FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

View previous topic View next topic Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by m_azmir90 on Fri 19 Jun 2009, 2:14 am

Erm, btol...
Kene wat keje bebetol..
Jgn bazirkan duit rakyat...
avatar
m_azmir90
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Pharmacist Assistant
Gender : Male
Jumlah Post : 641
Umur : 27
Tarikh Register : 04/06/2009
Reputation : 3
Points : 3761

Character sheet
Mutiara Kata saya: We does't know about our future but we can predict and change it.

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by dhiyamirza on Fri 19 Jun 2009, 3:58 am

masih ramai yang tak sedar diri lagik...
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3718

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by akoizer on Fri 19 Jun 2009, 4:05 am

bukan setakat kerja...musti ikhlas punya...mcm buat amal gitu la...
avatar
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1086
Umur : 37
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 4181

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

View user profile http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by m_azmir90 on Fri 19 Jun 2009, 5:12 am

Hurm, ade tu yang wat keje sambil lewa...
Mcm yang dipaparkan dalm 999..
Bukan sume yang perangai cam2 kan...
Tp kite jugak yang kene...
avatar
m_azmir90
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Pharmacist Assistant
Gender : Male
Jumlah Post : 641
Umur : 27
Tarikh Register : 04/06/2009
Reputation : 3
Points : 3761

Character sheet
Mutiara Kata saya: We does't know about our future but we can predict and change it.

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by akoizer on Fri 19 Jun 2009, 5:35 am

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga bro...
avatar
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1086
Umur : 37
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 4181

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

View user profile http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by m_azmir90 on Fri 19 Jun 2009, 5:38 am

btol2...
Kerana virus selsema K***zir, rosak satu kaum wo...
avatar
m_azmir90
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Pharmacist Assistant
Gender : Male
Jumlah Post : 641
Umur : 27
Tarikh Register : 04/06/2009
Reputation : 3
Points : 3761

Character sheet
Mutiara Kata saya: We does't know about our future but we can predict and change it.

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by akoizer on Fri 19 Jun 2009, 6:07 am

paparan dlm 999 tu pon patut jg...klu x de mende 2..kita asyik pikir yg kte ni perfect sj...

sapa makan lada,dia terasa pedas
avatar
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1086
Umur : 37
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 4181

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

View user profile http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by dhiyamirza on Fri 19 Jun 2009, 6:29 pm

yang masuk dalam 999 tu kat adelah ex pkd aku...
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3718

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by mohdrashid on Sat 20 Jun 2009, 4:53 am

tak per apa yang berlaku kat 999 tu sama2 lah kita jadikan iktibar
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 37
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 3914

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by mohdrashid on Sat 20 Jun 2009, 5:55 am

tak per apa yang berlaku kat 999 tu sama2 lah kita jadikan iktibar
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 37
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 3914

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by project pop on Sat 27 Jun 2009, 1:11 pm

@m_azmir90 wrote:Fuyoh, kene byr plak...
Mst mahal tuh...



Very Happy Very Happy Very Happy mahal gak cheers cheers cheers cheers
skang bond rm 110 ribu.......
x pe....keje baik2 pas ni....dpt disahkan jawatan awal!!! bole sambung study....x ya byr bond.....malah leh mohon support dgn kjaan....

project pop
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : bisnessman
Gender : Male
Jumlah Post : 8
Umur : 30
Tarikh Register : 26/06/2009
Reputation : 0
Points : 2990

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by dhiyamirza on Sat 27 Jun 2009, 4:45 pm

walau pon dah disahkan dalam jawatan tetap jugak kene bond...kalau nak jugak study dan dapat scholarship pon kene tunggu sampai 3 tahun 3 SKT penuh...
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3718

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by ika on Sat 31 Oct 2009, 7:07 pm

@dhiyamirza wrote:basic organic chem je...tapi tak tahu la u dapat kolej mana...sebab yang i cakap ni masa di unikl..
oooo...u student unikl rupanya...i ingatkn u ex-student goverment...
avatar
ika
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : FARMASI
Gender : Female
Jumlah Post : 16
Umur : 32
Tarikh Register : 25/10/2009
Reputation : 0
Points : 2878

Character sheet
Mutiara Kata saya: majukan diri walaupun kita selalu gagal

View user profile

Back to top Go down

help

Post by azwan on Sun 01 Nov 2009, 4:57 pm

aku baru nak g interview pp.pegawai farmasi nie..ada tips x??

azwan
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : student
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 26
Tarikh Register : 01/11/2009
Reputation : 0
Points : 2851

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by dhiyamirza on Mon 02 Nov 2009, 4:35 am

@ika wrote:
@dhiyamirza wrote:basic organic chem je...tapi tak tahu la u dapat kolej mana...sebab yang i cakap ni masa di unikl..
oooo...u student unikl rupanya...i ingatkn u ex-student goverment...

grad mana2 pun sama jek...grad dapat cgpa dekat2 4 atau 4 pon gaji sama jek...P1T6 juga...alahai...sedihnya ni...tapi tak pe...kita semua kene tahu ape yang kita nak dan kita carik dalam hidup kita, barulah kita akan gembira
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3718

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by ppfkkpa on Wed 04 Aug 2010, 2:59 pm

Untuk makluman sis, semua pelatih PPF akan grad jika ikut peraturan pelajar, jika tak study, memang akan fail, datang ke hospital / klinik kesihatan, jumpa PPF dapatkan penerangan lengkap, sepas tu buat keputusan, jika jumpa 4 mata, jawapan tepat akan di terima, permohonan SPA sepanjang tahun, guna laman web je, satu borang boleh mohon 5 jawatan, mudah kan zaman 2010 ni,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 2961

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by nori on Sat 14 May 2011, 8:56 am

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat bertugas kepada semua PPF.

Jika ada rakyat M'sia yang ingin jadi PPF dan mendapat biasiswa JPA, selamat datang di ucapkan. Kami sebagai senior PPF akan meneruskan perjuangan anda yang baru je join. Hasilnya nanti ialah anda akan dapat spek kerja yang lebih bagus. Yang paling nyata ialah, dulu kami biasiswa hanya RM345 sebulan dan kini ialah RM850 sebulan.

PPF adalah salah satu kumpulan paramedik di KKM dan seharusnya berkongsi maklumat dan data-data bagi perkembangan profesyen, dengan lain-lain paramedik . Akta Kesihatan Bersekutu juga telah mmbuat penambahbaikan kepada semua paramedik . Juga ketua PPF setiap negeri telah di lantik. Tetapi ianya bergantunglah kepada kemampuan dan keupayaan PPF itu sendiri bagi menyahut cabaran tersebut.

Persidangan PPF di Ipoh, lagi 13 hari, AGM PPFM lagi 40 hari di Batu Pahat Johor dan AGM kesatuan lagi 71 hari di Melaka. Horas PPF

Pertama :
Pada 28 Jun 2010 yang lalu satu mesyuarat telah diadakan bagi
membincangkan perkembangan program ijazah bagi PPP yang akan dijalankan
oleh OUM. Mesyuarat tersebut telah diadakan di OUM Kuala Lumpur dan
dihadiri oleh LPP, Persatuan, Kesatuan serta beberapa orang PPP senior
yang mewakili beberapa disiplin seperti Renal, Otopedik, kesihatan
primer, Psikiatri, Anestesia dan Forensik.

Mesyuarat ini telah
dirasmikan sendiri oleh Ybhg. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali
Presiden/Vice Censelor OUM. Dalam ucapannya perasmiannya, beliau
optimis program ini akan menjadi kenyataan dan OUM berbesar hati dapat
menjalinkan kerjasama dengan LPP dan Kementerian Kesihatan secara amnya.

Mesyuarat
ini juga telah membincangkan secara panjang lebar termasuklah aspek
nama program. Antara nama program yang telah dipersetujui ialah DEGREE
IN CLINICAL HEALTH CARE. Nama Medical tidak digunakan bagi mengelakkan
kekeliruan dengan program Perubatan. Sebanyak 6 disiplin teras telah
dicadangkan iaitu Renal, Otopedik, Anestesia, Forensik, Keshatan primer
dan Psikiatri. Namun bagitu, setiap pelajar hanya diwajibkan memilh 2
disiplin sahaja dalam program ini.

Kesatuan PPP, Persatuan PPP dan JK Teknikal PPP telah mengadakan mesyuarat
Bagi Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya mereka tetapi PPF bila lagi.

Kedua :

pandangan kon:
Kurang bersetuju kita masuhkan konsep realated degree dalam profesion kita. ini kerana realted degree ataupun senang bicara ijazah ikhtisas dalam PEMBANTU PERUBATAN amat diperlukan dan amat mustahak dalam usaha memangkin dan meningkatkan profesionalisma kerjaya MA.. SEBAGAI CONTOH, di US, mereka ada jawatan PHYSICIAN ASSISSTANT dimana fungsinya sama macam MA dimalaysia, mereka juga membantu physician bahkan dibolehkan mempriskripsikan ubat dan membuat minor syurgery mengikut SOP mereka. bagi membolehkan mereka memegang jawatan tersebuh, mereka dikehendaki sekurang-kurangnya memiliki ijazah assistant physian selepas mereka mengikuti latihan selama hampir 3 tahun...maka disana, hanya yang lulus exam PA sahaja layak menjadi PA, sedangkan yang ada ijazah lain tidak boleh menjadi PA...wp menggunakan iajzah lain..begitu juga dengan penguruan..untuk menjadi seorang guru mereka harus menduduki kursus DIPLOMA PENGURUAN ATAUPUN KINI DIPANGGIL PSMP (PENGAJIAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN) bagi menampung keperluan guru ijazah dari KPLI yang mana menggunakan guru berijazah tanpa mengira latar belakang ijazah untuk menjawat jawatan DC41 dan seterusnya menjadi DG 41(PEGAWAI PENDIDIKAN SISWAZAH). Namun demikian, mereka tetap perlu menduduki DIPLOMA PENGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI/KPLI) bagi membolehkan mereka layak dalam mempraktis secara ikhtisas sebagai gru untuk dilantik oleh SPP (SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN)...maka, nak tak nak, guru apa jua iajzah, harus juga mengambil diploma pendidikan...

begitu jua kita, bagi yang mana sudah ada degree dalam MA (maknanya dah ada degree dan masih menajdi MA) kita boleh pertimbangkan untuk kenaikan pangkat tanpa melibatkan isu related atau tidak bagi batch terakhir ini, namun selepas ini, isu kenaikan pangkat dan pengambilan U41 perlulah berkaitan dengan isu realted demi memperkemaskinikan dan memepersiagakan kerjaya MA dalam konsep kerjaya ikthisas..
maknanya disini, apabila kita bukan seakdar memperjuangakn kerjaya kita, kita juga memperjuangkan kredibiliti, profesionalisma dan ikhtisas kerjaya kita, maka tiada staff nurse atau tiada sister atau tiada matron yang boleh menggangu gugat kerjaya dan bidang proline kita termasuk doktor, kerana ini adalah pengiktirafan kementerian dan perlembagaan kepada karier MA melalui AKTA PEMBANTU PERUBATAN (AKTA I80)..so, apabila kita memperjuangkan keperluan ijazah related (saya lebih suka sebut iajazah ikhtisas PEMBANTU PERUBATAN) tak kiralah nak panggil apa nama ijazahnya, sama ada ijazah MA, IJAZAH perubatan kecemasan ke, ijazah primary health care ke, ijazah pre hospital care ke, yang pentingnya, ada satu ijazah khas, apabila disebut dan diduduki oleh mereka, maka mereka akan dilantik untuk menjadi PPP atau melaksanakan tugasan PPP dengan berdaftar dengan LEMBAGA PPP...tidak boleh amik ijazah penguruan then jadi PPP U41 untuk melaksanakan tughasan PPP tanpa melalui saringan dan latihan ikhtisas PPP...hancus jadinya brooooo....tapi kalau sesiapa yang ada degree termasuk degree biotechnology ke, microbiology ke, medical science ke, bolehlah dicadangkan untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat U41 ....

PANDANGAN PRO:
kALAU kita tidak wujdkan konsep related degree, sebenarnya ia tidak menjejaskan karier kita, namun perlu dan wajar diwujudkan ijazah ikhtisas PPP bagi membolehkan ia dijadikan syarat kenaikan pangkat PPP U41 bagi kumpulan profesional & pengurusan....

kalau tidak mahu wujudkan, better dont talk about related nor related deggree in MA..upgrade sistem pendidikan MA, sistem pengajian MA di Kolej latihan menjadi IAJZAH....LAGI BAGUS..KERANA PENGAJAR KITA PUN DAH LAYAK NAK MENGAJAR PELATIH2 BERTARAF IJAZAH DENGAN MEMBAWA MATA JAM KREDIT AT LEAST 180 selama 3 tahun pengajian...

upgrading kursus latihan MA amat2 digalakkan, bagi membolehkan kita over beyond the old school time frame...bincang dengan SPA/JPA/KKM untuk mengemaskinikan AKTA PEMBANTU PERUBATAN dari segi pengurusan, latihan, penjawatan, sistem modus operandi kerjaya termasuk sistem pengurusan latihan kerjaya...

PPP telah mendalami dan mengadakan perbincangan atas tajuk Skim Bersepadu, PPF juga perlu mengatur langkah dalam perkara ini, sebab apabila skim bersepadu di wujudkan nanti, banyak masalah yang tidak akan di jangkakan akan timbul dengan sendirinya.

Ketiga :

perbincangan, penjelasan, kajian dan program penelitian telah dilakukan, namun, perlaksanaan sedikit mengelirukan, memerlukan satu bentuk garis panduan yang sistematik dan berstruktur bagi membolehkan PPP memahami kehendak, wawasan dan perjuangan LEMBAGA dalam hal berkaitan isu related degree atau tidak ini...

maka diperingkat LEMBAGA, dicadangkan sekali lagi agar diperpanjangkan perkembangan terkni berkaitan sistem pembangunan sumber manusia (HRD) dan sistem pengurusan sumber manusia (HRM) PPP kepada semua peringkat PPP tanpa terkecuali mana-mana peringkat termasuk klnik 1 Malaysia. serta disarankan juga agar pihak LEMBAGA jangan terlalu mengharap dan merasakan bahawa PPP akan dengan sedirinya ingin megambil tahu, ingin pro aktif, ingin merujuk LEMBAGA dalam hal sebegini dengan sendirinya, maka kita juga harus diperingkat LEMBAGA proaktif dengan turun ke grass root sekali lagi, biarpun kita pernah turun ke grass rott sebelum ini..make the new move, no issue saya senior, u junior, saya LEMBAGA, u PPP, kita work together, do it again. dan diperingkat PPP, janganlah pulak sombong dan @#$% sombong, belagak tidak mahu ambil tahu pasal perkembangan LEMBAGA dan PPP, caknakan minda, sama2 mengambil partisipasi, mengambil peranan, memberi pendapata, involved dalam karier termasuk persatuan (lama dah tunggu pendaftaran keahlian-dari sehari ke sehari tak ada berita-call, kata kami akan uruskan-hmmmm), takpelah bab tue, yg penting, kita bekerja kembali secara kolektif, buang yang keruh, ambil yang jernih, buang paradigma terhadap LEMBAGA yang menyatakan LEMBAGA dalam keadaan selesa dan sukar menerima pendapat orang bawahan dan LEMBAGA juga kena buang stigma sukar menerima pendapat orang bawahan..ramai pakar pengurusan, pakar IT, pakar technologist, pakar senibina, pakar pendidikan serta pakar kaunseling dalam PPP...cuma ijazah mereka tidak realted sahaja, thats Y ilmu mereka dipendamkan begitu sahaja..kiat tidak menggunakan kelebihan yang sedia ada ini sebenarnya....rugi sesangat

Semua pihak (Lembaga, Kesatuan, Persatuan dan PPP) kena mula merintis jalan bagi memulakan ijazah yang khusus bagi PPP. Tidak boleh lagi menggunakan ijazah lain bagi lantikkan ke gred 41 dan keatas.
Sepertimana biasa saya sangat yakin kalau kita ikut modul physician assistant kita akan berjaya.
kalau tuan-tuan tengok prospek kerjaya PA's di US boleh dikatakan sangat baik. Dari aspek skop tugas ianya lebih kurang sama dengan AMO's di Malaysia. Bezanya mereka berkelulusan Bachelor of Science (Physician Assistant) hingga ke PHD (Pensyarah) tapi AMO's setakat ni Diploma aje.
Apa salahnya kita propose to KKM Bachelor of Science (Assistant Medical Officer) agar ianya dapat dipanjangkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.
Kolej kesihatan Bersekutu (Kolej Universiti soon..) juga boleh menjalankan kursus ini mengantikan diploma yang ada sekarang. Kurikulum...apa susah, ambik saja dari silibus PA's dan ubahsuai dengan kaedah Malaysia pasti takde masalah.. Kita kena mulakan sekarang, tak payahlah bincang related ke tak related..sebab kalau dah ada degree sendiri..tak timbul lagi related tak related tu..Harap kalau ada pihak Lembaga PPP baca..please take consideration regarding this suggestion..
PPF juga perlu mengaturkan apakah ijazah yang related dengan bidang tugas dan persekitaran kerja yang sesuai. Ada PPF memegang ijazah pengurusan, tetapi masih tiada peluang untuk berkhidmat di jabatan farmasi.

Keempat :

PA's Curriculum
First Semester
BIO115 Human Anatomy and Physiology I ( 4 Credits)
CHM111 General Chemistry I (4 Credits)
ENL111 English Composition I( 3 Credits)
SPC Speech Elective
CSC124 Information, Technology, and Society (3 Credits)

Second Semester
BIO125 Human Anatomy and Physiology II 4
CHM210 Organic Chemistry I 3
MTS Math Elective (MTH160 or Higher) 3
ENL121 English Composition II 3
or
ENL201 Technical and Professional Communication 3
PSY111 General Psychology 3

Third Semester
BIO220 General Biology I 4
MTS Math Elective (MTH160 or Higher) 3
HUM Humanities Elective 3
SSE Social Science Elective 3

Fourth Semester
BIO201 Microbiology 4
BPA Directed Physician Assistant Elective 3
ART Art Elective 3
HUM Humanities Elective 3
or
SSE Social Science Elective 3
or
ART Art Elective 3
or
FOR Foreign Language Elective 3
or
AAE Applied Arts Elective 3
or
IFE International Field Experience Elective 3
FIT Fitness and Lifetime Sports Elective 2

Fifth Semester
Professionalism and Ethics in Physician Assistant Practice I 1
PHA311 History Taking/Interviewing Techniques 2
PHA316 Medical Physiology/Pathophysiology 5
PHA322 Pharmacology I 2
PHA326 Clinical Procedures I 1
PHA347 Principles of Clinical Medicine I 5
HTH333 Human Cadaver Anatomy 4

Sixth Semester
PHA302 Professionalism and Ethics in Physician Assistant Practice II
PHA305 Clinical Laboratory Medicine 3
PHA336 Clinical Procedures II 3
PHA339 Physical Assessment I 3
PHA342 Pharmacology II 2
PHA348 Psychopathology 1
PHA358 Pediatrics 1
PHA369 Principles of Clinical Medicine II 6

Summer Session
PHA303 Professionalism and Ethics in Physician Assistant Practice III
PHA352 Community and Public Health 2
Writing Enriched Requirement & Cultural Diversity Requirement
PHA353 Issues in Physician Assistant Practice 1
PHA359 Clinical Procedures III 3
Science, Technology and Society Requirement
PHA362 Clinical Pharmacology III 1
PHA372 Principles of Clinical Medicine III 5
PHA371 Physical Assessment II 2
PHA380 Principles of Emergency Medicine and Surgery 1

Seventh Semester
PHA411 Family Practice Internship 4
PHA412 Internal Medicine Internship 4
PHA421 Pediatrics Internship 3
PHA409 Physician Assistant Internship Seminar I 1

Eighth Semester
PHA415 Emergency Medicine Internship 4
PHA416 Psychiatry Internship 3
PHA419 Obstetrics and Gynecology Internship 4
PHA422 Physician Assistant Internship Seminar II 1

Summer Session
PHA417 Surgery Internship 4
PHA418 Elective Internship 3
PHA490 Clinical Preceptorship 4
PHA496 Senior Capstone 1

PPP telah menyediakan draff ijazah mereka, PPF juga perlu membuat draff silibus ijazah farmaceutical agar skim bersepadu PPF menjadi kenyatan.

Kelima :

Sudah sampai masanya untuk kita mengatur langkah untuk melonjak ke satu paradigma baru dalam pembangunan profesion Penolong Pegawai Farmasi yang kita sayangi.

Perjuangan yang retorik oleh organisasi mewakili profesion ini sudah dimakan zaman. Tidak lagi sesuai untuk zaman sekarang yang penuh dengan teknologi tinggi dan tahap penyampaian kesihatan yang dinamik, sentiasa bergerak pantas dan desakan yang tinggi terhadap kualiti. Kita masih lagi dengan usaha-usaha lama dengan permohonan untuk kelulusan uniform, elaun-elaun, dan mengekori semua apa yang diperolehi oleh lain-lain paramedik anak emas kementerian.

Kita harus bersedia untuk berubah (ready for change). Ujudkan satu identiti baru yang kukuh dengan menjadikan profesion ini satu aset yang penting kepada perkhidmatan farmasi dan kementerian. Jangan sekali-kali hanya mengharapkan nasib dari usaha lain-lain paramedik sahaja. Bagaimana?
Inilah pertanyaan yang akan timbul dari kita semua...

Masalah kita yang paling besar ialah sokongan dari bahagian perkhidmatan farmasi sendiri. Sekiranya kita mendapat sokongan baik, profesion ini boleh meneruskan satu agenda baru dan 'transform' kepada tahap baru dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan bidang farmasi.

Wahai PPF sekelian, untuk meletakkan kita dalam peta seangkatan dengan lain-lain paramedik dan mengelakkan dari profesion ini pupus satu hari kelak dengan pembanjiran pegawai-pegawai farmasi di segenap sudut institusi kesihatan, semua PPF harus bersedia untuk belajar dan belajar. Tanamkan ilmu dalam aspek farmakologi, klinikal, QAP, inovasi, libatkan diri dalam pembangunan, sentiasa berfikiran positif, berkhidmat dengan kualiti dan yang paling penting melibatkan diri dalam kajian atau jalankan satu kajian dalam kumpulan setiap 1 atau 2 tahun sekali.

Dengan penglibatan dalam Health System Research, akan menaikkan martabat profesion ini ke tahap baru dalam sistem perkhidmatan kementerian kesihatan dan barulah profesion ini akan dipandang tinggi oleh ketua-ketua perkhidmatan di setiap PTJ. Buat masa sekarang kebanyakan aktiviti Inovasi, QAP, KMK dan lain-lain dijalankan oleh Jururawat, PPKP PPP, Jurupulih Anggota dll. Memang ada juga PPF yang jalankan aktiviti ini tetapi sangat sedikit.

Selain ini saya berpendapat satu perubahan besar perlu di lakukan kepada keseluruhan organisasi perkhidmatan farmasi untuk profesion kita dengan mengujudkan dua jawatan sokongan baru iaitu Pembantu Farmasi U3 (sama taraf seperti PPK U3) yang mana adalah sama dengan negara Ireland yang mempunyai Pharmacy Aides. Tugas mereka adalah seperti PPK dalam unit farmasi tetapi dengan kursus khas berkhaitan ubat yang basik sahaja selama 6 bulan.

Satu lagi jawatan yang perlu di ujudkan ialah Pharmacy Technologist U41 (Teknologis Farmasi) yang berkelulusan Ijazah teknologis Farmasi atau Ijazah Sains farmaseutikal (sama seperti di USA).
Dengan ini profesion kita tidak perlu di jadikan kumpulan bersepadu. Yang mempunyai diploma menjadi PPF, Ijazah menjadi Teknologis Farmasi, dan yang ada degree in Pharmacy menjadi Pharmacist.

Kewujudan Teknologis Farmasi yang memiliki kepakaran teknikal (TPN, CDR, TDM, Logistik Management) boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Farmasi kerana para Pegawai Farmasi dapat menumpukan perhatian penuh kepada tugas klinikal kepada pesakit dan berganding bahu dengan doktor untuk membantu pesakit-pesakit dalam rawatan harian.

Ia terpulang kepada nama yang hendak diberikan untuk Teknologis Farmasi U41 samada Pegawai Teknikal Farmasi U41 atau Teknologis Farmasi U41. Dalam tahap ini sebagai sokongan kita kepada para Pegawai Farmasi, profesion mereka juga harus di naikkan kepada UF41 (sebagaimana para doktor naik kepada UD41) dan gred mula gaji juga harus dinaikkan supaya jawatan gred profesional mereka terpelihara juga. Mereka juga harus di naikkan taraf kepada "Clinical Specialist Pharmacist" dalam bidang-bidang yang berkaitan samada Onkologi Specialist, Cardiology Specialist dan sebagainya. (seperti di UK)

Dengan erti kata lain perkhidmatan farmasi akan mempunyai 4 jawatan utama iaitu Pegawai Farmasi UF41-Jusa A, Teknologis Farmasi U41-U54, Pen.Pegawai Farmasi U29-U40, Pembantu Farmasi U3-U14.

Sebagai expanded role untuk PPF, tugas-tugas di stor harus di berikan kepada kita dalam hal-hal perolehan ubat-ubatan dan Pen.Pegawai Tadbir (Stor) serta Pem.Tadbir hanya mengendalikan Non-Drug sahaja. Ketua unit di pejabat stor harus di serahkan kepada Teknologis Farmasi U41 yang mahir dalam hal-hal logistik kerana dalam ijazah mereka subjek logistik management adalah salah satu subjek penting. (lesen pemborong boleh di berikan kepada Ketua di unit stor ini atau sebaliknya mengikut undang-undang.

Dengan kaedah ini skop perkhidmatan Pen.Pegawai Farmasi boleh di kembangkan dan di hargai serta di hormati oleh semua pihak. Secara tak langsung ini juga akan menaikkan moral semua PPF amnya kerana peluang untuk naik ke gred U41 akan terbuka luas melalui pembelajaran ke Ijazah Sains Farmaseutikal dan Ijazah Teknologis Farmasi. (kursus ini ada di jalankan di UK dan USA).

Dengan cadangan yang bagus, dan adanya JK Pemandu, JK Pelaksana dan JK Teknikal, bagi setiap persoalan PPF, pastinya segalanya akn menjadi mudah.


Keenam :


Kursus Bac Sc ( Hons ) Pharmaceutical and Health Sciences

University of Nothingham, Malaysia is offering a new programme for qualified candidates and pharmacy personels. Those who are keen to do a degree courses can enroll and contact the person as given below. This will be also an opportunity for those who are planing to become a Tutors at private Pharmacy Colleges and continue for further developments in career as lecturers. In governments colleges, the pharmacy board had change the qualification of tutors to Degree in Pharmacy Only. So its difficult for all Assistant Pharmacist in Malaysian governments Institution to becomes tutors unless you have a degree in pharmacy. But you may try this course and becomes a tutors, scientist, reseachers on drugs.

The Pharmaceutical and Health Sciences programme is a full-time degree studied over three years leading to the award of a BSc single honours degree. All three years of the course are taught at the University of Nottingham Malaysia Campus by our experienced academic staff in the School of Pharmacy. In addition to the staff based permanently at the Malaysia Campus you will also be taught by visiting academics from Nottinghamís UK Campus and senior representatives of the Pharmaceutical Industry in Malaysia and South East Asia.

Programme structure

Year One
During the first year teaching will concentrate on the fundamentals of the main areas of the course which are Pharmaceutics, Pharmaceutical & Medicinal Chemistry, Physiology & Pharmacology and Microbiology.

Year Two
In the second year you will consolidate the main topics taught in year one and start to explore these subjects in the context of industrial pharmacy and healthcare in general.

Year Three
The final year builds upon the basic pharmaceutical science foundation and also sees the introduction of a selection of optional modules including some in the field of business and entrepreneurship to meet the needs of employers in the Pharmaceutical and Healthcare sectors. Crucially, a semester-long research project allows the student to develop scientific research and data analysis skills in an area of their choosing.

Career opportunities
Pharmaceutical scientists are central to the discovery and development of new drug entities, formulation science and the design of novel drug delivery systems and therapeutics. With their training and skills, graduates from the BSc in Pharmaceutical and Health Sciences would be well placed to pursue careers in the pharmaceutical and biotechnology industries as researchers, scientists or indeed as academics in higher education. There would also be scope for graduates to enter employment in medicines sales & marketing, scientific writing and other appointments which require a general science background.

Kursus tersebut perlu di asingkan silibus pharmacy sebab, jika banyak silibus farmasi, tentu pemegangnya akan jadi PF. Ini kerana profesyen PF telah stabil di Negara ini.

Master of Pharmacy (MPharm)
For further details of our undergraduate MPharm course, please contact:
Dr Ting Kang Nee
Tel: +603 8924 8209
Email: pharmacy.enquiries@nottingham.edu.my

BSc (Honours) Pharmaceutical and Health Sciences
For further details of the BSc (Honours) course, please contact:
Dr Nashiru Billa
Tel: +603 8924 8211
Email: pharmacy.enquiries@nottingham.edu.my


Kursus ini pula, ada kursus minor dalam bidang kefarmasian dan pemegangnya boleh jadi PF. Adalah lebih baik jika PPF sendiri mengaturkan silibus ijazah mereka , agar ianya selaras dengan tugas hakiki dan tugas semasa PPF.

Ketujuh dan terakhir :

Pada 27-29 Mei ini aka nada persidangan PPF di Tower Regency Hotel Ipoh. Semua PPF yang akan hadir perlu membuat persediaan yang rapi. Segalanya tak akan berubah cuma dalam masa 3 hari persidangan tersebut. Persiapan yang rapi amat perlu bagi menjayakan profesyen PPF. Kebiasaannya selepas persidangan, akan ada hasil rumusan yang akan di hantar kepada pihak atasan. Jika tak ada rumusan, jadilah ianya sebagai perjumpaan PPF sahaja.

Segala cadangan, pandangan, nukilan dan cetusan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga harus melihat perkara tersebut dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari tujuan dan matlamat asal yang telah di gariskan.

Tamat : 14 May 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3153

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by nori on Sat 09 Nov 2013, 5:57 am

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 



SPA adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Banyak perubahan telah berlaku. segalanya bermula dengan PRU 13. Apabila BN menang majoriti, segalanya di putuskan oleh kerajaan yang memerintah. YAB PM bergabung dengan YAB TPM yang juga Menteri Pendidikan. IPTA dan IPTS adalah pihak yang memantau dan Diploma in Pharmacy adalah salah satu bidang mereka. KKM hanya taja 120 orang sahaja pelatih PPF dan mereka apabila tamat belajar akan terus bekerja dengan KKM. Lain-lain pemegang Diploma in Pharmacy, jika ingin berkhidmat untuk negara, kena perlu mengisi borang, temuduga dan apabila berjaya barulah boleh berkhidmat untuk negara. 


Tetapi bidang kefarmasian di negara ini masih ada peluang yang amat cerah untuk maju dan pada masa akan datang mungkin semua pelajar Bachelor in Pharmacy (Hons) perlulah bertugas dahulu sebagai PPF minima selama 3 tahun. Ianya akan menjadi kenyataan apabila kerajaan yang memerintah memutuskannya. Untuk makluman semua juga Kapten Kapal di seluruh dunia ini adalah bermula dengan 4th Officer dan apabila telah belayar selama 10 tahun dan lulus semua pereriksaan, barulah boleh menjadi kapten. Apa yang penting ialah di negara ini terdapat 1.8 juta PATI dan jika semua rakyat tidak memilih kerja, pasti PATI tak kan ada di sini sebab PATI akan menyumbang kepada masaalah lain yanglebih rumit. Segalanya bermula dari perancangan.


Sebahagian dari sejarah PPF yang telah menjadi sebahagian dari nostalgia kepada PPF yang telah Berjaya dan ianya adalah amat sukar untuk di lupakan walaupun masa telah berlalu amat pantas. Sebelum 1957 ialah Malaya, selepas itu ialah Persekutuan Tanah Melayu dan pada 1963 baru lah di kenali sebagai Malaysia. Hidup Malaysia.

Profesion Penolong Pegawai Farmasi bermula sekitar bulan September 1957 iaitu sebulan sesudah Kemerdekaan Malaya. Pada masa itu latihan dijalankan di premis Sekolah Latihan Jururawat, Hospital Besar Pulau Pinang. Latihan dijalankan disana sehingga tahun 1964. Kolej latihan adalah dinamakan sebagai Sekolah Latihan Pembancuh Ubat. Pada ketika itu, Latihan adalah dijalankan secara teori selama setahun dan ‚ÄĚon job training selama 2 tahun‚ÄĚ. Pelatih batch 1-12 pada masa itu diserap terus sebagai penjawat awam dan menerima gaji bulanan RM52.50 (batch pertama). Mulai Batch 13 barulah sistem biasiswa atau elaun pelatih diperkenalkan. Gaji PPF selepas latihan dulu ialah antara RM 52.50 - RM422.00.

SEJARAH : Pada tahun 1964, sekolah latihan Pembancuh Ubat telah berpindah ke Makmal Ubat dan Stor, Jalan Universiti (G.M.S ‚Äď General Medical Store) dimana sekarang telah dijadikan IbuPejabat Perkhidmatan Farmasi Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM). Latihan disini dimulakan dengan pengambilan pelatih pertama seramai 26 pelatih sahaja. Kemudian dengan pembinaan 2 lagi Makmal, jumlah pengambilan ditambah menjadi 120 pelatih setiap tahun. Di kawasan yang sama jugalah latihan Pembantu Makmal Kimia Ubat dijalankan yang kita ketahui kemudiannya telah di ‚Äėasimilasi‚Äô menjadi Penolong Pegawai Farmasi.

GELARAN JAWATAN : Gelaran jawatan sebenarnya didapati berubah sebanyak 4 kali. 3 kali secara rasmi dan sekali tidak rasmi. Secara rasmi, gelaran pertama iaitu¬†pembancuh Ubat¬†diguna mulai 1957 ‚Äď 1981(ketika itu dalam bahasa Inggeris di panggil Dispenser) .¬†Gelaran kedua iaitu¬†Pembantu Farmasi¬†dilulus dan diguna mulai 1982 sehinggalah 31 Mei 2008 dan kemudian mulai 1 Jun 2008 secara rasminya diubah sebagai¬†Penolong Pegawai Farmasi. Tetapi ramai yang tidak mengetahui ada satu lagi gelaran yang diguna secara tak rasmi pada 1981-1982 iaitu¬†JuruUbat. Semasa itu gelaran tersebut tidak diluluskan kerana ia kelihatan golongan Profesional. (Maklumat daripada Senior) Selepas itulah ia diubah kepada Pembantu Farmasi.

PERKEMBANGAN LATIHAN : Kembali kepada latihan. Pada tahun 1998 Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Yang Amat Berhormat Dato’Seri Najib Tun Abd Razak telah meluluskan sijil latihan Pembantu Farmasi kepada Diploma Farmasi. Selepas penyediaan kurikulum, program ini dinaik taraf dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah meluluskan nama diploma kepada Diploma Pembantu Farmasi bermula tahun 2000 (walaupun diluluskan Diploma Farmasi). Nama sekolah juga di ubah kepada Kolej Pembantu Farmasi dengan Pengajar dari kalangan bekas Pembantu Farmasi pertama selepas naik taraf seramai 7 orang.

Walaubagaimana pun semua Senior tidak akan lupa akan jasa dan kenangan latihan oleh Miss E.L Leong , Pharmacist @ Pengetua Sekolah sebelum itu yang telah banyak memberi sumbangan dan jasa besar kepada Profesion ini.

Mulai tahun 2004, Kolej Latihan telah berpindah kali ketiga ke premis sekarang iaitu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sg.Buloh dengan imej baru dan penambahan Pengajar seramai 13 orang pada 2008

Kursus pula telah diubah mengikut sistem Universiti dengan kredit point dan pembelajaran semester. Kursus Diploma Farmasi mengambil masa 3 tahun dan dikendalikan mengikut sistem semester yang merangkumi 6 semester.

Empat semester iaitu tahun 1 semester 1 & 2, Tahun 2 semester 1 dan Tahun 3 semester 2 dikendalikan dibawah Program Diploma Farmasi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sg.Buloh.


Pada tahun 2 semester 2 dan tahun 3 semester 1, pelatih perlu menjalani latihan klinikal di hospital-hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi yang di iktiraf oleh KKM.


Sejarah memastikan segalanya menjadi nostalgia kepada semua PPF.


Pembentangan budget 2014 oleh YAB PM telah berlalu dan PPF juga mendapat tempiasnya. Walaupun permohonan PPF agar skim PPF di samatarafkan dengan skim penolong jurutera tidak dimumkan, tetapi dalam masa 25 tahun lagi, pastinya ianya akan berjaya kerana sebanyak 81 skim jawatan telah di ubah suai dan ada antaranya telah berusaha sejak 25 tahun yang lalu. Tetapi tenaga, masa, wang ringgit telah banyak di curahkan dan sebagai contoh disertakan ringkasan permohonan KESATUAN PEKERJA-PEKERJA AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, iaitu seperti berikut :-
Assalammualaikum,

Kepada semua rakan FB yang menjadi Penjawat Awam,apabila Pekeliling Perkhidmatan tentang Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan keluar di Portal JPA semalam,ramai yang memberikan pandangan samaada pro atau kontra tentang pekeliling tersebut.

Ada yang merasa dukacita kerana jawatan mereka tiada perubahan,ada yang gembira.Mengapa Skim perkhidmatan Juruteknik J17,J22,J26 mendapat keutamaan?Untuk Makluman semua isu ini bukanlah baru....KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEMALAYSIA (MTSU) sebuah kesatuan sekerja yang khusus untuk Penolong Jurutera,Juruteknik dan semua staf Teknikal telah memperjuangkan isu ini lebih 25 TAHUN....bukan baru setahun dua isu ini dibangkitkan....ramai yang tak tahu tentang perkara ini tapi saya tahu kerana saya bersahabat baik dengan Saudara Shuhaimi Dato' Othman,Presiden MTSU.

Untuk makluman semua,selain CUEPACS,MTSU juga bergabung didalam MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PEKERJA PEKERJA SAINS DAN TEKNOLOGI BAGI KUMPULAN PELAKSANA atau singkatannya MBK S&T.MBK S&T adalah suatu MAJLIS RUNDINGAN terdiri dari Pihak Pegawai dipengerusikan oleh KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA dan wakil pihak pegawai terdiri dari wakil Kementerian,Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

Wakil Pihak Pekerja terdiri seramai 30 orang yang terdiri dari wakil-wakil Kesatuan Sekerja dari pelbagai perjawatan seperti Juruteknik,Penolong Jurutera,Pkerja Awam,Pekerja Awam Khas,Tukang K2,Pembantu Makmal,Pemandu Kenderaan dan pelbagai lagi perjawatan.Majoriti dari Wakil Pihak Pekerja ini adalah pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja yang turut aktif diperingkat Cuepacs.

MBK S&T ditubuhkan dan dikelolakan oleh JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) dan dalam masa setahun 2 kali mesyuarat penuh yang dihadiri oleh PIHAK MAJIKAN dan PIHAK PEKERJA diadakan.Disinilah PIHAK PEKERJA akan membentangkan kertas kerja yang disediakan oleh Kesatuan masing-masing dan PIHAK PEGAWAi akan membuat keputusan atas permohonan tersebut.Konsep perbincangan dan Musyawarah amat dititikberatkan.

Saya sendiri adalah salah seorang dari 30 orang Ahli Majlis Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan Sains Dan Teknologi.Saya terlibat didalam pembentangan kertaskerja untuk penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pekerja Awam,Pekerja Awam Khas,Tukang K1,Tukang K2 dan lain lain perjawatan didalam Gred Mahir Separuh Mahir dan Tidak Mahir bersama rakan-rakan ahli Majlis yang lain seperti Saudara Sayuti Dollah dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja JKR dan Air,Saudara Rosli Said dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Kedah,saudara Azman Ahmad dari Kesatuan Pekerja Pekerja Awam Kerajaan Negeri Johor,Saudara Kamaruddin Ahmad dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Melaka,Saudara Munian Appo dari KEsatuan Pekerja-Pekerja DBKL dan Saudara Amir Izham Akim dari KESATRIA .Kami berjuang disebalik tabir.Alhamdulillah selepas 5 tahun menunggu akhirnya JPA telah mengeluarkan Pekeliling Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Mahir Separuh Mahir dan Tidak Mahir yang merangkumi jawatan-jawatan yang saya sebutkan diatas.

Untuk makluman semua,Skim-Skim Perkhidmatan yang tidak terlibat akan turut dirombak semula cuma kepada yang terlibat bersabarlah menunggu.Kita memohon sesuatu kepada pihak Kerajaan bukan sekadar bercakap sahaja,kita mesti mengemukakan kertas kerja.Kerajaan melalui JPA pula TIDAK BOLEH SEWENANG WENANGNYA MEMBUAT KEPUTUSAN tanpa merundingkan perkara ini bersama pihak-pihak yang berkepentingan seperti KETUA KETUA JABATAN PERSEKUTUAN,KERAJAAN NEGERI DAN BADAN-BADAN BERKANUN dan tidak ketinggalan PERBENDAHARAAN NEGARA.

Didalam Pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA semalam,beberapa Skim Perkhidmatan telah DINAIKTARAF kelayakan Akademik contohnya Skim Perkhidmatan PEKERJA AWAM R1-R4 yang dulunya kelayakan masuk adalah Tamat Darjah 6 tetapi kini telah diubah kepada Gred H11 dan kelayakan masuknya adalah PMR.Kalau dulu gaji maksimum R4 adalah RM2007 tetapi kini gaji maksimum H11 adalah RM2619.Saudara saudari kiralah sendiri berapa jumlah kenaikannya.Apa yang ingin saya TEKANKAN disini ialah APABILA SESUATU SKIM PERKHIDMATAN ITU DINAIK TARAF KELAYAKAN AKADEMIKNYA BERMAKNA AKAN MENINGKAT JUGALAH GAJI MAKSIMUM PERJAWATAN TERSEBUT.Ini yang saudara saudari kena FAHAM.

Sebelum saya berundur diri,SUKA SAYA MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN FB,APA YANG SEMUA PENJAWAT AWAM NIKMATI PADA HARI INI DAN SEBELUM INI ADALAH HASIL USAHA PENAT LELAH PEMIMPIN PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA YANG BERJUANG DIDALAM CUEPACS DAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN.Walaupun Kerajaan turut MENGAMBIL PANDANGAN orang awam,TETAPI CUEPACS DAN MBK ADALAH RAKAN KONGSI PERUNDINGAN DENGAN KERAJAAN YANG UTAMA.Hinggakan semasa Y.Bhg Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa dilantik sebagai KSN tempohari,pihak pertama yang akan beliau akan jumpa selepas dilantik sebagai KSN adalah CUEPACS.Ini menunjukkan BELIAU AMAT MENGHORMATI DAN MENYANJUNG TINGGI peranan CUEPACS.

Wujudnya CUEPACS adalah hasil dari pemuafakatan 140 Kesatuan Sekerja Penjawat Awam dinegara ini termasuklah kesatuan saya KESATUAN PEKERJA PEKERJA AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.Kami berjuang memohon kenaikan taraf SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA AWAM,PEKERJA AWAM KHAS,TUKANG K1.K2,K3,OPERATOR LOJI ,PENJAGA JENTERA ELEKTRIK dan PEMANDU melalui KERTASKERJA yang kami buat dan dibentangkan diperingkat CUEPACS dan MBK.SELEPAS 5 tahun bertungkus lumus akhirnya KAMI berjaya dan Saudara Saudari pun telah lihat hasilnya semalam.SETELAH BERUSAHA KITA SEBAGAI ORANG ISLAM WAJIB BERDOA,MEMOHON DAN BERSERAH KEPADA ALLAH.

Kerajaan HANYA mengiktiraf KESATUAN-KESATUAN SEKERJA didalam MEMPERJUANGKAN sesuatu perkara dan KERAJAAN tidak MENGIKTIRAF ORANG PERSEORANGAN didalam memperjuangkan sesuatu perkara.

Kepada yang sudah menjadi AHLI KESATUAN,syabas tahniah dan terima kasih tidak terhingga dari saya selaku seorang pemimpin kesatuan sekerja kepada saudara saudari yang SANGGUP MEMOTONG GAJI UNTUK MEMBAYAR YURAN KESATUAN SEKERJA bagi menyokong perjuangan kita.

Bagi YANG BELUM LAGI menjadi AHLI KESATUAN,BERUSAHALAH untuk mengisi borang menjadi AHLI KESATUAN ditempat saudara saudari bertugas.JANGANLAH HANYA MAHU MENJADI PEUMPANG SAHAJA,BERUSAHALAH UNTUK TURUT MENJADI PENYUMBANG.Kebanyakan KESATUAN SEKERJA di Malaysia ini yuran ahlinya TAK ADA PUN yang sampai RM20-30 sebulan,kebanyakannya diantara RM2,RM3 HINGGALAH RM10.

Bagi Penjawat Awam lelaki yang merokok,saudara boleh membeli sekotak rokok yang harganya RM4-5 sekotak sehari,tetapi BERAT SANGATKAH untuk memotong gaji membayar yuran ahli kesatuan RM6 SEBULAN bersamaan 20 SEN SEHARI sedangkan 20 SEN SEHARI ITULAH yang memeperjuangkan naik taraf skim perkhidmatan,bonus dan pelbagai elaun yang kita nikmati selama ini?

Penjawat Awam wanita pula sanggup berhutang membeli kain dibuat baju kurung yang dibawa oleh penjual kain yang datang kepejabat dengan 2-3 kali bayaran,tetapi NAK JADI AHLI KESATUAN pun berkira sangat.

JANGAN JADIKAN ALASAN TIDAK MENDAPAT MAKLUMAT ATAU TIDAK TAHU UNTUK MENDAPATKAN BORANG MENJADI AHLI KESATUAN.Dunia sekarang adalah DUNIA IT,semua maklumat dihujung jari.CARILAH MAKLUMAT KESATUAN SEKERJA DITEMPAT ANDA BERTUGAS atau hubungi pejabat CUEPACS 03-9285 3110 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apabila mendapat "durian runtuh" CUEPACS langsung dilupakan,SEPATAH UCAPAN TERIMA KASIH pun AMAT MAHAL NILAINYA nak diluahkan dari mulut,TETAPI APABILA SESUATU RUNDINGAN BELUM BERJAYA ATAU BELUM TERLAKSANA,kami pejuang-pejuang KESATUAN SEKERJA DIDALAM CUEPACS DIKUTUK,DICACI, DENGAN KATA KATA KESAT BERBAKUL-BAKUL,"tak buat kerjalah","makan elaun haramlah","tak boleh buat kerja letak jawatanlah" dan macam-macam lagi kata nista yang dilemparkan terutama Presiden Cuepacs Dato' Omar Osman dikritik bertalu-talu.Adilkah kami dilayan begini......................................


TIMBALAN PRESIDEN 
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN



PPF boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada perjalanan permohonan kesatuan tersebut.
Tahun 2013 ada berbaki lagi 52 hari dan slepas itu, tahun baru 2014 akan menjelma. AGM persatuan PPF dan AGM kesatuan PPF telah berlalu. Persoalan penggabungan PPF dalam ceupacs masih belum sampai ke titik noktahnya. PPFakan menjadi ahli ceupacs apabila satu surat pekeliling mengundi di edarkan kepada semua ahli kesatuan PPF berkaitan perlantikan ahli PPF sebagai wakil dalam ceupacs.Pemilihan wakil PPF dalam ceupacs adalah tidak secara automatic dan ianya perlulah di undi semasa AGM. Selepas proses pengundian itu tamat, maka barulah terdapat wakil PPF dalam Ceupacs. Kebaikan PPF masuk ceupacs ialah segala perkembangan di JPA akan di maklumkan dan keburukannya ialah banyak RM akan di habiskan kerana ceupacs akan bermesyuarat setiap minggu iaitu sebanyak 52 kali setahun. Ceupacs mempunyai 13 fail dan setiap fail akan bermesyuarat sebanyak 4 kali setahun.
 
Budget 2014 juga memperuntukan kepada semua PPF KKM sebanyak RM 18,000 setiap minggu bagi pembelian barangan bukan ubat dan ubat. Setiap PPF yang menjaga stor farmasi, terutamanya yang bertugas di Klinik Kesihatan tampa Pegawai Farmasi, adalah bertanggungjawab bagi memastikan semuanya di munafaatkan secara teratur, tersusun, bijaksana dan sistemetik dan berusaha bagi mengurangkan pembaziran melalui stok yang berlebihan, penggunaan yang berhemah dan mengurangkan tamat tmpoh sebelum di gunakan. Tetapi jika terdapat PF di tempat PPF bertugas, segalanya boleh di serahkan kepada mereka sebagaimana kebiasaanya dan PPF hanyalah sebagai penolong sahaja. Skim Bersepadu Jururawat telah di pinda daripada U29-U54 kepada U29 - Jusa (Jawatan utama Sektor Awam) . PPF juga boleh mula melakar masa depan yang lebih gemilang serta terbilang dan hasilnya tunggulah lagi 25 tahun.
 
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tamat
 
9 November 2013


 
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3153

View user profile

Back to top Go down

Re: Nak jd pembantu famasi pelatih under SPA

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum