FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Plak punca gusi radang, terjejas

View previous topic View next topic Go down

Plak punca gusi radang, terjejas

Post by Fieza on Fri 09 Oct 2009, 3:55 pm

Plak punca gusi radang, terjejas (berita harian online)

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Kesihatan gigi bergantung kepada kebersihan mulut

PLAK adalah deposit bakteria terbentuk di atas permukaan gigi
yang boleh memusnahkan enamel gigi dan akhirnya membentuk kaviti.
Namun, berapa kali anda membuat pemeriksaan gigi dalam setahun?

Mengikut kajian Kesihatan Oral Dewasa Kebangsaan 2000
mendedahkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengutamakan kesihatan
gigi. Walaupun daripada sudut promosi dan kempen kesedaran gigi
dijalankan seperti kempen bebas Plak Oral-B, hanya sembilan daripada 10
rakyat Malaysia menderita kaviti dan penyakit gusi. Hampir 50 peratus
berjumpa doktor gigi apabila berhadapan dengan masalah gigi.

Pakar Pergigian Dr Fatimah Arshad, berkata plak menyebabkan gusi radang dan terjejas.

Beliau berkata, penyakit gusi yang sederhana menyebabkan
gingivitis, manakala yang serius boleh menyebabkan masalah
periodontitis.

Katanya, periodontis adalah masalah gingivitis teruk yang
menyebabkan gusi radang dan boleh menjejaskan struktur gigi yang
akhirnya menyaksikan gigi perlu dibuang.

“Penyakit gusi yang sederhana boleh dirawat dengan kekerapan memberus
gigi dan melakukan flos, namun untuk penyakit gusi yang serius ia
memerlukan rawatan pakar pergigian,” katanya.

Dr Fatimah berkata, plak terbentuk berpunca daripada kealpaan sendiri terutama membabitkan pemilihan makanan.

“Pemilihan makanan terutama makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi menyumbang kepada pembentukan plak,” katanya.

Dr Fatimah berkata, pembentukan plak adalah punca masalah gigi
bagi kebanyakan orang. Plak seakan filem tidak berwarna dan melekit
yang sentiasa terbentuk di atas permukaan gigi.

“Ia adalah punca sebenar kaviti dan masalah gusi. Jika plak tidak dibuang setiap hari, ia akan jadi keras membentuk tartar.

“Masalah gigi yang biasanya berpunca daripada plak adalah
seperti nafas berbau, gusi lemah yang selalunya berdarah apabila
menggosok gigi, gingivitis dan periodontitis,” katanya.

Beliau berkata, ada kalanya kehadiran plak tidak begitu
disedari atau dikenali. Namun, jika gusi anda berdarah setiap kali
memberus gigi, ia sebenarnya petanda anda berhadapan dengan masalah
gusi. Gusi berdarah selalunya tanda masalah gingivitis.

“Gusi yang tidak sihat akan berdarah. Ia disebabkan kemerahan
gusi akibat kesihatan gigi yang tidak terjaga. Plak akan tersimpan di
gigi sekiranya tidak disingkirkan secara efektif atau adanya
pembentukan plak yang berlebihan. Plak lebih banyak terkumpul jika
tidak memberus gigi,” katanya.

Plak sebenarnya boleh berlaku pada sesiapa saja. Ia bukan
persoalan gigi susu atau gigi kekal. Pembentukan plak bergantung pada
kebersihan mulut seseorang. Mulut yang bersih membantu meminimumkan
pembentukan plak.

Plak juga lebih mudah terbentuk di kalangan perokok dan mereka yang suka mengunyah makanan bergula.

Masalah gigi tidak dirawat

GIGI bersambung dengan tulang rahang yang ditutup oleh gusi.
Ruang gusi mempunyai kedalaman satu hingga tiga milimeter (mm) yang
mengelilingi setiap gigi. Doktor gigi akan menggunakan kedalaman gusi
sebagai petunjuk untuk menentukan tahap kesihatan gusi dan kemudian
jadikan penyelidikan periodontal untuk mengukur tahap kesihatan gigi.

Dr Fatimah berkata, kedalaman ruang yang lebih daripada tiga mm menunjukkan ada aktiviti penyakit dalam gusi.

Dalam kes periodontitis katanya, struktur gigi terutama
ligamen dan tulang alveolar akan musnah. Ini menyebabkan kestabilan
gigi terjejas sekali gus mengakibatkan pereputan gigi atau penanggalan
gigi.

“Pereputan gigi boleh dipulihkan dengan rawatan penggantian.
Doktor gigi akan mengeluarkan bahagian gigi yang reput dan mengisikan
kaviti dengan bahan penampal untuk membentuk gigi kepada bentuk yang
asal,” katanya.

INFO: Faktor menyumbang kepada pembentukan plak

Kekerapan makan: Setiap kali makan makanan berkarbohidrat, asid akan dibebaskan untuk merosakkan gigi.

Ciri-ciri makanan: Sesetengah makanan boleh melekat
pada gigi. Tidak semestinya makanan yang bergula saja dianggap sebagai
makanan yang melekit. Kentang goreng dan biskut juga dalam senarai
makanan yang melekat pada gigi.

Jangka masa makanan yang berada di dalam mulut:
Makanan yang susah dicerna seperti biskut membenarkan lebih banyak masa
untuk asid memusnahkan enamel berbanding dengan makanan yang cepat
dicerna seperti gula-gula.

Cara mencegah plak

Plak boleh disingkirkan secara efektif dengan memberus
gigi dengan cara yang betul sebanyak dua kali sehari - waktu pagi dan
sebelum tidur.

Tukar berus gigi sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan.

Berus gigi menggunakan ubat gigi fluoride sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Kerap berjumpa dengan doktor gigi.

Mengehadkan pengambilan makanan ringan.

Panduan penjagaan gigi

Menggunakan berus gigi berkualiti

Menggunakan ubat gigi berfluoride

Frekuensi dan tempoh masa yang berpatutan ketika memberus gigi

Teknik memberus gigi yang betul

Teknik flossing yang betul

Penggunaan pembersih mulut dan pembersihan lidah

Diet pemakanan yang bagus dan mengurangkan frekuensi pengambilan makanan serta minuman bergula.

Elak daripada merokok

Mencipta kesedaran mengenai kesihatan gigi.

avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5453

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Plak punca gusi radang, terjejas

Post by fasha_wanna on Sat 10 Oct 2009, 12:52 am

tq

----Forum Paramedik Malaysia-----

-GiGi wAriSAn KitA.. BeRSamA KitA MeNjaGA- Very Happy
avatar
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2730
Umur : 30
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 6473

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

View user profile http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum