FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

info utk yg berminat mnjadi Juruteknologi Pergigian

View previous topic View next topic Go down

Miau! info utk yg berminat mnjadi Juruteknologi Pergigian

Post by fasha_wanna on Fri 27 Nov 2009, 8:04 pm

Juruteknologi Pergigian

Diskripsi tugas :
• Merangka,memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodontik, maksilofasial dan restoratif.
• Menyelenggara dan memperbaiki alat kelengkapan pergigian.


Kelayakan:

Umur : 17- 24 tahun

Jantina : Lelaki/ perempuan

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau setaraf dengannya serta kepujian dalam Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan 2 matapelajaran yang lain. Kelulusan dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.

Fizikal : Sempurna pancaindera serta tidak cacat anggota.

Taraf kerakyatan : Malaysia



Lantikan melalui :

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ( KPSL )

  • Pembantu Pembedahan Pergigian yang telah disahkan dalam jawatan.
  • Mempunyai kelayakan seperti di atas.
  • Berumur < 45 tahun.



Nota :
Calon yang berjaya akan menjalani latihan selama 3tahun di SLPM dan PLA negeri atau Daerah.


Cara memohon :
Borang boleh diperolehi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. ( www.spa.gov.my)


Elaun Biasiswa :
Pelatih akan diberi elaun biasiswa dan tempat tinggal asrama yang beryuran


Struktur kursus :

Tempoh latihan : 3 tahun

Tahun 1
Semester I & II ( 12 bulan ) – SLPM
Teori dan Praktikal – Peperiksaan


Tahun 2
Semester III & IV ( 12 bulan ) – SLPM
Teori dan Praktikal/ Latihan Klinikal -Peperiksaan


Tahun 3
Semester V ( 6 bulan ) – PLA
Teori dan Praktikal/ Latihan Klinikal – Peperiksaan
Semester VI (6 bulan )
3 bulan awal – PLA
Teori dan Praktikal/ Latihan Klinikal
3 bulan akhir – KLPM
Teori dan Praktikal/ Latihan Klinikal – Peperiksaan Akhir





Peluang Pekerjaan :Pelatih yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Juruteknologi Pergigian dan wajib berkhidmat selama 5 tahun.





Tangga Gaji: Gred U29; P1T6 RM 1493.44 ( tertakluk kepada perubahan semasa )


Lain-lain faedah:

  • Lantikan tetap dan berpencen.
  • Pakaian seragam dan kasut percuma.
  • Cuti tahunan.
  • Kemudahan perkhidmatan perubatan dan
    pergigian.
  • Skim pinjaman perumahan.
  • Latihan dalam perkhidmatan.
  • Skim pinjaman komputer.



Penempatan:
Bertugas di makmal pergigian di Klinik Pergigian Kerajaan dan Hospital Kerajaan.


Prospek Kerjaya :
Juruteknologi Pergigian Terlatih yang telah disahkan dalam jawatan layak memohon:
• Kenaikan pangkat melalui temuduga ke jawatan kanan Gred U32, U36, dan Gred U38 ( tertakluk kepada prestasi ).
• Temuduga sebagai pengajar.


Kursus Pos-basik.
• Kursus Pos-Basik Prostesis Maksilofasial
• Kursus Pos-Basik Ortodontik


Kursus ini dijalankan selama 6 bulan sepenuh masa melalui 5 fasa di KLPM dan Pusat Latihan Amali.

----Forum Paramedik Malaysia-----




-GiGi wAriSAn KitA.. BeRSamA KitA MeNjaGA- Very Happy
avatar
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2730
Umur : 30
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 6413

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

View user profile http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum