FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pembungkus belacan kena denda RM600

View previous topic View next topic Go down

Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by falci on Fri 23 Oct 2009, 6:08 am

Pembungkus belacan kena denda RM600



Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin berita harian 23/10/2009
hanneeyzah@bharian.com.my




Wanita dituduh menjual produk tidak cukup protein

DUNGUN:
Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah
Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan
yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label
produk itu, April lalu.


Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar
Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang
dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit
Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini,
jam 11.25 pagi pada 7 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983, yang boleh
dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun
atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, Mohd Yusoff Othman
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Selepas rayuan meringankan hukuman, Majistret Mohd Yusoff
Yunus menjatuhkan hukuman denda ke atas Rohani RM600. Denda dibayar
oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.





Mengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi
pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd
Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan
berharga RM2.50 setiap satu.


Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke
Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk
dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75
peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan
Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang
25 peratus protein.


Rahani ketika ditemui di luar mahkamah berkata, belacan itu
dibekalkan seorang pemborong yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang
di Kuala Terengganu, yang menghantar bekalan belacan ke rumahnya di
Kampung Gong Batu, Setiu untuk dibungkus, sebelum diambil semula
pemborong itu untuk diedar dan dijual ke seluruh negeri ini.


"Saya sudah hampir lima tahun menjalankan perniagaan ini dan
kebiasaannya membeli kira-kira 20 guni belacan seberat 50 kilogram
setiap satu. Kemudian saya membungkusnya untuk dijual dengan harga
RM2.50. Saya tidak pernah tahu pula mengenai kandungan protein belacan
ini dan tidak tahu menjadi satu kesalahan jika protein kurang, "
katanya.

----Forum Paramedik Malaysia-----




Illegitimi non carborundum
avatar
falci
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri :
Jawatan : Skodeng Kuman
Gender : Female
Jumlah Post : 759
Tarikh Register : 17/06/2007
Reputation : 35
Points : 4902

Character sheet
Mutiara Kata saya:

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by mdshalun on Fri 23 Oct 2009, 8:47 am

denda yang di kenakan amat rendah, tapi melihat kepada latarbelakang penjual ia memadai, tetapi sebagai rakyat malaysia kena ambil tahu yg negara kita ini ada akta makanan 1983 dan peraturan makanan 1985. untuk makluman bersama kes saya less iodin denda rm 5000

mdshalun
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 51
Tarikh Register : 11/09/2009
Reputation : 0
Points : 2939

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by Mohd.Azlan on Fri 23 Oct 2009, 4:38 pm

bagi yg tertangkap...cuba buat pemeriksaan sabah area pasti banyak yg kena,sebab pembungkus belacan...guna plastik transperen je..tindakan...no komen
avatar
Mohd.Azlan
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 408
Umur : 38
Tarikh Register : 29/12/2007
Reputation : 12
Points : 3954

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by HH on Mon 26 Oct 2009, 7:08 am

kasihan..peniaga belacan tu...

"Saman Belacan" Undang Persoalan



BERITA mengenai pembungkus belacan didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret selepas pendakwaan Jabatan Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, menimbulkan persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Kes itu menunjukkan seolah-olah pihak penguat kuasa undang-undang hanya berani mengambil tindakan terhadap peniaga runcit yang untungnya tidak seberapa.

Peniaga terbabit didakwa kerana kandungan protein dalam ketulan belacan kurang 1.25 peratus daripada minimum 25 peratus yang dibenarkan.

Agaknya alat apakah yang diperlukan peniaga berkenaan untuk mengukur kandungan protein setepat itu.

Mengapa penguat kuasa tidak terfikir peniaga itu tidak pernah tahu apakah protein, apatah lagi memiliki alat pengukur protein seperti digunakan jabatan kesihatan berkenaan.

Saya tidak tahu dan tidak kisah jika belacan yang saya beli kurang protein. Jika tak sedap, beli saja belacan lain. Yang anehnya, banyak penyelewengan lain lebih besar tidak disiasat dengan teliti seperti kes belacan.

Contohnya, hingga hari ini kes bumbung stadium runtuh di Terengganu belum selesai siasatan. Kes Lebuhraya MRR2 yang retak menunggu belah sudah senyap. Mungkin kerana jerung yang terbabit, kes ini dibiar lapuk kerana seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad `orang Malaysia mudah lupa`.

Tetapi kes ikan bilis ini dibelacankan dulu dan didakwa mengikut lunas undang-undang secara terperinci.

Rakyat melihat kes ini dengan nada yang sinis dan mahukan kerajaan bertindak terhadap jerung yang sering kali terlepas kerana mahir bermain dengan undang-undang berbanding, peniaga belacan yang hanya sekadar mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.

JARTREZAL,
Shah Alam,
Selangor.
BH Online 26.10.2009
================================================

pendapat anda mcm mana????

satu malaysia satu suara!!!

Satu malaysia satu undang-undangkah!!!
avatar
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 376
Umur : 40
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 4426

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by Detektif_KOnOn on Mon 26 Oct 2009, 9:41 am

sy rs terpanggil tuk memberi komen berkaitan kes belacan ni....

Kes itu menunjukkan seolah-olah pihak penguat kuasa undang-undang hanya berani mengambil tindakan terhadap peniaga runcit yang untungnya tidak seberapa
pada pandangan saya isu ini bukan baru...di mana2 je berlaku cuma tidak mendapt perhatian dari pihak media...jika media cmpur tngn jd la kes2 semacam ni yg dicanang mengatakan PPKP menganiaya peniaga2 kecil...tp mereka tidak tau kenapa mereka dikenalkan tidak kan sedemikian...
jika dikaji kes2 sebegini dimana2,peniaga kecil ini selalunya tidak mahu bekerjasama dengan pihak kesihatan memberikan maklumat siapa pembekal??dari mana pembekal??kenapa???sbb takut mereka tidak dpt bekalan pada ms akan dtg apabila pembekal diambil tindakan.....

kita juga dituduh anya berani mengambil tindakan ke atas peniaga kecil...semua kenyataan ini tidak berasas...cth di JB,kilang2 memproses makanan terkenal,malah salah sebuah pasaraya TERKENAL (HYPERMARKET) juga pernah diambil tindakan undang2 kerana melanggar AKTA MAKANAN 1983 dan PERATURAN2 MAKANAN 1985...malah jumlah denda yg besar sehingga RM 8-10 ribu,tetapi tetapi tidak diperbesar2 kan...

Mengapa penguat kuasa tidak terfikir peniaga itu tidak pernah tahu apakah protein,
pengusaha2 makanan di malaysia tak kira sama ada besar,sederhana dan kecilan ini suka mengambil sikap sambil lewa...bila tertangkap melakukan kesalahan,jawapan nya saya xtau undang2...kalau cmni smpai bila sikap ni nk diteruskan????minta diberi amaran je plak...apa nk jadi mcm negara CHina ke bila makanan dh menyebabkan kematian baru nk hukum gantung,nk amik tindakan pada mereka????di sini la perlunya sikap ingin tahu atau ambil kesempatan ke atas keprihatinan pegawai dr kesihatan ntuk belajar sesuatu...semua industri termasuk IKS dan industri kecil ini mempunyai agensi2 yg berkaitan dlm memberi pandangan berkaitan penghasilan produk makanan..kita, Pejabat Kesihatan juga dengan rela hati memberikan khidmat nasihat dari aspek teknikal dan undang2 apabila diperlukan...yg pntg industri itu sndiri....nk atau xnk..

bila kt berkaitan undang2,msti kita yg menjalankan tugas berkaitan undang2 mesti dipersalahkan....kenapa???sbb rkyat malaysia semua manja...jika kita lihat di singapore macam mana rakyat di disiplin kan dengan undang2...bukan sy nk bangga kan singapore tp cr ini dpt mengelakkan rakyat melakukan kesalahan walaupun kecil dan tidak melibatkan kematian...

Peniaga terbabit didakwa kerana kandungan protein dalam ketulan belacan kurang 1.25 peratus daripada minimum 25 peratus yang dibenarkan. Agaknya alat apakah yang diperlukan peniaga berkenaan untuk mengukur kandungan protein setepat itu.
Mengapa penguat kuasa tidak terfikir peniaga itu tidak pernah tahu apakah protein, apatah lagi memiliki alat pengukur protein seperti digunakan jabatan kesihatan berkenaan. Saya tidak tahu dan tidak kisah jika belacan yang saya beli kurang protein. Jika tak sedap, beli saja belacan lain. Yang anehnya, banyak penyelewengan lain lebih besar tidak disiasat dengan teliti seperti kes belacan.

kenapa perlu dipersoalkan kaedah megukur protien???tahu ke penulis sape yg menjalankan analisi 2?untuk makluman,analisa dijalankan oleh Ahli Kimia, Jabatan Kimia Malaysia yg diikhtiraf oleh KKM,peralatan digunakan buka la setakat timbang biasa je...dan keputusan analisanya menjadi bukti Prima facie di mahkamah dan tidak boleh dipertikaikan..dan bukan dianalisa sampel2 tu di pejabat kesihatan....nampaknya penulis mmg tidak mengambil kisah berkaitan kesihatannya sebab tu dia boleh kata Saya tidak tahu dan tidak kisah jika belacan yang saya beli kurang protein. Jika tak sedap, beli saja belacan lain....tentu bersebab kenapa perlu ada kadar minimum dlm penghasilan produk makanan...sumenya berkaitan dengan kesihatan...denda yang disabit kan kesalahan yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahunatau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan...ada penulis terfikir????kenapa denda 2 beitu tinggi????nasib baik denda yg dikenakan br RM 600...klu kena sampai RM 20,000 agaknya kiamat kot dunia ni....

meletakkan kesalan pada pegawai yg menjalankan tugas 2 buan sesuatu tindakan yg bijak...bg sy,sy sokong tindakan yg dijalankan supaya menjadi tauladan kepada peniaga2 lain supaya tidak mengambil mudah terhadap apa yg berlaku...bukan menuding jari menyalahkan org tanpa sebab...pernah beberapa tahun lepas ada pengarah syarikat di sini didakwa dan didenda RM 5,000...selepas kes tamat dibicarakan,pengarah ini datang berjumpa kepada pegawai Jabatan Kesihatan dan mengucapkan terima kasih kerana meyedarkan kesalahan dilakukan walaupun tidak sengaja...bukan ke ini yg kita mahu kan???

kita yg menjalankan tugas mengunakan undang2 bukan menjalankan tugas membabi buta atau gila kuasa...sumenya berlandaskan SOP yg telah ditetapkan dan mempunyai kemahiran yg di ajar semasa di kolej...sebelum sesuatu tindakan mahkamah dijalankan,kita akan berbincang dengan ketua unit, Unit Penyiasatan dan Pendakwaan,MOH, unit Inspektorat dan perudangan negeri...semuanya melalui proses perbincangan samada kes2 tertentu sesuai atau tidak untuk didakwa di mahkamah...selepas itu kes akan di rujuk ke Timbalan Pendakwaraya negeri untuk meminta pandangan sama ada kes sesuai untuk didaftarkan untk pendakwaan...semuanya perlu diteliti dan diperhalusi sebelum tindakan dijalankan....

jadi sama2 la kita fikir2 kan...ada akal kita pakai, ada otak,korang pikir la sendiri...kepada PPKP teruskan usaha murni anda melindungi kesihatan masyarakat di malaysia...janan dipikirkan apa yg diperkatakan oleh org ttp pikirkan tgjwb yg diamanahkan pada kita, insyaALLAH segala usaha,kerja murni kita mendapat balasan baik dari YANG MAHA ESA....bersama memartabatkan profesion PPKP....


Last edited by SANTIAGO on Tue 27 Oct 2009, 8:22 am; edited 1 time in total
avatar
Detektif_KOnOn
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : Pegawai Penyiasat
Gender : Male
Jumlah Post : 1392
Umur : 33
Tarikh Register : 25/08/2009
Reputation : 6
Points : 4449

Character sheet
Mutiara Kata saya: 'Kpd ALLAH SWT, aku bersujud & menghamba'

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by anip_269 on Mon 26 Oct 2009, 9:56 am

bgs penerangan yang lengkap.....sentiasa di kondem je....undang2 tidak mengenal sapa....bgs bro santiago...hanya golongan yang tau je apa itu undang2 akta makanan 1983 n peraturan2 makanan 1985....
avatar
anip_269
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : keja kat langkawi island
Gender : Male
Jumlah Post : 42
Umur : 32
Tarikh Register : 06/07/2009
Reputation : 0
Points : 3042

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by anip_269 on Mon 26 Oct 2009, 9:59 am

PPKP kerjanya mencengah sebelum benda tu jd lebih parah....adakah manusia mahu sakit dgn makanan2 yg tercemar atau kurang elok....
avatar
anip_269
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : keja kat langkawi island
Gender : Male
Jumlah Post : 42
Umur : 32
Tarikh Register : 06/07/2009
Reputation : 0
Points : 3042

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by Detektif_KOnOn on Mon 26 Oct 2009, 10:06 am

sume berdasarkan pengalaman...pengalaman mengajar erti kehidupan...keje klu hentam kromo xjd apa...bila dikritik kt jgn melenting...jwpn ttp ada..kenapa,mengapa,bagaimana ini terjadi....kt yg mengalaminya...kepada PPKP sume...all the best
avatar
Detektif_KOnOn
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : Pegawai Penyiasat
Gender : Male
Jumlah Post : 1392
Umur : 33
Tarikh Register : 25/08/2009
Reputation : 6
Points : 4449

Character sheet
Mutiara Kata saya: 'Kpd ALLAH SWT, aku bersujud & menghamba'

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by tomyejam on Mon 26 Oct 2009, 12:14 pm

ehee... lepas nie nak jual tempoyak lak laa x pun jual potai ko x la kono tangkap he3..
avatar
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2431
Umur : 36
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 5642

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by profesorclone on Tue 27 Oct 2009, 3:15 am

ciann jual blacan pun kene Tempias..huhuhu..tak yah mkn blacan ler..he3..promote belacan Bintulu Sarawak sedap woo..order dgn Falci atau Rina..
avatar
profesorclone
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 642
Umur : 35
Tarikh Register : 03/08/2007
Reputation : 0
Points : 4034

Character sheet
Mutiara Kata saya: Wise Person Will Be Master Of His Mind..Only A Fool Will Be Its Slave..My Brain Is More Useful Than My Face..

View user profile http://www.tagged.com/profesorclone

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by Lord Vlad on Tue 27 Oct 2009, 6:54 am

sekurangnya kes ini memberi banyak pengajaran kepada banyak pihak. ramai yg dah buka mata betapa kes yang melibatkan keselamatan dan kualiti makanan juga ada penguat kuasanya..... so kepada peniaga besar, sederhana dan kecil... anda tidak akan terlepas dari Akta Makanan jika anda melakukan kesalahan.




***** terpukau dengan seorang pengendali makanan yang mempunyai wajah yg cantik dan menarik. hehehe...

----Forum Paramedik Malaysia-----




avatar
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2439
Umur : 38
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 5307

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by profesorclone on Tue 27 Oct 2009, 7:28 am

...penyedia makanan itu suka buat goreng sambal belacan..ckup sedap..
avatar
profesorclone
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 642
Umur : 35
Tarikh Register : 03/08/2007
Reputation : 0
Points : 4034

Character sheet
Mutiara Kata saya: Wise Person Will Be Master Of His Mind..Only A Fool Will Be Its Slave..My Brain Is More Useful Than My Face..

View user profile http://www.tagged.com/profesorclone

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by blur on Tue 27 Oct 2009, 8:17 am

sedap tp biar lah berkualiti.....

blur
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Menanam anggur
Gender : Male
Jumlah Post : 69
Umur : 30
Tarikh Register : 12/09/2009
Reputation : 3
Points : 3019

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by Detektif_KOnOn on Tue 27 Oct 2009, 8:51 am

niat kt buat penguatkuasaan adalah untuk menyedarkan peniaga, bkn menganiaya...
avatar
Detektif_KOnOn
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : Pegawai Penyiasat
Gender : Male
Jumlah Post : 1392
Umur : 33
Tarikh Register : 25/08/2009
Reputation : 6
Points : 4449

Character sheet
Mutiara Kata saya: 'Kpd ALLAH SWT, aku bersujud & menghamba'

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by blur on Tue 27 Oct 2009, 9:50 am

kalau nak aniaya buat apa letak denda rm600...baik letak rm10 ribu kah...sbb 2 lah ia bertujuan utk mendidik....kalau kta asyik ambil ringan sja ia tidak akan datangkan manfaat kpd pengusaha makanan industri kecil ini....smpi bila2 tidak akan ada kesedaran dan kemajuan....i2 lah tujuan sbnr...nak sedar kepada semua pengusaha bkn setakat penjual belacan...agar lebih sikap bertggungjwb dan ada pengetahuan....kta mahu pengusaha industri di msia ini berpengetahuan tnggi agar dipandang tggi oleh negara luar...mana tau belacan ini blh dipasarkan ke seluruh dunia disebabkan negara kta dikenali sbg mempyai pengusaha yg berpengetahuan...mgkin kta pndng rndah bhwa belacan ini perkara kecil sja dan tidak perlu sgt nak ikot undang2....tp nanti bila ada kejadian yg tidak diingini bru nak sibuk2 mrh2 penguatkuasa tidak buat kerja kononnya...sbb i2 lah jgn salahkan pihak penguatkuasa sja...tp mana pergi pihak yg sepatut bgi khidmat nasihat kpd industri makanan?...penguatkuasa spt ppkp sudah menjalankan tugasnya..tp ada pihak yg tidak sedar akan tugasnya sndiri....bila kes saman pihak penguasa kecil org smua ambik pduli dn menuding jari kpd penguatkuasa....tp bila kes saman company besar tiada pula org ckap atau ambik tahu dan puji pengutkuasa dn heboh2kan spt kes belacan ini....org salu cakap "Mencegah lebih baik dari merawat"

blur
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Menanam anggur
Gender : Male
Jumlah Post : 69
Umur : 30
Tarikh Register : 12/09/2009
Reputation : 3
Points : 3019

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by Detektif_KOnOn on Tue 27 Oct 2009, 10:06 am

avatar
Detektif_KOnOn
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : Pegawai Penyiasat
Gender : Male
Jumlah Post : 1392
Umur : 33
Tarikh Register : 25/08/2009
Reputation : 6
Points : 4449

Character sheet
Mutiara Kata saya: 'Kpd ALLAH SWT, aku bersujud & menghamba'

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by Puteri Kayangan on Thu 08 Mar 2012, 4:17 pm

byk tu 600...
avatar
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 182
Umur : 25
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 2683

View user profile http://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by farah hani on Wed 18 Apr 2012, 3:58 pm

ksian.. tp bgs utk pngajarn

farah hani
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : jurujual
Gender : Female
Jumlah Post : 79
Umur : 25
Tarikh Register : 15/05/2011
Reputation : 3
Points : 2420

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembungkus belacan kena denda RM600

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum