FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

View previous topic View next topic Go down

5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by ahmadmohdgudang on Wed 07 Oct 2009, 10:10 am

aku heran d banyk tempat ISO dahulu dpt.. 5S kemudian bru tekial2 buat.. tpt lain cmmn? kome same jgk kerr???

ahmadmohdgudang
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : manager
Gender : Male
Jumlah Post : 6
Umur : 45
Tarikh Register : 20/05/2009
Reputation : -2
Points : 3022

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by dhiyamirza on Tue 13 Oct 2009, 12:02 pm

ISO dengan 5'S ni kalau tengok macam berbeza...tapi saling ada hubung kait...cuma aku tengok mana yang berlebih2 nak implemen 5S tu dah macam sekolah tadika pon ye jugak...bewrna warni..bergaris sana sini..
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3717

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by liza on Wed 14 Oct 2009, 6:08 am

pada saya 5s patut di dulukan coz sbb 5s sedikit sebanyak menyumbang kearah pencapaian ISO..
avatar
liza
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPF u29
Gender : Female
Jumlah Post : 82
Umur : 37
Tarikh Register : 24/07/2007
Reputation : 3
Points : 3786

Character sheet
Mutiara Kata saya: whom we love best, to them we can say least..

View user profile http://www.flickr.com/photos/seroja/

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by dhiyamirza on Thu 15 Oct 2009, 11:34 am

@liza wrote:pada saya 5s patut di dulukan coz sbb 5s sedikit sebanyak menyumbang kearah pencapaian ISO..

5S ni memang baru sahaja dilancarkan...berbanding ISO yang dah lebih lama...sebab tu ramai yang implemen ISO dulu baru 5S...
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3717

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by liza on Thu 15 Oct 2009, 11:48 am

dhiya.. kat tpt saya 5s dulu baru iso ni di implementasikan.. 5s sgt berkesan kalaukita mengamalkan secara konsisten.. bukan kejap buat kejap tak.. Smile)
avatar
liza
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPF u29
Gender : Female
Jumlah Post : 82
Umur : 37
Tarikh Register : 24/07/2007
Reputation : 3
Points : 3786

Character sheet
Mutiara Kata saya: whom we love best, to them we can say least..

View user profile http://www.flickr.com/photos/seroja/

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by afiq82 on Fri 16 Oct 2009, 6:03 pm

iso bukan utk diimplementasikan, iso tu pengiktirafan dari segi management, ini termasuk record, sop dll. so, walaupon pekerja malas, then masa menunggu yg lama, tak menjejaskan pengiktirafan iso tu asalkan management, record, ngan SOP ok, ader, wujud and org paham.

bg aku 5s tu lebih penting, iso tu mcm pengiktirafan utk menunjuk2, bukan ader ape2 pon.

afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 35
Tarikh Register : 19/12/2008
Reputation : 9
Points : 3277

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by nori on Mon 19 Oct 2009, 4:38 am

Selalunya, hal ini Peg Far yang buat keputusan. Tetapi PPF perlu ada pendirian yang tegas. Pada pendapat saya ISO di dahulukan dan lepas tu baru 5S. Jika semua PPF setuju, kita ikut sahaja.ISO mudah di capai tampa perubahan besar pada tempat kerja sedangkan 5S perlukan perubahan yang ketara pada suasana ruang tempat kerja. ISO ialah buat apa yang di dokumenkan, dan dokumenkan apa yang di buat. 5S boleh di capai jika kita menjiwai semangat dan sikap pekerja Jepun. Sebab 5S itupun adalah bahasa Jepun.
Harap lepas ni, semua PPF jangan persoalkan perkara ini lagi. Sebab kelebihan antara ISO dan 5S adalah 50:50.
Apa yang perlu kini ialah buatkan net working sesama PPF, gunakan ICT sepenuhnya, kongsi pengalaman dan kepakaran, tingkatkan ilmu dan akhir sekali jayakan ISO dan 5S. Saya dah ada alamat e mel sejak 2006, tetapi tiada satu pun nota 5S dan ISO yang di terima.
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by dhiyamirza on Mon 19 Oct 2009, 4:06 pm

ISO ni memangla macam nak menunjuk2...membebankan...bukan memudahkan...tapi kalau 5s plak dia memudahkan...dia tak banyak sangat berkaitan rekod2 cuma cara2 susunan yang biasa dapat dilihat dengan mata kasar...cuma pada saya kalau dah berlebihan nampak macam budak sekolah tadika...ade ke patut tempat telefon pon nak buh tape macam line parking? ISO ni KK aku pon dah dapat..tapi 5S belum implement sepenuhnya pun. kita farmasi dengan 5s nye...nurses dengan 7s nye...sakit kepala aku la hai...
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3717

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by dhiyamirza on Mon 19 Oct 2009, 4:10 pm

@nori wrote:Selalunya, hal ini Peg Far yang buat keputusan. Tetapi PPF perlu ada pendirian yang tegas. Pada pendapat saya ISO di dahulukan dan lepas tu baru 5S. Jika semua PPF setuju, kita ikut sahaja.ISO mudah di capai tampa perubahan besar pada tempat kerja sedangkan 5S perlukan perubahan yang ketara pada suasana ruang tempat kerja. ISO ialah buat apa yang di dokumenkan, dan dokumenkan apa yang di buat. 5S boleh di capai jika kita menjiwai semangat dan sikap pekerja Jepun. Sebab 5S itupun adalah bahasa Jepun.
Harap lepas ni, semua PPF jangan persoalkan perkara ini lagi. Sebab kelebihan antara ISO dan 5S adalah 50:50.
Apa yang perlu kini ialah buatkan net working sesama PPF, gunakan ICT sepenuhnya, kongsi pengalaman dan kepakaran, tingkatkan ilmu dan akhir sekali jayakan ISO dan 5S. Saya dah ada alamat e mel sejak 2006, tetapi tiada satu pun nota 5S dan ISO yang di terima.

erm...maybe nori tak bertanya pade sesiapa yang ada nota2 tersebut kot...ISO ni kalau nak iye2...serabut kepala..dan memang betul dia tak lah nampak sangat. kalau 5S ni memang nampakla...mana taknya kalau dah berwarna warni, bertampal sana sini, semua benda berlabel termasuklah gunting dan gam. memangla boleh nampak dengan jelas..
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3717

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by dhiyamirza on Mon 19 Oct 2009, 4:14 pm

paling penting, bila nak implemen 5S ni kenelah ade bajet...kadang2 kita tanya semua tak ada..sapa yang nak buat..kalau sikit2 bolehla kuar duit poket sendri. belanjanya boleh tahan jugakla...kepada sape2 yang pernah buat dan pernah keluarkan duit poket sendri mesti tau walaupun kadang2 kita hanya menggunakan barang2 di sekitar kita sahaja...tapi biasa kalau utk ISO ada aje bajet yang diperuntukkan..susahla kalau nak implemen tapi tak dapat sokongan...boleh dilakukan tapi sedikit sukar...nak2 yang 1 man show..
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3717

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by dhiyamirza on Mon 19 Oct 2009, 4:18 pm

@liza wrote:dhiya.. kat tpt saya 5s dulu baru iso ni di implementasikan.. 5s sgt berkesan kalaukita mengamalkan secara konsisten.. bukan kejap buat kejap tak.. )

ISO ni lebih nak tunjuk kualiti,rekod, 5S ni plak kekemasan, kebersihan...ntah ape lagik la s yang lain tak ingat dah...
avatar
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 516
Umur : 34
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 3717

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by ppfkkpa on Fri 06 Aug 2010, 2:36 pm

Iso dan 5S adalah penting, sebab PF kata penting, sebagai PPF kita sokong je, apa yang penting ialah kerja sama, jika semua PPF dah dapat kursus 7 hari setahun, boleh lah kita bincangkan kedua-dua perkara ini, tapi kursus pun baru 1 hari, macam mana, kursus tu di arahkan oleh kerajaan, sedangkan ISO dan 5S adalah inisiatif pihak pengurusan,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 2960

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by nori on Fri 28 Jan 2011, 1:30 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

PERKEMBANGAN PPF :

Bahagian Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi merupakan salah satu cabang yang kian berkembang pesat dan dipengaruhi oleh kemajuan sains perubatan berteknologi tinggi, peningkatan sosio-ekonomi rakyat Malaysia serta ekspektasi pelanggan dalam penjagaan kesihatan. Oleh itu, adalah wajar untuk memperkembangkan perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi agar seiring dengan penjagaan kesihatan yang mencabar.

Sejak tahun 2005, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan Perkhidmatan Wajib bagi jawatan Pegawai Farmasi U41. Perancangan yang teliti terhadap setiap aktiviti farmasi dari aspek pengurusan farmasi perlu ditekankan dan memastikan agar perancangan tersebut selaras dengan setiap anggota yang terlibat dalam aktiviti farmasi. Ini termasuk bagi jawatan Penolong Pegawai Farmasi .

Perkhidmatan Farmasi Hospital telah memainkan peranan dalam pembekalan ubat-ubatan seperti aktiviti perolehan, pengeluaran, penyimpanan, pengawalan mutu dan pengedaran bekalan. Walau bagaimanapun, peranan ini perlu diperluaskan daripada “product orientated” kepada “patient orientated” di mana hasil terapeutik yang positif adalah menjadi tanggungjawab Perkhidmatan Farmasi. Antara aktiviti rawatan pesakit yang perlu diperluaskan adalah Perkhidmatan Farmasi Klinikal seperti Perkhidmatan Nutrisi Parenteral, Perkhidmatan Wad Farmasi, Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun, Perkhidmatan Kaunseling Pesakit, Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal dan Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik.

Dibawah konsep penjagaan pesakit secara individu Pengurusan Farmasi (Pharmaceutical Care), pendekatan berikut perlu diikuti :

i. Melakukan penilaian terhadap terapi pesakit dan lain-lain keperluan berkaitan ubat termasuk mengenalpasti sebarang masalah berkaitan ubat.

ii. Membangunkan pelan penjagaan pengubatan yang bertujuan memenuhi matlamat terapeutik pesakit. Ini hendaklah menggariskan tanggungjawab Pembantu Farmasi dll dan pesakit-pesakit dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

iii. Menyempunakan penilaian terapi pesakit yang meliputi perancangan khidmat susulan bagi tempoh tertentu untuk memantau perkembangan ke arah matlamat terapeutik.

Perkhidmatan Farmasi Kesihatan merangkumi Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar (perolehan bekalan ubat dan bukan ubat dan pendispensan ubat), Prabungkusan Ubat dan Perkhidmatan Kaunseling Pesakit. Di bawah Program Kesihatan Awam, penjagaan kesihatan merangkumi aktiviti pencegahan, penggalakkan, perawatan dan pemulihan di mana ianya merupakan landasan dalam memastikan pembentukan keluarga dan masyarakat yang sihat. Ini merujuk kepada Perkhidmatan Kesihatan Keluarga, Epidemiologi (Kawalan Penyakit Berjangkit dan Tidak Berjangkit), Kesihatan Primer, Kesihatan Mental dalam Komuniti, Kanak-kanak Berkeperluan Khas, Remaja, Warga Tua, Warga Sihat, Orang Asli dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Penglibatan Perkhidmatan Farmasi Kesihatan dalam program ini akan menyempurnakan lagi objektif utama Program Kesihatan Awam.

Bidang Pengurusan Logistik Farmaseutikal merupakan satu cabang yang penting dalam Perkhidmatan Farmasi. Perkembangan bidang ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan pesat dalam perkhidmatan kesihatan terutama dalam penggunaan teknologi terkini. Bidang ini merangkumi perolehan dan bekalan ubatan, barangan perubatan “disposable”, alat-alat kelengkapan perubatan dan perabot perubatan yang merupakan tanggungjawab Stor Farmasi Hospital. Bagi Penjagaan Kesihatan Primer (Farmasi Kesihatan), urusan kewangan bagi perolehan ubat dan bukan ubat telah mula diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing. Sistem Perolehan Klinik (CPS) bagi semua klinik kesihatan di Malaysia telahpun dimulakan pada awal tahun 2004.


PERUBAHAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PPF PADA MASA HADAPAN :

Uitm Shah Alam ada menganjurkan Kursus Ijazah Farmasi dan pada Jun 2007, UiTM ada mengeluarkan tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) dalam bidang-bidang berikut :-Phd 38 Bidang dan Sarjana 17 Bidang :
Bidang - bidangnya adalah seperti berikut:-

Cardiopharmacology,
Social Pharmacy,
Pharmacy Education,
Toxicology ( General & Target Organ Toxicology ),
Pharmacy Practice,
Radiopharmacy,
Physiology,
Pharmaceutics : Drug Delivery / Physical Pharmacy ,
Pharmacy Management,
Pharmaceutical Biotechnology,
Pharmacoinformatics,
Pharmacognosy,
Toxicogenomics,
Pharmacogenomics,
Evidence- Based Pharmacy Practices,
Biocomputing, Pharmaceutical Bioprocessing,
Neuropharmacology,
Pharmaceutical Engineering,
Neurotoxicology,
Pharmacoeconomics,
Forensic Pharmacy,
Forensic Toxicology,
Genetic Toxicology,
Environmental Toxicology,
Immunotoxicology,
Pharmaceutical Chemistry:
Drug Synthesis,
Endocrine Pharmacology,
Cancer Pharmacotherapeutics,
Pathophysiology,
Pharmaceutical Chemistry :
Combinatorial Chemistry,
Pharmaceutical Analysis,
Cosmeceuticals, Nutraceuticals,
Phytochemistry,
Veterinary Pharmacy,
Marine Biopharmaceuticals,
Sport Pharmacy,

Dan akhir sekali, apabila graduan farmasi Uitm berkhidmat secara wajib selama 4 tahun bersama KKM, PPF sebagai penolong pegawai, pasti akan terkena sedikit tempiasnya, kerana perkara-perkara di atas telah mereka pelajari semasa di Uitm.


KURSUS DIPLOMA LANJUTAN FARMASI :

Semua PPF perlu merebut peluang dalam mempertingkatkan profesion dengan menambah ilmu. Kursus Diploma Lanjutan Farmasi perlu dipohon agar penambahan ilmu dapat dijana. Kursus selama dua tahun boleh di jalankan di universiti tempatan / luar negara . Setelah tamat kursus tersebut, PPF terbabit boleh menggunakan kepakarannya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan. Akhir sekali kita boleh memohon agar Diploma Lanjutan tersebut di iktirafkan sebagai Ijazah pertama, macam yang UITM buat dulu. Semua Diploma lanjutan mereka ditukar ke Ijazah. Ada usaha KSKB untuk menjadikan kursus Pos Basik sebagai Diploma Lanjutan dan memakan masa selama setahun.


DRAFF KERTAS KERJA CADANGAN MENGADAKAN
PERSIDANGAN PPF PERINGKAT NEGERI SETIAP TAHUN :

Persidangan tahunan ini merupakan pengisian pengetahuan terhadap PPF seluruh negeri . Pengisian ceramah lebih kepada skop motivasi, merobah sikap dan sedikit bidang klinikal.

Objektif:

1. Memberikan kesedaran kepada semua PPF tentang kepentingan peranan mereka dalam KKM terutama dalam jabatan Farmasi di semua tempat bertugas

2. Menyedarkan peserta tentang pentingnya kesatuan dan / atau persatuan bagi memperjuangkan hak-hak PPF

3. Kearah penyatuan sikap PPF semasa menjalankan tugas harian

4. Menyuntik kepentingan pengetahuan bersifat rohani disamping fizikal kepada PPF

5. Mengulang kaji ilmu-ilmu klinikal agar tugas harian PPF lebih menunjukkan keterampilan , tepat, bertanggung jawab, profesioanal dan jauh dari sebarang kesilapan.

6. Mendedahkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang penguatkuasaan Farmasi serta akta-akta bersangkutan kepada PPF


Anjuran bersama: Timbalan Pengarah (Farmasi) JKN dan AJK kesatuan / persatuan PPF

Tarikh :___________________________________

Tempat : __________________________________

Jangka Masa / Hari : __________________________________

Tajuk ceramah : 1. Masa depan dan hala tuju PPF :

Penceramah: TPKN ( F )

2. Kepentingan berkesatuan / berpersatuan :

Penceramah: persatuan / kesatuan PPF

3. PPF antara tugas dan sikap :

Penceramah: ______________________


4. Akta perlesenan serta penguat kuasaan Farmasi :

Penceramah: Pegawai Farmasi Bhg Penguatkuasaan Farmasi


5. CDR :

Penceramah: Pegawai Farmasi

6. Prosedur tugas harian dari perspektif peraturan dan undang2

Penceramah: En. Mohammad bin Awang
(Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM )

7. _______________________________

Penceramah: _______________________


Lain-lain Pengisian:
1. _____________________________

2. ____________________________

3. ______________________________

4. ____________________________


Peserta : PPF semua kategori Negeri berkenaan :

Jumlah Peserta : _________________________ orang

PPF Hospital : _________________________ orang

PPF Kesihatan : _________________________ orang


Perasmian: Pilihan 1: Pengarah Kesihatan Negeri

Pilihan 2: _______________________________________

Pilihan 3: _______________________________________


Penutup dan penyampaian sijil : Timbalan Pengarah (Farmasi) JKN


Anggaran belanjawan:
( Pengurusan Farmasi Negeri )

Sewa Dewan : RM_________________________

Sewa Bilik Hotel : RM_________________________

Makan Minum : RM_________________________

Bayaran Penceramah : RM_________________________

Bayaran Perasmi : RM_________________________

Fail Peserta : RM_________________________

Fotografi : RM_________________________

Pengurusan : RM_________________________

Lain-lain perbelanjaan : RM_________________________

JUMLAH : RM_________________________


Kesemua perbelanjaan di atas dibiayai olih penganjur
(Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Negeri )

Tambang perjalanan, parking, dan lain-lain elaun peserta ditanggung oleh jabatan masing-masing


A. AJK INDUK :


Pengerusi : TPKN ( F )
Naib Pnegerusi :

Setiausaha : _____________________________

AJK : 1. ______________________

2. _____________________

3. ______________________

4. ________________________

Melainkan Naib Pengerusi, terserah pada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) JKN Negeri untuk membuat perlantikan.

B. AJK PENATIA / PELAKSANA :


Pengerusi: :
Naib Pengerusi :

Setiausaha : ____________________________

Bendahari : ____________________________

AJK : 1. _____________________

2. _____________________

3. ___________________

4. ____________________

5. _____________________

6. _________________


C. KETUA – KETUA SESSI


Persiapan tempat : ____________________________

Pendaftaran : ____________________________

Penyambut tetamu : ____________________________

PA system : _____________________________

Jamuan : _____________________________

Penceramah : ______________________________

Sijil : _____________________________

Aturcara : ______________________________

Juru Foto : ______________________________

Lain-lain : ______________________________


D. PENGERUSI MAJLIS

1. _________________________________________

2. _________________________________________


E. PAKAIAN :


Tidak perlu memakai pakai seragam. Pakaian menutup aurat/tidak menjolok mata.

F. LAIN – LAIN :


1. Memohon kepada Timbalan Pengarah JKN (Farmasi) mengeluarkan surat lantikan kepada semua AJK persidangan melalui jabatan AJK masing-masing.

2. Memohon agar semua ketua unit atau jabatan para peserta dan AJK persidangan memberikan cuti gantian.

3. Semua surat jemputan resmi peserta, penceramah dan perasmi dikeluarkan olih Timbalan Pengarah (Farmasi ) JKN .



PERSIDANGAN PEN PEG FARMASI
PERINGKAT NEGERI TAHUN

ATURCARA MAJLIS

Hari pertama ( Sabtu ) :

12.00 T Hari – 3.00 petang : Pendaftaran dan ckeck In

3.00 – 4.30 petang : Bacaan doa, Ucapan perasmian dan Taklimat

4.30 petang : Jamuan ringan.

7.30 –8.00 malam : Solat maghrib

8.00 – 9.30 malam : Makan Malam

9.30 – 10.30 malam : Ceramah 1


Hari Kedua ( Ahad ) :

5.45 pagi : Solat Subuh

7.00 – 8.00 pagi : Sarapan pagi

8.00 – 9.15 pagi : Ceramah 2

9.15 – 10.30 pagi : Ceramah 3

10.30 – 11.00 pagi : Kudapan

11.15 – 12.30 petang : Ceramah 4

12.30 – 1.30 petang : Ceramah 5

1.30 – 2.30 petang : Solat dan makan tengah hari

2.30 – 3.30 petang : Ceramah 6

3.30 – 4.30 petang : Ceramah 7

4.30 – 5.15 petang : Ucapan penutup, penyampaian sijil dan bersurai



Dan akhir sekali, dapatlah PPF meningkatkan kualiti personal dan perkhidmatan .

Kesemua pandangan dan cadangan di atas adalah dari sudut akademik / ilmiah dan haruslah di lihat dari segi akademik / ilmiah juga.

Tamat : 28 Januari 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by nori on Thu 18 Aug 2011, 6:49 am

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF DI MALAYSIA

Antara 5S dan ISO, kedua-duanya adalah penting. Langkah pertama ialah semua PPF perlu menjadi ahli persatuan dan kesatuan dahulu kerana perkara 5S dan ISO ini ada di bincangkan oleh persatuan dan kesatuan. Setelah menjadi ahli persatuan dan kesatuan, semua PPF perlu lah menghadiri kursus / taklimat / bengkel dll yang di anjurkan oleh persatuan dan kesatuan. Selepas itu, barulah PPF sendiri yang memilih mana satu hendak di dahulukan. Ini adalah kerana keperluan setempat antara PPF dan sesama PPF adalah berbeza dan begitu juga dengan 5S dan ISO ini.

Perkembangan terkini dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi ialah kebanjiran PF yang tiada kesudahannya kerana sejak 2003, semua PF di negara ini, wajib berkhidmat dengan KKM, dan selepas tu, barulah boleh membawa hala tuju masing-masing. Dan sudah semestinya semua PPF akan mendapat tempiasnya, samaad secar positif dan negatif. Tetapi ruang perundingan dan perbincangan telah terbuka luas dan juga dengan kemasukan PPF ke dalam CEUPACS, segalanya kn menjadi lebih mudah dan lancar. Begitu juga soal gaji.

CEUPACS telah memohon kepada kerajaan agar semua kakitangan kerajaan di bayar bonus, dan hasilnya RM 500 akan di bayar sebelum Aidil Fitri nanti. Tahniah kepada CEUPACS dan juga kepada semua PPF yang menjadi ahli kesatuan. Kepada PPF yang belum menjadi ahli Kesatuan, bolehlah memilih samaada hendah terima RM 500 tersebut, ataupun masih belum bersedia untuk menjadi ahli kesatuan. Yuran kesatuan terkini ialah RM 60 setahun dan yuran kemasukkan RM5 sahaja. Kerana selepas ini akan banyak lagi perubahan akan berlaku terhadap profesyen PPF.

Kesatuan PPF akan terus bergerak kehadapan tampa menunggu baki PPF yang masih liat mengisi borang keahlian kesatuan. Juga PPF amat menitikberatkan segala yang tertulis dan di dokumenkan. Untuk makluman semua PPF, segalanya telah di rekodkan sejak kewujudkan PPF di negara ini. Cuma jalan singkatnya ialah, jadilah ahli persatuan dan kesatuan. Semua PPF, sila baca ikrar ini setiap minggu, 52 kali setahun, dan hasilnya ialah semua PPF akan terbuka minda.


IKRAR KAKITANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Bahawa kami,
Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia
Dengan penuh kesedaran dan rela hati,
Berikrar,
Mengkukuhkan komitmen kami,
Kepada tugas dan tanggungjawab,
Yang diamanahkaan
Berusaha untuk meningkatkan,
Kemahiran dan kepakaran yang diperlukan,
Oleh profesion kami,
Sentiasa peka dan responsif,
Kepada kehendak-kehendak kerajaan,
Dan aspirasi Negara,
Sentiasa mengutamakan,
Semangat kerja berpasukan,
Bertekad dan berusaha,
Untuk melaksanakan,
Janji-janji kami dalam piagam pelangan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Berusaha untuk mengadakan,
Inovasi yang berterusan,
Demi untuk meningkatkan,
Kualiti dan produktiviti,
Perkhidmatan kami,
Berpegang teguh kepada,
Ajaran-ajaran agama,
Dan mengamalkan nilai-nilai murni,
Dalam etika perkhidmatan awam.

Segala pendapat, cadangan dan nukilan di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihatnya dari sudut yang sama agar memberikan natijah yang sama juga kerana sedikit perbezaan dari sudut pandangan akan memberikan hasil yang berbeza.

Tamat : 18 Ogos 2011.
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by nori on Sat 12 Oct 2013, 11:13 am

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia

Selamat bertugas kepada semua PPF

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.

5 S dan ISO sepatutnya telah dimasukkan dalam silibus latihan asas PPF dan semua PPF perlu memahaminya kerana kedua-duanya akan memberikan faedah yang banyak kepada PPF. Cuma semua PPF perlu bersedia jika Klinik Terapi Methadone akan dilaksanakan secara E-SPUB ataupun yang paling berhampiran dengan tempat tinggal pesakit. Dan dalam bidang kaunselling semuanya di panggil klien. Pesakit hanya untuk Dr sahaja. Dan PPF juga perlu memahami maksud sebenar perkataan dependent dan addition ( penggantungan dan penagihan )

Seterusnya ialah aktiviti PPF telah di bentangkan semasa AGM persatuan tempoh hari dan aktiviti seterusnya akan di bentangkan semasa AGM kesatuan di Terengganu nanti. Antara aktiviti yang tercatat dan pengisiannya adalah seperti berikut :

9 April 2011
Majlis dialog PPF di Hospital Sg Buloh
Kebajikan PPF di unit CDR
Skop tugasan PPF di setor intergrasi
Pelapor Pertama dan Pelapor Kedua PPF perlu seragam

27 – 29 Mei 2011
Persidangan PPF Kali ke 5 di Tower Regency Hotel Ipoh
Kes medical legal
Peranan PPF dalam Traditional & Komplementary Medicine
Peranan PPF selepas pendaftaran PPF dalam Lembaga Farmasi Malaysia
Langkah kehadapan PPF
Hypnotheraphy & weight management
Peranan PPF di klinik terapi methadone
Research methodology

23 Mac 2012
Majlis Doiolog PPF bersama BPF KKM di BPF KKM PJ

25 Mac 2012
Kursus PPF JKN NS di Dewan LPKN Seremban 2
Klinik Terapi Methadone
Intergriti dalam perkhidmatan awam
Kesihatan dan keselamatan pekerjaan dalam tugas harian
Peranan PPF selepas pendaftaran dalam Lembaga Farmasi Malaysia

3 Mei 2012
PPF telah dilantik menganggotai JK Teknikal PPF oleh BPF KKM

12 Mei 2012
Kejohanan tenpin bowling PPF di Pusat Bowling Plaza 63, Salak Selatan.

18 Mei 2012
PPF telah menghagdiri bengkel pemurnian senarai tugas PPF di BPF KKM

28 Mei 2012
PPF telah dijemput untuk menganggotai JK Teknikal PPF di Bhg Sains Kesihatan bersekutu KKM

23 Julai 2012
Dialog PPF bersama KSU KKM
Senarai tugas yang tidak seragam semua gred antara hospital / kesihatan awam / dll
Petindihan tugas antara PPF dan PF
Tugas penyeliaan menyeluruh perlu di berikan kepada PPF U32 dan ke atas
Kursus / persidangan PPF tidak mendapat sokongan PTJ

31 Ogos – 3 Sept 2012
Lawatan PPF ke Ho Chi Minh City, Vietnam

3 Nov 2012
Seminar pembangunan teknikal dan kemajuan kerjaya PPF di Audotorium Tuanku Jaafar PPUKM, Cheras
Utamakan pembangunan diri dalam organisasi
Pembangunan kerjaya PPF melalui pendaftaran Akta Farmasi Malaysia
Medication errors
Pendispensan melalui teknik aseptic

1 Dis 2012
Simposium PPF kali Pertama di Hotel Grand Season KL
Malaysian traditional health medicine responsing in health system
Profesionalisma dan perkembangan dalam profesion PPF
Isu dan cabaran PPF masa kini
Ekspektasi dan cabaran dalam perkhidmatan PPF
Harapan dan ekspetasi pelanggan berinfomatif terhadap PPF dalam era teknologi terkini

15 Dis 2012
Seminar pembangunan teknikal dan kemajuan kerjaya PPF di Hos Sultan Abd Halim Kedah
Kualiti dan inovasi dalam pembangunan kerjaya PPF
Pembangunan kerjaya PPF melalui pendaftaran Akta Farmasi

14 Jan 2013
PPF hadir Mesyuarat Bhg Latihan PPF di Bhg Pengurusan Latihan KKM

29 Jan 2013
PPF hadir di Mesyuarat Sains Kesihatan Bersekutu KKM

30 Jan 13 – 12 Sept 2013
Banyak aktiviti PPF yang hanya tercatat dalam diari PPF yang terlibat sahaja.


Bahagian perkhidmatan Farmasi tersebut di ketuai oleh seorang Pengarah Perkhidmatan Farmasi dan di bantu oleh beberapa pegawai kanan yang lain.
Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit tersebut adalah seperti berikut :-

• Pengarah Perkhidmatan Farmasi
• Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Amalan dan Pentadbiran Farmasi )
• Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Pengurusan Ubat dan Praktis )
• Penggunaan Ubat dan IT
• Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia
• Pengurusan Kualiti
• Amalan Farmasi Klinikal
• Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan )
• Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat
• Maklumat Ubat dan Pendidikan Pesakit
• Pengurusan Latihan dan CPD ( Contonious Profesional Development )
• Pembangunan Inter Agensi dan Antarabangsa
• Penyelidikan Pembangunan dan Perkembangan Teknologi

Memandangkan BPF KKM mempunyai 13 bahagian / unit / jabatan , maka sewajarnyalah juga PPF juga bergerak seiring iaitu mempunyai 13 biro. Bagi tujuan perkembangan berterusan, maka PPF pada waktu ini sepatutnya telah bersedia dengan 26 fail atas tajuk-tajuk tersebut dan 13 fail di simpan oleh persatuan PPF dan 13 fail lagi di simpan oleh kesatuan PPF.

Walaupun Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mempunyai lebih daripada 13 bahagian/ unit / Jabatan, tetapi Kursus Pos Basik kedua  bagi Penolong Pegawai Farmasi masih belum menjadi kenyataan. Didalam maklum balas yang PPF terima sebelum ini, ialah ianya sedang di usahakan. Tetapi pihak PPF masih belum di beritahu tentang kemajuan usaha tersebut dan bilakah ianya akan menjadi kenyataan.

Memandang National Blue Oceon Strategy (NBOS) Strategi Lautan Biru PPF dan PF KKM, akan direalisasi kan,  tampa melibatkan monopulasi, kreativit dan inovasi di pertingkatkan, maka wajarlah semua unit / bahagian / jabatan BPF KKM tersebut juga di wakili oleh PPF. Dan tugasan ini perlulah di inovasikan oleh PPF yang baru sahaja menerima kenaikan pangkat . Lain-lain PPF boleh membantu, jika perlu dan apabila di perlukan.

Tahniah kepada PPF yang diluluskan pemangkuan Gred U32 ke U36 berkuatkuasa pada 27 Disember 2011 dan disertakan tugasan anda-anda sekelian.

• Pengarah Perkhidmatan Farmasi
Mahadzir Bin Saad -- Kedah -- Kedah
Sharifah Binti Othman -- Kedah -- Kedah
Nornizan Binti Ariffin -- Kedah -- Kedah
Mohd Yusof Bin Muda -- Terengganu -- Terengganu
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan


• Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Amalan dan Pentadbiran Farmasi )
4Goay Yang kheng -- Pulau Pinang -- Pulau Pinang
Olivia Margaret capel -- Pulau Pinang -- Pulau Pinang
Kok Chun Lee -- Pulau Pinang -- Pulau Pinang
Hasmah Binti Ngah Ghazali -- Terengganu – Terengganu
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan


• Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Pengurusan Ubat dan Praktis )
Lim Siew Lan -- Pulau Pinang -- Pulau Pinang
Mohd Fauzi Bin Saad -- Pulau Pinang -- Pulau Pinang
Selva Rajoo A/L Darmalingam -- Perak -- Perak
Abdullah Bin Wahab -- Terengganu – Terengganu
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan


• Penggunaan Ubat dan IT
Abdul rahim Bin Abdul Razak -- Perak -- Perak
Zulkifli Bin Omar -- Perlis -- Perak
Marley A/P Ah Win -- Perak -- Perak
Che Md. Sauffi Bin Che Muda Abu Bakar -- T'ganu -- Kelantan
Ishak Bin Hashim -- Pahang – Kelantan
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan

• Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia
Ayoob Bin Ali -- Perak -- Perak
Ganesan A/L Narayanan -- Perak -- Perak
Rusmiza Binti Md. Bashah -- Kedah – Perak
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan


• Pengurusan Kualiti
Zainab Binti Muhamad -- HKL -- HKL
Tamilchelvan A/L Dharmalingam -- HKL -- HKL
Kamalruzaman Bin Yusof -- IPKKM – JKWPKL
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan


• Amalan Farmasi Klinikal
Lee Sau Foong -- HKL -- JKWPKL
Mohamad Harian Bin Ahmad -- IPKKM -- JKWPKL
Mior Zamri Bin Mior Ahmad -- BPFK -- Selangor
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan

• Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan )
A. Ghani Bin Yusof -- BPFK -- Selangor
Siti Nahdzah Binti Hj. Yaacob -- Selangor -- Selangor
Zaila Binti Muhamad Zahibi -- Selangor – Selangor
Hamid Bin Majenin -- Sarawak -- Sarawak
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan

• Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat
Chan Sek Neo -- BPFK -- Selangor
Azizah Binti Yusof -- Selangor -- Selangor
Lee Chen Pau -- N Sembilan -- N Sembilan
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan


• Maklumat Ubat dan Pendidikan Pesakit
Lim Kah Hun -- BPFK -- N Sembilan
Gunasegaran A/L Maruthamuthoo -- N Sembilan -- N Sembilan
Mad Yusof Bin Keling -- Melaka -- Melaka
Hamizi Bin Mohamed Ali -- Pahang -- Kelantan
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan


• Pengurusan Latihan dan CPD ( Contonious Profesional Development )
Mohd Said Bin Sulaiman -- Melaka -- Melaka
Taib Bin Jalil -- Johor -- Johor
Jahimah Binti Tasmin -- Johor -- Johor
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan


• Pembangunan Inter Agensi dan Antarabangsa
Md Ishak Bin Ahmad -- Johor -- Johor
Jamaludin Bin othman -- Johor -- Johor
Fazenon Binti Othman -- Johor – Johor
Wan Ab Hakim Bin Wan Daud -- Terengganu -- Kelantan
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan

• Penyelidikan Pembangunan dan Perkembangan Teknologi
Sharifah Sidah Binti syed Mohamed -- Johor -- Johor
Khor Wooi Keat -- Pahang -- Pahang
Hasbullah Bin Hamid @ Ahmad -- Pahang -- Pahang
PPF U40 : masih belum ada pencalonan
PF U38 : masih belum ada pencalonan
PPF U32 : masih belum ada pencalonan

Kesemua cadangan di atas, adalah masih dalam bayangan, dan jika inginkan sesuatu peningkatan, segalanya boleh di majukan kepada SU Agong kesatuan dan di hantar sebelum tarik tutup penghantaran usol sempena AGM kesatuan nanti.

Perkhidmatan farmasi di Negara ini di dokong oleh PF dan di kawal serta di selia oleh Akta Farmasi. Jika PPF ingin memohon elaun kritikal, sila pastikan perkara tersebut mendapat sokongan PF kerana apabila di sebut perkataan  farmasi, pastinya PF akan terlibat.

PPF di KKM ada seramai 3487 orang dan akan terdapat juga 3487 pandangan, saranan,  nukilan, coretan, harapan, wawasan, visi dan misi serta perlulah di maklumi bahawa kebanyakanya adalah secara senyap sahaja, sebab guna pena ghaib.

NBOS ( National Blue Oceon Strategy ) adalah sebahgian dari kemajuan Negara. Bagi pihak PPF, ianya boleh di cadangkan peringkat kebangsaan / peringkat negeri / peringkat Hospital / Peringkat PKD dan akhir sekali ialah peringkat diri sendiri. Jika PPF dan PF bergabung tenaga dan usaha, semua PPF akan mendapat faedahnya iaitu PF yang merancang dan PPF mengikut arahan sahaja. Tetapi usaha yang murni pada waktu ini ialah memastikan semua jawatan PPF di masukkan dalam setiap perkeliling yang di keluarkan. Bagi pihak SN telah ada jawatan Jururawat (U29) Ketua Jururawat (U32) dan Penyelia jururawat (U36) sedangkan gelaran jawatan tersebut tiada termaktub dalam JPA . Tetapi dalam KKM gelaran jawatan tersebut di wujudkan bagi melancarkan sistem penyampaian. PPF juga perlu memastikan ianya juga berpanjangan dalam skim PPF. Jika ada perbezaan pendapat, ambillah ia sebagai perancangan jangka panjang. PPF dan PF berpisah tiada. Mungkin pada tahun 2014, peranan ketua profesyen PPF akan di beri nafas baru. AGM persatuan telah berlalu, pastinya ada rumusan yang perlu di majukan ke pihak atasan. AGM kesatuan sedikit masa lagi. Semua usol / cadangan, dll,  perlulah di hantar sebelum tarikh akhir iaitu 15 Oktober 2013.

Dan jika ada kekurangan dalam peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF, ianya adalah telah di usahakan dan hasilnya adalah seperti yang sedia ada. Jika PPF memerlukan sedikit penambahan, segala usaha perlulah bermula dari peringkat permulaan. Segalanya perlu dalam 50 salinan dalam bentuk hard copy dan soft copy, sebab lain-lain paramedic telah mempraktikkan usaha yang sama sejak lama dahulu.

Semua PPF akan bersara wajib pada usia 60 tahun dan jika mula bekerja pada usia 25 tahun. Maka selama 35 tahun akan muncurahkan bakti kepada Negara. Tetapi pembentangan budget 2014 perlu di nantikan oleh semua PPF kerana telah 15 tahun PPF tiada elaun kritikal dan diploma farmasi PPF hanya diiktiraf pada tahun 2003. Dan persediaan untuk budget 2016 telah di mulakan iaitu dua tahun lebih awal. Dan jika PPF merasakan masih ada kekurangan, bolehlah membuat persediaan agar ianya di masukkan dalam budget 2016. Tetapi elaun kritikal ialah lima tahun sekali iaitu, ianya akan di semak semula pada 2018.

PPFM dan kesatuan memang sentiasa bertungkus lumus dan bekerja keras sepanjang masa.


Antara aktiviti semua PPF tahun 2013 ialah :

Mesyuarat Teknikal PPF
Ahli JK Teknikal PPF
Penubuhan Konfederasi Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia
Ahli JK Khas Latihan (Bidang PPF)
Majlis Dialog  Bersama Dato KSU KKM
MBJ Peringkat PTJ,
MBJ Peringkat JKN
Mesyuarat PPF bersama TPKN (Farmasi )
Mesyuarat Exco Kesatuan PPF
Mesyuarat Ahli Majlis Persatuan PPF

PPF boleh mulakan dengan  mencapai sesuatu mulai tahun 2013.
Pada sessi kali ini segalanya perlulah teratur dan tersusun.

13 dan 14 September 2013 adalah AGM PPFM dan tahniah kepada yang berjaya dan tunggulah tugasan yang menanti.
27 dan 28 September 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat PTJ iaitu Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah.
11 dan 12 Oktober 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat Negeri JKN.
25 dan 26 Oktober 2013 AGM Kesatuan PPF di Terengganu. Segalanya akan di bentangkan di sana.

Dan semua mesyuarat di atas perlulah di rekodkan dan di minitkan serta perlu dibawa pada mesyuarat PPF di Terengganu nanti.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.

Tamat

12 Okt 2013
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: 5S dengan ISO MANA PATUT IMPLEMENT DAHULU?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum