FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Raja Zarith Sofia suntik semangat graduan KPJIC (Utusan Malaysia)

Go down

Raja Zarith Sofia suntik semangat graduan KPJIC (Utusan Malaysia)

Post by Fieza on Thu 17 Dec 2009, 9:32 pm

Raja Zarith Sofia suntik semangat graduan KPJIC



Raja Zarith Sofiah Sultan
Idris Shah (tiga dari kanan) hadir ke Majlis Konvokesyen KPJIC serta
menyampaikan anugerah kepada para graduan


Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar JEFFRI IRAN


DEWAN Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
menjadi saksi kepada seramai 703 graduan daripada 18 program
kejururawatan dan sains kesihatan kendalian KPJ International College
of Nursing and Health Sciences (KPJIC) menerima sijil, diploma, ijazah
sarjana muda dan ijazah sarjana masing-masing pada Majlis Konvokesyen
kali ke-13 kolej itu, yang berlangsung pada 9 Disember lalu.
Kehadiran ahli keluarga terdekat yang telah berkumpul seawal 7 pagi
itu pastinya meninggalkan kenangan paling bermakna kepada para graduan
dan tenaga penggerak KPJIC.
Malah detik bersejarah itu, tambah bermakna dengan kehadiran isteri
Tuanku Mahkota Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang sudi
mencemar duli menyampaikan anugerah kepada 400 graduan.
Dalam ucapan, baginda menjelaskan selain memperoleh kemahiran ilmu
pengetahuan, teknikal dalam disiplin yang dipilih, aspek seperti
kebijaksanaan emosional, kemahiran sosial serta sentuhan kemanusiaan
adalah antara ciri-ciri yang perlu ditekankan dalam diri setiap
kakitangan kesihatan.
"Ciri-ciri di atas ini penting dalam membina kerjasama berpasukan
sesama rakan kerja, seterusnya membina hubungan baik dengan para
pesakit yang pelbagai latar belakang.
"Hakikatnya, sumbangan anda kepada masyarakat tidak ternilai
harganya. Ini kerana, walau sehebat manapun seseorang itu, apabila
mereka jatuh sakit, kepada andalah (kakitangan perubatan) mereka
dapatkan bantuan.
"Namun untuk memperoleh kemahiran, ia perlu bermula dengan diri anda
sendiri iaitu mempunyai harga dan keyakinan diri meskipun ramai di
antara anda masih terlalu muda," akui baginda bahawa profesion
kejururawatan adalah kerjaya yang sungguh mulia.
Sementara itu pada sidang media selepas majlis itu, Pengarah Urusan
KPJ Healthcare Berhad dan Penasihat KPJIC, Datin Paduka Siti Sa'diah
Sheikh Bakir berkata, KPJIC adalah anak syarikat kepada KPJ Healthcare
Berhad, penyedia perkhidmatan kesihatan swasta yang terbesar di negara
ini yang telah ditubuhkan sejak 18 tahun lalu.
"KPJIC adalah kolej kejururawatan swasta yang pertama memulakan
serta menawarkan program Diploma Kejururawatan dengan pengambilan
pertamanya seramai 30 pelajar pada September 1991. Sehingga November
ini, kolej ini telah melahirkan 4,561 graduan.
"Malah para graduan ini berpeluang untuk menyambung atau menyertai mana-mana rangkaian 18 hospital KPJ di seluruh Malaysia.
"Selain itu bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai kolej
kejururawatan yang tersohor di Malaysia, kami turut membina hubungan
kolaborasi antarabangsa dengan universiti dari Australia dan United
Kingdom sejak 1994," katanya.
Sehingga kini seramai 155 Senior Registered Nurses (SRNs)
telah mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dan kira-kira
20 jururawat terlatih memperoleh Ijazah Sarjana Kejururawatan dengan
universiti antarabangsa tersebut.
Katanya lagi, menyedari permintaan tinggi ke atas program
kejururawatan dan sains kesihatan dari di dalam dan luar negara, KPJIC
kini sedang rancak dalam fasa kedua pembangunannya di tanah seluas 6.8
hektar dengan perbelanjaan yang dianggarkan RM46 juta. Apabila siap
kelak ia mampu menampung seramai 5,000 pelajar.
KPJIC juga telah membuka cawangan di Johor Bahru pada tahun lepas
dan pada tahun 2010 sebuah lagi cawangan KPJIC akan dibuka di Pulau
Pinang.
Pada masa sama, kolej itu juga sedang dalam usaha penaiktarafan
status kepada kolej universiti dan akan menggunakan nama KPJ University
College (KPJUC) yang dijangka dapat dilaksanakan pada 2011.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Johor
Corporation merangkap Pengerusi KPJ Healthcare Berhad, Tan Sri Muhammad
Ali Hashim, Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor, Puan Sri
Datin Noorzilah Mohamed Ali dan Pengerusi KPJIC, Jasimah Hassan.
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1487
Umur : 35
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5907

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum