FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Koleksi Tips Semanis Kurma

Page 7 of 8 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

View previous topic View next topic Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:09 pm

10 Perkara ELAKKAN dalam bercinta..

Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum, peraturan mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan.

Bercinta kerana simpati dan kasihan.
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.

Melirik kepada jejaka/gadis lain.
Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.

Pura-pura tertarik pada bicara si gadis.
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!

Tidak ingin kalahkan si dia.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

Harus sentiasa bersama.
Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?>

Rapat dengan sahabat karib si dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

Berpura-pura tidak cemburu.
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

Terlalu menerima sikap si dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

Memafkan sikapnya yang keterlaluan.
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang ?kurang? itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

Biarkan si dia membayar.
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:11 pm

10 tanda dia jodoh kiter

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.Kejujuranbukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukticinta sejatiadalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmatdi akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Madah Cinta
Manusia merancang, Allah menentukan.
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka. Al-Quran

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:13 pm

Tip Memelihara Cinta Sejati...

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.

1. Pilih pasangan yang sesuai

Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.

Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?? Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3. Percaya akan kelemahannya

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,? percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’

4. Tutup mulut

Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr . Right kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba

Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:15 pm

Bosan bercinta?apa penawarnya??

Bosan bercinta?sebulan dua saat bercinta manis sekali.terasa bagaikan dunia milik berdua.semuanya indah sekali...

tapi....bila usia perhubungan dh mencecah setahun dua,ribut tiba2 melanda.tak tau kt mana silapnya.asyik nk bergaduh ja.silap skit mesti melenting.tak kira la sebab hal kecik ataupun besar.kenapa?

sebenarnya ms tu kita baru nmpk akan kelemahan sebenar si dia yg kita tak pnh nmpk sejak mula2 berkenalan dulu..dulu,buruk pun kita nmpak baik...hari2 bnda yg sama.bangun tido hantr msj,mkn,rehat,tgk tv suma msj.kalo free,kuar.tak free,msj.asyik bnda yg sama ja..mula la bosan.bila dh bosan,mula la nk cari pasangan baru.sebab hati nk merasa kehangatan baru yang bahagia..

nk hangatkan balik hubungan tu? jom kita cuba cara di bawah..



BERIKAN KEJUTAN
berikan kejutan agar semuanya nmpk baru kembali.biar si dia rs terkejut dan segalanya nmpk segar.Wanita plg suka akan kejutan.si dia akn rs dihargai kerana si dia tau pasangannya mgkin memikirkan kejutan ini hanya untuk dia berbulan2 lamanya...contohnya kejutan menyambut hari jadi.kalau dulu selalu ucap hari jadi dgn hantar msj atau telefon ja.kali ni cuba buat kejutan dgn menghantar seseorang untuk menghantar bunga.wah...romantiknya...



UBAH ANGIN
bosannya hari2 mesej.kadang2 tu cuba la benda baru skit agar semuanya nmpk baru seperti mula2 kenal dulu.Dulu kita rs bahagia kerana kita tak tau apa akan jd seterusnya.sebelum knal si dia kita tak pnh msj,kita tak pnh amk tau soal tarikh,tak pnh terima ucapan hari jadi.sebab tu semuanya nmpk bahagia d usia perhubungan msh baru. Kali ni cuba plak benda baru.Contohnya kalau dulu selalu msj,apakata kdg2 tukar cara lama plak.anta surat.atau anta email.dan...kalau keluar bersama plak asyik tmpt yg sm ja,cuba tukar tmpt plak.kalau dulu asyik kuar tgk wayang,apa kata pergi tmpt yang beriadah skit..baru la semuanya nmpk baru..



IMBAS KENANGAN
ajak si dia kenang kembali bagaimana mula2 bertemu dulu,bagaimana anda meluahkan perasaan pada si dia.betapa romantiknya dulu...cuba ajak si dia kenangkan kembali apa yg buat si dia jatuh hati pada anda,apa yg buat anda jatuh hati pada si dia..semuanya nmpk indah...dan dalam masa yg sama,semai kasi sayang dalam diri si dia supaya sayangkan hubungan ni yang telah bertahan lama...



JANGAN TERLALU CEMBURU
Kadang2 lelaki ni cepat bosan bila pasangannya kuat sgt cemburu.secara tak langsung mengongkong hidup si dia.cuba la tanamkan sedikit kepercayaan supaya si dia rs bebas sedikit dan tak terlalu tertekan dgn hubungan ni..



CANTIK DAN KEMAS UINTUK SI DIA
Ha...ini especiallynya utk lelaki.lelaki mmg tak berapa pntgkan sgt soal penampilan.sedangkan ini amat pntg.pmpn yg subjektif selalu inginkan teman lelaki yg sentiasa nmpk segar dan kemas.berjalan dgn si dia pun nmpk seiring saja..sesetengah lelaki ni,kalau kuar cuma berseluar pendek paras lutut,dan yg si pmpn ni up to date lagik.kn ka nmpk tak seimbang cuba buat si dia rs segar selalu di mata..tapi jgn la terlalu seksi plak untuk pmpn...

dan yg pntg sekali...lebih elok kalau kita cepatkan benda yg baik..kawen ja cpt2..bercinta lama2 banyak dugaan..ambil langkah baru seiring dgn usia perhubungan.insyaalah bahagia akhirnya kalo diizinkan tuhan...

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:20 pm

Bagaimana Memutus Cinta

Fikirkan perkara paling buruk yang mungkin terjadi bila anda memutuskan cinta. Fikirkan juga perkara yang tak mungkin tapi mungkin terjadi bila cinta anda putus. Apakah sifat sidia dan penerimaan sidia jika anda memutuskan cinta. Lain cinta lain penerimaannya. Cara pemutus cinta orang lain yang berjaya mungkin tak sesuai untuk cinta anda. Putus cinta yang berjaya ialah putus cinta yang tak merugikan sesiapa.

Fikirkan sebab mengapa anda mesti memutuskan cinta. Adakah sebab tetap atau sebab berubah. Sebab tetap antaranya ialah berbeza umur, bangsa dan negara. Sebab berubah pula antaranya ialah kelakukan, pendidikan dan kerjaya. Anda mesti memikirkan sedalamnya. Jika anda belum begitu yakin, biarlah cinta anda terus dulu. Anda mesti mencapai tahap keyakinan mutlak. Barulah buat keputusan cinta anda. Anda mesti tegas dan pegang keputusan cinta anda walau apa terjadi. Anda akan mengecewakan diri anda dan juga orang lain jika anda gagal berpegang dengan keputusan cinta anda.

Setelah itu anda mesti fikirkan strategi menamatkan riwayat cinta anda. Anda boleh membuat cinta sidia pudar terhadap anda dengan menonjolkan kekurangan diri anda dan perkara yang tak digemarinya. Tapi biasanya bila anda sudah tak cinta, sifat ini akan muncul sendiri. Tapi jangan sampai menyakiti sidia. Jangan sampai anda dulu mengucapkan putus cinta. Biarlah dia dulu mengucapkan putus cinta.

Bila tiada cara lain, berterus terang boleh juga. Putus cinta cara ini tinggi risikonya. Anda tak boleh fikirkan diri anda saja tapi perasaan cintanya perlu juga difikirkan. Carilah masa sesuai, tempat selamat dan emosi sidia paling baik untuk mendengar putus cinta anda. Jangan sembarangan putus cinta kerana ini boleh sebabkan putus nafas. Sidia boleh bertindak di luar jangkaan dengan membunuh diri atau anda. Elakkan risiko putus cinta begini.

Apakah perlu anda lakukan setelah putus cinta secara rasmi atau tak rasmi. Jangan jadikan sesiapa terutamanya kekasih lama anda musuh. Jadikan sidia sebagai sahabat setia pula. Musuh walaupun satu amat bahaya. Tapi sahabat setia walau tiada cinta tak membiarkan anda derita.

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:21 pm

Bagaimana Bila Cinta Diputuskan

Beberapa perasaan putus cinta muncul antaranya kecewa, putus harapan, hilang keyakinan, sakit hati atau bunuh diri. Tapi sedarlah sebuah kehancuran cinta membuka lembaran cinta baru. Yang mana lebih baik, cinta lama atau baru.? Anda tak tahu sebenarnya. Walau anda kehilangan segalanya tapi anda masih ada masa depan. Anda mesti yakin setiap cinta ada gantinya cuma dalam bentuk cinta yang lain. Tiada cinta yang sama kerana inilah dunia cinta itu indah.

Putus cinta memang berat. Tapi percayalah sedih dan derita akan hilang dengan masa. Masa lalu tak akan kembali. Jangan selalu dikenang yang terjadi. Fikirkan apa perlu dilakukan. Hidup ini realiti tak seindah mimpi. Anda pasti akan menempuh banyak perkara yang memang anda tak inginkan. Ini memang tak boleh dielakkan. Yang penting bukan yang terjadi tapi bagaimana sikap anda menghadapi kejadian itu.

Jika anda menerima kata putus cinta, anda boleh bertanya mengapa. Tapi jangan sesekali merayu. Anda akan malu kedua nanti. Ketegasan jiwa perlu untuk menerimanya. Setitis air mata cinta pun jangan dititiskan. Semakin banyak air mata cinta, semakin rosak jiwa anda nanti. Sekali putus cinta bererti selamanya. Mungkin ini amat keras. Tapi percayalah ini amat baik untuk diri anda.

Tiap orang ada hak untuk memberi dan menerima cinta. Tapi ingat tiap orang juga ada hak untuk memulangkan atau memutuskan cinta dengan apa sebab sekalipun. Anda mesti hormati hak cinta orang lain. Cinta yang dipaksa atau terpaksa bukannya cinta sebenar. Ini cuma samaran derita berwajah cinta.

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:22 pm

Untuk Lelaki..huh!!-jangan Ucap!

Berkapel memang seronok. Tapi sekiranya kita tersilap kata, buruk padahnya. Di bawah ni disenaraikan 10 perkara yang tidak sepatutnya diucapkan kepada si dia.

1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu"
- si dia pasti akan berasa kecewa kerana peerempuan tidak suka diperbandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya.

2. "Eh, tak ketat ke baju awak tu?? Nampak macam dah gemuk."
- percayalah perempuan benci dikatakan gemuk.. kamu memang sengaja mencari nahas.

3. "Alamak, abang lupalah hari ni harijadi sayang"
- hari penting!!! kena ingat!!! ini akan meemberikan kesan dalam perhubungan kamu

4. "Hai, janganlah asyik marah2"
-jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemunggkinan dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu

5. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak"
- kamu memang mengecewakan....

6. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan.. saya malaslah nak ikut"
- kamu mengecilkan hatinya kerana pada masaa inilah dia ingin spent masa dengan kamu

7. Bedebat pertahankan pendapat
- janganlah sampai bersungguh2 kerana kemennangan kamu hanya akan mengundang masam di mukanya..


8. "Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak ni boringla"
- percayalah hubungan kamu boleh putus denggan ayat ini...

9. "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak ye??"
- ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang ^%$#&* daam perhubungan kamu berdua

10- "Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi"
- jangan salahkannya sahaja tapi fikirlah kkenapa??

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:23 pm

DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:25 pm

7 Langkah Si Dia Tackle Kamu

1 Si dia belanja kamu makan @ minum

2 Si dia sering meminjam sesuatu @ meminta bantuan dari kamu.Ini membuatkan si dia berasa dekat dgn kamu.

3 Si dia mengajak kamu menemaninya bersiar-siar & membeli belah yg mana langkah ini akn membuatkan kamu menerima si dia.

4 Si dia mula bertanyakan tentang keluarga kamu & dalam masa yg sama si dia akan bercerita tentang keluarganya.Topik ini secara langsung akan merapatkan hubungan kamu berdua & membuatkan kamu lebih mengenali antara 1 sama lain.

5 Si dia akn sentiasa akan bertanya tentang kamu.Dengan ini,kamu akan berasa di sayangi.

6 Si dia akn memberikan kamu hadiah istimewa. Ini menandakan bhw dia ingin melanjutkan hubungan yg lebih dr seorang rakan.

7 Si dia mula melayan kamu spt kamulah kekasihnya.Setiap kata-katanya adalah ucapan sayang & cinta.

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:26 pm

Memastikan kehidupan anda dan dia semakin bermakna

# Timbulkan tarikan.Wanita tida sekadar inginkan bunga dan ayat-ayat cinta sahaja.Bahkan mereka suka jika anda kerapp menyentuh dan menghadiahkan senyuman manis kepadanya.

# Biarkan pasangan menikmati masa bersendirian seketika.Sebaik pulang ke rumah dari kerja,anda pasangan anda boleh menikmati saat bersendirian di rumah sekurang-kurangnya selama 30 minit.Jangan ganggu dan biarkan dia melakukan apa sahaja yang diingini.

# Nikmati mkn malam di meja dan bukannya di depan tv.Dengan ini fokus anda lebih tertumpu pada makanan dan pasangan.

# Sentiasa sudahi sebarang pertelingkahan yang wujud sebelum tidur.Jangan tidur dalam keadaan marah.Sekurang-kurangnya akhiri ucapan dengan "maafkan saya."

# Tumpukan pada kelebihan pasangan.Seringkali anda mudah melihat keburukan dan kekurangan pasangan.Ada baiknya anda mneumpukan perhatian kepada perkara-perkara baik yang telah dan sedang dilakukan.Dengan ini anda tidak mudah memandang rendah kepadanya.

# Tembahkan tenaga dan kreativiti dalam perhubungan anda.Cubalah untuk selalu melakukan kejutan pada pasangan dan belikan hadiah untuknya walupun kecil..



TIPS-TIPS INI HANYA UNTUK ORANG YG TELAH BERKAHWIN DAN BAKAL BERKAHWIN SAJAHA..HEHE..APLE JUZ NASIHAT ERK..

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:28 pm

Apa Yang Lelaki Tidak Suka

Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa perkara yang boleh menjadi pemicu kepada kemarahan golongan cik abang. Dengan memahami pantang-larang kaum lelaki dan perkara-perkara yang boleh membuat mereka bosan, ia dapat mengelakkan si isteri daripada terjebak dalam perbalahan rumahtangga.

Berikut adalah beberapa pantang lelaki ;

1. Ungkit kisah lama

Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu.

Tetapi cik abang bertanya: Ah? Apa kena mengenanya?

2. Banyak soal
Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal inspektor polis.

3. Bersaing dengan dirinya
Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya, sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri.

Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.

4. Perlakukan mereka bak anak kecil
Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.



5. Mengongkong
Bukan beliau tidak mempedulikan anda.

Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.

6. Menuduh
Wanita suka berbicara bak dirinyalah menjadi mangsa sekali gus membuat lelaki berasa bersalah. Misalnya:

Wanita: Baju mana yang cantik, merah ke biru?
Lelaki: Entah, suka hati awak. Dua-dua cantik.
Wanita: Awak memang tak ambil endah. Semua tak tau!

7. Cakap berputar belit
Cara perbualan, penyampaian dan menceritakan sesuatu dengan amat terperinci dan panjang lebar seolah-olah tiada penghujungnya membuat lelaki bosan kerana apabila berbual, lelaki lebih fokus.

8. Tidak tahu simpan rahsia
Mungkin wanita rasa tidak bersalah memberitahu teman bahawa suaminya berdengkur amat kuat dan cerita begini menggelikan hati tetapi lelaki menganggapnya kesalahan besar.

9. Bertanya sayang ke tidak
Pertanyaan seperti, Awak sayang saya tak? buat sekali dua tidak mengapa tapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.

10. Kata tak ada apa-apa
Apabila anda mematikan diri dan mengharap mereka membaca fikiran anda, anda membuat mereka berasa keinginan untuk menolong ditolak dan akhirnya, mereka pun meradang. Tercetuslah perang sengit.

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:33 pm

Rezeki Melalui Perkahwinan

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.
Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)
Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.
Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku..

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:34 pm

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram
di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana
senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki
suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila
suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat
dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman
dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat
anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang
isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun
untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di
udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam
kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:36 pm

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Gerak jari seharian anda memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari? Ikutilah tulisan berikut:

Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.

Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.

Jadi, bagaimanakah gerak jari anda?

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:37 pm

Mengenal Kelemahan Lelaki -Oleh Dr.HM.Tuah

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-@#$% wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:39 pm

Belajar Kawal Perasaan Dari Lelaki

Kepada forumer sekalian, di sini ada beberapa tips belajar kawal perasaan dari lelaki:

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

Cool Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:40 pm

3 Rahsia Lelaki yg Wanita Mesti Tau!

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:41 pm

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI.

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance.. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:42 pm

Kenali Siapa Lelaki.. ??

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:44 pm

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami

1. Bila si dia sibuk
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul.
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:47 pm

Lelaki Luah Perasaan Tanpa Kata-Kata

Anda mungkin antara wanita bertuah, cantik, bergaya dan hidup mewah kerana memiliki kerjaya hebat. Kalau sudah berkeluarga, anda bagaikan menghampiri kesempurnaan kerana dianugerahi suami penyayang serta melimpahi kemewahan. Ringkasnya, apa lagi yang anda dambakan dalam hidup kerana semuanya sudah dimiliki.

Percaya atau tidak, jika pada zahirnya anda kelihatan sempurna, hakikatnya dalam hubungan bersama suami, masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki.

Hubungan dengan suami atau teman llaki adakalanya melalui fasa agak sukar kerana berlaku salah faham, kurang prihatin atau silap tanggapan terhadap sesuatu perkara.

Ia mungkin nampak kecil hanya disebabkan wanita kurng memahami suami atau teman lelaki atau mungkin, suami atau teman lelaki yang tidak faham naluri dan kehendak wanita.

Dalam hal ini, ada sesutau yang perlu dipelajari kedua-udanya untuk mencapai persefahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan:


Wanita suka melihat sesuatu perkara secara terperinci, bagi lelaki pula ia perkara biasa, contohnya soal pilih gerai makanan. Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka sekiranya gerai itu tidak berkenan di hati, sedangkan lelaki anggap soal amkan agak mudah, boleh makan di man sahaja.


Wanita sensitif tak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting.


Wanita suka diberi perhatian dan ada ketikanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mungkin mereka merajuk.


Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.


Lelaki tidak suka menujukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu.


Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama dan ini membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak memberi perhatian kpada sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.


Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah 'mengata dan mengutuk' jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.


Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.


Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.


Suami tidak suka diperintah, dikongkong, atau dikawal. Jika isteri atau teman wanita melakukan 'kawalan' kepada lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberikan perhatian kepada apa jua permintaan wanita.


Adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang.


Jangan terlalu bergantung kepada suami atau teman lelaki kepada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangat kepada suami denagn tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki.


Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jiak masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, elakkan perbuatan itu kerana tidak memberi faedah.


Sesetengah wanita suka bertanya itu dan ini kepada suami atau teman lelaki, tetapi tidak suka kepada jawapan diberikan mereka. Ini membuatkan lelaki atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita.


Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian, dan kemewahan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan karenah wanita sedemikian.

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:48 pm

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Berkahwin

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!

Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka ??openg??masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka mening! kat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani ??ati??dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.



APA ITU CINTA

Quote:

CINTA dapat membuatmu bahagia tapi sering juga membuatmu sedih, tapi CINTA hanya berharga jika diberikan kepada seseorang yang menghargainya. Jadi jangan terburu-buru dan pilih yang terbaik.


Quote:

CINTA bukan bagaimana menjadi pasangan yang sempurna kepada seseorang. Tetapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri.


Quote:

Hal yang paling kejam yang dilakukan kepada orang lain adalah membiarkannya JATUH CINTA,sementara kamu tidak berniat untuk menyambutnya.


Quote:

CINTA bukan ini salah kamu tapi "maafkan aku"


Quote:

CINTA bukan cuba kamu jadi macam ni" tapi "aku mencintaimu seadanya".


Quote:

CINTAakan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu.

Tetapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:49 pm

Rahsia tanda tangan.

Ada pulak yg tuka sign nti...hehehe.Juz 4 ur info....
Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:51 pm

Rahsia Mata Dan Pemikiran

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.


2. Jika renungannya matanya tajam macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..


3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.


4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.


5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.


6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.


7. Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.


8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.


# Sekadar bacaan, bukan untuk dibuat pegangan

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 7:52 pm

Empat Cara jatuh Cinta

Empat Cara jatuh Cinta

Sama ada ia tarikan serta merta atau reaksi "tertunda," selami cara untuk kekalkan perasaan gila bayang antara satu sama lain, tak kira bagaimana kamu mula menjadinkan hubungan.
Sedang ingin bercinta? Kami mendapatkan pandangan pakar "hati' mengenai empat senario "benar-benar jatuh cinta" dan bagaimana untuk meningkatkan peluang bagi kesudahan yang membahagiakan.

LOVE @ FIRST SIGHT
Ia berlaku pada saat pertama kamu bertemu: Jantung mula berdegup kencang dan tangan mula menggeletar. Dalam kata lain, ia adalah tarikan dan minat yang hadir serta merta. Bagaimana tarikan ini berlaku tiada siapa tahu. Apa yang boleh dikatakan, ianya suatu tarikan fizikal yang kuat, kamu berada pada tempat dan masa yang betul, serta minda di bawah paras sedar kamu mengumpul petunjuk yang kamu sendiri tidak sedari.

POTENSI PASANGAN
"Rakan saya mengatur blind date dengan kenalannya Fuad. Saya tidak pasti kenapa, tapi saya dapat rasakan something special dengan dia. The date was excellent. Bila saya pulang dan memberitahu teman sebilik yang saya suda menemui bakal suami saya, dia sangka saya sudah gila. Selepas dua tahun, perasaan masih tidak berubah," kata Diana, 25.

"Dalam kaji selidik yang dilakukan terhadap 1,500 responden, 55 peratus daripada mereka yang mengakui mereka jatuh cinta pada pandang pertama, akhirnya berkahwin," kata Earl Naumann, pengarang buku Love at First Sight.

"Apabila kamu jatuh cinta dengan pantas, kamu mungkin akan hanya memberi fokus kepada masa depan dan mengabaikan ikatan yang ada pada masa sekarang," jelas Ayala Pines, penulis Falling in Love. Justeru beri tumpuan untuk mencipta minat baru yang serupa dan menjawab soalan real-time (contohnya, adakah kamu gembira dengan pekerjaan kamu?) Dengan cara itu, kamu dapat lebih mendalami personaliti masing-masing.


LAMBAT TERTARIK
Tiada "letupan bunga api"? Walaupun dia bukan pasangan dari syurga, kamu berasa gembira dengannya dan tidak keberatan keluar bersamanya. Kemudian, kamu mula melihat kualiti menarik yang dimilikinya dan tanpa disedari, kamu dilamun cinta. Jadi bagaimana personaliti biasa seperti Clark-Kent berubah menjadi superman? "Yang pasti dia tidak memenuhi kreteria tarikan fizikal ketika awal pertemuan, tetapi ada sesuatu pada personalitinya dan menarik perhatian dan ia mula mambajai hubungan emosi dan fizikal," kata Pines.

POTENSI PASANGAN
Hubungan yang berkembang daripada reaksi tarikan "tertunda" biasanya lebih mendalam dan biasanya tidak begitu rapuh berbanding yang berasaskan pada seseorang yang memenuhi "idea" romantik kamu, justeria ia mempunyai peluang lebih cerah untuk bertahan, kata Greg Godek, pangarang 101 Ways to Be Romantic.

Begitu yang ditemui Madihah, 24. "Saya biasanya hanya keluar dengan lelaki yang aktif," kata Madihah. "Azmeer pula pemuda yang lebih berminat menonton filem berbanding bersenam, jadi pada mulanya saya sukakan sikap pak lawaknya itu sebab saya tak kisah keluar beberapa kali bersama. Akhirnya saya jatuh cinta kepadanya," katanya. Di sini kamu boleh jatuh cinta dengan seseorang kerana kalian berkongsi minat dan nilai yang sama. Akhirnya, faktor inilah yang memainkan peranan penting.


KAWAN JADI BUAH HATI
Keingina secara tiba-tiba untuk bersama dengan rakan platonik mungkin berisiko, dan menimbulkan rasa janggal. Tetapi Nadia, 29, mendapati perubahan itu boleh berlaku dengan lancar. "Dia dengan saya sangat rapat dan selesa berkawan sebelum kami mula menjalinkan hubungan, dan peralihan itu tidak begitu menimbulkan tekanan," jelasnya.

POTENSI PASANGAN
Jatuh cinta dengan kawan sendiri memberimu peluang lebih cerah untuk menjalinkan hubungan cinta jangka panjang bebanding apa yang kamu sangkakan, kerana "persahabatan adalah asas untuk hubungan yang menggembirakan," kata penyelidik, John Gottman, Ph.D., pengarah The Seven Principles for Making Marriage Work. Dan satu lagi sebab kenapa menjadi kawan terlebih dahulu lebih baik untuk masa depan: "Kamu sudah tahu dan sudah faham perangai masing-masing," jelasnya.


Satu peringatan: Kamu merasa selesa dari peringkat awal, hinggakan tidak dapat merasakan "asyik" cinta baru. Akhirnya, fikiran jadi celaru. "Mengekalkan perasaan cinta yang membara adalah cabarannya," kata Godek. Kamu mesti mempunyai matlamat untuk sentiasa menghangatkan cinta kamu. Apa kata cuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Jangan fikir bukan-bukan pulak. Ajak si dia sertai Amazing Race atau berduet dalam pertandingan karaoke. Kenangan manis "kali pertama" pasti menyemarakkan rasa cinta.


BENCI TAPI SAYANG
Rasa nak menumbuk mukanya selepas kali pertama berbual dengannya? Awas ya! Perasaan "tidak suka" itu mungkin hanya "topeng" yang menutup tarikan emosi yang sangat kuat terhadapnya.

POTENSI PASANGAN
Dalam percintaan sebegini, pasti kamu "jarang" rasa bosan. "Keasyikan ketika detik awal jatuh cinta berjaya dikekalkan kerana pasangan terus mengingati apa yang menimbulkan bibit cinta daripada awal... Konflik!" kata Pines. Kamu sentiasa mempunyai "pengecas bateri" yang membantu mengekalkan kehangantan itu untuk satu tempohyang lebih lama.

"Saya tidal menyukai Azlan pertama kali kami bertemu, danwalaupun kami saling menyintai sekarang, sekali sekala kami masih melakukan sesuatu yangmenimbulkankemarahan!" kataSarah, 30. Namun ada bezanya antara "bergaduh" dengan mengusik nakal ya.Jika ia berubah menjadi satu "peperangan" ada kemungkinan cinta kalian tidak berkekalan. Justeru bercinta elok-elok ya!

sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1144
Umur : 30
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 4078

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

View user profile

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by Sponsored content Today at 7:32 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 7 of 8 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum