FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Orgasma: pengukur kepuasan s*ks

View previous topic View next topic Go down

Orgasma: pengukur kepuasan s*ks

Post by Fieza on Tue 27 Oct 2009, 2:51 pm

ARKIB : 25/10/2009

(Utusan Melayu Online)

Orgasma: pengukur kepuasan s*ks

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN


KEPUASAN s*ks akan dapat dicapai andai pasangan saling bekerjasama ketika melakukan hubungan intim. - Gambar hiasan.


MAAF. Rencana ini agak sensitif. Terutama bagi masyarakat kita yang menjunjung tinggi kesopanan dan adat budaya.
Namun, ia sebenarnya isu yang sangat menarik dan perlu dilihat dari
perspektif pendidikan kesihatan, kerana setiap insan hampir pasti akan
melaluinya.
"Kesihatan seksual adalah keperluan asas manusia. Semua insan tidak

kira lelaki atau wanita berhak memilikinya demi kesejahteraan hidup
secara menyeluruh," kata Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, Pakar
Perbidanan dan Sakit Puan dari Pusat Perubatan PrimaNora.
Menurut beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan
seksualiti sebagai sebahagian daripada personaliti yang dimiliki oleh
setiap individu; lelaki dan perempuan.

"Ia adalah keperluan asas manusia yang penting sama seperti aspek lain kehidupan," ujarnya.


Orgasma

Hubungan s*ks bermaksud hubungan kelamin antara dua individu
berlainan jantina. Orgasma pula bermaksud mencapai kemuncak kepuasan
syahwat ketika melakukan hubungan s*ks atau lebih mudah disebut klimaks.
Ia adalah dua perkara yang berbeza. Setiap pasangan yang melakukan hubungan s*ks belum pasti memperoleh orgasma.

"Semua pasangan berkahwin pernah melakukan hubungan s*ks. Namun, bagaimana pula dengan orgasma?" soal Dr. Nor Ashikin.

Bagi lelaki kata beliau, ia merupakan perkara biasa ketika melakukan hubungan kelamin namun wanita pula sebaliknya.

"Ada wanita yang mencapai orgasma setiap kali melakukan hubungan
namun peratusannya sangat rendah, ada juga yang hanya sesekali dan
jangan terperanjat, andai ada yang langsung tidak pernah merasainya,"
kata beliau.

Beliau merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Durex pada tahun
2007/ 2008 di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia, hanya 25
peratus wanita yang melakukan hubungan kelamin mencapai orgasme
berbanding lelaki 62 peratus.

Kajian itu juga menunjukkan hanya 58 peratus wanita berpuas hati
dengan intensiti orgasma mereka berbanding lelaki iaitu 66 peratus.
Kajian tersebut mendedahkan wanita Malaysia ketinggalan dari segi
pengalaman orgasma berbanding wanita Sepanyol (52 peratus), Mexico (51
peratus) dan Afrika Selatan (49 peratus).

"Orgasma membantu menyuburkan kesihatan seksual. Ia adalah sesuatu
yang patut kita (sebagai wanita) kecapi dan rasa bangga. Katakan kepada
suami anda, saya mahukannya kerana ia adalah hak saya," kata beliau.
Menurutnya, kesihatan seksualiti yang baik mempengaruhi fikiran,
perasaan, tindakan dan perhubungan seperti juga kesihatan mental dan
fizikal.

"Jangan terperanjat andai s*ks yang baik mampu menjana prestasi kerja yang lebih bagus," katanya lagi.
Seksualiti

Ditanya mengenai faktor utama mengapa wanita Malaysia sukar mencapai
orgasma, Dr. Nor Ashikin berkata, ia banyak dipengaruhi oleh
kepercayaan masyarakat kita.

"Bagi orang timur, berbicara mengenai s*ks adalah sesuatu yang tabu
dan memalukan. Ilmu mengenai pendidikan s*ks tidak dibincangkan secara
terbuka, kerana itu masyarakat kita terutama wanita tidak mendapat
gambaran sebenar mengenai hubungan seksual yang sewajarnya," katanya.
Jelas beliau lagi, sudah menjadi adat orang Timur mengharapkan anak
mereka 'faham' sendiri mengenai perkara berkaitan s*ks tanpa mahu
memberi panduan mengenainya.

"Apabila berumah tangga, seandainya mereka tiada komunikasi yang baik antara suami isteri masalah ini akan berlaku," katanya.

Selain itu katanya, faktor umur juga memainkan peranan penting dalam
menentukan tahap orgasma individu, begitu juga dengan faktor kesihatan,
pengalaman peribadi dan hubungan suami isteri.

Jelas Dr. Nor Ashikin, tahap seksualiti bergantung kepada sistem hormon, neurologi dan vaskular (salur darah).
"Organ s*ks sebenar yang paling penting dalam menentukan kebolehan
untuk mencapai orgasma adalah otak kita sendiri," tekan beliau.
Katanya, hubungan intim mempengaruhi kitaran tindakbalas s*ks
wanita. Ia bermula dengan keintiman emosi yang menjadi motivasi kepada
seksualiti neutral wanita. Seterusnya ia merangsang s*ks yang mana
faktor psikologi dan biologi memainkan peranan untuk meningkatkan tahap
s*ks.

Keinginan s*ks akan meningkat lalu mencapai tahap kepuasan fizikal dan emosi.
Kitar tindak balas s*ks wanita

1. Peringkat pertama adalah keterujaan atau ransangan yang mana
dicetuskan oleh stimulasi psikologi dan fizikal. Tanda-tandanya adalah
perubahan emosi, peningkatan kadar denyutan jantung, respirasi dan
penebalan dinding serta pengeluaran pelincir dari vagina.

2. Pengekalan rangsangan dipanggil plateau iaitu tahap kedua. Vagina
akan menebal, kadar denyutan jantung dan ketegangan otot meningkat
sekali gus stimulasi akan berterusan. Payu dara akan membengkak, puting
payu dara menegang dan uterus terbenam.

3. Akhir kemuncak adalah orgasma.

4. Fasa terakhir adalah resolusi melibatkan pengaliran darah dari
vagina ke seluruh tubuh, pengecutan payu dara dan puting payu dara
serta penurunan denyutan jantung, respirasi dan tekanan darah.

"Orgasma adalah sensasi menakjubkan. Ada pendapat yang mengatakan
bahawa malam yang baik mengundang kepada pagi yang baik di pejabat,"
kata Dr. Nor Ashikin sambil tersenyum.

Orgasma katanya, disebut juga sebagai destinasi terakhir dalam setiap hubungan seksual.
"Ironinya, tekanan yang kita letakkan pada diri untuk mencapai
orgasma boleh memacu kita untuk memdapatkannya," kata Dr. Nor Ashikin.

Sebaliknya kata beliau, jika kita tidak fikirkan sangat mengenai
orgasma dan tidak belajar bagaimana untuk memperolehnya (teori dan
praktikal), peluang untuk memperoleh nikmat hubungan seksual termasuk
orgasma samar.

Jelas beliau lagi, orgasma terbahagi kepada tiga jenis iaitu klitoris orgasma, orgasma dan gabungan kedua-duanya.

"Orgasma vagina berlaku ketika stimulasi di titik G (G-spot)
menyebabkan orgasma tercapai lalu melibatkan sistem uterus dan juga
reproduksi," katanya.


Intensiti orgasma

l tempoh dan intensiti orgasma berbeza antara seorang wanita dengan
seorang yang lain dan satu pengalaman dengan pengalaman yang lain.
l orgasma berbeza antara satu pengalaman singkat yang cepat hilang
berbanding sensasi pengalaman menakjubkan dalam tempoh sedikit panjang,
hingga kemuncak nikmat.

l wanita biasanya mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap orgasma
Punca sukar mencapai orgasma

Selain persekitaran, faktor utama yang menyebabkan wanita sukar
mencapai orgasma adalah disfungsi seksual. Masalah ini berlaku di
kalangan 20 hingga 50 peratus wanita.

"Ia melibatkan banyak faktor; biologi, psikologi dan personaliti.
Juga tekanan emosi dan fizikal termasuk peningkatan umur," kata Dr. Nor
Ashikin.

Ia termasuk masalah keinginan seksual, sukar mencapai kepuasan, orgasma dan sakit ketika melakukan hubungan s*ks.

"Masalah keinginan s*ks terbahagi kepada dua iaitu masalah keinginan s*ks hipoaktif dan masalah tidak suka s*ks.
"Masalah kesakitan pula antaranya dyspareunia (kekeringan bahagian
labia), vaginismus (jangkitan kulat vagina) dan lain-lain masalah
kesakitan.

Dari segi biologi kata beliau, faktor jantina dan umur, endokrin,
kemurungan, kesihatan keseluruhan dan perubatan memainkan peranan.
Masalah emosi dan berkaitan tekanan, penderaan s*ks dan konflik hubungan antara faktor psikologi yang sering berlaku.

Selain itu kara Dr. Nor Ashikin, masalah pengaliran darah seperti
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi, merokok
menyebabkan orgasma sukar dicapai.
"Masalah hormon seperti menopaus, masalah endokrin, kekurangan
hormon selepas bersalin dan diabetes juga boleh menjejaskan orgasma,"
katanya.


Pilihan rawatan

"Mereka yang mengalami masalah mencapai orgasma perlu mendapatkan
rawatan sewajarnya kerana ia menjejaskan kesihatan keseluruhan kita,"
kata beliau.

Bagi Dr. Nor Ashikin, pasangan perlu menjalani kaunseling untuk memulihkan semula tahap keinginan s*ks mereka.
Selain itu katanya, dapatkan juga terapi gantian hormon estrogen atau estrogen bersama androgen.
Rawatan bukan hormon seperti menggunakan pelembap atau pelincir
ketika melakukan hubungan s*ks, akupuntur dan terapi herba juga boleh
membantu.

Bagi mengurangkan kesakitan, Dr. Nor Ashikin mengesyorkan agar
pasangan bertenang sebelum melakukan hubungan, mempraktikkan senaman
Kegel, menggunakan pelincir dan mencuba posisi atau kaedah baru.
"Yang paling penting adalah berbincang dengan pasangan. Kembalikan
kehangatan ketika baru berumah tangga, barulah anda boleh mencapai
kemuncak ketika melakukan hubungan," kata beliau.

Syor beliau lagi, pasangan perlu merancang setiap kali ingin melakukan hubungan intim.
"Tanamkan dalam fikiran untuk mendapatkan s*ks yang terbaik,
buangkan perasaan tidak selesa dan takut, nikmati masa anda berdua
sebaiknya," kata beliau.


s*ks ketika usia emas

Dr. Nor Ashikin berkata, usia emas tidak patut dijadikan alasan untuk tidak mengecapi nikmat hubungan s*ks.
"Pasangan masih boleh menikmatinya andai mereka benar-benar mahukan dan ia mampu menceriakan hidup mereka," katanya.

Beliau menyarankan agar pasangan tidak berasa gusar kerana s*ks pada
usia ini memerlukan toleransi masa yang lebih panjang serta memerlukan
stimulasi manual yang lebih.

"Berbincanglah dengan pasangan. Kongsi apa yang buat anda suka kepada pasangan," katanya.
Selain itu katanya, mengingati saat manis berdua ketika baru
menjejak kaki ke alam rumah tangga mampu mengembalikan keseronokan
bersama.

"Ambil masa untuk menjelajah semua aspek keseronokan bersama dengan memaksimumkan kemahiran rasa anda," kata beliau lagi.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1500
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5196

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Orgasma: pengukur kepuasan s*ks

Post by profesorclone on Thu 29 Oct 2009, 3:21 am

Dr. Nor Ashikin adalah contoh pakar dalam bidang ni..Jommm Terjahhh..(ala2 melodi ler...

profesorclone
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 642
Umur : 34
Tarikh Register : 03/08/2007
Reputation : 0
Points : 3745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Wise Person Will Be Master Of His Mind..Only A Fool Will Be Its Slave..My Brain Is More Useful Than My Face..

View user profile http://www.tagged.com/profesorclone

Back to top Go down

Re: Orgasma: pengukur kepuasan s*ks

Post by devil on Sun 08 Nov 2009, 12:53 pm

adoi.. pnjg btul artikel neh..
hehehe..

devil
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : rempit
Gender : Male
Jumlah Post : 669
Umur : 34
Tarikh Register : 22/08/2009
Reputation : 0
Points : 3351

View user profile

Back to top Go down

Re: Orgasma: pengukur kepuasan s*ks

Post by azrunia on Sun 28 Mar 2010, 10:39 am

tul tu....panjang sgt nak baca......dah tak orgasnme ni

azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1045
Umur : 1937
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 3890

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: Orgasma: pengukur kepuasan s*ks

Post by Red Warriors on Tue 07 Jun 2011, 3:21 pm

cheers

Red Warriors
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 69
Umur : 32
Tarikh Register : 24/04/2009
Reputation : 0
Points : 2942

View user profile

Back to top Go down

Re: Orgasma: pengukur kepuasan s*ks

Post by Palladium on Wed 22 Oct 2014, 5:19 am

Shocked Shocked Shocked Shocked Shocked Shocked

Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 312
Umur : 38
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3401

View user profile

Back to top Go down

Re: Orgasma: pengukur kepuasan s*ks

Post by Sponsored content Today at 4:53 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum