FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Periksa gigi secara berkala (Utusan Malaysia)

View previous topic View next topic Go down

Periksa gigi secara berkala (Utusan Malaysia)

Post by Fieza on Mon 21 Dec 2009, 8:13 pm

ARKIB : 23/11/2009

Periksa gigi secara berkala

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Rakyat Malaysia dewasa seharusnya mendapatkan
pemeriksaan gigi secara berkala setahun sekali atau dua kali setahun
manakala kanak-kanak pada setiap enam bulan untuk mengesan sebarang
masalah kesihatan gigi pada peringkat awal, kata Timbalan Pengarah
Kesihatan (Pergigian) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Ahmad
Bujang.

Beliau berkata, rawatan pergigian secara berkala sangat penting
kerana jika seseorang itu dapat mengesan masalah gigi lebih awal,
rawatan yang diambil akan lebih berkesan.

“Dalam masa pemeriksaan berkala, jika seseorang itu didapati tidak
mempunyai masalah pergigian ia boleh mendapatkan perkhidmatan pergigian
pencegahan. Rawatan pencegahan ini satu langkah proaktif pesakit bagi
menghindarkan penyakit pergigian,” katanya baru-baru ini.

Dr. Ahmad mengulas kenyataan Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan
Pergigian Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Norain Abdul Talib pada 15
November lepas yang menyatakan hanya enam peratus rakyat Malaysia
dewasa daripada 28 juta rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan
pergigian kerajaan dengan separuh daripada peratusan itu adalah murid
dan pelajar sekolah.

Ditanya apakah kos rawatan antara penyebab orang dewasa kurang
mendapatkan rawatan pergigian, Dr. Ahmad berkata, masyarakat tidak
perlu gusar mengenai kos rawatan pergigian yang dikatakan agak mahal
memandangkan mereka kini boleh mendapatkan rawatan itu di seluruh
negara pada kadar serendah RM1.

Selain itu, katanya, tiada temujanji bagi mereka untuk mendapatkan
perkhidmatan pergigian kerajaan dengan hanya mengunjungi mana-mana 615
klinik pergigian di seluruh negara pada ketika ia beroperasi dan mereka
akan dilayan sewajarnya.
“Bagi warga Kuala Lumpur, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan di
14 klinik gigi iaitu di Putrajaya, Cahaya Suria, Cheras Baru, Bandar
Tun Razak, Bangsar, Petaling Bahagia, Tanglin, Jinjang, Sentul, Batu,
Keramat, Setapak, Kampung Pandan dan di Pusat Latihan Polis (Pulapol)
Jalan Semarak,’’ katanya.

Berdasarkan pemerhatiannya, Dr. Ahmad berkata, orang dewasa kurang
memberi perhatian terhadap penjagaan kesihatan gigi berbanding
kanak-kanak yang mendapat pendedahan penjagaan kesihatan gigi di
sekolah.

Sebagai contoh, Perkhidmatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur menjalankan kempen penjagaan kesihatan pergigian melalui program
Kesihatan Pergigian Guru Pelatih yang meliputi pemeriksaan dan ceramah
pergigian, bengkel penyediaan rancangan pelajaran harian tentang
kesihatan pergigian.

Ini berbeza dengan golongan dewasa yang hanya akan ke klinik tahap kesakitan semakin kritikal, katanya.

Pendapat ini disokong oleh Presiden Persatuan Doktor Gigi Swasta
Malaysia, Dr. Jaspall Singh yang menyatakan ada pesakit enggan datang
mendapatkan rawatan kerana masalah gigi dihadapi telah kritikal dan
mula memikirkan kos yang perlu ditanggung.

“Ini kerana mereka pada mulanya tidak peduli dengan keadaan gigi
mereka dan ia tidak diberi perhatian khusus lalu hanya berjumpa doktor
apabila sakit.

“Tetapi mungkin pada masa itu sudah terlambat, bila nak jumpa doktor
swasta bimbang pula kosnya mahal, nak jumpa doktor kerajaan terpaksa
pula tunggu lama sedangkan mereka sudah sakit,” katanya.

Beliau berkata: “Jika jumpa awal mungkin gigi itu hanya perlu dicuci
atau ditampal... kalau gigi berlubang kos rawatan untuk tampalan kecil
dan proses cabutan lebih murah iaitu sekitar RM50 hingga RM60 sahaja
tetapi kalau jumpa pakar mungkin sekitar RM400.”

Dr. Jaspall Sing berkata, beliau tidak menolak faktor golongan
dewasa kurang mengunjungi klinik kerajaan kerana terpaksa menunggu lama
untuk mendapatkan sesuatu rawatan memandangkan rawatan di klinik
kerajaan dibuat mengikut jadual.

“Setiap rawatan berbeza hari (cabut, cuci, tampal)... sebab itu
mereka tak pergi kerana mempunyai banyak tugasan lain. Jadi bila
tertangguh keadaan gigi boleh jadi teruk dan mungkin kosnya juga
meningkat,” katanya. – BERNAMA
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5514

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum