FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Post by Lord Vlad on Thu 29 Mar 2007, 9:52 am

Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis


Pendapat
PADA Ogos tahun lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan berhubung laporan akhbar mengenai kematian akibat tuberkulosis (TB) yang semakin meningkat.

Adalah dilaporkan bahawa hampir 4,000 kematian akibat penyakit itu di Semenanjung Malaysia dalam tempoh empat tahun yang lalu, dengan Kelantan merekodkan bilangan kes yang paling tinggi.

Pada masa itu apabila CAP menyuarakan kebimbangan kepada ketua pengarah kesihatan mengenai keadaan tuberkulosis (batuk kering) di negara ini, kami diberitahu bahawa trend kes tuberkulosis di negara ini bagi tempoh 20 tahun yang lalu selepas bertahun-tahun berkembang tidak menunjukkan peningkatan. Kes kematian akibat TB juga menunjukkan trend yang sama dengan purata 1,000 kematian setahun.

Ia amat membimbangkan memandangkan data bagi tahun lalu sahaja menunjukkan bahawa terdapat hampir 16,000 kes TB dan hampir 1,500 kematian berkaitan TB. Bilangan kematian ini adalah lebih daripada purata 20 tahun iaitu kira-kira 1,000 kematian setahun.

Pada umumnya, boleh dipersoalkan sama ada pihak berkuasa kesihatan perlu memetik purata apabila melibatkan penyakit kritikal, atau haruskah pegawai atasan kesihatan sebagai ganti mendedahkan angka terbaru sebagai pendiriannya, tanpa purata kematian dan bilangan kes, menunjukkan gambaran kurang kritikal).

CAP mempersoalkan sama ada terdapat sebarang langkah utama yang dirancang dengan berkesan untuk mengurangkan bilangan kes dan kematian akibat TB. Kami juga mempersoalkan sama ada angka dan analisis adalah betul dan sama ada ketua pengarah berpuas hati dengan angka-angka itu, termasuk trend kes TB dan kematian lebih 20 tahun yang lalu. Kami masih menunggu maklum balas.

Amat mengejutkan sekali apabila mendapati daripada laporan terbaru bahawa tuberkulosis disenaraikan sebagai antara penyakit berjangkit yang menjadi pembunuh nombor satu negara, dan di sebalik usaha oleh kerajaan, Malaysia kini disenaraikan pada peringkat ‘sederhana’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jelas sekali bahawa situasi ini amat serius dan ia boleh dirumuskan bahawa strategi kawalan pada masa ini tidak memberikan kesan yang mencukupi.

Menurut kertas fakta WHO, satu pertiga (atau dua bilion) daripada penduduk dunia pada masa ini dijangkiti dengan bakteria tuberkulosis. Daripada angka ini, kira-kira 5 - 10 peratus jatuh sakit atau dijangkiti pada satu masa dalam kehidupan mereka. Jika dibiarkan tidak dirawat, mereka yang aktif dalam bentuk penyakit ini akan menjangkiti purata antara 10 hingga 15 orang setiap tahun.

Selesema burung telah membunuh tidak lebih daripada 200 orang dan begitu banyak perhatian diberikan serta publisiti yang berulangan diberikan terhadap penyakit ini. Tidak diragui corak jangkitan selesema burung adalah berbeza, tetapi perhatian segera yang sama dan publisiti yang meluas perlu diberikan kepada tuberkulosis yang telah meragut nyawa lebih daripada 1,500 orang tahun lalu. Jika perlu, buletin mingguan dan perkembangan terkini perlu disebarkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Situasi ini seharusnya dianggap lebih serius memandangkan bakteria bertanggungjawab bagi tuberkulosis mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi kebal kepada penggunaan ubat biasa, menjadikan rawatan lebih kompleks dan terlalu mahal untuk dirawat.

Ia mungkin berlaku kerana tuberkulosis sudah berkembang begitu lama, sikap berpuas hati dan tidak lagi menganggap ia sesuatu yang amat penting dan segera terhadap penyakit ini memandangkan semakin banyak penyakit yang baru muncul datang bersama.

Wabak

Menurut satu laporan bertajuk Tuberculosis and social exclusion, yang muncul dalam British Medical Journal (BMJ Vol. 33, 8 Julai 2006), wabak berterusan baru-baru ini di London, termasuk lebih 220 kes kekebalan ubatan, menunjukkan keperluan segera untuk menguatkan kawalan tuberkulosis dalam kalangan kumpulan sosial terpisah. Kumpulan ini termasuklah mereka yang tidak berumah, banduan, pengguna dadah yang bermasalah, mereka yang hidup dengan HIV dan pendatang baru.

Didapati bahawa kadar yang tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah tidak berumah, masalah dadah dan alkohol berada di dalam penjara, dan keadaan penjara boleh mempercepatkan lagi penyebaran penyakit itu.

Sesetengah negara mempunyai garis panduan yang menyarankan pemeriksaan kemasukan bagi banduan dan didapati bahawa kes aktif dikenal pasti dalam kalangan banduan menyumbang kepada kawalan TB. (Jelas, radiografi dada telah menunjukkan lebih kos efektif berbanding memeriksa simptom atau ujian tuberkulin dan dilihat dapat mengenal pasti lebih banyak kes berbanding kaedah pemeriksaan lain).

Pada keseluruhannya, jelas bahawa kekurangan tempat tinggal yang sempurna, kemiskinan, dan ketagihan menyukarkan rawatan untuk tuberkulosis. (CAP turut berkongsi maklumat daripada artikel BMJ dengan Kementerian Kesihatan pada Ogos tahun lalu).

Pada masa itu juga, CAP mempersoalkan jika Kementerian Kesihatan telah menjadualkan dan mengkaji latar belakang setiap orang yang dijangkiti dengan tuberkulosis dan juga mereka yang mati akibat penyakit itu. Data itu kemungkinan menunjukkan persamaan dalam persekitaran yang menyumbang kepada merebaknya TB. Kami juga masih menunggu maklum balas.

Penyelesaian yang bertujuan untuk menangani tuberkulosis kemudiannya tidak hanya termasuk strategi kawalan standard, tetapi juga turut memberikan fokus yang lebih berkesan dalam menangani keadaan sosial yang mempunyai kesan langsung terhadap penyebaran penyakit itu.

Malah lebih daripada itu, publisiti, melaporkan statistik terbaru, dan mengumpulkan kefahaman awam dan sokongan menjadi lebih kritikal.

Berikutan laporan terbaru terhadap status tuberkulosis di negara ini, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya memaklumkan kepada orang ramai berhubung pendirian dan langkah yang sedang diambil untuk menangani masalah ini.

– S. M. MOHAMED IDRIS,

Presiden Persatuan Pengguna,

Pulau Pinang.

----Forum Paramedik Malaysia-----





Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : PPKP
Gender: Male
Jumlah Post: 2426
Umur: 33
Tarikh Register: 09/10/2006
Reputation: 46
Points: 3295

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Post by eila on Mon 21 May 2007, 9:30 pm

Yelah...... kes tibi dah makin banyak la skrg.......

eila yang dok kat lab ni pn takut di buatnye.......

setiap ari ade je sputum yang di terima.........

elaun kritikal ckp ade tp dpt x juge..........

camne ni..........

eila
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : mlt
Gender: Female
Jumlah Post: 338
Umur: 29
Tarikh Register: 14/05/2007
Reputation: 3
Points: 1831

Character sheet
Mutiara Kata saya: juSt Be yOUr SelF.......

Back to top Go down

Re: Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Post by msaa on Tue 22 May 2007, 6:12 pm

maksud kome tu hazard elaun ke.....
teknik AFB filem cam dolu lagi ka..bilang berapa ekor ikut bettleman under mikroscope.....kawe nak muntah buat filem
kahak ni...tapi kenangan manis masa trainning boleh bagi result ujian yg sama spt 2nd slide yg dibuat oleh MLT bertugas

----Forum Paramedik Malaysia-----




msaa07

msaa
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : CVLT
Gender: Male
Jumlah Post: 604
Umur: 100
Tarikh Register: 05/10/2006
Reputation: 0
Points: 2056

Character sheet
Mutiara Kata saya: notin i can tell U

http://www.facebook.com/group.php?gid=137801169570733 http://www.facebook.com/msaaGmbH

Back to top Go down

Re: Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Post by eila on Tue 22 May 2007, 9:32 pm

hah...elaun 2 la........... ari 2 kate leh dpt, tp x bg pn..
amek name je beria2...........

teknik stay mcm 2 lg la msaa..........klu cite nak muntah 2 jgn ckp lah, ari2 rs nak muntah....... tp nak wat camne nnt sume kena TB lak.........kire tayre la nie leh bace slaid mcm MLT........

MLT yang x biase tgk pn kadang2 leh miss tau.......latihan baca slaid 2 penting tuk kite orang..........

eila
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : mlt
Gender: Female
Jumlah Post: 338
Umur: 29
Tarikh Register: 14/05/2007
Reputation: 3
Points: 1831

Character sheet
Mutiara Kata saya: juSt Be yOUr SelF.......

Back to top Go down

Re: Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Post by zaki78 on Thu 24 May 2007, 10:12 pm

skang ni ade teknik baru buat smer tb, kena buat mcm melukis bulat2, satu slaid kalau nak buat punyalah lama.

zaki78
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : mlt
Gender: Male
Jumlah Post: 480
Umur: 33
Tarikh Register: 15/03/2007
Reputation: 2
Points: 1959

Character sheet
Mutiara Kata saya: proud be your self!

Back to top Go down

Re: Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Post by msaa on Fri 25 May 2007, 12:20 am

Setahu kawe kuasa melulus apa2 kuasa dlm GO tu oleh KSU...tetapi kuasa tu diturunkan kpd pengarah institusi sahaja. maselahnya pengarah pun tidak ada pegalaman/ataupun rujukan kes mana2 precedence ..... jadi jika meraka tahu bahaya pun..mereka takan meletakan diri dalam kontrovesi dgn melulus elaun atau cuti khas!!....
pengalaman saing kawe dulu ada juga workup letters/ copy GO @ enactment berkenaan ke KSU untuk mohon cuti khas jabatan kerana bahaya kerja memerlukan cuti!!...setelah melalui saluran tertentu dan juga salinan yg tidak melalui saluran tertentu [terus]...disusul dgn salinan kedua bersama rujukan fail.....akhir beliau mendapat surat jawapan kuasa melulus itu diturun kepada pegarah hospitalnya....dah maklum pengarah hospital menyedari ada fasility bahaya dan dia pun menbelek surat kuasa tu dgn rasmi nya diorang dapat cuti khas 2minggu setahun...x susah pun.. saing kawe tu gred biasa jer/tugas di deligate kpdnya setelah terbengkalai 2tahun!!........
Tetapi bab duit berlainan bab cuti..moralnya proses tetap sama mungkin melalui setia usaha kewangan dan budget abm .....kawe rase kutip nama bukan solution ...pasal saing kawe dulu x kutip nama pun!!!
pasal slaid AFB teknik baru kalo tahan terus muntahlah kawe dah lama!!....welcome zaki78!

----Forum Paramedik Malaysia-----




msaa07

msaa
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : CVLT
Gender: Male
Jumlah Post: 604
Umur: 100
Tarikh Register: 05/10/2006
Reputation: 0
Points: 2056

Character sheet
Mutiara Kata saya: notin i can tell U

http://www.facebook.com/group.php?gid=137801169570733 http://www.facebook.com/msaaGmbH

Back to top Go down

Re: Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Post by eila on Sun 27 May 2007, 10:11 am

mungkin gak la.. kat tmpt eila meeting n proseuder pasal elaun 2 ketua unit Makmal Tibi Jb dah buat... n dah dapat persetujuan.."mane2 staf yang t'libat secara langsung dgn AFB akan terima"....memandangkan x semua yang boleh dapat, diorang amek name staf yang terlibat sahaja termasuk MA....
Teknik baru 2, teknik yang di sarankan MKA sg buluh ke.........

eila
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : mlt
Gender: Female
Jumlah Post: 338
Umur: 29
Tarikh Register: 14/05/2007
Reputation: 3
Points: 1831

Character sheet
Mutiara Kata saya: juSt Be yOUr SelF.......

Back to top Go down

Re: Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Post by eila on Sun 03 Jun 2007, 9:56 pm

Gejala

 Batuk teruk berlanjutan melebihi tiga minggu.

 Batuk berkahak yang mungkin disertai darah.

 Demam dan selalu berpeluh, terutama pada waktu petang dan malam.

 Mudah letih.

 Berasa lemah.

 Sakit dada (terutama apabila batuk atau menarik nafas panjang).

 Hilang selera makan.

 Berat badan menurun.

 Berasa seram sejuk.

Langkah pencegahan
AMBIL beberapa langkah pencegahan seperti:


 Elakkan tinggal di kawasan terlalu padat kerana bakteria tuberkulosis mudah merebak di tempat sesak dan kurang pengudaraan.

 Jaga kesihatan badan supaya sistem imun sentiasa kuat.

 Elak melakukan perkara yang boleh melemahkan sistem imun badan.

 Pastikan anda tidak berdampingan rapat dengan pesakit batuk kering. Jika dapat, nasihatkan mereka supaya menjalani rawatan.

 Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.

 Kerap bersenam.

eila
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : mlt
Gender: Female
Jumlah Post: 338
Umur: 29
Tarikh Register: 14/05/2007
Reputation: 3
Points: 1831

Character sheet
Mutiara Kata saya: juSt Be yOUr SelF.......

Back to top Go down

Re: Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis

Post by zaki78 on Tue 12 Jun 2007, 10:32 pm

teknik yg baru tu adalah drpd standard antarabangsa. dicipta oleh mlt drpd jepun.

zaki78
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : mlt
Gender: Male
Jumlah Post: 480
Umur: 33
Tarikh Register: 15/03/2007
Reputation: 2
Points: 1959

Character sheet
Mutiara Kata saya: proud be your self!

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum