPF yang mewakili profesion ini perlu berubah. Ianya sudah tidak lagi sesuai untuk zaman sekarang yang penuh dengan teknologi tinggi dan tahap penyampaian kesihatan yang dinamik, sentiasa bergerak pantas dan desakan yang tinggi terhadap kualiti. PPF masih lagi dengan usaha-usaha lama dengan permohonan untuk kelulusan uniform, elaun-elaun, dan mengekori semua apa yang diperolehi oleh lain-lain paramedik KKM dan sepatutnya PPF lah yang mendahului semua paramedic dalam segalanya.



PPF juga harus bersedia untuk berubah (ready for change). PPF perlu mengwujudkan satu identiti baru yang lebih kukuh dengan menjadikan profesion ini satu aset yang teramat penting kepada perkhidmatan farmasi dan KKM. Jangan sekali-kali hanya mengharapkan nasib dan usaha lain-lain paramedik sahaja. Bagaimana untuk mencapainya, inilah reality nya seperti mimpi menjadi kenyataan.



Masalah kita yang paling besar ialah sokongan dari BPF KKM sendiri. Sekiranya kita mendapat sokongan, PPF boleh meneruskan satu agenda baru dan 'transform' kepada tahap dan dimensi baru dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan farmasi yang menyeluruh ( total pharmaceutical care ) .Tetapi seperti kebiasaanya segala masaalah akan ada jalan penyelesaiannya samaada berliku ataupun tidak, ianya adalah bergantung kepada masa, keadaan dan cuaca.



Untuk setaraf dengan lain-lain paramedik dan mengelakkan dari profesion ini dilupakan satu hari kelak dengan pembanjiran PF di segenap sudut Kesihatan Awam / Hospital, semua PPF harus bersedia untuk menambah ilmu, terutama dalam aspek farmakologi, klinikal, QAP, inovasi dan libatkan diri juga dalam aktiviti R&D bidang tenaga manusia dan pembangunan , yang mana penglibatan PPF dalam bidang ini amat sedikit pada masa ini tetapi jika PPF masih berbangga dengan pencapaian pada masa ini, ianya adalah sebagai galakkan sahaja.



Bidang R&D juga akan membolehkan PPF mengujudkan dua jawatan sokongan baru iaitu PRA ( Farmasi ) yang mana adalah sama dengan negara Ireland yang mempunyai Pharmacy Aides. Tugas mereka adalah seperti PPK dalam unit farmasi tetapi dengan kursus khas berkhaitan ubat yang basik sahaja selama 6 bulan dan Pharmacy Technologist U41 (Teknologis Farmasi) yang berkelulusan Ijazah Teknologis Farmasi atau Ijazah Sains Farmaseutikal (sama seperti di USA). Tetapi jika semua PPF beranggapan, dua Negara tersebut terlalu laju ke hadapan dan amat sukar untuk di kejar, maka cukuplah sekadar apa yang ada pada hari ini, sebab pada masa ini pun PPF masih jauh lagi menuju kejayaan.



Dengan KERTAS CADANGAN yang lengkap, pasti KKM akan meneliti perkara membabitkan peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF, Pastinya kewujudan Teknologis Farmasi yang memiliki kepakaran teknikal (TPN, CDR, TDM, Logistik Management) boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Farmasi kerana para PF dapat menumpukan perhatian penuh kepada tugas klinikal kepada pesakit dan berganding bahu dengan doktor untuk membantu pesakit-pesakit dalam rawatan harian, sedangkan PPF meneroka bidang baru yang lebih memerlukan komitmen yang tinggi.



Persidangan PPF beberapa tahun yang lalu juga, telah menunjukkan jalan bagaimana nak mencapai hasrat tersebut. Antara tajuk yang di sentuh pada persidangan tersebut ialah Prepairing & Enhanced Quality Service , Pembangunan Kesihatan Primer dan Halatuju PPF, Update Profesion PPF, Occupational Safety in Pharmacy , Teknik Aseptik, Perolehan & Pengurusan Stor, dan Pengujian Produk Farmaseutikal, Pengawalan Ubat Pasaran, ADR & Product Recall. Di akhir persidangan juga terdapat pembentangan Kertas Kerja oleh PPF atas tajuk Expanded Role PPF dan Extended Role PPF, Tu belum termasuk lagi pencapaian PPF semasa Simposium tempoh hari.

BPF KKM juga sedang dalam usaha pendaftaran PPF di KKM dan Swasta, iaitu mengikut AKTA FARMASI 2010. Ini adalah bagi memboleh kan PPF mendapat “ Annual Practicing Certificate (APC) “ dan “ Practicing Certificate (PC) “ dan usaha ini disambut baik oleh 23 IPTA / IPTS yang menawarkan program Dip in Pharm di seluruh Malaysia. Dan PPF juga perlu berganding bahu dan bekerja sama dalam menjayakannya.



Aktiviti berkala secara formal dan tidak formal PPF juga akan dapat mengumpulkan semula semua PPF lama dan baru, yang mana antara mereka ini pernah membentangkan Kertas Kerja Halatuju PPF suatu masa dahulu.

Dan akan banyak juga perbincangan sesama PPF secara formal dan tidak formal akan menjurus kepada perkembangan laluan kerjaya PPF yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.



Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland pada bulan April 2013 akan mengumpulkan semua PPF baru dan lama dalam suasana yang santai di sana.



Satu cadangan pembaharuan telah di majukan kepada JK PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM JPA atas tajuk CADANGAN SKIM BARU PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MULAI 1 JAN 2012 YANG TELAH DI HANTAR KE JPA . Dan isinya adalah seperti berikut ,PENOLONG PEGAWAI FARMASI MEMOHON AGAR SKIM PENOLONG PEGAWAI FARMASI YANG DITERIMA PAKAI PADA MASA INI DI BERI PENAMBAHBAIKAN KEPADA SKIM YANG LEBIH KOMPREHENSIF BAGI PERKEMBANGAN KERJAYA PENOLONG PEGAWAI FARMASI SEJAJAR DENGAN PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DI BERIKAN.





Pada masa ini Skim Penolong Penolong Pegawai Farmasi adalah mempunyai Gred seperti berikut iaitu U29, U32, U36, U38, U40Semasa pembentangan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Penolong Pegawai Farmasi telah di berikan Gred seperti berikut, iaitu Gred UF2-1, UF2-2, UF2-4, UF2-5, UF2-6. Bagi tujuan cadangan penambahbaikan , Penolong Pegawai Farmasi memohon agar Skim Penolong Pegawai Farmasi mempunyai Gred seperti berikut,

iaitu Gred UF2-1, UF2-4, UF2-5. Dan ini akan membolehkan Skim Penolong Pegawai Farmasi adalah diiktiraf oleh kerajaan dan ianya adalah sama seperti Skim-Skim lain,

iaitu seperti berikut :

Penolong Pegawai Seni Bina

Penolong Arkitek Lanskap

Penolong Jurutera

Penolong Juruukur Bahan

Penolong Juruukur

Penolong Juruukur Bangunan

Penolong Perancang Bandar dan Wilayah

Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera



Skim Penolong Pegawai Farmasi yang dicadangkan ini hanya mempunyai tiga gred sahaja dan perkhidmatan yang di berikan akan lebih bersepadu dan lebih menyeluruh. Antara kebaikan cadangan skim baru ini ialah, secata otomatik PPF setaraf Penolong Jurutera . Selepas 15 tahun, KUP ke U36, sedangkan lain-lain paramedic perlu bertungkus lumus, barulah dapat U36 dan ianya static bagi mereka, melainkan jika mereka mempunytai ijazah.



Keputusan pada Januari 2013 ialah JPA telah menerima 1600 cadangan yang melibatkan pertambahan perbelanjaan, dan pada dasarnya JPA hanya menerima cadangan yang tidak melibatkan pertambahan perbelanjaan. Apa pun ianya masih belum di umumkan dan PPF masih mempunyai harapan, walaupun tipis.



Tahun 2013 akan ada AGM persatuan dan tahun 2014 akan ada AGM kesatuan dan calon yang layak bertanding telah mengatur strategi bagi mencapai kejayaan. Dasar perjuangan PPF perlu berubah sebab cara bertindak pada masa lalu, memerlukan jangka masa yang terlalu lama bagi mencapai kejayaan. Perubahan yang perlu di lakukan ialah semasa AGM persatuan, pastikan tiga Ahli Majlis adalah dari Hospital, tiga Ahli Majlis adalah dari Kesihatan Awam, dua Ahli Majlis adalah dari Biro, satu Ahli Majlis adalah dari BPF KKM dan satu Ahli Majlis adalah dari sector swasta. Begitu juga AGM kesatuan sebab pada masa ini semua Ahli majlis dan Exco adalah berasal dari Hospital KKM dan kita lihatlah kejayaan PPF di semua Hospital tersebut sedangkan lain-lain usol, cadangan, saranan, dll dari lain-lain katogeri memang tak pernah di bincangkan dan pencapaian mereka adalah sekadar cukup makan sahaja. Segalanya terletak di bahu masing-masing, tepuk dada dan Tanya selera kerana pada masa ini banyak terdapat restoran yang beroperasi 24 jam, segalanya di hujung jari sahaja dan tertakluk kepada cuaca dan suasana.



Secara ringkasnya semua PPF perlu menerima emel / sms sebanyak minima 10 kali setahun. Ini adalah kerana perlembagaan PPF kesatuan dan persatuan mensyaratkan semuanya perlu mengadakan mesyuarat setiap 3 bulan sekali. MBJ juga perlu bermesyuarat pada bilangan yang sama dan mesyuarat pengurusan farmasi peringkat negeri di adakan setiap 6 bulan. Ini adalah bagi membolehkan semua PPF mengusulkan apa-apa saranan dan inovasi bagi di majukan ke pihak atasan. Tetapi jika tiada emel / sms, PPF hanya perlu membawa perkara-perkara membujur lalu melintang patah sahaja dan apa-apa yang terlintas. Jika termasuk mesyuarat semua biro PPF, bilangannya adalah akan meningkat secara drastik . PPF pernah menyuarakan bahawa segalanya perlulah di bawa ke mesyuarat, tetapi apabila tarikh mesyuarat pun tidak di tetapkan, samalah seperti mencurah air ke daun keladi.



Perkembangan semasa hubungan antara PPF dan PF adalah bergantung kepada beberapa factor. Pertama ialah nama PPF memang tiada dalam hati PF, sebab itulah segalanya PPF selalu tertinggal dan terpinggir. Kedua ialah PF merasakan diri mereka telah lengkap, dan tidak memerlukan PF, dan nasib PPF hanyalah seperti melukut sahaja. Ketiga ialah segalanya telah tertulis di kitab yang tinggi Lau Mah Fuz dan sememangnya tidak boleh di rungkaikan. Keempat ialah perkhidmatan farmasi adalah hak dan kepunyaan PF dan mereka boleh beri sahaja kepada sesiapa yang mereka mahukan dan ianya pernah berlaku iaitu pada suatu masa dahulu PF memohon jawatan Pembantu Penguatkuasa bagi penguatkuasaan farmasi, tetapi JPA tidak luluskan kerana masaalah budget. Kelima ialah segala yang ada pada masa ini adalah sebagai ujian kepada PPF, yang mana jika lulus ujian, tersebut mereka yang berkenaan akan di naikkan ke U40, dan PPF yang prihatin bolehlah mengemukakan agar PPF U40 di berikan kepada semua PPF.sebab pada masa ini hanya 12 orang sahajaPPF yang bernasib baik. Dan yang keenamnya ialah dll.



Hasrat PPF bagi menjadi GRED U29, U36 dan U38 bolehlah di mulakan sekarang ataupun tunggulah sehingga JPA luluskan. Kebaikkannya ialah akan ramai U36 secara KUP dan ramai rakyat Negara ini dapat perkhidmatan yang baik dan keburukkannya ialah budget KKM tahunan akan meningkat.



Masa berlalu amat pantas, sehinggakan tidak dapat mengejarnya secara tersusun, sebab itulah pada 2012 terdapat 52 forum iaitu purata satu setiap minggu dan apabila masuk tahun 2013, Cuma akan ada 12 forum sahaja iaitu satu setiap bulan. Walaupun elaun kritikal PPF tak dapat, beban tugas dan kehendak pelanggan memang bertambah, dan pada Mac 2013, akan beroperasilah lagi sebuah KSM di sini dan bilangan PPF masih sama, juga, siapa nak pesan, siapa nak paking, siapa nak rekod, dll dan setor pun akan di simpan sehingga syiling.



Segalanya dilihat dari sudut akademik / ilmiah yang bertujuan merangsang aktiviti dan perkembangan kognitif.



Sekian



Tamat



31 Januari 2013
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3151

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by nori on Sun 04 Aug 2013, 10:36 am

Salam Satu Malaysia,
 
Selamat bertugas dan mencurahkan bakti kepada Negara kepada semua PPF
 
Segalanya dilihat dari perspektif akademik / ilmiah dan dari sudut KIK (kreativiti dan inovasi)


Surat pekeliling AGM Persatuan PPF telah di keluarkan dan jika ada PPF yang berasa dirinya tidak dijemput, perasaan tersebut perlulah di buang jauh-jauh dalam diri semua PPF. Sebab persatuan PPF dalam usaha untuk menjadikannya sebagai persatuan iktisas dan semua PPF wajib menjadi ahli. Jika menjadi persatuan iktisas, semua PPF yang hadir AGM, boleh menuntut perbelanjaan menghadirinya kerana ianya memang di beri kelonggaran oleh JPA. Juga salah satu tujuan AGM ialah mempertemukan semua PPF sebab ahli persatuan tidak mengira usia. Dan bersara pun masih boleh jadi ahli persatuan . Maka akan berkumpullah semua PPF bermula dari batch satu hinggalah batch terkini.


Perkembangan semasa PPF ialah :




JADUAL GAJI PPF SBPA YANG MASIH BELUM DI PUTUSKAN OLEH JPA :


U29/UF2-1 : KENAIKAN THNAN RM145; 
T1-1570, T2-1715, T3-1860, T4-2005, T5-2150, T6-2295, T7-2440, T8-2585, T9-2730, T10-2875, T11-3020, T12-3165, T13-3310, T14-3455, T15-3600, T16-3745, KGT=RM150.00; T17-3895, T18-4045, T19-4195, T20-4345

U32/UF2-2 : KGT-RM155 
T1-2735, T2-2890, T3-3045, T4-3200, T5-3355, T6-3510, T7-3665, T8-3820, T9-3975, T10-4130, T11-4285, T12-4440, T13-4595, T14-4750, T15-4905

U36/UF2-4: KGT-RM180
T1-3060, T2-3240, T3-3420, T4-3600, T5-3780, T6-3960, T7-4140, T8-4320, T9-4500, T10-4680, T11-4860, T12-5040, T13-5220, T14-5400, T15-5580

U38/UF2-5 ; KGT-RM195
T1-3780, T2-3975, T3-4170, T4-4365, T5-4560, T6-4755, T7-4950, T8-5145, T9-5340, T10-5535, T11-5730, T12-5925, T13-6120, T14-6315, T15-6510

U40/UF2-6 : KGT-RM225
T1-4445, T2-4670, T3-4895, T4-5120, T5-5345, T6-5570, T7-5795, T8-6020, T9-6245, T10-6470, T11-6695, T12-6920, T13-7145



Tetapi sebagaimana terdahulu, semua PPF yang mempunyai karisma akan menjawat PPF U40 dan masih ada PPF yang sudah 4 kali temuduga U40 , masih tidak berjaya dan akhirnya bersara secara wajib. Sejarah telah membuktikan bahawa bukan semua PPF layak sebagai U40, hanya 12 orang sahaja seluruh negara, walaupun bilangan PPF ialah 3500 orang. Tepuk dada tanya selera sebab raya dah dekat.


Bilangan PPF dan PF pada masa kini ialah :


PF tahun 2010 ialah seramai 5019 orang, 
PF tahun 2011 ialah seramai 5415 orang, 
PF tahun2012 ialah seramai 5415 orang


Bilangannya meningkat berapa peratus, hanya PPF pakar mathematik sahaja yang boleh kira.
Dan akhirnya emua Gred Hakiki PF U41-U54 telah di mansuhkan dan diganti dengan Gred Fleksi U41-U54,


Manakala bilangan PPF pula ialah :


PPF tahun  2010 ialah seramai 3484 orang , 
PPF tahun 2011 ialah seramai 3765 orang , 
PPF tahun 2012 ialah seramai  3768 orang sahaja.


Antara tahun 2011 dan tahun 2012 hanya meningkat 5 orang sahaja sedangkan yang bersara wajib seramai 80 orang iaitu satu batch.
Dan selepas ni, semua PPF kena mendalami ilmu mathematik sebab segalanya boleh dikira. Pada tahun 2013 pembayaran elaun kritikal akan di kaji semula dan sehingga kini, nasib PPF masih bagi telur di hujung tanduk. Tetapi jika PPF telah membuat persediaan dengan mengantar boang ABM 8 sebanyak 10 % dan pada tahun 2015 bilangan PPF ialah 4000 orang dan jika tiada elaun kritikal pun tak pe sebab staff sudah betambah 10 %. Elaun kritikal juga ialah 10% daripada gaji pokok.  Tu belum kira lagi yang lain-lain paramedik mendapat dua kenaikan apabila diiktiraf sebagai Skim Bersepadu. Jika PPF dan lain-lain paramedik masuk latihan paramedik pada tahun 1989, gaji mereka kini iaitu pada Julai 2013 adalah berbeza dengan lain-lain paramedik sebanyak RM 600 sebulan.Jika pencen lagi 11 tahun, negara telah menjimatkan sebanyak RM 80K bagi setiap PPF.
 Setahun terdapat 52 minggu dan sepatutnya PPF juga boleh berbincang terhadap 52 perkara iaitu, satu perkara setiap minggu. AGM kesatuan pada tahun 2013 ni mungkin akan berlangsung di negeri Terengganu sebab negeri Kelantan sudah angkat tangan. Sabah dan Sarawak memang tak boleh jadi tuan rumah sebab kesatuan adalah untuk semenanjung sahaja. Dan selepas ini semua PPF akan meneruskan kesinambungan, dahulu, kini dan selamanya.
Selamat Hari raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin 


Dan akhir sekali ialah selamat bertugas untuk bangsa negara dan tanah air.


 Segalanya dilihat dari perspektif akademik / ilmiah dan dari sudut KIK (kreativiti dan inovasi)
 
TAMAT
 
4 Ogos 2013
 
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3151

View user profile

Back to top Go down

Re: cr kawan2 batch 38

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum