FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Ingatan bg yg dah berkahwin dan bakal berkahwin..

View previous topic View next topic Go down

Ingatan bg yg dah berkahwin dan bakal berkahwin..

Post by rieyna168 on Sun 04 Oct 2009, 7:54 am

Sekadar kongsi. Bacalah supaya menjadi pedoman dan pengajaran.

si isteri - yg wajib ke atasnya adalah suami nya - syurga di bwh tapak kaki suami.
si suami - yg wajib ke atasnya adalah ibu nya - syurga di bwh tapak kaki ibu - tanggungjawab ke atas ibu nya tidak putus selagi hidup.


For your reading pleasure...

Setiap kali menjelang Ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah
ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua 5 orang anaknya. - ibu mempunyai 6 orang anak. perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.
Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul
tak?


Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..

Ibu: Dengar dulu, contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju
dulu?

Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat

Ibu: Tidak, ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak
kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh: Mengangguk.. (tanda faham... dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan
juga pandai mengurut.... diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).

Acik: Mana boleh macam tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas hati)

Ibu: Ingatlah.... ..jika anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua.

Acik : Macam kaum "............."lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emak bapak.

Ibu: Bukan macam tu......Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka,ibubapanya akan mendapat pahala di
atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mana... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu
mengikut ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada
kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.


Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa
mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya
di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya
rasa......terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon
pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).


Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke
sini. Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain...(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila
saya mendirikan rumahtangga. .....masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri..... .sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.... .....berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu? Ya Allah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Amin

Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu)
menemui ajalnya
.

Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...


Last edited by rieyna168 on Wed 07 Oct 2009, 2:03 pm; edited 1 time in total

----Forum Paramedik Malaysia-----




INGIN MENGENALI RINA :
-> http://www.myspace.com/rieyna82 -> http://www.facebook.com/rieyna168
"Kecantikkan seseorang itu ada pada Mata yang memandang"
I was born to be THE GUNNERS
Forum Arsenal: http://ams-thegunners.forumms.net/

rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4789
Umur : 34
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 8184

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

View user profile http://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Re: Ingatan bg yg dah berkahwin dan bakal berkahwin..

Post by fasha_wanna on Tue 06 Oct 2009, 8:24 pm

very nice story...

bleh jd cntoh yg baik utk sume..

----Forum Paramedik Malaysia-----




-GiGi wAriSAn KitA.. BeRSamA KitA MeNjaGA- Very Happy

fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2733
Umur : 30
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 6216

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

View user profile http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Re: Ingatan bg yg dah berkahwin dan bakal berkahwin..

Post by fiz on Wed 07 Oct 2009, 3:16 am

wow, baik punya cerita....

fiz
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : pelajar
Gender : Male
Jumlah Post : 1850
Umur : 26
Tarikh Register : 03/09/2009
Reputation : 5
Points : 4721

Character sheet
Mutiara Kata saya: berkawan biar beribu, beristeri biar 1

View user profile

Back to top Go down

Re: Ingatan bg yg dah berkahwin dan bakal berkahwin..

Post by rieyna168 on Wed 07 Oct 2009, 2:09 pm

Sama-samalah kita menjalankan tanggungjawab sebagai anak mengikut landasan Islam....

----Forum Paramedik Malaysia-----




INGIN MENGENALI RINA :
-> http://www.myspace.com/rieyna82 -> http://www.facebook.com/rieyna168
"Kecantikkan seseorang itu ada pada Mata yang memandang"
I was born to be THE GUNNERS
Forum Arsenal: http://ams-thegunners.forumms.net/

rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4789
Umur : 34
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 8184

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

View user profile http://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Re: Ingatan bg yg dah berkahwin dan bakal berkahwin..

Post by sweeties on Fri 09 Oct 2009, 4:00 am

bgs utk mereka yg x thu

sweeties
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : mIsI
Gender : Female
Jumlah Post : 1051
Umur : 35
Tarikh Register : 15/11/2008
Reputation : 3
Points : 4056

Character sheet
Mutiara Kata saya: YaNg TeRiNdAh HaNyAlAh SeMeNtArA

View user profile

Back to top Go down

Re: Ingatan bg yg dah berkahwin dan bakal berkahwin..

Post by devil on Sun 08 Nov 2009, 12:59 pm

hm.. jd kn teladan..

devil
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : rempit
Gender : Male
Jumlah Post : 669
Umur : 34
Tarikh Register : 22/08/2009
Reputation : 0
Points : 3356

View user profile

Back to top Go down

Re: Ingatan bg yg dah berkahwin dan bakal berkahwin..

Post by Sponsored content Today at 6:49 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum