FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pelancaran Klinik 1Malaysia bukan tutup ‘periuk nasi’ swasta: MB Mohamad (SINAR)

View previous topic View next topic Go down

Pelancaran Klinik 1Malaysia bukan tutup ‘periuk nasi’ swasta: MB Mohamad (SINAR)

Post by tomyejam on Sat 16 Jan 2010, 6:56 pm

Pelancaran Klinik 1Malaysia bukan tutup ‘periuk nasi’ swasta: Mohamad


NILAI – Klinik 1Malaysia bukanlah untuk menutup ‘periuk nasi’ swasta sedia ada, sebaliknya bertujuan meringankan beban penduduk, terutama berpendapatan rendah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, klinik itu adalah usaha kerajaan memastikan rakyat, menerima rawatan dengan kadar lebih rendah.

“Saya melihat penubuhan klinik ini merupakan salah satu cara bagi mereka yang berpendapatan rendah menikmati perkhidmatan kesihatan berkualiti tanpa mengira kaum.

“Pada masa sama, masalah kesesakan di hospital atau klinik kesihatan dapat dikurangkan, memandangkan mereka ditugaskan juga mempunyai kepakaran dalam menguruskan pesakit luar,” katanya selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Taman Semarak di Nilai, dekat sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datin Dr Zailan Adnan.

Menurutnya, dengan membayar RM1, rakyat di negeri ini dapat menikmati perkhidmatan sama seperti di klinik kesihatan tanpa berbelanja lebih.
avatar
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2431
Umur : 36
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 5610

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum