FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Peluang jururawat tambah ilmu (Harian Metro)

View previous topic View next topic Go down

Peluang jururawat tambah ilmu (Harian Metro)

Post by Fieza on Mon 21 Dec 2009, 4:11 pm

Peluang jururawat tambah ilmu

TUGAS jururawat penting kerana mereka adalah kumpulan yang memberikan perkhidmatan kesihatan utama. Dengan jumlah pesakit dan penyakit yang kian bertambah, jururawat memerlukan lebih ilmu pengetahuan untuk memenuhi keperluan pasaran.

Ini mendorong Masterskill University College of Health Sciences (MUCH), bekerjasama dengan Sunderland Universiti UK menawarkan Program Bachelor of Science (Hons) Nursing, (Top-Up) kepada jururawat yang ingin melanjutkan pengajian tinggi.

Sepanjang dua tahun itu, pelajar akan mengikut Program Top-Up tersebut di kampus MUCH di Cheras, Malaysia dan dibimbing pendidik kejururawatan dari Sunderland Universiti, UK.

Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan ini diiktirafkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selepas menamatkan pengajian ini, pelajar akan mendapat 50 markah kredit daripada Lembaga Jururawat Malaysia.

Melalui Program Sarjana Muda Universiti Sunderland ini, pelajar dapat mengikuti pengajian antarabangsa dengan membayar yuran tempatan.

Mereka akan diberi kemudahan akses kepada sumber maklumat Internet Sunderland Universiti dan boleh menghadiri upacara konvokesyen di Sunderland, UK.

Di MUCH, sistem pembelajaran adalah fleksibel, cara pengajaran bermodul, kurikulum yang dirancang demi kepentingan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Selain daripada komputer riba percuma, perkhidmatan pemohonan pinjaman PTPTN dan pengeluaran KWSP juga disediakan.

Selepas menamatkan pengijazahan, pelajar boleh melanjutkan pengajiannya ke peringkat sarjana dan kedoktoran.

Ini membuka prospek kerjaya yang luas kepada mereka untuk mendapat jawatan pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus, penyelidik dan pendidik.

Menurut kenyataan MUCH, syarat kemasukan bagi Sarjana Muda Kejururawatan termasuk kelulusan dalam Diploma Kejururawatan, pendaftaran dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM), pemilikan Sijil Amalan Tahunan atau Annual Practicing Certificate (APC) dan juga pengalaman kerja yang tidak kurang daripada dua tahun.

Maklumat lanjut, hubungi bahagian pemasaran 03-90805888 atau layari laman web www.masterskill.edu.my atau kunjungi Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) G-8, Jalan Kemacahaya 11, Taman Kemacahaya, Batu 9, Cheras, Selangor.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1521
Umur: 31
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4534

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum