FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

AWASI SKT ANDA!!!!

View previous topic View next topic Go down

AWASI SKT ANDA!!!!

Post by ELI on Sat 20 Jun 2009, 6:44 am

SALAM BUAT SEMUA...
adakah anda mengambil tahu markah skt anda?ambil la tahu markah skt anda setiap tahun..jgn ambil remeh n ringan..ini penting kerana utk kenaikan pangkat n sebagainya, further study,rekod dlm buku jabatan dll yang very important..ini kerana terdapat ramai new peg.farmasi yang tdk tahu utk menilai n tdk m'baca GO..berhati-hatilah..SKT adalah hak anda utk tahu mengapa anda di beri markah sebegitu..tdk kire tinggi atau rendah..jangan biarkan hak anda di abaikan...

ELI
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI FARMASI
Gender : Female
Jumlah Post : 2
Umur : 33
Tarikh Register : 28/01/2009
Reputation : 0
Points : 3136

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by mohdrashid on Sat 20 Jun 2009, 1:05 pm

@ELI wrote:SALAM BUAT SEMUA...
adakah anda mengambil tahu markah skt anda?ambil la tahu markah skt anda setiap tahun..jgn ambil remeh n ringan..ini penting kerana utk kenaikan pangkat n sebagainya, further study,rekod dlm buku jabatan dll yang very important..ini kerana terdapat ramai new peg.farmasi yang tdk tahu utk menilai n tdk m'baca GO..berhati-hatilah..SKT adalah hak anda utk tahu mengapa anda di beri markah sebegitu..tdk kire tinggi atau rendah..jangan biarkan hak anda di abaikan...

betul tu... aku dah kena dah masa tahun pertama dan kedua dalam perkhidmatan....
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 37
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 3916

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by akoizer on Sat 20 Jun 2009, 2:54 pm

ya..e2 hak kita...tanpa bhg sokongan kerja tara jalan woo..
avatar
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1086
Umur : 37
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 4183

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

View user profile http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by dhiyamirza on Sun 21 Jun 2009, 5:21 pm

betul tu ....u all mesti nak kene ambik tahu pasal skt...memang yang main sesuka hati jek bagi markah...bak kata cik eli, tak baca GO...sedangkan PPP patut panggil PYD utk berbincang dan tanya puas hati ke tak dengan markah yang diberikan...jangan sampai anda teraniaya dengan orang yang tak tahu pasal GO dan undang2 kerja...main belasah jek...
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3720

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by mohdrashid on Wed 24 Jun 2009, 7:00 pm

@dhiyamirza wrote:betul tu ....u all mesti nak kene ambik tahu pasal skt...memang yang main sesuka hati jek bagi markah...bak kata cik eli, tak baca GO...sedangkan PPP patut panggil PYD utk berbincang dan tanya puas hati ke tak dengan markah yang diberikan...jangan sampai anda teraniaya dengan orang yang tak tahu pasal GO dan undang2 kerja...main belasah jek...
masalahnya ada ppp yang bagi markah tanpa perbincangan..
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 37
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 3916

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by mohdrashid on Wed 24 Jun 2009, 7:00 pm

ikut suka hati ppp tu jer nak bagi markah brapa
avatar
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 799
Umur : 37
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 3916

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by akoizer on Thu 25 Jun 2009, 8:20 am

sepatutnya setiap ppf 2 ada buku penilaian sendiri mcm bil mendispen dlm sebulan, jumlah perepacking, etemporaneous & inden...dari situ baru ble bg markah yg lebih tepat berbanding men belasah sj,...kdg org nie simpan jerk 1 tan ngan kipas,..2 yg kadang2 tidak adil 2,
avatar
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1086
Umur : 37
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 4183

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

View user profile http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by dhiyamirza on Thu 25 Jun 2009, 8:59 am

@akoizer wrote:sepatutnya setiap ppf 2 ada buku penilaian sendiri mcm bil mendispen dlm sebulan, jumlah perepacking, etemporaneous & inden...dari situ baru ble bg markah yg lebih tepat berbanding men belasah sj,...kdg org nie simpan jerk 1 tan ngan kipas,..2 yg kadang2 tidak adil 2,

ini bukan penilaian kendiri...tetapi kalau yang catatan2 yang u cakap tu bukan ke memang kene hantar reten tiap2 bulan? tu lah namanya sasaran kerja tahunan..aku pon pelik bagi markah main hentam keromo..bukan ke kalau dah terlebih sasaran patut dapat 10/10 ke..ni main isik tanpa berbincang..
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3720

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by norr on Sat 07 Nov 2009, 6:11 am


  1. aku pun penah kena,taun pertama dpt 90 taun ke2 92 taun ke 3 86,korg tau tak kenapa,dia ckp aku blom layak dpt cemerlang..ada ke patut mcm tu..drop terus prestasi aku..ops..sebelum tu nak bagi tau yg kasi markah adalah u32 yg ka ki2 pas..huhu

norr
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 33
Tarikh Register : 07/11/2009
Reputation : 0
Points : 2847

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by ppfkkpa on Wed 04 Aug 2010, 2:43 pm

Markah SKT ni adalah subjektif sikit, semua PPF akan memberi pandangan yang berbeza, tapi jika ikut peraturan dia ada dua kali iaitu PP Pertama dan PP Kedua, masa nak beri markah memang PPF tu kena tahu dan tanda tangan borang SKT tu, ada sebuah negeri telah di arahkan setelah kerja 10 tahun , automatik dapat 80%, lepas tu tambah sikit-sikit mengikut aktiviti PPF tu, hasilnya pada 2010, terdapat ramai PPF dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung sebab naik pangkat, kekosongan di negeri tersebut telah penuh, itu menunjukkan PPF di sana pandai kira SKT dan ramai dapat naik pangkat, PPF di semenanjung, sila semak SKT anda setiap 6 bulan, jangan hujung tahun nanti, terkejut dapat 85% je,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 2963

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by nori on Sun 20 Mar 2011, 7:52 am


SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Selamat bertugas semua PPF dan selamat menjalani kehidupan seharian dengan aman dan bahagia serta tabah. Tahun 2011 adalah tarikh perubahan kepada semua PPF. Seramai 3000 PPF di negara ini,dan cukuplah hanya 1 % sahaja yang berkebolehan. Sebagaimana ucapan Sukarno, beri saya 10 pemuda, saya akan ganyang. Pada 2011 ucapan yang sama bergema, berkumpullah 30 PPF yang aktif, kita akan majukan profesyen ini. 30 PPF yang aktif amat di perlukan bagi emajukan profesyen ini. Biro Pendidikan akan memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Dan semestinya juga semua PPF prihatin tentang SKT masing-masing, sebab ianya amat diperlukan selama 3 tahun berturut-turut secara stabil, bagi tujuan kenaikan pangkat.

Kerajaan telah memberi peluang yang luas kepada PPF, tetapi PPF sendiri yang belum menjumpai ramuan yang sesuai. Biro pendidikan telah jumpa sesuatu, yang pastinya akan mengubah segalanya. Bila di semak semula pada 12 September 2006, En Baharudin bin Monshie, Setiausaha Sulit Kanan Kepada YB Timbalan Menteri Kesihatan, telahmenghantar surat kepada Ybhg. Dato Dr Mohd Nasir bin Ashraf, Ketua Setiausaha KKM. Amat jelas di nyatakan agar KKM membantu permohonan PPF. Surat tersebut adalah hasil dari permohonan PPF pada 11 september 2006. Ini bermaksud, dalam masa 24H sahaja, permohonan PPF sampai ke KKM. Tetapi PPF sendiri mengambil masa selama 4 tahun bagi menyusul perkara tersebut.

Di ringkaskan permohonan PPF pada masa itu :

Pertukaran Diploma PF kepada Diploma F
Elaun Kritikal
Menambah jawatan kenaikan pangkat
Pengisian kekosongan jawatan

Pada 2011 hanya yang pertama sahaja yang berjaya, iaitu 25 % sahaja. Maka pada 2011, adalah menjadi tugasan kepada Biro Pendidikan untuk menyediakan 3 lagi ertas kerja yang terkni. Lain-lain PPF juga boleh membatu. Dan salah satu agenda pada pertemuan PPF semasa Kursus SPUB pada 26 Mac nanti ialah menyediakan kertas kerja tersebut ( Versi 2011 )

Klinik Kesihatan Bota Kiri adalah salah satu pusat kecermalangan KKM di Negeri Perak. Ini adalah kerana di situ terdapat Pakar Perubatan Keluarga Gred UD54. Kerapkali juga mesyuarat peringkat negeri di adakan di sana. Di KK Bota Kiri juga, terdapat sebuah bilik CME, dan beberapa bilik mesyuarat kecil. Tetapi jika nak dibandingkan dengan Hospital Putrajaya, memang jauh. Tetapi aktiviti PPF di Hospital Putrajaya pun masih tidak kedengaran, walaupun mempunyai fasiliti yang canggih. Mungkin PPF di sana tidak secanggih hospitalnya.

Organisasi BPF KKM amatlah changgih, dan pastinya sebagai PPF tentu tidak akan dapat menandingi PF. Tetapi PPF juga mempunyai organisasi sendiri dan di mulai oleh ahli majlis persatuan dan diikuti oleh ahli exco kesatuan. Persatuan juga mempunyai beberapa biro bagi meneruskan perjuangan dan begitu juga kesatuan yang mepunyai beberapa biro. Antara biro-biro nya ialah keahlian, multimedia, kewangan, pendidikan, kebajikan dan social. Kesemua biro-biro ini ada mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab dalam menjaga PPF. Kesemua biro-biro ini, ada tercatat di dalam perlembagaan masing-masing. Tetapi isu yang paling besar ialah, ramai PPF tidak memahami perkara-perkara yang terdapat di dalam perlembagaan. Al maklumlah, segalanya di dalam Bahasa Inggeris dan juga PPF tiada kesempatan untuk katam membacanya, walaupun ada versi Bahasa Melayu.

Disertakan organisasi BPF KKM :

Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )
Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )
Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )
Pengurusan Ubat & IT ( U52 )
Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )
Pengurusan Kualiti ( U52 )

Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )
Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) ( U48 )
Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )
Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )
Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )
Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )
Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )
Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )
Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )
Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )

Dan seterusnya, jika ada PPF yang mahir dalam menyelesaikan persoalan-persoalan semasa PPF, bolehlah menghadirkan diri pada 26 Mac 2011. Dan antara yang boleh di bincangkan ialah :

Melantik Setiausaha Kerja / Setiausaha Eksekutif
Pendaftaran ahli secara on line
Mengwujudkan laman web PPF
Mengadakan mesyuarat PPF peringkat negeri
Pengwujudan gelaran jawatan ketua PPF
Cadangan time base promotion untuk semua PPF
Penyatuan PPF dalam satu pertubuhan
Membuat badge / kad keahlian PPF
Mencetak buku perlembagaan dalam Bahasa Malaysia
Meminda buku perlembagaan berkaitan cara pemilihan AJK
Meminda cara mengira undi bagi menjimatkan masa
Mesyuarat di hotel yang lebih ceria pada masa akan datang
Buku mesyuarat perlu mempunyai muka surat yang bercetak
Tugas penyelian PPF dan format
Penyediaan bilik kepada PPF gred tertinggi
Local preseptor
Extended & expanded role
Top-up degree Sains Farmaseutical / Teknologi Farmaseutical.
One off biasiswa ijazah untuk calon pengajar KSKB
Cadangan cuti bersalin / cuti sakit untuk anak ke 6 dan seterusnya
Mengembalikan kegemilangan perjuangan pertubuhan
Elaun Kritikal BIPK PPF
Menjana pendapatan sendiri seperti memiliki bangunan sendiri
Memberi cenderahati kepada setiap ahli yang hadir AGM

Di Negeri Perak juga, PPF selalu mendapat jemputan menghadiri mesyuarat / perbincangan / kursus ddl, dan antara mereka ialah :

Pn Helen Jetty Paim PPF U40 HRPBI
En Zakaria Yusof PPF U38 HRPBI
En Abd Wahab Dawam PPF U36 Hos Tk Intan
En Khairuddin Yang sheriff PPF U36 Hos Tpg
En Khairul Aman Jalaluddin PPF U36 Hos Bahagia
En Pergas Chinatamby PPF U36 Hos Slim River
En Abbas Ramly PPF U32 Hos Manjong
En Abd Rahim Razak PPF U32 Hos Sg Siput
En Ariffin Mohammad PPF U32 Hos Tapah
En Ayoob Ali PPF U32 Hos Parit Buntar
En Gurmeet Singh PPF U32 Hos KK
En Khairul Ridzuan PPF U32 Hos Gerik
Pn Marley A/P Ah Win PPF U32 Hos Tpg
En Muhassim PPF U32 HCM
Pn Noraini Maidin PPF U32 Hos BG
Pn Hjh Salbiah Hj Amir PPF U32 Hos Selama
Pn Chan A/P Eh Kiow PPF U32 PKD Btg Padang
Pn Cheong Fong Mei PPF U32 PKD Kinta
En Ganeson G Narayanan PPF U32 PKD LMS
Pn Leo Siew Pyng PPF U32 PKD Manjung
En Nordin Yusof PPF U32 PKD Kerian
En Hj Ibrahim Abd halim PPF U32 PKD KK
Pn Salmah Saidin PPF U32 (KUP) Hos Kampar
Pn Aniza A. Rahman PPF U29 PKD Hulu Perak
En Hj Idris Uda Saidi PPF U32 (KUP) PKD Pk Tgh
Pn Umi Kalsom Mat Isa PPF U29 (PKD) Hilir Pk

Masaalah mulai timbul apabila antara PPF yang hadir tersebut adalah mewakili diri sendiri dan tidak mewakili PPF seluruhnya. Ini adalah kerana ada antara mereka yang tidak menjadi ahli persatuan / kesatuan atau keduanya. Juga kehadiran mereka ke perjumpaan tersebut, telah tidak di maklumkan kepada lain-lain PPF untuk di majukan jika terdapat apa-apa persoalan. Ada juga PPF yang telah menjadi ahli, tetapi nama telah di potong kerana tidak membayar yuran. Amat jelas di nyatakan dalam perlembagaan, jika terdapat tunggakan yuran selama 3 bulan, keahlian akan terputus. Dan juga jika mempunyai tunggakan yuran selama 24 bulan, nama akan terus di potong dan perlu mengisi borang baru jika masih berminat untuk menjadi ahli. Persatuan telah semakin canggih, kerana ahli seumur hidup, tentu tiada tungakan. Bab lain mula timbul iaitu, ahli tersebut memang tiada memiliki buku perlembagaan. Dalam hal ini semua PPF adalah bersalah. Dan semestinya kordinator negeri perlulah memainkan peranan mereka.

Antara PPF yang pernah menjadi kordinator negeri ialah :

Selangor : Puan Zaila bt Mohammad Zahibi
( Hospital sungai Buluh, Selangor )

Pulau Pinang : Tuan Haji Mohd. Dali bin K. Mastan P.J.K.
( Hospital Pulau Pinang )

Kedah : Encik Mohd Hassan Zaini bin Shafie
( Hospital Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah )

Kelantan : Tuan Haji Kamaruddin bin Mohd. Zin
( Hospital Tanah Merah, Kelantan )

Terengganu : Encik Dandan bin Zakaria
( KK Kuala Terengganu )

Pahang : Puan Norhayati bt Mohamed
( Hospital Sultan Haji Ahmad Shah )

Melaka : Encik Ibrahim bin Suratman
( Hospital Melaka )

Wilayah Persekutuan : Encik Mohd Nazri bin Esa
( Kesaihatan/Hos Putra Jaya) ( Klinik Kesihatan Jinjang, Wilayah Persekutuan )

Wilayah Persekutuan : Puan Faridah bt Saidi
(HKL ) ( Hospital Kuala Lumpur )

Dan mereka semua tentu mempunyai banyak pengalaman dan pengetahun, dan apa yang perlu ialah PPF menghubungi mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini. Dan sebagai menyahut cabaran ICT yang pantas, cekap dan konsisiten, disertakan maklumat antara kordinator terpilih untuk di hubungi :

Rohin Daud ( Hospital Setiu, Trg ) ( 012 4052808 ) ( rdrohi@yahoo.com )
Razalle Dollah ( H.Tanah Merah, Kltn ) ( 019 9339760 ( zalle@tm.net.my)
Zamri Ariffin ( HTAA, Ktn ) (013 9327969 ) (Zamriffin58@yahoo.com.my)
Hj Idris Uda Saidi (KK Bota Kiri, Pk)(012 9680929 )
Hj Anhar Sharifudin(Hos Tuanku Jaafar , Seremban,NS)(012 6129499)(anharsharifudin@yahoo.com)
Mahathir Saad (Hos Sultanah Nur Bahiyah, Alor Setar ) ( 019 4559552 )
( mazfina@streamyx.com)
Kamala Bai ( KK Jinjang, WP ) ( 012 9201004 )
Hj Mohd Nor Hj Adam ( Hos Serdang, Sel ) ( 012 3045545 )
Maison Hamat ( Hos Raja Perempuan Zainab II, KB, Kel ) ( 013 9556534 )
( maison@klt.moh.gov.my )
Bakeri Songep ( Hos Seri Manjung, Pk ) ( 012 5406917 )
( bakeri_songep@yahoo.com.my )
Hj Omar Baba ( KK Ampangan Seremban, NS )
Mohd Zaki Mutalib ( Hos Batu Pahat, Johor )
Zaila Mohd Zahibi ( Hos Sg Buloh, Sel ) ( 012 3468272 )
Rosmah Mahmud ( Hos Tk Intan, Perak )
Hj Mohd Dali K Mastan ( Hos Pulau Pinang )
Mohd Hassan Zaini Shafie ( Hos Sultan Abd Halim, Jitra , Kdh )
Pergas Cinnathamby ( KK Kangar, Perlis )
Hj Kamaruddin Md Zin ( Hos Tanah Merah, Kltn )
Dandan Zakaria ( KK Kuala Terengganu, Trg ) ( 013 9408456 )
Norhayati Mohd ( Hos Sultan Hj Ahmad Shah, Pahang )(012 9210649)
Ibrahim Suratman ( Hos Melaka )
Mohd Nazri Esa ( KK Jinjang, WP )( 012 4417906
Faridah Saidi ( HKL )( 017 3088385 / 012 3232098 )
Mior Zamri Mior Ahmad ( Biro, BPF , PJ ) ( 012 3365086 )

Pada zaman ledakkan teknologi maklumat ini, banyak saluran boleh di gunakan. Antaranya ialah sms, fb, emel, tel,dll, dan bergantunglah yang mana satu PPF nak gunakan.

Segala pendapat, cadangan, pandangan, coretan dan pemerhatian di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat nya dari sudut perspektif yang sama agar ianya akan memberikan gambaran yang sama dan tidak tersasar, kerana sedikit perbezaan pendapat akan memberikan najitah yang berbeza, dan yang amat perlu ialah semua PPF mesti berfikiran positif.

Tamat : 20 Mac 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3155

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by nori on Sat 19 Oct 2013, 5:50 am

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 



Awas SKT anda adalah melibatkan semua PPF. Jika bekerja pada usia 25 tahun. maka selama 35 tahun akan berkhidmat untuk negara. Satu perkara yang semua PPF perlu ingat ialah jika ada sesuatu kes yang besar dalam diri PPF, selepas 3 tahun ianya akan di padamkan daripada rekod perkhidmatan. Ianya juga bermaksud rekod SKT adalah hanya bagi tempoh tiga tahun kebelakang sahaja. PPF juga kena kira sendiri bilakah akan berlaku kekosongan U32, 36, 38 dan 40 dan mulalah mengatur strategi agar markah SKT bagi 3 tahun kebelakang akan menyokong permohonan tersebut. Tetapi Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua (PPP & PPK) lebih advance iaitu ia akan bagi markah yang ia suka dan ianya tidak memihak kepada PPF. Tetapi jika purata markah SKT bagi 3 tahun  tersebut ialah 96 dan keatas, maka siaplah diri kerana terpaksa berpindah ke tempat baru kerana kenaikan pangkat. Jika berjaya, tepuk dada, tanya selera. Tetapi Pengarah JKN telah menyatakan iaitu, jika telah bekerja selama 20 tahun dan lebih. maka markahnya perlulah melebihi 80% dan jika kurang dari itu, sesuatu perlu dilakukan. Markah 80% juga membolehkan PPF mengisi borang kenaikan pangkat.
 
Pada hari ini akan berlangsung perhimpunan Umno di PWTC. Antara aktivitinya ialah pemilihan ahli MT baru. Untuk makluman semua PPF ahli MT Umno akan bertemu dan bermesyuarat sebanyak 12 kali setahun dan antara aktivitinya ialah memasti kemakmuran dan keharmonian rakyat Negara ini. Dan jika PPF ada persoalan dan isu, ianya boleh di maklumkan kepada ahli MT yang akan menang pada pemilihan tahun ini. Memang tugas ahli MT memastikan semua rakyat Negara ini dalam aman dan bahagia. Secara puratanya ialah setiap negeri di Malaysia akan di wakili oleh 2 orang ahli MT. Ianya adalah amat mudah kerana pada waktu ini PPF telah mempunyai ruang dan peluang baru bagi menyampaikan cadangan, sokongan ataupun persoalan.
 
Sebagai PPF alaf baru, semua PPF perlu menghayati dan memahami visi dan misi KKM iaitu seperti berikut :
 
Visi dan Misi KKM
 
VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
 
MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

 
A.untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
 
B.untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
mengutamakan pelanggan
saksama
tidak membebankan
cekap
wajar mengikut teknologi
boleh disesuaikan mengikut persekitaran
inovatif
 
C.dengan menekankan:
sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
sifat menghormati maruah insan
penglibatan masyarakat
 
a.untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
 
b.untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
 
c.dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat
 
Seterusnya pada 26 Mac 2012 terdapat isu yang di timbulkan oleh PPF iaitu:
Tiada Penyeragaman Silibus Diploma Farmasi antara IPTA dan IPTS
Kelayakan Yang Rendah Untuk Memasuki Kursus Diploma Farmasi Di IPTA / IPTS
 
Untuk makluman PPF kelayakan IPTA / IPTS di Negara ini perlu mendapat kelulusan :
Kementerian Pelajaran Malaysia
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Jabatan Perkhidmatan awam (JPA)
 
Seterusnya kini terdapat ruang dan peluang yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyuarakan hasrat melalui :
 
TINJAUAN ASPIRASI MASYARAKAT
Kajian semula pelan strategic
Pengajian Tinggi Negara ( PSPTN )
2007 – 2020 ( berbaki 7 tahun sahaja )
 
Teras PSPTN
Akses dan meningkatkan ekuiti
Kualiti pengajaran dan pembelajaran
Penyelidikan dan inovasi
Memperkasa institusi pengajian tinggi
Pengantarabangsaan
Pembelajaran sepanjang hayat
System penyampaian kementerian
 
Untuk sebarang pertanyaan hubungi urus setia
03 87253592 / 03 89248277 / 03 89248795
 
Fax : 03 89248013
 
Website : http://www.moe.gov.my/
 
Terdapat 6 lokasi bagi menyampaikan pandangan dan cadangan dan di harap semua PPF dapat menghadirkan diri melalui biro pendidikan persatuan PPF dan biro pendidikan kesatuan PPF agar suara PPF dapat di dengar.
 
Dan selepas ini tidak akan timbul masaalah kekurangan PPF bagi meneruskan kursus pos basic.
 
Juga pertukaran nama pos basic kepada advance diploma akan dapat di terjemahkan.
 
PPF juga boleh memohon bidang- bidang baru bagi kursus advance diploma.
 
Antara yang boleh diketengahkan ialah nama jawatan PPF pada masa hadapan, tambahan kelayakan bagi PPF dan antaranya ialah Dip in Pharmacy ( IPTA / IPTS ) dan Advance Dip in Pharmacy ( kaunselling, CDR, TPN, Aseptik, DLL )
 
Tetapi jika PPF memilih bagi menjayakan Strategi Lautan Biru ( Blue Oceon Strategy ) bersama PF, biarlah hanya PF sahaja yang hadir dan PPF cuma perlu jayakan sahaja Strategi Lautan Biru tersebut. Pada waktu ini National Blue Oceon Strategy ( NBOS ) antara PDRM dan ATM telah mengadakan program derma darah bersama. Itulah kebaikan NBOS.
 
Perjalanan tahun 2013 telah tiba di bulan Oktober dan sememangnya BPF KKM sentiasa menyokong usaha-usaha murni PPF dan bergantunglah kepada tahap usaha dan ikhtiar hidup PPF sendiri. SURVIVAL.
 
Dan diiharap semua PPF telah melalui dan menjayakan aktiviti seperti berikut :
 
13 dan 14 September 2013 adalah AGM PPFM dan tahniah kepada yang berjaya dan tunggulah tugasan yang menanti.
27 dan 28 September 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat PTJ iaitu Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah.
11 dan 12 Oktober 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat Negeri JKN.
25 dan 26 Oktober 2013 AGM Kesatuan PPF di Terengganu. Segalanya akan di bentangkan di sana.
 
Dan semua mesyuarat / pertemuan / perjumpaan / perbincangan di atas perlulah di rekodkan dan di minitkan serta perlu dibawa pada mesyuarat PPF di Terengganu nanti. Dan yang paling penting sekali ialah tidak melupakan jasa dan pengorbanan ketua profesyen dan segalanya perlulah di maklumkan kepada beliau kerana beliau mempunyai kedudukan dan peranan yang penting bagi peningkatan PPF.
 
Dan bagi menjayakan segalanya ialah semua PPF perlu hadir ke INTAN dan mengikuti Kursus Penyediaan Minit Mesyuarat Yang Berkualiti. Intan adalah di bawah JPA. Seterusnya ialah PPF dan INTAN berpisah tiada.
 
Persidangan PPF Peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu pada 25 dan 26 Oktober nanti.
 
Pengisiannya ialah
Continous Pharmaceutical Education (CPE)
AGM Kesatuan PPF
Lawatan Sambil Belajar
Harap ramai PPF hadir.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tamat
 
19 Okt 2013
 
 
Nota Tambahan :
 
TAJUK-TAJUK FORUM PPF
 
Banyak tajuk-tajuk dalam forum PPF sejak dahulu lagi dan sepatutnya 50% telah di usahakan dan di jayakan beserta cadangan-cadangan yang bernas, praktikal, konsisten dan munasabah. Tetapi jika ianya masih belum diselesaikan, teruskan usaha murni tersebut.
 

TAMAT
 

 
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3155

View user profile

Back to top Go down

Re: AWASI SKT ANDA!!!!

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum