Portal pembelajaran pertama untuk jururawat dilancar (Utusan Malaysia Online)

Portal pembelajaran pertama untuk jururawat dilancar
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama
Syarikat AP Training Sdn. Bhd. hari ini buat julung kali melancarkan
portal pembelajaran dalam talian, Healing Hands khusus untuk golongan jururawat.
Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata, penggunaan portal
tersebut boleh meningkatkan pembangunan profesionalisme secara
berterusan (CPD) golongan berkenaan.
Katanya, ia juga dapat membantu jururawat mengumpul mata CPD antara
10 hingga 40 mata setiap tahun sebelum dibenarkan memperbaharui Sijil
Praktis Tahunan (APC) yang menjadi 'lesen' kepada mereka untuk
berkhidmat di negara ini.
"Pembangunan portal tersebut dilihat mampu membantu kira-kira 80,000
jururawat yang berkhidmat di bandar dan luar bandar supaya tidak perlu
meninggalkan tempat kerja bagi mengikuti latihan atau kursus
kejururawatan di tempat lain.
"Selain dapat mengurangkan kos latihan dan memberi kebebasan kepada
jururawat untuk mengakses portal pada waktu yang fleksibel, modul
pembelajaran tersebut diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dan
Lembaga Jururawat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran
'Healing Hands' portal pembelajaran secara dalam talian untuk jururawat
di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Urusan AP Training Sdn. Bhd., Peter Terence D'Cruz dan Presiden Jururawat Malaysia, Matron Ramziah Ahmad.
Sementara itu, Peter Terence berkata, portal Healing Hands ketika ini menawarkan lebih 20 modul pembelajaran termasuk bidang mikrobiologi, reumatologi dan perubatan makmal.
"Kita akan sentiasa menambah baik modul pembelajaran setiap bulan
dan dijangka 100 buah modul akan dimuat turun ke dalam portal tersebut
menjelang hujung tahun depan.
"Setiap satu modul pembelajaran layak untuk mendapat satu mata CPD
sekiranya jururawat lulus dalam penilaian portal tersebut dengan markah
60 peratus ke atas," katanya.
Walaupun begitu, katanya, semua jururawat hanya boleh memperoleh maksimum 20 mata setiap tahun menerusi portal tersebut.
Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan portal tersebut bukan
bertujuan mengambil alih latihan atau kursus untuk kepada jururawat
sebelum ini, sebaliknya ia lebih kepada penambahbaikan program latihan
sedia ada.
"Semua jururawat yang berminat boleh melanggan portal tersebut secara persendirian pada harga RM550 setahun.
"Selain itu, mereka juga boleh berhubung dengan pengurus sumber
manusia di hospital masing-masing sekiranya organisasi mereka telah
melanggan perkhidmatan kami," katanya.
Modul pembelajaran portal Healing Hands yang mengaplikasikan
teknologi moden itu dibangunkan oleh sekumpulan lima panel penasihat
diketuai Perunding Kanan Patologi dari Fakulti Perubatan, Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Methil Kannan Kutty.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1489
Umur : 34
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5698
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Portal pembelajaran pertama untuk jururawat dilancar (Utusan Malaysia Online)
very interesting........
one more step 4ward.......
one more step 4ward.......
crazycadetcrew- AHLI FORUM
- Jawatan : 10 BrIgEd PaRa ArMy PaRaMeDiC
Gender :
Jumlah Post : 13
Umur : 30
Tarikh Register : 12/02/2009
Reputation : 0
Points : 3378
Character sheet
Mutiara Kata saya: Aku ade sebiji epal.. kau ade sebiji epal.. kita tukar epal tu, kau dan aku masih ade sebiji epal.. tp, kalau kau dan aku ade 1 ilmu then kita tukar ilmu itu, kau dan aku masing2 ade dua ilmu... MaRkSmAn SaSaRaNkU.
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
» Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !
» Terjemah BM - English, 5 sen ! / Proofreading / Servis Buat Resume
» mari sembang dengan saya
» Dari MeJa KaiNKaPaN
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
» 2017 PENUH MAKNA
» mn otai2 forum paramedik?
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
» Wabak Malaria : INFO MALARIA
» Andai hari ini terakhir buatku ..
» Awek Satu Kampung
» Topik Menarik!: Lord Vlad menulis - Keluaran Khas
» heh heh...Luangkan masa anda..bersama Moderator atira
» kerja di arab saudi
» Lelaki Ibarat Kucing
» APA BEZANYA ANTARA ROMEO,PLAYBOY DAN BUAYA DARAT
» 30 fakta tentang wanita ( awek dibenarkan baca dan komen )