FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

View previous topic View next topic Go down

PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by mohdrashid on Sat 06 Jun 2009, 6:31 pm

dalam zaman cyber ni adakah tugas2 PPF perlu menggunakan aplikasi ict?
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 38
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 4028

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by mohdrashid on Sat 06 Jun 2009, 6:31 pm

Jika perlu apakah bentuk aplikasi yang perlu digunakan?
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 38
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 4028

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by mohdrashid on Sat 06 Jun 2009, 6:35 pm

Saya pasti dinegara kita sudah ada beberapa hospital dan pkk yang menggunakan aplikasi ict dalam menjalankan tugas PPF.contongnya hospital selayang,serdang, hkl,putrajaya dan banyak lagi...sekiranya ada forumer yang bertugas di hospital berkenaan boleh lah konsi pengalaman anda dengan forumer ppf yang lain.....
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 38
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 4028

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by dhiyamirza on Mon 08 Jun 2009, 10:11 am

saya rasa memang sangat2 perlu...banyak gunanya ict ni...sebab biasanya dia menyimpan banyak rekod2 pesakit..mempercepatkan kerja dan tugas...terutama bagi pesakit2 kronik yang biasa memang makan ubat yang sama pada tiap2 bulan..dan juga dapat menjimatkan kos ubat sebab ubat dikira dengan jumlah yang tepat. so dapat mengelakkan pembaziran..mana yang ada integrated system plak, patient belum sampai rx ubat dah sampai kat farmasi melalui ict..so boleh mengurangkan masa menunggu dan dapat mengurangkan kesilapan prescribing juga..
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 35
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3832

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by mohdrashid on Tue 09 Jun 2009, 7:39 pm

@dhiyamirza wrote:saya rasa memang sangat2 perlu...banyak gunanya ict ni...sebab biasanya dia menyimpan banyak rekod2 pesakit..mempercepatkan kerja dan tugas...terutama bagi pesakit2 kronik yang biasa memang makan ubat yang sama pada tiap2 bulan..dan juga dapat menjimatkan kos ubat sebab ubat dikira dengan jumlah yang tepat. so dapat mengelakkan pembaziran..mana yang ada integrated system plak, patient belum sampai rx ubat dah sampai kat farmasi melalui ict..so boleh mengurangkan masa menunggu dan dapat mengurangkan kesilapan prescribing juga..
betul tu... tapi kenapa tak diselaraskan seluruh negara..... ye lah napa tak semua hospital di intergrate kan
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 38
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 4028

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by dhiyamirza on Thu 11 Jun 2009, 11:50 am

tak cukut bajet lagik...
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 35
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3832

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by mohdrashid on Fri 12 Jun 2009, 3:00 pm

memang macam tu lah.....itu lah masalah kita d malaysia
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 38
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 4028

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by akoizer on Mon 03 Aug 2009, 1:50 pm

selain itu,...perkara ni bole memberi pendedahan kpd ppf terhadap dunia itc yg memberi pengaruh besar kpd kemodenan kini...
avatar
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 4295

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

View user profile http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by mohdrashid on Wed 12 Aug 2009, 11:14 pm

ya memang betul tu akoizer.... oleh itu ppf haruslah mengambil inisiatif sendiri untuk memperbaiki pengetahuan it
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 38
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 4028

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by akoizer on Sun 23 Aug 2009, 12:09 pm

it skrg nie mimang perlu & kesannya sangat berpengaruh,..

ole itu, biar la it nie kita gunakan utk meningkatkan pengetahuan semasa.
avatar
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 4295

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

View user profile http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by daus91 on Wed 26 Aug 2009, 4:47 pm

Bg sy ict dlm frmasi ni agk pnting..klu x..xkn dlm course dip farmsi ni ade sbjek ict..

daus91
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Student
Gender : Male
Jumlah Post : 6
Umur : 26
Tarikh Register : 15/07/2009
Reputation : 0
Points : 3081

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by mohdrashid on Fri 28 Aug 2009, 3:26 pm

ya mmg betul.kalau x sistem pun sekurang2nya blh juga guna excel kah untuk buat rekod
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 38
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 4028

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by akoizer on Sun 30 Aug 2009, 10:38 am

exel tu,..exel,...
avatar
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 4295

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

View user profile http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by ppfkkpa on Fri 06 Aug 2010, 9:39 pm

ICT memang perlu bagi PPF, di KK seluruh negara, PPF pesan ubat guna ICT je, tahu2 ubat dah sampai di depan pintu, masaalah hanya di Klinik Kesihatan Pulau Pangkor Perak, dulu janji ubat hantar depan pintu, tapi sebenarnya cuma hantar ke jeti Lumut je, lepas tu , jadi tugas PPF le nak angkut ke Pulau, ict memang memudahkan, satu teknologi yang memang PPF tak boleh elakkan, cuma bila dah senior, mata dah rabun, iq dah menurun, banyak term2 dalam ict ni yang PPF tak boleh nak ingat, tetapi jika pengagihan PPF muda secara rata seluruh negara, tentu PPF akan meningkat setingkat lagi, dan rakyat pun senang dapat ubat, tapi nombor digital pesakit nak ambil ubat, dah lama dah,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3075

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by nori on Mon 31 Jan 2011, 9:06 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Pada masa ini, rakyat Malaysia amat bertuah kerana PPF telah menyumbangkan khidmat di seluruh negara. Khidmat ini telah bermula sejak 50 tahun yang lalu. Maka bolehlah semua PPF menyambut Ulangtahun Ke 50, Sambutan Jubilee Emas, kerana telah menyumbang untuk kemajuan negara. Jika tiada PPF, ramailah rakyat Malaysia tersilap makan ubat.

Dilema PPF terkini ialah beban kerja yang semakin bertambah, rakyat Malaysia juga semakin hari semakin bijak. Banyak soalan yang perlu di jawab semasa membekalkan ubat, terutama di Klinik Kesihatan KKM. Pada masa ini, guru Pra Sekolah pun dah ada Ijazah, tetapi PPF masih bekerja keseorangan sejak 20 tahun yang lalu.

Kertas kerja asal bagi menempatkan minimun 2 PPF di setiap Klinik Kesihatan KKM telah di sediakan oleh PPF KK Batu Rakit, Terengganu pada tahun 1992. Tetapi lihatlah hasilnya, masih ada lagi KK yang hanya seorang PPF je.

Semasa merasmikan mesyuarat PPF di Hotel Brisdale pada tahun 2010 yang lalu, KKM memberitahu bahawa memang mereka tahu bahawa masih banyak lagi PPF yang bekerja secara lone ranger. Tetapi PPF masih ingin tahu, berapa peratuskah usaha tersebut telah berjalan untuk mengatasinya dan pada tahun berapakah, minimin 2 PPF setiap KK akan berjaya di laksanakan.

Sepatutnya bagi setiap PPF yang telah senior di KK tersebut, bilangan pesakit perlulah menurun sebab, umur dah meningkat, rambut dah puteh, berjalan dah perlahan dan selalu pula mc, tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. Semasa melapor diri untuk bertugas sebagai PPF, rakyat Malaysia hanya ada 18 juta sahaja, tetapi pada 2011 dah jadi 28 juta, MA dah ada 3 orang, Dr dah ada 2 orang, SN dah ada 5 orang dan JM dah ada 5 orang di KK tersebut. Tetapi PPF masih sorang je. Ni yang buat PPF tersebut nak lari malam. Di tambah pula dah ada FMS, tentu ubat pakar berjela-jela. Tetapi masih belum terlambat. Bilangan PPF setiap hari semakin bertambah sebab dah ada IPTA dan IPTS yang anjurkan Dip in Pharmacy. Tambahan pula Ubat SPUB, Ubat SMS, Ubat Pos Laju dan Farmasi 24 jam .Hanya keadaan je yang menentukan.

DRAFF KERTAS KERJA MENEMPATKAN MINIMUM
DUA ORANG PPF DI KLINIK KESIHATAN KKM SELUROH NEGARA.

1. Ringkasan Eksekutif :

Kertas kerja ini bertujuan bagi menempatkan MINIMUM dua orang PPF bagi setiap Klinik Kesihatan KKM seluruh negara. Penempatan ini adalah penting bagi membolehkan pesakit mendapat ubat yang lebih cekap, teratur dan mesra serta cepat. Jika sekali pandang, memang tiada bezanya antara seorang dan dua orang PPF.

Tujuan penempatan MINIMUM dua orang ialah :-

- Memastikan pesakit berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang diberikan. Ruang masa antara pesakit dan PPF di kaunter akan bertambah.

- Menjelaskan segala kesulitan samaada dari segi pengetahuan tentang drug dan pengetahuan tentang rawatan terhadap pesakit . Dan ini akan keyakinan pesakit terhadap rawatan serta sekaligus mengurangkan risiko kegagalan rawatan.

- Memastikan semua ubat dalam keadaan terkawal dan mencukupi kerana aktiviti pre-packing boleh dijalankan sepanjang masa tampa mengganggu urusan di kaunter.

- Kawalan iventory setor, pungutan, menghantar pesanan ke Setor Intergrasi, merekod, memeriksa setok dan lain-lain tugas Pengurusan Setor dan Bekalan Farmasiutikal cekap dan teratur. Ini akan dapat mengurangkan pembaziran dalam tarikh luput dan setok yang berlebihan. Perkhidmatan Setor Farmasi akan lebih cekap.

- Bekalan Farmasiutikal kepada lain-lain unit juga akan lebih berkesan kerana pada masa ini semua Klinik Desa ( KD ) mengambil bekalan ubat dalam bentuk Bulk (kuantiti yang besar) dan akan di bungkus semula di Klinik Desa masing-masing tampa pengawasan PPF dari segi kebersihan, label dan tarikh luput .

- Penempatan PPF Kedua juga akan memastikan semua pesakit akan mendapat bekalan ubat daripada PPF terutama apabila PPF Pertama bercuti rehat, bercuti bersalin ataupun berkursus.

- Dengan adanya dua orang PPF Perkhidmatan Farmasi Masyarakat ( Community Pharmacy ) akan lebih berkembang kerana terdapat ruang bagi menyampaikan ceramah, melawat pesakit di rumah tentang penyimpanan ubat, nasihat kepada ahli keluarga tentang penyakit dan rawatan dll.

-

2. Rasional :

PPF adalah satu golongan kakitangan yang paling ramai sekali di Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Boleh dikatakan, PPF adalah tulang Belakang perkhidmatan. Tetapi jika dibandingkan nisbah antara penduduk dan Pembantu Farmasi, bilangan Pembantu Farmasi masih terlalu sedikit. 28 juta orang Penduduk : 2124 orang PPF ( 1 : 11,770 )

Jika cadangan menempatkan dua orang PPF bagi setiapKlinik Kesihatan KKM diluluskan , bilangan PPF akan dapat ditingkat kepada 4000 orang. Dengan bilangan seramai 4000 orang PPF, Perkhidmatan Pesakit Luar di Klinik Kesihatan akan lebih berkesan dan ini akan mengurangkan kegagalan rawatan .

PPF perlu mempunyai bilangan yang mencukupi bagi menjayakan konsep Penjagaan Yang Menyeluruh ( Total Care ) memandangkan hanya PPF yang dilatih dalam pemberian ubat di kaunter dan pengurusan setor. Latihan yang diperolehi boleh digunakan sepenuhnya bagi membantu kejayaan Wawasan Kemeneterian Kesihatan Malaysia.


3. Senarai Tugas PPF

Perkhidmatan PPF terdapat di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan Hospital diletakkan di bawah Bahagian Hospital dan Klinik Kesihatan di letakkan di bawah Bahagian Kesihatan Awam.

Tugas-tugas PPF adalah mengikut dimana mereka ditempatkan, iaitu :-

- Pembantu Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital )
Bahagian Kaunter
- Pembantu Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital )
Bahagian Pengeluaran ( Prabungkus )
- Pembantu Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Klinik Kesihatan )
Bahagian Kaunter
- Pembantu Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( K. Kesihatan )
Setor dan Bekalan Farmasiutikal

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar (Hospital)
Bahagian Kaunter Ubat.

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital ) Kaunter Ubat.

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.
5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.
6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
7. Mengendali penyediaan extemporaneous bila diperlukan.
8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan
9. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan
10. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.


Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar (Hospital)
Bahagian Pengeluaran ( Prabungkus )

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital ) Pengeluaran ( Prabungkus )

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu dan memakai pakaian seragam dengan kemas.
3. Menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berdedikasi, berkesan dan bersopan santun.
4. Memastikan semua aktiviyi dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut Standard Operating Procedures ( SOP ) dan Amalan Perkilangan Baik ( GMP ) .
5. Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan ubat dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik ( GMP ).
6. Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari .
7. Melibatkan diri dalam penyediaan Farmaseutikal Non-Steril dan antiviti prabungkus.
8. Mengambil sampel semua sediaan non-steriluntuk ujian-ujian kawalam mutu dilakukan.
9. Merekod ubat-ubat tertentu seperti yang ditetapkan.
10. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.
11. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
12. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar
( Klinik Kesihatan ) Bahagian Kaunter Ubat.

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( KK Jenis 1 & 2 ) Kaunter Ubat.

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.
5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.
6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
7. Mengendali penyediaan extemporaneous bila diperlukan.
8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan
9. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan
10. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar
( Klinik Kesihatan ) Bahagian Kaunter Ubat.

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( K.Kesihatan Jenis 3 ) Kaunter Ubat.

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Perubatan & Kesihatan y/m
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.
5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.
6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
7. Mengendali penyediaan extemporaneous bila diperlukan.
8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan
9. Memastikan stok ubat-ubatan dan barang-barang bukan ubat sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.
10. Mengambil, menerima, memeriksa, merekod serta menyimpan barang yang diterima.
11. Mengeluar, merekodkan pengeluaran, memeriksa dan membekalkan semua pesanan yang diluluskan.
12. Menyimpan dan merekodkan baucer penerimaan dan pengeluaran.
13. Menyimpan data-data statistik untuk keperluanlaporan tahunan dan projek-projek tertentu.
14. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan
15. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.


Apabila Cadangan Penempatan Tambahan PPF di luluskan, Senarai Tugas PPF Gred U 29 adalah terbahagi kepada dua tugas utama iaitu Perkhidmatan Kaunter Farmasi dan Perkhidmatan Setor dan Bekalan Farmasiutikal.
Tugas serta tanggungjawab PPF Gred U 29 tersebut adalah seperti berikut :


PERKHIDMATAN KAUNTER FARMASI .

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar (K.Kesihatan )
Bahagian Kaunter Ubat.

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Poli. Komuniti Jenis 3 ) Kaunter Ubat.

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Perubatan & Kesihatan y/m
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.
5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.
6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
7. Mengendali penyediaan extemporaneous bila diperlukan.
8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan
9. Memastikan stok ubat-ubatan dan barang-barang bukan ubat sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.
10. Mengambil, menerima, memeriksa, merekod serta menyimpan barang yang diterima.
11. Mengeluar, merekodkan pengeluaran, memeriksa dan membekalkan semua pesanan yang diluluskan.
12. Menyimpan dan merekodkan baucer penerimaan dan pengeluaran.
13. Menyimpan data-data statistik untuk keperluanlaporan tahunan dan projek-projek tertentu.
14. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan
15. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.


PERKHIDMATAN SETOR DAN BEKALAN FARMASIUTIKAL.

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar
( Setor dan Bekalan Farmaseutikal ) - Hospital / P. Komuniti Jenis 1, 2 dan 3

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Setor dan Bekalan Farmasiutikal )
( Hospital / p. Komuniti Jenis 1, 2 & 3 )


1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu dan memakai pakaian seragam dengan kemas.
3. Menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berdedikasi, berkesan dan bersopan santun.
4. Memastikan semua aktiviyi dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut Standard Operating Procedures ( SOP ) dan Amalan Perkilangan Baik ( GMP ) .
5. Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan ubat dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik ( GMP ).
6. Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari .
7. Melibatkan diri dalam penyediaan Farmaseutikal Non-Steril dan antiviti prabungkus.
8. Mengambil sampel semua sediaan non-steriluntuk ujian-ujian kawalam mutu dilakukan.
9. Merekod ubat-ubat tertentu seperti yang ditetapkan.
10. Memastikan stok ubat-ubatan dan barang-barang bukan ubat sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.
11. Mengambil, menerima, memeriksa, merekod serta menyimpan barang yang diterima.
12. Mengeluar, merekodkan pengeluaran, memeriksa dan membekalkan semua pesanan yang diluluskan.
13. Menyimpan dan merekodkan baucer penerimaan dan pengeluaran.
14. Menyimpan data-data statistik untuk keperluanlaporan tahunan dan projek-projek tertentu
15. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.
16. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

4. Tempat-tempat Penempatan PPF Gred U 29 Tambahan.

Pada masa ini semua kemudahan kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai PPF Gred U 29. Ini adalah selaras dengan Norma Perjawatan Pembantu Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Norma Perjawatan adalah seperti berikut :-

Aktiviti Perkhidmatan : Nisbah :

Pesakit Luar ( Klinik Kesihatan / Hospital ) 1 orang : 1 Unit Farmasi
( Tambahan Pembantu Farmasi ) 1 orang setiap tambahan 50 pesakit
sehari.

Cadangan Norma Perjawatan yang baru ialah Dua Orang PPF Gred U 29 bagi setiap Klinik Kesihatan / Farmasi Pesakit Luar.

PPF Gred U 29 tambahan ini boleh ditempatkan diseluroh negara yang mana di Klinik Kesihatan tersebut hanya mempunyai seorang PPF Gred U29 sahaja.


Cadangan Norma Perjawatan PPF Yang Baru Adalah Sepoerti Berikut :-

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Pesakit Luar ( Hospital ) 1 orang : 1 unit farmasi
( tambahan ) 1 orang setiap tambahan 50 pesakit / hari

- Pesakit Luar ( k Kesihatan ) 2 orang : 1 unit farmasi
( tambahan ) 1 orang setiap tambahan 50 pesakit sehari.

- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad ( 28-30 katil / wad )

- Khidmat TPN / IV Admix. 1 orang : setiap 300 kes sebulan.

- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital

- Perkhidmatan Pengeluaran Farmasiutikal 1 orang : setiap 300 pek mendispen sehari

- Gantian Tambahan untuk gantian 1 orang setiap
5 orang PPF

5. Data-Data Sokongan :

Dengan bertambahnya bilangan PPF di Klinik-Klinik Kesihatan di seluroh negera, peranan dan tanggungjawab yang lebih besar boleh di serahkan kepada PPF bagi kesejasteraan rakyat.

Didalam Rancangan Malaysia Ke sembilan ( RM9 ) beberapa hospital baru dan klinik kesihatan baru akan di bina dan ini akan menyebabkan, akan terdapat hospital dan klinik kesihatan yang berhampiran dengan rumah pesakit. Perawatan yang menyeluruh akan dapat diberikan melalui penglibatan PPF di dalam aktiviti rawatan pesakit dan termasuk pencegahan. Perkhidmatan PPF akan menjadi lebih berkesan dan selamat.

6. Implikasi Kewangan :

Pada masa ini, satu pertiga dari Klinik Kesihatan di seluroh negara , telahpun mempunyai dua orang PPF Gred U 29. Pengisian tambahan dua pertiga PPF di Klinik Kesihatan lain, tidak akan membebankan kerajaan kerana , pesakit akan mendapat ubat yang berkualiti dan perkhidmatan yang cekap dan selamat.

Skim Gaji PPF ialah Gred U 29

P1T1 RM 830.50 - P1T26 RM 2137.30
P2T2 RM 883.20 - P2T26 RM 2295.70
P3T1 RM 936.10 - P3T26 RM 2435.40

Implikasi Kewangan Tambahan adalah tidak begitu ketara jika dibandingkan kemudahan yang pesakit akan dapat . Penempatkan seorang PPF Gred U 29 tambahan akan menyebabkan sistem rawatan kesihatan KKM akan dipertingkatkan lagi .

Faedah yang diperolehi daraipada penempatan Tambahan PPF Gred U29 ialah :-
- Pengurusan Setor dan Bekalan Farmasiutikal Yang Lebih Baik Tampa Pembaziran.
- Pesakit Akan Mendapat Ubat Yang Berkualiti, Berkesan dan Selamat.
- Pessakit Akan Mendapat Ubat Dalam Masa maksimum 10 minit (dlm keadaan biasa)
- Pengawalan Ubat Mahal Dengan Lebih Cekap Tampa Pembaziran.
- Peningkatan Aktiviti Pusat Maklumat Drug ( PMD )

Apabila dibandingkan Kebaikan Yang Diperolehi dan Implikasi Kewangan, kebaikan Penempatan PPF Gred U 29 adalah lebih banyak daripada keburukan.


7. Carta Organisasi PPF Gred U 29 Tambahan di Poliklinik Komuniti.

PEGAWAI PERUBATAN DAN KESIHATAN Y/M


PPF Gred U 29 PPF Gred U 29
( Pesakit Luar ) ( Setor dan Bekalan Farmasiutikal )


8. Lain-lain Fakta dan Data :

Sebagaimana yang diketahui umum, semakin negera bertambah maju, jenis-jenis penyakit juga bertambah. Klinik Kesihatan akan sentiasa penuh sesak dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Ini ditambah pula dengan peningkatan harga ubat-ubat baru yang berkualiti serta kesan sampingan yang minimum. , pesakit yang tidak mampu akan membanjiri Farmasi KKM. Kemelesetan ekonomi juga akan menyebabkan perkhidmatan Farmasi KKM akan digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini.

Dengan adanya PPF Gred U 29 tambahan, PPF sedia ada akan menumpukan tugas-tugas yang lebih penting di kaunter. Tugas di kaunter bukanlah hanya membekalkan ubat sahaja. Beberapa aspek perawatan yang sepenuhnya boleh dimainkan oleh PPF . Sessi kaunseling dengan pesakit semasa pemberian ubat boleh dijalankan agar pesakit benar-benar faham tentang penyakit serta tatacara perawatannya.

Apabila terdapat dua orang PPF Gred U 29 di setiap Klinik Kesihatan di seluroh negara, kedua-dua PPF tersebut ada mempunyai peranan masing dalam memajukan perkhidmatan farmasi agar setanding dengan negara-negara lain di dunia ini.

Antaran tajuk-tajuk ceramah dan tugas-tugas pendidikan serta latihan yang boleh dilakukan oleh PPF Gred U 29 kedua ialah :-

INTERAKSI UBAT-UBATAN
( DRUG INTERACTION )

Interaksi ubat-ubatan dikatakan berlaku apabila kesan sesuatu ubat di dalam badan kita berubat di sebabkan kehadiran ubat lain , makanan , minuman atau sesuatu bahan kimia dan kesan keracunan akan terjadi. Betapa beratnya interaksi ubat haruslah di pandang secara serius oleh semua Pembantu Farmasi dan pesakit agar perawatan yang maksimum boleh dicapai. Tugas ini penting semasa pemberian ubat kepada pesakit di kaunter.

Pada masa dekad ini, terdapat berbagai-bagai jenis penyakit yang memerlukan rawatan. Jika pesakit mendapatkan rawatan untuk 2 jenis penyakit , kemungkinan berlakunya interaksi ubat tetap ada. Terdapat berbagai-bagai jenis ubat yang bertindak secara berlawanan dan jika di beri bersama akan menyebabkan keracunan ubat.

Bagi kejayaan perawatan, PPF perlu mempunyai banyak masa bersama pesakit bagi menilai kesan-kesan positif dan negatif interaksi ubat .

Faktor-faktor interaksi ubat :

 mekanisma penyerapan yang tidak sama
 perubahan pH gasterousus
 penyerapan berkurang disebabkan pengabungan ion
 perubahan kadar peristalsis
 perubahan tapak di lasma antara 2 ubat
 perubahan pada metabolisma ubat
 tindakan enzim dalam badan
 perubahan aliran darah
 perubahan pada buah pinggang dan air kencing
 interaksi berlawanan ( antagonis )
 dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, apabila dua orang PPF Gred U 29 ditempatkan di setiap Klinik Kesihatan, PPF dikaunter boleh menitikberatkan aspek mengenai interaksi ubat semasa membekalkan ubat kepada pesakit dan PPF kedua menumpukan kepada tugas-tugas Setor dan Bekalan Farmasiutikal.
PENGELUARAN FARMASIUTIKAL MAKMAL FARMASI
( MANUFACTURING PHARMACY )

Dengan adanya dua orang PPF Gred U 29 di Klinik Kesihatan , tugas-tugas semasa membuat kerja bungkus semula boleh dilakukan secara sistemetik serta teratur mengikut prosedur GMP. . Aspek-aspek GMP amat sukar dipraktikkan jika hanya seorang sahaja PPF Gred U 29 bertugas di Klinik tersebut.

Objektif bahagian Pengeluaran Farmasi ialah :
- memberi perkhidmatan yang cekap
- perlaksanaan program kualiti ( Quality Assurance Program QAP )
- memberi kefahaman tentang amalan pengilangan yang baik ( Good Manufacturing Practice GMP )
- mendedahkan tentang kawalam mutu dalam proses.

Kebaikan GMP ialah memastikan hasil-hasil pengeluaran adalah tetap kepada satu tahap yang ditetapkan. Tetapi semasa ianya dikendalikan oleh semua paramedik, tahap tersebut haruslah dijaga supaya tidak tercemar. Kerosakan boleh berlaku apabila paramedik cuai semasa mengendalikan hasil pengeluaran tersebut.

Jenis-Jenis Hasil Pengeluaran Farmasi :
- ubat ubat cecair kegunaan luar dan dalam
- ubat titis ( persediaan steril )
- ubat kerin dll.

Dengan adanya dua orang PPF Gred U 29 di setiap Klinik Kesihatan, keluaran yang bersih serta selamat boleh dibekalkan dengan lebih cekap , teratur serta berkesan.


AMALAN DISPENSING YANG BAIK
( GOOD DISPENSING PRACTICE )

Apabila dua orang PPF Gred U 29 di tempatkan di setiap Poliklinik Komuniti, amalan dispensing yang baik boleh dipraktikkan sepenuhnya.


Takrif dispensing bagi ubat dan racun menurut undang-undang ialah

membekalkan ubat atau racun mengikut preskripsi yang di terima dari pengamal perubatan , doktor gigi atau doktor haiwan yang berdaftar

Dalam praktis sebenar, aktiviti dispensing melangkaui lebih dari maksud perundangan dan melibatkan pembancuhan, pengbungkusan, penglabelan dan pembekalan.

Pada masa ini ubat-ubat lebih banyak terdapat dalam bentuk siap untuk digunakan yang tersedia untuk dibekalkan. Ubat-ubat yang perlu disediakan terlebih dahulu semakin berkurangan.

Pengetahuan yang mendalan perlu semasa menjalankan tugas mendispen drug kerana ianya bukan sekadar membekalkan ubat tetapi juga merangkumi pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit.

Matlamat dispensing ialah membekalkan ubat dengan cekap, tepat dan selamat. Ciri-ciri komunikasi yang baik mesti terjalin semasa dispensing. Disamping itu, keadaan fizikal juga perlu.

Antara aktiviti dispensing ialah :
- pembancuhan
- pembungkusan
- pengisian ubat
- melabel dengan sempurna
- membekalkan
- nasihat tentang drug.

PPF Gred U 29 boleh mengamalkan amalan dispensing yang baik semasa membekalkan ubat kepada pesakit. Penempatan PPF Gred U 29 tambahan akan membantu dalam pemberian ubat yang berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada pesakit.

UBAT-UBAT SAIKIATRIK
( PSYCHIATRIC DRUG )

Ubat saikiatric ialah ubat yang mengawal sistem otak manusia. Ia di gunakan bagi mengurangkan kesan-kesan penyakit mental. Satu paras yang stabil ubat di dalam darah diperlukan sebelum kesan sesuatu ubat tersebut di peolehi. Amatlah penting bagi semua pesakit saikiatrik mengambil ubat dengan dos yang betul dan dalam kuantiti yang betul. Kadar pematuhan yang tinggi akan menyebabkan penyakit mental boleh di rawat.

Dalam keadaan biasa apabila pesakit tidak mengambil ubat tersebut, terdapat penurunan kepekatan ubat dalam darah yang mendadak dan akan menyebabkan perubahan dalam diri pesakit . PPF mesti mempunyai masa yang mencukupi semasa mendispen . Ubat saikiatrik juga adalah racun terkawal dan kefahaman tentang aspek undang-undang akan membantu PPF semasa menjalankan tugas seharian. Penyimpanan yang rapi dan rekod yang tepat perlu kerana ubat ini sering di salahgunakan.

Kesan yang lebih serius adalah akibat dari tidak mengambil ubat dan diantaranya ialah membunuh diri sendiri dan juga orang lain. Kebanyakan ubat saikiatrik juga adalah di bawah pengawasan Doktor Pakar dan ubatnya adalah mahal, sukar diperolehi dan mempunyai kuasa yang amat kuat. Pengetahuan yang mendalam serta tambahan PPF Gred U 29 perlu bagi mengendalikan pesakit dan ubat berkenaan memandangkan semua pesakit tersebut perlu diberi perhatian yang lebih sedikit berbanding dengan pesakit-pesakit biasa.


PENGURUSAN SETOR
( STORE MANAGEMENT )

Setor peralatan dan setor perubatan mempunyai sistemnya yang tersendiri . Ini adalah kerana semua barang-barang nya adalah cepat rosak dan mempunyai tarikh luput .

Sepintas lalu organisasi setor adalah seperti berikut :
- Bahagian Kawalan Setok
- Bahagian Perolehan Barang-Barang
- Bahagian Iventori

Aktiviti bahagian penyimpanan ialah :
- Penerimaan Barang-barang
- Penyimpanan Barang-Barang
- Pengeluaran Barang-Barang
- Pengiraan Setok
- Pelupusan Barang-Barang.

Aktiviti Bahagian Perolehan Barang-Barang :
- Pembelian Runcit
- Pembelian Terus
- Sebut Harga
- Tender
- Kontrak Pusat

Aktiviti Bahagian Iventory
- Borang Pesanan Rasmi
- Buku Vot
- Buku Ledger
- Kad Kawalan Setok
- Kad Petak

Aktiviti Penerimaan barang-Barang :
- Pemeriksaan
- Bilangan Kotak
- Timbangan

Aktiviti Bahagian Penyimpanan :
- Suhu yang terkawal
- Bahan mudah terbakar
- Bahan mneghakis
- Mengikut Abjad, jenis, kelas , kegunaan, bentuk dan lain-lain.

Aktiviti Bahagian Pengeluaran :
- Masuk dahulu keluar dahulu


Aktiviti bahagian Pengiraan setok :
- Sekali Setahun
- Catitan dan Fizikal mesti sama

Aktiviti bahagian Pelupusan :
- Lembaga Pemeriksa
- Tampa Lembaga Pemeriksa
- Cara-cara pelupusan.

Semua Klinik Kesihatan haruslah mempunyai PPF Gred U 29 ( Setor dan Bekalan Farmasiutikal ) tambahan agar segala tatacara pengurusan dan pengendalian setor dapat dipraktikkan secara berkesan .

KAUNSELING
( COUNCELLING )

Kaunseling bertujuan memberi pendidikan kepada pesakit khasnya dan kaum keluarga pesakit amnya agar membolehkan beliau mengamalkan cara-cara tertentu dalam pengubatan dan perawatan dengan tujuan menyembuhkan dari penyakit serta mengelakkan komplikasi-komplikasi tertentu.

Objektif kaunseling ialah :
- mengekalkan status kesihatan pesakit
- menyebarkan maklumat di kaunter berkenaan penyakit dan ubatnya.
- membantu kaum keluarga pesakit agar memahami keadaan penyakit pesakit
- mengubah tingkahlaku terhadap kepentingan menjaga kesihatan
- membantu pesakit memahami dirinya sendiri
- membantu pesakit mengubah tabiat hidupnya untuk kepentingan perawatannya
- menekankan kepentingan pematuhan memakan ubat.

Tumpuan kaunseling :
- pesakit sendiri
- kaun keluarganya yang akan membantu

Pematuhan memakan ubat :
- nama ubat
- kegunaan ubat
- tempoh dimakan
- cara mengambil / menggunakan
- kesan sampingan
- penyimpanan
- dan lain-lain.

Apabila semua Klinik kesihatan mempunyai dua orang PPF Gred U 29 , Aktiviti kaunseling boleh ditingkatkan kepada pesakit agar penyembuhan yang segera diperolehi.

PENGGUNAAN UBAT SECARA RASIONAL
( RATIONAL USE OF DRUG )

WHO dalam konvensyennya di Nairobi Kenya pada 1985 menyatakan :

Penggunaan Ubat Secara Rasional ialah pesakit menerima ubat yang sepatutnya untuk tujuan klinikalnya, dalam dos yang sesuai pada dirinya, dalam jangka masa yang sepatutnya, pada kos yang rendah untuk dirinya sendiri dan masyarakat amnya.

Kriteria yang perlu ada pada penggunaan ubat secara rasional ialah :
- kegunaan yang sesuai dalam keadaan penyakitnya dan ubat tersebut selamat serta berkesan
- jenis ubat tersebut adalah sesuai pada dasar keberkesananya , keselamatan dan kos yang berpatutan.
- Ubat tersebut diberikan kepada pesakit yang tiada kontraindikasi , sesuai dan kesan sampingan yang minimum
- Memberikan maklumat yang secukupnya kepada pesakit tentang kepekatan dos, kestabilan ubat, cara penyimpanan dan kesan kepada perawatanya.
- Pemantauan yang secukupnya bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Kesalahan yang biasa dilakukan semasa memberikan ubat :
- pemberian ubat yang salah apabila tiada ubat diperlukan
- pemberian antibiotik kepada kanak-kanak yang tidak perlu
- pemberian ubat yang tahap kesannya tidak diketahui
- pemberian ubat yang tahap keselamatanya tidak diperolehi
- gagal memberikan ubat yang paling berkesan yang boleh diperolehi
- memberikan ubat yang betul dalam persediaan yang salah

Sebab berlakunya penggunaan ubat yang tidak rasional :
- kurang latihan dan pengetahuan
- role model yang tidak mencukupi
- tiada maklumat ubat yang terkini
- pesakit yang terlalu ramai dan beban tugas tinggi
- kurang pengalaman dan pengetahuan yang silap tentang keberkesanan ubat

Kesan penggunaan ubat yang tidak rasional :
- mengurangkan kualiti rawatan
- ubat yang berkesan kurang digunakan dan berlaku pembaziran
- menambahkan kesan sampingan ubat
- menambahkan kekebalan kuman terhadap ubat

Cara meningkatkan penggunaan ubat secara rasional :
- komunikasi antara paramedik dan pesakit akan membantu pesakit mematuhi pengambilan ubat.
- Pembungkusan ubat yang sesuai bagi memudahkan pesakit mengambilnya
- Label yang terang, lengkap serta penerangan yang jelas kepada pesakit.

Apabila terdapat dua orang PPF Gred U 29 di Poliklinik Komuniti berkenaan, aspek Penggunaan Ubat Secara Rasional boleh dipraktikkan secara serius serta berkesan.


KOMUNIKASI
( COMMUNICATION )

Terdapat dua jenis kominikasi iaitu :
- komunikasi massa ( maklumbalas berbeza , penyebaran luas )
- komunikasi bersemuka ( maklumbalas baik, penyebaran terhad )

Komunikasi massa amat sesuai bagi maklumat-maklumat ternyata ( factual imformation ) manakala komunikasi bersemuka lebih berkesan dalam mempengaruhi perubahan sikap, pemikiran dan amalan.

Kandungan dan mesej komunikasi :
- banyaknya komunikasi
- kekerapan komunikasi
- penglibatan satu pihak atau dua pihak

Komunikasi antara PPF Gred U 29 dan pesakit amatlah penting dalam kejayaan sesuatu rawatan kerana Pembantu Farmasilah yang akan membekalkan semua maklumat yang diperlukan oleh pesakit. Dengan adanya PPF Gred U 29 tambahan, semua pesakit akan dilayan dengan mesra dan jujur adil dan saksama memandangkan terdapat banyak masa untuk mendispen.


KESELAMATAN SETOR
( SECURITY OF STORE )

Sebuah setor samaada setor perubatan ataupun setor barang-barang mesti dijaga keselamatannya agar perkara yang buruk boleh di elakkan.

Ciri-ciri keselamatan setor :
- menyediakan sistem pengawasan dan penyimpanan kunci-kunci.
- mengadakan peraturan memeriksa setor pada akhir waktu pejabat.
- menyediakan senarai semak tentang keselamatan setor

Menyediakan sistem keselamatan setor yang lengkap dan teratur :
- lokasi setor tersebut
- penggunaan ruang ang maksimum
- rak yang boleh diubah-ubah bentuknya serta rak yang teguh
- penyimpanan barang-barang berat
- penyimpanan barang-barang dalam bekas standard
- penyimpanan barang-barang tercerai, berharga dan menarik.
- penyimpanan cecair mudah terbakar, gas, asid, bahan kimia dan lain-lain.
- pemeriksaan keluar masuk pegawai dan kakitangan
- sistem pencegahan dan melawan kebakaran.

Keselamatan setor yang baik bererti penjagaan harta yang mustahak dan berharga. Setor yang baik akan sentiasa berusaha untuk membekalkan barang-barang tampa ada gangguan . Apabila terdapat PPF Gred U 29 tambahan, penjagaan setor dari aspek keselamatan akan menjadi lebih mudah dan teratur.


PERKHIDMATAN FARMASI 24 JAM /
BEKERJA PADA MASA YANG DILANJUTKAN /
TINGGAL ATAS PANGGILAN .

Aktiviti farmasi telah banyak mengalami peribahan pada masa ini. Salah satunya ialah perkhidmatan farmasi 24 jam.

Farmasi perlu di buka 24 jam kerana :
- memberikan ubat kepada pesakit luar dan pesakit dalam dan ini akan membantu pesakit dalam perawatannya
- pesakit boleh mengambl bekalan ubatnya pada bila-bila masa sahaja dan ini penting kepada pesakit yang mempunyai rawatan berpanjangan yang mana jika tidak mengambil ubat akan menyebabkan rawatannya tergendala.
- pesakit akan dibekalkan ubat dengan berkesan, selamat, pantas dan cekap serta kos terhadap pesakit akan berkurangan.
- pengendalian ubat secara individu boleh dilakukan.
- kekerapan menyukat paras ubat dalam darah dapat di kawal
- perkhidmatan 24 jam perlu bagi menampong keperluan yang tidak dapat diperolehi dari pengilang.

Sejarah perkhidmatan farmasi 24 jam :
- pada permulaanya hanya pada waktu pejabat sahaja
- ditambah kepada selepas waktu pejabat dan sehingga pesakit habis
- seterusnya dilanjutkan hingga 10 malam bagi unit kecemasan
- kini perkhidmatan 24 jam di perkenalkan

Kebaikan perkhidmatan 24 jam :
- bekalan yang sedikit sahaja dibekalkan kerana 24 jam beroperasi
- tiada ubat yang luput tarikh dan tiada pembaziran
- percampuran ubat iv boleh dibuat pada bila-bila masa
- berhubung rapat dengan unit dos/unit use
- semua pesakit akan ada ubat secara individu
- paramedik hanya memberi sahaja ubat yang telah disediakan.

Percampuran ubat iv yang lebih baik kerana :
- jika farmasi tidak buat, paramedik pasti akan membuatnya sendiri
- farmasi mencampurkan ubat tersebut secara steril
- terdapat ubat yang hanya stabil pada masa yang tertentu dan farmasi mencampurkanya hanya apabila hendak digunakan .

Dengan adanya Tambahan PPF Gred U 29 , tugas membekalkan ubat akan tiada batasan
( Seamless, Borderless Dispensing ).

PROGRAM JAMINAN KUALITI
( QUALITY ASSURANCE PROGRAM QAP )

Qap Bahagian Perkhidmatan Farmasi mula diperkenalkan pada tahun 1987 dan dilancarkan secara rasminya pada tahun 1990. Pada peringkat awalnya , kualiti yang dititikberatkan ialah :

- purata bilangan perkara bagi setiap preskripsi
- bilangan pesakit yang faham cara pengambilan ubat setiap 1000 preskripsi

Memandangkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah berkembang, beberapa indikator baru telah diperkenalkan dan dijadikan indikator kebangsaan, antaranya ialah :

- maksima bilangan perkara yang di tulis atas preskripsi ( 3 )
- kesalahan semasa mendispen ( 0 % )
- kadar turn over jumlah nilai stok di setor perubatan ( antara 3-6 )
- kadar nilai lupus dari setor ( kurang dari 0.5 % )

Dengan adanya PPF Gred U 29 tambahan, beberapa indikator boleh dipantau dan ini meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan farmasi.


PERKHIDMATAN MAKLUMAT DRUG
( DRUG IMFORMATION SERVICES DIS )

Tujuan DIS di ujudkan ialah :
- memberi pendedahan kepada paramedik tentang pusat tersebut, matlamat penubuhanya dan perkhidmatan yang boleh diberikan.
- memberi pengetahuan kepada paramedik tentang berbagai sumber rujukan, jenis maklumat drug yang penting dan menerangkan bagaimana sumber-sumber ini dapat digunakan dalam melaksana tugas-tugas seharian.
- memberi satu rangkaian sumber terhadap racun dan ubat yang terdapat di Malaysia serta cara-cara sistem ini dapat di manfaatkan dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit.

Sumber-sumber rujukan :
- rujukan umum seperti artikal-artikal dan monograf sesuatu ubat
- rujukan primer seperti Medline, Medicus, IOWA, laporan klinikal, laporan kes, penyelidikan farmakologi, laporan epidemiologi dan lain-lain.

Fungsi yang berguna bagi DIS :
- penilaian ubat dari segi penggunaan, kekerapan dan dos
- melaporkan kesan buruk drug
- mengedarkan formula standard
- pendidikan dan latihan mengenai DIS

Dengan adanya PPF Gred U 29 Tambahan, perkhidmatan DIS akan diperluas dan semua maklumat yang perlu akan disebarkan kepada pesakit / paramedik / Doktor.


PENGLABELAN UBAT-UBATAN DENGAN NAMA GENERIK
( WRITING PRESCRIPTION IN GENERIC )

Peraturan ini bertujuan bagi melatih semua paramedik / Doktor agar membiasakan diri dengan penulisan secara generik. Nama generik sesuatu ubat itu tidak akan berubah walau di negara manapun ianya di gunakan . Ianya adalah tetap. Sedangkan nama perdagangan adalah sentiasa berubah mengikut syarikat yang mengeluarkan ubat tersebut.
Contoh yang paling jelas ialah PANADOL;
Nama Generik ialah PARACETAMOL

Nama Synonim ialah ACETAMENOPHANE

Nama Perdagangan Nama Syarikat
Panadol Smith Kline Beecham Sdn Bhd
Setamol Hovid Pharmacy Sdn Bhd
Uphamol Upha Pharmaciutical Sdn Bhd

Banyak kekeliruan yang timbul jika nama perdagangan yang digunakan. Ketua Pengarah Kesihatan juga telah mengeluarkan perkeliling pada tahun 1992 mengarahkan penulisan dengan nama generik.

Pemantauan yang dilakukan pada tahun 2000 mendapati hanya 40 % sahaja paramedik / Doktor mematuhi arahan ini. Pengetahuan tentang penulisan generik ini perlu dipelajari oleh semua paramedik / Doktor agar perlaksanaannya serta kebaikannya boleh diperolehi bersama.
Dengan adanya PPF Gred U 29 Tambahan, aspek latihan dan bimbingan tentang penulisan secara generik dapat di pergiatkan.


PENYALAHGUNAAN DADAH
( DRUG ABUSE )

Masyarakat perlu mengetahui isu-isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, serta memahami dan menghargai usaha-usaha dan rancangan antidadah. Masyarakat juga boleh membantu dalam usaha-usaha mencegah penyalahgunaan dadah.

Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan :
- heroin (77 % )
- morphin ( 8.7 % )
- ganja ( 3.27 % )
- candu ( 1.7 % )
- amphetamin ( 0.4 % )
- barbiturate ( 0.29 % )
- Dadah Dadah Lain ( 7.61 % ) ( sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat )

Penyalahgunaan dadah akan memberi akibat buruk kepada negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Pengawalannya juga sukar jika tidak mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat.

Agensi-Agensi Pencegah Bidang Kuasa
Jabatan Peguan Negara perundangan
Polis, Kastam,UPP penguatkuasa undang-undang
Bahagian Farmasi KKM penguatkuasa undang-undang dan pengawalan bahan-bahan racun dan psikotropik
Bahagian Rawatan dan Pemulihan rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kementerian Dalam Negeri
Jabatan Penjara rawatan dan pemulihan banduan dadah
Hospital KKM penentuan penagih dan rawatan detoksifikasi
Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudahan latihan kaunseling
Kementerian Pendidikan pendidikan pencegahan
Kementerian Penerangan penerangan dan pencegahan umum
Kementerian Belia dan Sukan penerangan dan pencegahan umum.
Pusat Dadah USM Penang kajian-kajian epidemiologi dan sosiologi
Pemadam dan lain-lain NGO jagaan lajutan, pencegahan dan penerangan.

Dengan adanya PPF Gred U 29 Tambahan, aspek pencegahan dan penyalahgunaan dadah boleh ditingkatkan dengan penglibatan Pembantu Farmasi di Kaunter.

Cadangan dan pandangan ini adalah dari sudut akademik / ilmiah dan perlu di lihat juga dari sudut akademik / ilmiah .

Tamat : 31 Januari 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3267

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by nori on Sat 16 Jul 2011, 12:41 pm

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF :

Perkara ini amat perlu kerana ianya akan membantu PPF memudahkan kerja dan sekaligus dapat meningkatkan bilangan pesakit yang akan mendapatkan ubat. Ianya dalam tugasan kaunter dan tugasan setor.

PPF juga perlu menyenaraikan tugasan terkini dalam bidang
Tugasan Penyelengaraan Setor
Tugasan Penolong Pegawai Farmasi
Tugasan Di Biro

Selepas itu barulah boleh di gariskan apakah fungsi ICT bagi membantu tugasan seharian. Ianya juga pernah di sarankan pada 2000 semasa persidangan Pengarah Pengarah KKM. Rujuk Resolusi pada tahun 2000 tersebut.

RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000
Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang

Bagi latihan pertama PPF, sijil mereka ialah Sijil Pembancuh Ubat dan selepas itu ialah Sijil Pembantu Farmasi dan seterusnya kini Diploma Farmasi. Juga terdapat PPF pada hari ini yang memiliki Sijil Pembantu Makmal Kimia Ubat dan diserapka ke PPF dengan tambahan latihan dalam farmakologi selama 6 bulan. Tapi semua nya telah menjadi hari ini dalam sejarah. Jika di hitung memang banyak sejarah sejak PPF berada di Malaysia selama 50 tahun lebih.

Esok kita akan bincangkan pula perjalanan dan perlaksanan, pencapaian, kelebihan dan kekurangan serta cadangan- cadangan / usol bagi di majukan ke JK Teknikal PPF. Tetapi pastikan ianya tidak melebihi 10 muka surat, sebab web ini hanya menerima 10 muka surat sahaja, dan esok tu adalah hari ini. Sabar….

PPF alaf baru mempunyai banyak saluran bagi memperjuangkan hasrat PPF, antaranya ialah :

Mesyuarat JK Teknikal PPF
Usol semasa AGM persatuan
Usol semasa AGM kesatuan
Mesyuarat PPF Kanan bersama Pengarah Kanan BPF KKM
Mesyuarat PPF y/m peringkat negeri
Mesyuarat Pengurusan PTJ
Mesyuarat MBJ JKN
Mesyuarat Pre Council MBJ JKN
Mesyuarat MBJ PTJ
Mesyuarat Pre Council MBJ PTJ
Mesyuarat kedai kopi.

Dan sepekara lagi ialah, semasa ucapan dasar YDP persatuan dan Presiden kesatuan semasa AGM, kertas tersebut juga di majukan kepada pihak atasan untuk perhatian dan makluman mereka. Dan segalanya di rekodkan. Itulah sebabnya semua PPF perlu memberikan input semasa ucapan dasar YDP dan Presiden di sediakan. Selalunya mengambil masa 30 hari untuk di siapkan. Dan yang terkini, ucapan dasar Presiden kesatuan semasa AGM sedang diusahakan. PPF bolehlah memberikan input untuk dimasukkan dalam ucapan tersebut. Tetapi pastikan PPF tersebut telah menjadi ahli dan tiada yuran tertunggak, baru lah boleh memberikan input.

Dan sepatatutnya semua persoalan PPF telah di bawa ke pengetahuan pihak atasan dan telah di rangka dan di gariskankan jalan penyelesaiannya dan hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja semua nya akan di atasi dan di selesaikan secara yang sepatutnya.


Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM pada 31 Dis 2010 ialah :

Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Itulah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM

Berita dari BPF KKM ialah Konvensyen Inovasi dan kreativiti Farmasi 2011:
Tarikh : 30 Oktober 2011 – 2 November 2011
Tempat : Melaka
Tema : Inovasi Kreatif Penjana Transformasi Kecemerlangan Farmasi.

Selalunya sebelum itu, akan ada konvensyen peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan. Dahulunya konvensyen ini di namakan KMK ( Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja ) Kini dah jadi KIK dan pastinya PPF juga terlibat dalam KIK bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kepada Negara.

KIK ini adalak satu kumpulan PPF secara tetap dan bermesyuarat secara tetap. Tak boleh di tubuhkan secara Ad Hock sahaja. Dan ini juga menunjukkan bahawa PPF perlu bekerja secar berterusan, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun, sehinggallah bersara wajib.


Kita terus je ke JK Teknikal :

Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh :

5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.)
4 Exco Kesatuan, En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam.
3 Exco PPFM, En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun
4 wakil PPF , Puan Faridah Saidi, Hjh.Norhaini bt Othman, Puan Juriah bt Wakidi, En.Talib b Tawil,
1 wakil Sabah En.Johnson Chin Nyat Min.
1 wakil Sarawak. En.James Yiek Hua Kuong

Urusetia JK Teknikal : En.Muhammad B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof

Isu-Isu PPF yang pernah dibincangkan oleh PPF untuk perhatian JK Teknikal PPF ialah :

Memberi Peluang PPF Melanjutkan Pelajaran Ijazah Pharmasi di IPTA
PPF Berdaftar Dengan Lembaga Farmasi Malaysia
PPF Berdaftar Dengan Akta Kesihatan Bersekutu
Mengadakan Kursus Pos Basik Bagi PPF
Pertukaran Nama Diploma Pembantu Farmasi KKM Kepada Diploma Farmasi
Pertukaran Nama Jawatan Yang Lebih Relevan Seperti Juruteknologi Farmasi
Pakaian Seragam PPF Yang Lebih Sesuai Dan Universal
Menyediakan Bilik Khas bagi PPF Kanan bagi Tugasan Pentadbiran PPF
Peruntukan Khas Kepada PPF Untuk Persidangan Peringkat Negeri / Kebangsaan
Expanded dan Extended Role PPF Yang Terkini
Penglibatan PPF Dalam Health System Research (HSR) KKM
Pembentangan Kertas Kerja, Scientific Meeting Dll Oleh PPF
Perlantikan Ketua PPF U40 Peringkat Kebangsaan Oleh KKM
Perlantikan Kordinator Negeri PPF U40 Oleh KKM
Jawatan Khas PPF Yang Ada Ijazah Bagi Mengajar Pos Basik PPF.
Team Work Antara PF Dan PPF Agar Lebih Sistematik Dan Effisyen
Penglibatan PPF Dalam Program Kemasyarakatan
Wujudkan JK Pembangunan Perkhidmatan Farmasi (PF,PPF, Storekeeper, PPK,PRA)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dalam Kajian, KMK, Inovasi, 5S Dll.
Pengisian PPF U36 di Pejabat Kesihatan Daerah Seluruh Negara
Penambahan Kolej PPF Bagi Penyediaan Tenaga Kerja Yang Mencukupi
Penambahan Jawatan Pengajar PPF di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dlm AJK Kecil di PKD / Hospital
Pengisian Jawatan PPF Yang Kosong Atas Kadar Segera
Permohonan Elaun Kritikal Bagi PPF
Cadangan Skim Bersepadu PPF U29, U32, U36, U41, U44, U48, U52, U54
Cadangan Elaun Harzard Bagi PPF
Kajian Senarai Tugas PPF Yang Terkini U29 – U40
Cadangan Markah CPD Mengantikan Ujian PTK bagi PPF
Hala Tuju PPF Pada Masa Akan Datang
Kedudukan PPF DalamAkta Farmasi
Kedudukan PPF Dalam Akta Sains Kesihatan Bersekutu
Masa Depan PPF Berkaitan Kursus Bac Sc (Hons) Farmasiutical Technology UKM
Cadangan Penempatan PPF Di Unit Penguatkuasaan Farmasi
Cadangan Menempatkan Minima Dua Orang PPF Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di Farmasi Klinik Pakar
Cadangan Menempatkan PPF Di Unit Maklumat Drug Di Setiap Hospital Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di JKN Seluruh Negara.Melalui ABM8

Sebagaimana kebiasaannya ialah semuanya memerlukan kertas kerja yang lengkap sebelum sesuatu itu dapat di bawa ke pengetahuan JK Teknikal. Ada antaranya telah selesai berdasarkan kertas kerja lengkap yang telah di terima. PPF juga terlibat dalam usaha mengubah nama Diploma Pembantu Farmasi kepada Diploma Farmasi di KKM. Tetapi usaha PPF hanyalah sebagai pelengkap sahaja kerana kertas kerja yang sebenarnya ialah di sediakan oleh Bahagian Latihan KKM.

Forum PPF juga pernah menimbulkan beberapa persoalan, dan antaranya ialah :

BEBAN TUGAS PPF, MENGAPA DIAMBIL RINGAN – ytracis
TPN, TDM, CDR – topup, afiq82
DISPENSING SEPARATION – afiq82
TUGAS – TUGAS SEBENAR PPF –gurles
BELAJAR BUAT BLOG & BLOG PPF –jaya18, cheloski
SIAPA BERMINAT UTK MENGANGGOTAI KAJIAN / PROJEK – cheloski
TWO YRS TOP UP DEGREE IN PHARM. SC & TECH. – cheloski
BAGAIMANA DENGAN IMEJ PROFESYEN KITA- jaya18
MERAPATKAN SILARATULROHIM SESAMA KITA – jaya18
PENGUMUMAN PENTING UNTUK PARAMEDIK BERIJAZAH –aini
UBATAN YANG GUNA BAHAN RADIOAKTIF – awan_biru85
PPF SEMAKIN SEDIKIT – sherry
FARMAKOKINETIK – imzal82
SOFT SKILL YANG PERLU ADA SEBAGAI PPF – yasmin
MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG FARMASI – yasmin
LALUAN PPF UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI – atokpencen
SENARAI TUGAS PPF – liza
TUGAS ATAU TANGGUNGJAWAB PPF – babeywanyda
JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN – sudahbagus
YANG BERACUN DI SEKELILING KITA – kainkapan
UBAT PRE PACK SEDIA ADA, APA KOMPLIKASINYA – akoizer
PPF DAH RAMAI MASUK KK – nustrule
PERSATUAN PPF – yangdipertua
POS BASIK PPF – hius2007
APA SUDAH JADI NASIB PPF – mamatwins
LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI – zaha
PIAGAM / LEMBAGA UTK PPF – kamalbaharin
JANGAN TAKUT PADA BAYANG SENDIRI – arifhti
5S & ISO, MANA YG PATUT DI DAHULUKAN – ahmadmohgudang
SPUB – dhiyamirza
MENGAPA PERLU ADA JURANG ANTARA PPF / PF – mohdrashid
PERLUKAH ICT DI APLIKASIKAN DLM TUGAS PPF – mohdrashid
PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN – mohdrashid
SELAIN PPFM / KKPFKMB, CARA LAIN MENYATUKAN PPF – mohdrashid
TEMPOH MASA MENUNGGU JADI KPI PPF – mohdrashid
PERLUKAH PPF BERADA DI UNIT PENGUATKUASAAN – mohdrashid
NAMA KOMERSIL VS NAMA GENERIK , MANA YANG BAIK – mohdrashid
PENGALAMAN PPF YG BLH JD PANDUAN N TAULADAN – mohdrashid
PERLUKAH PPF ADA UNIFORM – mohdrashid
HALATUJU PPF – hius2007
ELAUN KRITIKAL –faizal@33
ABM 8 PPF – faizal@33
RISIKO UBAT – rahitse
PPF DI BIDANG PENGUATKUASAAN – amru_asyraf

Tetapi sebagai PPF alaf baru, ada antaranya telah selesai dan tidak sesuai di bincangkan lagi kerana keadaan telah berubah dan jalan penyelesaiannya telah di temui. Sebab itulah PPF perlu sentiasa menimba ilmu dan mengikuti perkembangan semasa kerana setiap hari pasti akan ada berlaku perubahan terhadap bidang kefarmasian sama ada kecil atau pun besar.

Tetapi apa yang berlaku ialah pada 2008, AGM kesatuan di Terengganu, wakil BPF KKM merungut kerana semasa AGM tiada LCD Projector di sediakan, kerana beliau mempunyai beberapa maklumat untuk di terangkan dan di kongsi bersama. Tetapi sehingga kini pada 2011, power point tersebut masih gagal di tunjukkan kepada PPF, maka maklumat tersebut memang tidak dipanjangkan kepada pengetahuan semua PPF. PPF juga tidak menyediakan ruang dan peluang bagi berkongsi ilmu dan lain-lain pengetahuan dalam bidang kefarmasian, kecuali hanya sedikit sahaja yang telah di lakukan oleh biro pendidikan. Biro multimedia juga membantu.


Kongres Profesor Malaysia juga telah lulus 14 resolusi jayakan transformasi pada 9 Julai 2011, berdasarkan setiap kluster ilmu untuk membantu kerajaan menjayakan usaha transformasi negara seperti berikut:

Mengukuhkan dasar, proses perancangan dan tadbir urus sektor sumber asli dan alam sekitar; transformasi ekonomi yang disokong sistem pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan berasaskan sasaran keberhasilan konkrit dan jelas.
Kod tadbir urus sektor awam dan kaedah penguatkuasaan dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan pengurusan.

Pembangunan modal insan berpengetahuan dan kemahiran tinggi serta sistem keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dicadang bagi memastikan ICT menjadi pemacu utama transformasi.

Pengukuhan Polisi Inovasi Negara bagi memastikan kelestarian ekosistem inovasi tanpa sempadan iaitu membabitkan semua peringkat masyarakat bermula di sekolah hingga industri dan agensi kerajaan.

Bagi memastikan negara tidak terdedah kepada ancaman penyusutan sumber dan krisis tenaga, pembangunan kecekapan penggunaan tenaga, pengoperasian perkakasan, perancangan bandar dan pemerkasaan penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui dicadangkan.

Sokongan padu terhadap penegasan dasar mengekalkan nisbah 60:40 bagi pelajar aliran sains berbanding pelajar bukan sains yang merosot pada tahap 20:80 ketika ini bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 60 penyelidik, saintis dan jurutera bagi setiap 10,000 tenaga kerja.

Usaha menjana dan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains sosial disifatkan kritikal bagi membekalkan data sosial mencukupi untuk pelaksanaan transformasi negara.

Menekankan kepentingan sistem pendidikan diperkukuhkan menerusi pendekatan kesepaduan bermula pendidikan dasar hingga tertiari yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berorientasikan bakat, bukan peperiksaan.

Akses perkhidmatan kesihatan secara saksama dengan memberi keutamaan kepada aspek pencegahan penyakit secara menyeluruh dan berkesan.

Menitikberatkan kesepaduan sosial sebagai prasyarat untuk menjamin transformasi negara yang seimbang.

Bagi memartabat industri farmaseutikal, kerajaan dicadang mewujudkan keupayaan sebagai pengeluar ubatan halal bagi mengelak kebergantungan terhadap pasaran luar yang diragui kesesuaiannya dan boleh mengancam kesihatan rakyat.

Turut diusul bagi bidang kesihatan adalah masalah ketagihan dadah dipertanggungjawabkan bersama Kementerian Kesihatan kerana ia dikenal pasti sebagai penyakit.

Meminta kerajaan memastikan inti pati pembangunan dikawal sistem nilai budaya yang murni untuk mengelak penyelewengan, mengekalkan moral tinggi serta menegakkan prinsip keadilan sosial.

Bagi memastikan sekuriti makanan, negara dicadang memberi perhatian khusus kepada isu penggunaan tanah, koordinasi antara pelbagai kementerian dan agensi, dasar insentif, kebergantungan kepada buruh asing, mekanisme pemasaran, pemindahan teknologi, perubahan iklim, sumber air dan dana pelaburan.


Sebanyak 14 resolusi tersebut memang melibatkan PPF samaada secara langsung dan secara tidak langsung dan bagi usaha seterusnya ialah PPF perlu melantik 14 PPF yang ada kemampuan, kemahiran dan keupayaan dalam menjayakan resolusi tersebut. Selepas itu, semua hasilnya perlulah di majukan kepada JK Teknikal bagi dijayakan.


Kita undur seketika terhadap persatuan PPF. Apabila di semak, sejak 1991, memang tiada sijil lantikan wakil negeri dan sijil lantikan Ahli Majlis telah dikeluarkan . Perkara ini boleh di rujuk kepada su persatuan yang lalu, kerana beliau adalah orang lama dalam persatuan. Tetapi perubahan boleh dilakukan pada sessi 2011 – 2013 dan berharap semua sijil lantikan boleh di keluarkan kepada wakil negeri dan Ahli Majlis.

Ini amat berbeza dengan kesatuan kerana semua exco yang tidak di lantik semula, akan di berikan sijil lantikan. Tetapi perubahan telah di lakukan iaitu setiap dua tahun, sijil lantikan kepada exco dan wakil negeri memang ada di keluarkan.


Dan akhir sekali ialah cuba kita renungkan sejenak kumpulan paramedic di KKM. PPF di kira masih bernasib baik jika dibandingkan dengan Jururawat Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Juruteknik Pergigian. Kira PPF ni bukanlah golongan terakhir kerana masih ada lagi kumpulan paramedic lain yang belum menonjol. Cuma jika dibandingkan dengan jururawat, PPF masih ketinggalan sebab program Phd Kejururawatan telah di jalankan oleh IPT di Negara ini. Mereka maju sebab wujudnya Florence Nightangle yang membawa kampu pada waktu malam merawat pesakit.


Kesimpulan dari semua persoalan di atas ialah, patuhi sahaja
RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000
Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang
Kerana jalan mencapainya telah di tunjukkan, iaitu;

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms: that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations ( short and sharp ) Lainlah jika BPF KKM telah membuka pintu luas kepada PPF bagi memperkatakan sesuatu. Usol pertama apabila pintu di buka ialah bagaimana cara supaya PPF layak mendapat BIPK kritikal seperti PF.


Segala pendapat, cadangan, pandangan, coretan dan pemerhatian di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat nya dari sudut perspektif yang sama agar ianya akan memberikan gambaran yang sama dan tidak tersasar, kerana sedikit perbezaan pendapat akan memberikan najitah yang berbeza, dan yang amat perlu ialah semua PPF mesti berfikiran positif setiap masa, sepanjang masa dan sebarang masa.

Tamat : 16 Julai 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3267

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by nori on Thu 05 Dec 2013, 12:24 pm

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 



ICT amat perlu demi kemajuan PPF. Tarikh 17 Dis YAB PM akan rasmikan persidangan CEUPACS, PPF boleh hadir dan serahkan sendiri permohonan PPF kepada YAB PM. Pastikan ianya adalah dalam 50 set, hard copy dan soft copy. Lepas ni jangan kata kerajaan tiada membuka peluang kepada PPF. Tetapi hanya NGO berdaftar sahaja yg boleh hantar iaitu persatuan PPF dan kesatuan PPF. Lain-lain PPF gigit jari je. Dan disertakan rencana dari blog CEUPACS.
 
Kira-kira 300 pembantu tadbir mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi memohon kenaikan gred yang didakwa tidak disemak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak 40 tahun lalu.Timbalan Presiden Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan), Che Saad Hashim berkata, beliau yang mewakili lebih 130,000 pembantu tadbir di seluruh negara merasa terpinggir, apatah lagi golongan itu tidak termasuk dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014.
 
"Kita tiada jalan lain dan tidak mahu mengadakan demonstrasi. Hanya kepada Allah kami memohon agar pemimpin atasan melihat golongan pembantu tadbir (pekeranian/operasi) dan pembantu tadbir (kewangan) yang merupakan kelompok kedua terbesar selepas guru."Kita telah pun menghantar cadangan kenaikan gred ini kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Kuching, Sarawak pada September lalu."Oleh itu, kita berharap Perdana Menteri yang dijangka merasmikan Konvensyen Tahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 17 Disember ini dapat mengumumkan sesuatu tentang perkara ini," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat hajat perdana dan bacaan Yasin di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di sini.olat hajat dan bacaan Yasin itu masing-masing dipimpin oleh Imam Besar masjid berkenaan, Abdul Farid Salleh dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim.Dalam pada itu, Che Saad berkata, selain Keptan, solat hajat tersebut turut disertai oleh ahli berdaftar daripada Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (Auegcas) dan Kesatuan Pembantu Tadbir Kementerian Kesihatan (KepTaKes).
 
"Kami memohon kenaikan gred daripada N17 ke N27 tetapi difahamkan JPA memberi alasan kenaikan gred itu terlalu tinggi. Bagaimanapun, terdapat ura-ura JPA bersetuju meningkatkan tiga lapisan gred N17, N22 dan N26 kepada N21, N26 dan N28. Itu kami terima. "Ini disebabkan beberapa perjawatan yang sama dengan kelulusan darjah enam telah diberi satu perkhidmatan lebih baik dalam kedudukan gred 17, antaranya tukang masak," katanya.
 
Kira-kira 10,000 pengawal keselamatan di seluruh negara yang kini berada di gred KP11 dan KP14 dijangka dinaikkan ke gred KP17 pada tahun depan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman. 

Beliau berkata kenaikan itu adalah wajar kerana tugas yang diamanah dan dipikul mereka dalam skop keselamatan pada masa kini amat mencabar termasuk keselamatan pada bangunan, aset, para pekerja serta pelajar.
 
Katanya hampir 50 peratus pengawal keselamatan kini berkhidmat di lebih 20 buah institusi pengajian tinggi awam dan selebihnya berkhidmat di enam agensi dan beberapa kementerian di Putrajaya.  "Kita telah adakan bengkel pada bulan lepas mengenai penambahbaikan gred pengawal keselamatan ini dan telah putuskan untuk dijumudkan lantikan mereka kepada KP17," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengawal-pengawal keselamatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampus UTeM di sini Rabu. 
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam sedang membuat semakan mengenai permintaan CUEPACS itu. 
 
Kerajaan bersetuju menaikkan pangkat seramai 1,402 anggota polis berpangkat Inspektor kepada Asisten Superitenden Polis (ASP), mulai Januari depan.  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka merupakan anggota yang sebelum ini berpangkat Cif Inspektor sebelum ditukarkan kepada Inspektor setelah jawatan Cif Inspektor dimansuhkan. 
"Ini merupakan satu perkara yang ditunggu-tunggu terutama oleh Persatuan Inspektor Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan pegawai awam PDRM bersama Ketua Polis Negara di sini, hari ini. 
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman. 

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan sudut khas sejarah pegawai awam di Muzium PDRM bagi menghargai pegawai awam yang memulakan khidmat sejak penubuhan pasukan polis di bawah kerajaan British pada 25 Mac 1807.
 
Khalid berkata anggota polis berpangkat Inspektor yang lain akan menerima kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan iaitu selepas 8 tahun.  Dalam pada itu, beliau berkata seramai 7,402 anggota polis telah ditugaskan menjalankan tugasan luar pejabat seperti rondaan apabila penjawat awam dari pelbagai kementerian mengambil alih tugas pentadbiran selepas proses penstrukturan semula PDRM pada 2010.  Bagaimanapun katanya pada masa ini terdapat lebih 500 anggota polis berpangkat ASP ke bawah di seluruh negara masih menjalankan tugas pentadbiran. 


 
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan turut memasukkan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) dalam senarai 100 skim perkhidmatan yang akan dikaji semula awal tahun depan.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, gred perkhidmatan yang diguna pakai menerusi Skim KP oleh lebih 10,000 pengawal keselamatan awam dan polis bantuan seluruh negara itu dilihat tidak lagi munasabah dalam keadaan ekonomi semasa.
 
Omar turut mencadangkan Skim KP yang bermula daripada gred KP11 itu ditukar lantik menjadi gred KP17 dengan mengikut kadar gaji yang diterima pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Pertahanan Awam. "Gaji gred KP11 yang diberi kepada pengawal keselamatan awam dan polis bantuan hari ini sudah sama macam gred 10 penjawat awam lain yang sudah disemak gajinya...ia dilihat tidak adil kerana tugas mereka lebih mencabar malah terpaksa berdepan pelbagai risiko demi menjaga ketenteraman awam."Kebajikan mereka perlu juga dijaga dan selaras dengan kajian semula itu, gred pengarah keselamatan di universiti juga dapat ditambah baik yang mana di universiti penyelidikan misalnya, pengarahnya layak mendapat gred sekurang-kurangnya Jusa C," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau sebelum itu menghadiri sesi dialog bersama wakil 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Himpunan Skim KP IPTA di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini."Disebabkan kerajaan sekarang sedang melalui proses semakan skim perkhidmatan, saya berharap naik taraf Skim KP ini juga dapat diselesaikan tahun depan kerana ia tidak pernah dikaji sejak ia mula diperkenalkan," katanya.
 
Sementara itu, Omar turut meminta kerajaan agar mewujudkan insentif khas bagi penguatkuasa dan anggota keselamatan yang bekerja shif lewat malam sebagai jaminan agar mereka lebih berdedikasi dalam membanteras tragedi yang tidak diingini sepanjang menjaga ketenteraman awam pada waktu tersebut.Selain itu, beliau turut berharap imbuhan tetap perumahan yang diterima penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dapat diberi sepenuhnya terutama bagi yang bekerja 'on-call' kerana bidang tugas yang terpaksa mengorbankan masa rehat penjawat awam tersebut. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjangkakan kajian semula semua skim perkhidmatan awam akan selesai sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, sebelum ini kerajaan telah melakukan kajian semula terhadap 81 skim tahun ini.  “Bagi memastikan perkhidmatan awam mempunyai modal insan berkemahiran, seiring keperluan menzahirkan wawasan negara, kajian skim sedia ada perlu dilaksanakan secara berterusan.

“Justeru, bagi skim perkhidmatan lain yang tidak terbabit dengan kajian pada 2013, kita akan kaji secara berperingkat, malah 100 skim perkhidmatan sudah dikenal pasti untuk dikaji mulai Januari 2014. 

Penawaran opsyen “Seperti pelaksanaan kajian sebelum ini, ia turut dirunding bersama pihak berkepentingan termasuk Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, CUEPACS, Majlis-majlis Bersama Kebangsaan dan kesatuan pekerja,” katanya selepas merasmikan Forum Sektor Awam 2013, di sini semalam. 

Terdahulu dalam ucapannya, Ali berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan Bajet 2014 mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam bagi menarik dan mengekalkan modal insan terbaik sektor awam, selain menambah baik laluan kerjaya serta mudah alihan penjawat awam.  Menurutnya, penambahbaikan membabitkan 613,743 penjawat awam dengan peruntukan tambahan RM31 juta setahun. 

 
Berikutan itu, beliau berkata pihaknya sudah memberi taklimat berasingan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia kementerian, agensi persekutuan dan negeri, CUEPACS serta kesatuan penjawat awam mulai 22 Oktober lalu. 

“Ketua Jabatan diminta segera melaksanakan urusan penawaran opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai terbabit. Tempoh tawaran opsyen adalah 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan,”katanya. 

“Bagi perkhidmatan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, ia tertakluk kepada 30 hari daripada tarikh pekeliling perkhidmatan dikeluarkan,” katanya.

 
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan turut memasukkan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) dalam senarai 100 skim perkhidmatan yang akan dikaji semula awal tahun depan. 
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata gred perkhidmatan yang diguna pakai menerusi Skim KP oleh lebih 10,000 pengawal keselamatan awam dan polis bantuan seluruh negara itu dilihat tidak lagi munasabah dalam keadaan ekonomi semasa.Omar turut mencadangkan Skim KP yang bermula daripada gred KP11 itu ditukar lantik menjadi gred KP17 dengan mengikut kadar gaji yang diterima pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Pertahanan Awam. 

"Gaji gred KP11 yang diberi kepada pengawal keselamatan awam dan polis bantuan hari ini sudah sama macam gred 10 penjawat awam lain yang sudah disemak gajinya...ia dilihat tidak adil kerana tugas mereka lebih mencabar malah terpaksa berdepan pelbagai risiko demi menjaga ketenteraman awam.
"Kebajikan mereka perlu juga dijaga dan selaras dengan kajian semula itu, gred pengarah keselamatan di universiti juga dapat ditambah baik yang mana di universiti penyelidikan misalnya, pengarahnya layak mendapat gred sekurang-kurangnya Jusa C," katanya kepada pemberita di sini Jumaat. 
Beliau sebelum itu menghadiri sesi dialog bersama wakil 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Himpunan Skim KP IPTA di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini."Disebabkan kerajaan sekarang sedang melalui proses semakan skim perkhidmatan, saya berharap naik taraf Skim KP ini juga dapat diselesaikan tahun depan kerana ia tidak pernah dikaji sejak ia mula diperkenalkan," katanya. 

Sementara itu, Omar turut meminta kerajaan agar mewujudkan insentif khas bagi penguatkuasa dan anggota keselamatan yang bekerja shif lewat malam sebagai jaminan agar mereka lebih berdedikasi dalam membanteras tragedi yang tidak diingini sepanjang menjaga ketenteraman awam pada waktu tersebut.
 
 
Selain itu, beliau turut berharap imbuhan tetap perumahan yang diterima penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dapat diberi sepenuhnya terutama bagi yang bekerja 'on-call' kerana bidang tugas yang terpaksa mengorbankan masa rehat penjawat awam tersebut. 
Katanya, beliau akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan berhubung kajian semula serta cadangan berkenaan. 
 
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tamat
 
5 Disember 2013


 
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3267

View user profile

Back to top Go down

Re: PERLUKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DIAPLIKASIKAN DALAM TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum