FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jururawat lelaki dikehendaki (Utusan Malaysia)

View previous topic View next topic Go down

Jururawat lelaki dikehendaki (Utusan Malaysia)

Post by Fieza on Fri 25 Dec 2009, 11:24 am

Jururawat lelaki dikehendaki



Habidi Zain (tengah)
bersama pelajar baru KKSM termasuk 11 pelajar baru lelaki yang
mengikuti program Diploma Kejururawatan di Lumut, semalam.


Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN
utusanperak@utusan.com.my


LUMUT 22 Dis. - Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung
(KKSM) di sini bersedia menerima lebih banyak permohonan daripada
remaja lelaki dan seterusnya bergelar seorang jururawat terlatih pada
masa depan.

Pengerusi Eksekutif KKSM, Habidi Zain berkata, persepsi umum
kononnya kerjaya sebagai jururawat adalah untuk golongan wanita adalah
tidak tepat kerana permintaan terhadap jururawat lelaki sebenarnya
semakin meningkat.

''Stigma masyarakat mengenai profesion telah berubah malahan ramai
remaja lelaki yang berminat kerana ia sebenarnya memberi peluang
kerjaya yang cukup baik.

''Justeru tidak hairan sekiranya pada pengambilan baru KKSM
baru-baru ini, seramai 11 pelajar yang meliputi lebih 10 peratus jumlah
keseluruhan pelajar baru adalah lelaki," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan majlis penutup Minggu Orientasi KKSM di Kem Kamilia, Teluk Senangin di sini hari ini.
Tambahnya, KKSM pada sesi pengambilan sebelum ini telah pun
mempunyai pelajar kejururawatan lelaki namun pertambahan jumlah
tersebut jelas memperlihatkan saingan untuk melanjutkan pengajian di
bidang tersebut semakin terbuka.

''Kita menyediakan kemudahan sama kepada semua pelajar namun apa
yang pasti, prestasi mereka akan dipantau dari semasa ke semasa supaya
masing-masing menjadi pilihan utama majikan di bidang perubatan,"
katanya.
Jelasnya, pihak kolej juga sedang berurusan dengan Jabatan
Pendidikan Swasta dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menambah
bilangan pelajarnya pada tahun depan.

''Semua pelajar KKSM diberikan kemudahan penginapan dan pinjaman
yang akan diuruskan dengan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara
(PTPTN) jadi tidak ada masalah untuk belajar yang penting mesti ada
kemahuan," katanya.

Menurut Habidi, pada awal penubuhannya, tidak ramai pihak menyangka
KKSM mampu bertahan hingga ke hari ini malahan ujarnya, ada juga
sesetengah individu yang memandang sinis dan tidak percaya bahawa KKSM
berupaya melahirkan graduan kejururawatan mahir lagi berdaya saing.

Dalam pada itu, pelajar terbaik minggu orientasi berkenaan, Mohd. Shukri Sulaiman, 21, berkata, minatnya yang mendalam terhadap kerjaya jururawat menjadi faktor pendorong mengikuti pengajian di KKSM.

''Sebelum ini sedikit malu untuk memohon kolej jururawat tetapi
sejak setahun dua ini, saya lihat ramai (lelaki) yang menyertainya.
Saya harap akan menamatkan pengajian seterusnya menjadi jururawat yang
terbaik," katanya yang berasal dari Bagan Serai.

Sementara itu, bagi ketua kumpulan pelajar sesi baru terbabit, Reduan Ali,
18, profesion tersebut sememangnya diidam-idamkan dan bertekad
menyertai KKSM sejurus memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) baru-baru ini.

''Ramai yang pelik dengan keputusan saya untuk bergelar seorang jururawat.
''Saya yakin ia akan membawa peluang kepada saya untuk berkhidmat
kepada masyarakat malahan tidak mustahil satu hari nanti, saya akan
melanjutkan pengajian kejururawatan peringkat ijazah sarjana muda,"
katanya.
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 34
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5566

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Jururawat lelaki dikehendaki (Utusan Malaysia)

Post by Geoffery Taimin on Thu 20 Jun 2013, 11:23 pm

ya saya sokong.. saya juga lepasan jururawat 2011 di mahsa univesty college tapi tak ada lagi rezeki dapat kerja di hospital..dulu saya berkerja di nursing geriatric home tapi saya berhenti kerana ingin memperbaiki dan menambah ilmu saya dalam kejururawatan..sampai sekarang saya berusaha bersungguh2 untuk mendapat kerja sebagai jururawat di hospital..saya lulus dalam ljm dan cgpa saya 3.40..dan saya berkomitmen tinggi jika ada peluang untuk saya untuk berkerja dihospital sebab ini adalah ambition saya sejak di sekolah menengah..jika ada apa2 maklumat tentang jawatan kosong hospital atau mana2 department sebagai nurse sila bagi info di nombor 0169152950 ni atau dalam email saya Deofhill_89@yahoo.com thanks so much..

Geoffery Taimin
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri :
Jawatan : Registerd nurse
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 28
Tarikh Register : 01/05/2013
Reputation : 0
Points : 1689

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum