FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

fakta campro....!

View previous topic View next topic Go down

fakta campro....!

Post by transpoter on Tue 12 Jan 2010, 10:57 pm

Proton telah mengeluarkan engine pertamanya yang dikenali dengan nama campro dengan usahasama lotus.Nama campro adalah singkatan bagi cam profile(profil sesondol).Kereta proton yang pertama menggunakan engine campro ini adalah Proton Gen-2 dengan diikuti oleh model-model proton yang lain seperti satria neo,waja dan persona.Engine ini dicipta untuk membuktikan kemampuan proton dalam pembangunan engine kereta yang berkuasa dan menepati piawaian emisi yang ketat.
Terdapat 3 jenis engine Dohc campro yang telah diperkenalkan Protton dan digunakan iaitu
- Dohc asas
* Dohc campro S4PH(1.6L) -dipasang pada Model Gen-2, Waja Campro.
* Dohc Campro S4PE(1.3L) -dipasang pada Model Saga generasi ke-2 SAGA BLM.
- Engine Campro CPS dan VIM (1.6L) -dipasang pada Model Gen-2 CPS, Waja Campro CPS & Exora.
- Engine Campro IAFM -dipasang pada Model Gen-2 , Persona, Persona SE.
Engine Campro Asas
Engine jenis ini dikeluarkan dalam 2 keluaran iaitu berlainan sesaran.S4PH untuk sesaran 1600cc manakala S4PE untuk sesaran 1300cc.Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.
S4PH (1.6 L)




  • Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
  • Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
  • Lubang x lejang: 76 x 88 mm
  • Sesaran enjin: 1598 cc

S4PE (1.3 L)



  • Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
  • Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
  • Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
  • Sesaran enjin: 1332 cc

Enjin Campro CPS dan VIM
Sebagai tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS (Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga masukan boleh laras). Teknologi CPS adalah teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknoloi VTEC oleh Honda dan VVTi oleh Toyota. Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 127 kuasa kuda pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm. Enjin Campro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2 dan Proton Waja tahun 2008.Pada asalnya sepatut di keluarkan pada tahun 2005.Ditangguhkan
Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti berikut:-

  1. Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.
  2. Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.
  3. Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus.

Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi setakat 30 April 2008 ia masih belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton sebaliknya membuat penampilan sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia.
Enjin Campro IAFM


Enjin Campro 1.3L IAFM yang dipasang pada Proton Saga generasi kedua.
Enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-

  1. IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
  2. IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.

Enjin Campro IAFM digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani.
Versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.
Enjin Campro hibrid
(Perancangan masa hadapan Proton)



Proton dan Lotus telah memperkenalkan model prototaip kereta Proton Gen-2 yang menggunakan enjin Campro hibrid semasa Pertunjukan Kereta Geneva 2007. Sistem enjin hibrid tersebut dikenali sebagai EVE (Cekap, Berdaya Saing, Mesra Alam). Ia menggunakan enjin S4PH sedia ada dan digandingkan dengan motor elektrik 144 V, 30 kW. untuk membolehkan sistem tersebut digunakan pada semua model sedia ada Proton tanpa perlu membangunkan platform baru yang berasingan bagi model kereta hibrid.
Data teknikal sistem hibrid tersebut adalah seperti berikut:-

  • Kuasa kuda maksimum (enjin sahaja): 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
  • Kilasan maksimum (enjin sahaja): 148 N-m @ 4,000 rpm
  • Kuasa kuda maksimum (gabungan): 141 bhp (105 kw) @ 5,500 rpm
  • Kilasan maksimum (gabungan): 233 N-m @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 N-m
avatar
transpoter
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 1044
Umur : 34
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 4140

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

View user profile

Back to top Go down

Re: fakta campro....!

Post by zulk on Wed 13 Jan 2010, 9:48 am

cps ngn vim tu paling berkuasa.. sbb tu reganya mahal ckit

----Forum Paramedik Malaysia-----




'NEED 4 SPEED'
avatar
zulk
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : detektif kuman
Gender : Male
Jumlah Post : 622
Umur : 108
Tarikh Register : 29/09/2006
Reputation : 11
Points : 4262

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

View user profile

Back to top Go down

Re: fakta campro....!

Post by transpoter on Sun 17 Jan 2010, 2:07 pm

rega x kesah bro..ketahanan enjin 2 yg penting....
avatar
transpoter
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 1044
Umur : 34
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 4140

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

View user profile

Back to top Go down

Re: fakta campro....!

Post by aedes14 on Sun 17 Jan 2010, 3:35 pm

@transpoter wrote:rega x kesah bro..ketahanan enjin 2 yg penting....

tul 2...
avatar
aedes14
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : cri slh org
Gender : Male
Jumlah Post : 188
Umur : 32
Tarikh Register : 13/12/2008
Reputation : 0
Points : 3510

View user profile http://www.facebook.com/kurangsiuman

Back to top Go down

Re: fakta campro....!

Post by transpoter on Sun 17 Jan 2010, 3:42 pm

tapi pasal campro nie....
susah nak pecaya lg...sebab x sampai 10thn lagi enjin dia....
avatar
transpoter
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 1044
Umur : 34
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 4140

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

View user profile

Back to top Go down

Re: fakta campro....!

Post by azrunia on Sun 28 Mar 2010, 10:42 pm

yup...betul aku sokong porter.....kalau betul ader campro cps 1.8cc....masukkan kepada exora....baru aku pikir 10 lkali nak beli mpv tu...kalau wat masa skrg ni......exora pilihan yg terakhir sekali....kalau betul2 aku dah tak mampu nak pakai mpv.......



avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4255

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: fakta campro....!

Post by azm.azman on Fri 05 Nov 2010, 12:12 pm

ala tunggu je la enjin baru campro lotus turbo pasang kat persona ngan exora
hehe

azm.azman
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : tiada
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 35
Tarikh Register : 23/01/2010
Reputation : 0
Points : 2893

View user profile http://azm.azman@yahoo.com

Back to top Go down

Re: fakta campro....!

Post by azrunia on Fri 29 Jun 2012, 5:09 pm

dah kuar enjin campro cfe version soft turbo tu macam mana plak....... Smile
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4255

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: fakta campro....!

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum