FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

DASAR AUTOMOTIF NASIONAL....2009

View previous topic View next topic Go down

DASAR AUTOMOTIF NASIONAL....2009

Post by transpoter on Sun 10 Jan 2010, 10:34 am

Dasar Automotif Nasional (NAP) telah diumumkan semalam dan pastinya ramai dari kita sudahpun mengetahuinya samada dari akhbar atau blog. Terutama sekali dari blog yang penuh dengan komen merapu dan sampah. Untuk membuat kesimpulan sememangnya mudah namun selepas membaca sendiri kenyataan rasmi dari MITI ternyata ianya tidak semudah yang saya fikir. Bahkan saya yakin, ruangan akhbar pun tidak muat untuk memaparkan intipati semakan semula NAP tersebut.

Saya cuba ringkaskan kenyataan MITI untuk rujukan dan pemahaman kita.





1. Proton perlu berkerjasama dengan syarikat automotif global untuk peningkatan eksport, menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran serantau, pemindahan teknologi dan pelaksanaan aktiviti R&D di Malaysia, peningkatan kandungan tempatan dan pembangunan program vendor Bumiputera, meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam jaringan pengedaran kenderaan dan jenama PROTON dan syer pasaran tempatan untuk segmen tertentu akan dikekalkan.

2. AP Terbuka untuk kenderaan terpakai (perdagangan, penumpang dan motosikal) akan dimansuhkan pada 31 Disember 2015 dan AP Francais akan dimansuhkan pada 31 Disember 2020.

3. Sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2010, setiap AP Terbuka yang dikeluarkan akan dikenakan caj sebanyak RM10,000. Satu dana akan diwujudkan menerusi kutipan caj tersebut bagi membantu usahawan Bumiputera menceburi bidang/aktiviti tertentu, termasuk:

  • mendapatkan hak pengedaran/francais bagi jenama-jenama lain;
  • program pembesaran bagi pengedar yang dilantik.
  • menceburi sub-sektor automotif atau perniagaan lain;
  • menaik taraf bilik pameran dan pusat servis; dan
  • penyertaan dalam seminar/pameran/persidangan/mesyuarat atau misi perdagangan berkaitan automotif.




4.Lesen Pengilang: Mempromosikan Segmen Berimpak Tinggi.

Pembekuan Lesen Pengilang (ML) baru yang dilaksanakan sehingga ini akan ditarik balik bagi segmen automotif terpilih yang dikenal pasti sebagai strategik dan berimpak tinggi kepada ekonomi negara. Liberalisasi Lesen Pengilang ini penting dalam menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi, kenderaan berorientasi perniagaan dan kenderaan yang mesra alam sekitar.

Langkah baru1 :

Secara khususnya, dasar baru ini akan menarik balik pembekuan Lesen Pengilang bagi segmen:

  • kereta mewah berkapasiti enjin 1,800c.c dan ke atas dengan harga atas jalan tidak kurang daripada RM150,000;
  • kenderaan hibrid dan elektrik;
  • kenderaan jenis pick up;
  • kenderaan perdagangan; dan
  • motosikal berkapasiti enjin 200c.c dan ke atas.

Pengeluaran Lesen Pengilang baru bagi segmen ini tidak dikenakan syarat ekuiti.



5. Pengecualian Cukai ke Atas Nilai Peningkatan Eksport bagi Kenderaan dan Alat Ganti/Komponen

Kajian semula NAP memperkenalkan kadar pengecualian cukai yang lebih tinggi bagi produk yang dieksport yang mempunyai tahap nilai tambah tertentu. Ini mencerminkan sasaran negara dalam meningkatkan jumlah dan kualiti produk yang dieksport. Pada masa ini, pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun bagi semua sektor ditawarkan berdasarkan peningkatan pada peratusan nilai tambah produk.

Langkah baru2 :

Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun untuk pengilang dalam industri automotif ditingkatkan:

  • daripada 10 peratus kepada 30 peratus daripada nilai peningkatan eksport yang diberikan kepada pengilang dengan syarat produk berkenaan yang dieksport mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus nilai tambah; dan
  • daripada 15 peratus kepada 50 peratus daripada nilai peningkatan eksport yang diberikan kepada pengilang dengan syarat produk berkenaan yang dieksport mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus nilai tambah.


6. Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai untuk Menangani Masalah Underdeclaration

Pada masa ini, pewartaan harga hanyalah bagi kenderaan baru yang diimport dalam bentuk yang dipasang siap (CBU) untuk tujuan pengiraan cukai. Kajian semula NAP akan turut mewujudkan pewartaan harga bagi kenderaan CBU import terpakai.

7. Insentif Lebih Menarik bagi Pengeluaran Komponen/ Alat Ganti Kritikal dan Bernilai Tambah Tinggi

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran transmission system, brake system, airbag system dan steering system layak untuk mendapatkan insentif fiskal yang lebih baik iaitu layanan Taraf Perintis (PS) sebanyak 100 peratus bagi tempoh 10 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100 peratus bagi tempoh 5 tahun.



8. Galakan bagi Kenderaan Hibrid/Elektrik dan Pembangunan Infrastuktur Berkaitan

Cadangan Baru3 :

Pelaburan dalam aktiviti pembuatan atau pemasangan kenderaan hibrid dan elektrik akan mendapat:


  • 100 peratus PS atau ITA untuk tempoh 10 tahun;
  • Geran bagi R&D dan latihan di bawah Galakan Istimewa (Customised Incentives) sebagai tambahan kepada geran sedia ada;
  • pengecualian duti eksais sebanyak 50 peratus daripada kadar semasa bagi kenderaan yang dipasang dalam negara atau pemberian geran di bawah Dana Penyelarasan Industri (IAF);
  • PS sebanyak 100 peratus bagi tempoh 10 tahun atau ITA sebanyak 100 peratus bagi tempoh 5 tahun bagi pengeluaran komponen kritikal seperti:

    • electric motors;
    • batteries;
    • Battery Management System (BMS);
    • Inverter;,
    • electric airconditioning;
    • air compressor;

  • Insentif-insentif lain yang lebih menarik boleh dipertimbangkan secara customised bergantung kepada aktiviti yang dicadangkan.


  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mewujudkan pelan jangka panjang pembangunan infrastruktur bagi kenderaan elektrik.



9. Pinjaman Mudah/Geran.

Bagi meningkatkan daya saing pengeluar komponen dan alat ganti serta meningkatkan sumbangannya dalam industri automotif dan ekonomi, dana Pembangunan Automotif (ADF) dan Dana Penyelarasan Industri (IAF) akan diteruskan.



10. Standard: Usaha Bagi Meningkatkan Keselamatan.

I. Pembangunan Sepenuhnya Kemudahan Vehicle Type Approval (VTA)

Di bawah NAP sedia ada, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dipertanggungja wabkan bagi melaksanakan VTA yang mana pada masa ini masih belum dibangunkan sepenuhnya. Di bawah kajian semula NAP, Kementerian Pengangkutan akan memberi keutamaan di dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) untuk memastikan penubuhan sepenuhnya kemudahan VTA bagi standard dan pengujian.

II. Pengenalan dan Penguatkuasaan Standard Mandatori Secara Berperingkat ke atas Komponen dan Alat Ganti

Penguatkuasaan standard mandatori ke atas komponen dan alat ganti masih lemah memandangkan tiada agensi penguatkuasaan khusus yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakan standard. Di bawah kajian semula NAP, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyelaras dan mewujudkan pelan jangka panjang bagi memperkenal dan menguatkuasakan standard mandatori bagi semua produk automotif.



III. Pemansuhan Secara Berperingkat Pengimportan Alat Ganti dan Komponen Terpakai

Kesedaran terhadap keselamatan dan alam sekitar telah meningkat disebabkan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai tanpa sebarang sekatan atau pemeriksaan wajib. Kajian semula NAP akan memperkenalkan satu mekanisme bagi larangan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai berkuatkuasa Jun 2011.

IV. Pemansuhan Berperingkat Pengimportan Kenderaan Perdagangan Terpakai

Pada masa ini, pengimportan kenderaan perdagangan terpakai adalah dibenarkan. Di bawah kajian semula NAP, pengimportan kenderaan perdagangan terpakai akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari 2016 selaras dengan:

  • pemansuhan secara berperingkat pengimportan alat ganti dan komponen terpakai; dan
  • pemansuhan sistem AP bagi kenderaan terpakai.


V. Pelan Pembangunan Standard Bahan Api Minyak Petrol dan Diesel bagi Kenderaan

Bermula September 2009, spesifikasi EURO 2M bagi petrol dan diesel telah dilaksanakan. Kerajaan ketika ini telah mensasarkan untuk melaksanakan spesifikasi EURO 4M bagi petrol dan diesel pada 2011. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mewujudkan pelan pembangunan jangka panjang bagi standard dan kualiti bahan api minyak dan petrol.



VI. Pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan

Pada masa ini, terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia 10 tahun atau lebih berada di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.

Sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat (ELV), kajian semula NAP akan memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai syarat bagi pembaharuan cukai jalan untuk semua kenderaan berusia 15 tahun atau lebih.

Kementerian Pengangkutan akan merangka pelan bagi mewujudkan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan.

11. Sistem LESEN IMPORT

Selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia, sistem pentadbiran AP Terbuka akan dimansuhkan mulai 31 Disember 2015, manakala bagi AP Francais pula pada 31 Disember 2020.

Bermula 1 Januari 2010, caj sebanyak RM10,000 akan dikenakan bagi setiap unit AP Terbuka yang dikeluarkan dan hasil kutipan akan digunakan bagi mewujudkan dana khas untuk membantu syarikat Bumiputera menceburi bidang perniagaan automotif dan perniagaan-perniagaan lain.



12. Tarikh Kuatkuasa.

Dasar dan langkah-langkah baru ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2010.

*Kenyataan rasmi di atas telah disunting. Untuk versi penuh, klik: Dasar Automotif Nasional

Sumber Myvi: Lenjin Wang Sumber Saga dan Campro: Wikipedia dengan lesen ini. Sumber bendera: Wikipedia Sumber imej lain: netcarshow.com
avatar
transpoter
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 1044
Umur : 33
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 4026

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum