FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

masalah memohon transkrip

View previous topic View next topic Go down

masalah memohon transkrip

Post by nik on Wed 27 Jan 2010, 1:45 pm

& salam sejahtera.....
just nk tau, ada x sesiapa yg pernah mengalami masalah ni...sy x dpt nk apply IPTA thn ni coz x dpt transkrip lg....huhuhu...dh htr surat bertulis,hampir 6 bulan tp bahagian latihan kt x pernah terima surat 2.....dh call bahagian akademik,tp x berjawab...dh faks surat...bla bla bla macam-macam lagi la sy bt...tup-tup permohonon dh nk tutup dh ni....kita punya transkrip, kita yg belaja susah-susah, kenapa susah sgt nk bagi...huhuhu...

nik
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Penolong Pegawai Farmasi
Gender : Female
Jumlah Post : 2
Umur : 34
Tarikh Register : 22/01/2010
Reputation : 0
Points : 2833

View user profile

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by zhuloongza on Sat 30 Jan 2010, 1:47 pm

benda2 camni kena jumper pegawai yg berkenaan secara bersemuka. Lau nak harap pada panggilan telefon @ surat tu alamatnyer samei ke tua ler jawabnyer...

zhuloongza
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : ppf
Gender : Female
Jumlah Post : 9
Umur : 40
Tarikh Register : 07/08/2008
Reputation : 0
Points : 3367

View user profile

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by nik on Thu 04 Feb 2010, 1:36 pm

boleh x saya tahu, pegawai yg berkenaan 2 siapa??? sy dh call bahagian latihan, ckp nk jumpa pg tersebut nk lg senang berurusan,tp diaorg ckp, x bleh jp...kalu pg pun x dilayan...kena bt app la....betul ke??

nik
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Penolong Pegawai Farmasi
Gender : Female
Jumlah Post : 2
Umur : 34
Tarikh Register : 22/01/2010
Reputation : 0
Points : 2833

View user profile

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by mrma on Wed 10 Mar 2010, 7:32 pm

Telah Maklum


Last edited by mrma on Sat 03 Apr 2010, 9:40 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : Telah Maklum)

mrma
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : ppf
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 52
Tarikh Register : 09/03/2010
Reputation : 0
Points : 2787

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by azrunia on Wed 24 Mar 2010, 9:14 pm

pindah..........amik je...................rugi simpan lama2.....................
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4204

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by ppfkkpa on Tue 03 Aug 2010, 7:45 pm

Transkrip adalah hak milik IPTA/S tersebut, kita kena merendah diri hadir ke sana, tunggu 20 minit, cari pensyarah yang ajar kita tu, lepas tu pasti akan dapat, dan boleh furher study,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3022

View user profile

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by nori on Sat 19 Mar 2011, 12:47 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Selamat bertugas kepada semua PPF. Pada tahun 2011 ni dua perkara pasti akan berlaku iaitu, aktiviti Biro Pendidikan yang berterusan dan Majlis Sambutan Jublee Emas 50 Tahun PPF di Malaysia. Walaubagaimanapun, penglibatan semua PPF amatlah di pohon bagi menjayakan perkara tersebut. Bab memohon transkrip ni mudah je, jika PPF berbincang dengan senior yang lebih banyak pengalaman dan pengetahuan.

Pos basik PPF telah menjadi kenyataan. Tetapi sumbangan PPF yang memegang sijil pos basik tersebut masih amat kecil. Dan pada masa hadapan kursus pos basik akan di jalankan selama setahun di sijilnya akan di tukar ke Diploma Lanjutan (sedang dalam perancangan dan masih belum menjadi kenyataan).

Secara ringkasnya PPF terlibat dalam kursus Pos Basik Kaunseling, Pengurusan Personal kesihatan dan Penyediaan Sterile. Amat jelas dinyatakan semasa memohon kursus tersebut, iaitu ianya tidak akan mengubah apa-apa pun. Cuma sebagai wadah dalam menuntut ilmu. Tetapi dari segi ilmiah dan akademik, para pemegang sijil pos basik tersebut perlulah menyumbang sesuatu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya.

Satu perkembangan telah berlaku didalam penjagaan kesihatan. Iaitu perubahan pakaian semasa bertugas yang lebih sesuai. Para petugas di Jabatan A&E hospital, telah lama memakai pakaian yang kalis cecair bendalir, dan mudah di cuci. Dan paramedic terutamanya PPP dan SN ada pandangan sendiri.

Dipanjang cite pun tak selesai jugak masalah sebegini..nak salahkan union kerana tiada dokumentasi, black n white, protokol n etiket pakaian ke ape ke, union salahkan kita kembali kerana tidak berdisiplin dalam menjalankan tugas, union nak salahkan anggota dan pegawai bawahannye pun tak boleh jugak, kerana dulu pun depa mungkin buat benda yang sama, cuma apa yang penting........... ialah, kita harus melihat perkara sebegini dalam aspek meluas yang meliputi aspek profesionalisma, kredibiliti, etika, serta disiplin profesion kita secara menyeluruh...ini bermakna kedua2 pihak main peranan yang amat mustahak serta 'advanced' dalam hal sebegini.....

justeru, pihak union perlu proaktif dalam hal sebegini dan mengambil pertimbangan serta segala keluhan dan cadangan serta komentar dan usul dari peringkat bawahan demi meningkatkan profesionalisma profesion PPP..jangan asyik menerima pihak luar je komen, kita mula terhegeh2 naik angin, tambah2 yang komen pihak doktor-doktor.....sedangkan depa pun bukan tahu sangat pasai PPP...tanya akta PPP pun depa tak tahu, jadi macam mana depa nak menjadi pegawai kepada kita dengan baik...to be a good leader, a part of it ialah mengenali dan menjiwai kerjaya kepimpinan yang dipimpin, sebagai contoh bagaimana peristiwa perang khaibar, yang mana baginda menerima saranan dan pendapat para sahabat dalam menjayakan perjuangan demi kejayaan Islam tanpa menafikan hak kebebasan dan kebijaksanaan mereka bersuara...kesimpulannyanya, pihak atasan jugak kena dengar cakap, keluhan,luahan dan saranan pihak bawahan....manakala pihak bawahan pulak, juga harus give n take, menerima juga teguran, ansihat, saranan, pandangan, cadangan, arahan dari pihak atasan selagi mana ia tidak membatasi dan melanggari kewajaran aqal manusia serta kewajaran profesionalisma kerjaya kita...barulah namanya kami kerja berpasukan...

ini tidak, dah naik pangkat, naik tocang sama, tunjuk lagak resmi lalang pulak...
tak naik pangkat, naik minyak pulak, tunjuk aksi lagak ego dan lagak anjing menyalak bukit.....

sama je, hang kata aku, aku kata hang, dua kali lima...
jadi, tak mau dah jadi lagu nie, kita pakat2 sama2 gembleng padu aqal, jiwa, semanagt, tenaga dan kematangan menjayakan misi, visi,objektif dan peranan ppp DI MALAYSIA hendaknya

so, dalam hal pakaian ini, pihak atasan kena bijak menangani masalah dan bijak memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi menggelakan isu ini berulang tanpa menjatuhkan keaiban profsion PPP serta menuding jari kepada pihak yang 'salah' semata dan pihak bawahan pulak jugak kena bijak melihat keadaan dan situasi, andai didepan kita sudah ada singa, jangan dok pi terpa, carilah jalan lain nak mengelakkan diri dari diterkam...berfikir sesaat, bijak masa hadapan...lu pikir la sendiri...

KEPADA SEMUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP). PEMAKAIAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP) TIDAK LAGI SESUAI KETIKA PENGAMBILAN SAMPLE. MENGIKUT AKTA WHO (WHO/CDS/CSR/LYO/2003.4) PEMAKAIAN UNTUK KAKITANGAN YANG BERDEPAN DENGAN PENGAMBILAN SPECIMEN/SAMPLE PERLU MEMAKAI KOT PUTIH ATAU MAKMAL. INI BERMAKNA HANYA DOKTOR DAN KAKITANGAN MAKMAL PERUBATAN SAHAJA YANG BOLEH MENGAMBIL SAMPLE/SPESIMEN DARI PESAKIT. BUAT MASA INI BANYAK PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP) DI HOSPITAL/KLINIK SELURUH NEGERI TIDAK DI BEKALKAN KOT PUTIH / MAKMAL. HANYA SESETENGAH HOSPITAL DAN KLINIK YANG TELAH MENGUATKUASA AKTA INI. TANPA MEMAKAI KOT PUTIH/MAKMAL, IA TELAH MELANGGARI AKTA WHO KERANA IA TERLIBAT DENGAN MANIKOLEGAL DAN BENDALIR MANUSIA. DIHARAP AGAR PENGARAH NEGERI/HOSPITAL YANG BELUM MENGUATKUASA AKTA WHO UNTUK PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP) DAPAT MEMBUAT PERUBAHAN DI DALAM SKIM PAKAIAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP) MEWAJIBKAN PEMAKAIAN KOT PUTIH / MAKMAL KETIKA MENGAMBIL SPESIMEN/SAMPLE BENDALIR, INI KERANA AKTA WHO MELINDUNGI KAKITANGAN PERUBATANNYA. KOD PUTIH/MAKMAL JUGA BERFUNGSI SEBAGAI PELINDUNG KEPADA MEREKA YANG BERDEPAN DENGAN PENGAMBILAN SAMPLE DARAH ATAU BENDALIR DARI TERKENA BENDALIR ATAU MIKROORGANISMA YANG AKAN MELEKAT PADA BAJU KAKITANGAN TERSEBUT. PEMAKAIAN KOT PUTIH/MAKMAL JUGA MENGELAKKAN KAKITANGAN TERBABIT DARI MEMBAWA KELUAR MIKROORGANISMA ATAU KUMAN KELUAR DARI HOSPITAL/KLINIK KERANA IA MELINDUNGI PAKAIAN DI DALAMNYA. DIHARAP AGAR KEMENTERIAN DAPAT MEMBEKALKAN KOT PUTIH/MAKMAL KEPADA SEMUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI HOSPITAL ATAU KLINIK DI SELURUH NEGERI MENGIKUT AKTA WHO GUIDELINE YANG TELAH DITETAPKAN.

PPF juga harus menitikberatkan perkara tersebut, kalau dulu semasa bancuh ubat. Dan di harap PPF yang ada kelebihan tu, menyumbanglah sesuatu kepada lain-lain PPF dalam pengubalan prosedur dan tatacara pemakaian pakaian terbabit terutamanya di unit farmasi yang specifik. Kerani bank pun pakai kot semasa di kaunter, walaupun cuma kerani je.

Satu pertemuan PPF akan di adakan pada 26 Mac ini. Biro pendidikan akan cuba menyelesaikan dan membuat penambahbaikan terhadap kertas kerja Menempatkan 2 PPF Di KK, Gaji Diploma Mulai 1993 dan Elaun Kritikal PPF. Kertas kerja ini telah di hantar, tetapi penyediaan ini adalah bagi tujuan di hantar semula pada 2012.

Disertakan surat jemputan Biro Pendidikan :

Ruj. Kami : Bil ( 18 ) dlm. PF.KKBK. 03 / 11
Tarikh : 17 Mac 2011
Kepada,


Semua Penolong Pegawai Farmasi

( Melalui Wakil Negeri / Wakil Hospital / Wakil Pej Kesihatan Daerah )

Tuan / puan,

KURSUS SPUB BAGI PPF

Merujuk perkara di atas, adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa AJK CPD PPF Daerah Perak Tengah dengan kerjasama AJK CPD PPF Negeri Perak akan menganjurkan Kursus Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu ( SPUB ) bagi PPF yang akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 26 Mac 2011 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Bilik CME, Klinik Kesihatan Bota Kiri,
32600 Bota, Perak.
Perasmian : En Ariffin bin Mohammad
Penolong Pegawai Farmasi U32
Hospital Tapah, Perak.

2. Sehubungan dengan itu, tuan / puan adalah di jemput untuk menghadiri kursus di atas dan sijil kehadiran akan diberikan kepada Penolong Pegawai Farmasi yang menghadiri kursus tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

’ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’

’ PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA ’

Saya yang menurut perintah,
t.t.

Jika PPF mahukan surat jemputan yang rasmi, hubungi Biro Pendidikan, Biro Multimedia PPF dan AJK CPD PPF peringkat negeri dan peringkat PTJ masing-masing.

Semua PPF di Malaysia perlu menambah ilmu pengetahuan setiap hari, kerana setiap hari pasti akan berlaku perubahan dan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Tentunya KKM akan berubah setiap hari dan mengikut perkembangan semasa yang telah berlaku, perkembangan semasa yang dijangkakan akan berlaku dan perkembangan semasa yang tidak pernah di jangkakan akan berlaku. PPF perlu sentiasa bersiap sedia.

AJK CPD PPF dan AJK Biro Pendidikan PPF akan bertemu pada 26 Mac nanti, dan segala peningkatan mutu dan tahap pemikiran PPF akan berlaku, walaupun sedikit. Dan ini adalah lebih baik jika tiada peningkatan langsung.

Negeri Perak Darul Ridzuan telah memulakan langkah awal dalam penyumbangan usaha dan tenaga dalam peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF dengan cara seperti berikut :

a. melantik AJK pengurusan PPF peringkat negeri dan melantik biro-Biro
b. melantik AJK pengurusan PPF peringkat PTJ dan melantik biro-biro
c. merancang aktiviti dan program

Pada masa ini PPF yang aktif ialah di Hospital Seri Manjung, Hospital Teluk Intan, Hospital Tapah, PKD Hulu Perak, PKD Hilir Perak, PKD Perak Tengah dan PKD Kinta.
Dan jika semua PPF aktif, Perak akan mempunyai 25 AJK iaitu 16 Hospital dan 9 PKD.Tetapi kami PPF di Perak ni dah menjadi tumpuan dan wajarnya sebagai artis pula. Tetapi satu perkara yang tak dapat dielakkan ialah sebagai artis, tentu sahaja banyak gossip.

PPF juga perlu peka dengan perkembangan semasa dan perkembangan akan datang di BPF KKM dan pada masa ini keadaannya adalah seperti berikut :

Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )
Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )
Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )
Pengurusan Ubat & IT ( U52 )
Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )
Pengurusan Kualiti ( U52 )

Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )
Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )
Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )
Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )
Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )
Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )
Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )
Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )
Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )
Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )

Dan seharusnya juga jika PPF ingin maju dan standing dengan PF, maka amat perlulah PPF sendiri mengwujudkan unit sendiri atau pun biro-biro melqlui persatuan dan kesatuan. Ini amat jelas telah berubah pada 2011 kerana semasa mesyuarat pengurusan PPF bersama PF peringkat negeri tiada lagi N17 mencatatkan minit. Semua minit di catat oleh PF seramai 5 orang. Mereka adalah mewakili bahagian Amalan dan Pengembangan Farmasi . Ini juga bermaksud, bahagian A&P lah yang akan menjaga PPF. Dan jika ada persoalan, terus je jumpa mereka.

Akhir sekali, pada 2011 ni ramai PPF yang akan bersara. Selamat Bersara. Pada 1995, ada PPF bercadang untuk mengumpulkan segala dokumen dan teks berkaitan PPF. Ianya adalah ibarat membuka muzium. Tetapi pada 2011, ianya masih belum menjadi kenyataan. Tetapi pada 26 Mac 2011, Biro Pendidikan akan berusah untuk menjayakannya. Ianya adalah sebagai rujukan dan menyusuri langkah demi langkah perjalanan dan perjuangan PPF di negara ini. Kepada PPF yang mempunyai dokumen tersebut, dan ianya sudah tidak di gunakan lagi, bolehlah di bawa pada 26 Mac nanti. Nanti biro Pendidikan akan arkibkan. Terutama kepada PPF yang telah bersara dan meninggalkan perkhidmatan. Segala pandangan dan cadangan perlulah di lihat dari sudut positif. Selamat datang dan jumpa lagi.


Tamat 19.3.2011.
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3214

View user profile

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by nori on Tue 20 Mar 2012, 10:05 pm

SELAMAT
TAHUN BARU 2012 ,






Forum
20 Mac 2012.






Selamat
Bertugas kepada semua PPF , masaalah memohon transkrip ini sepatutnya sudah berlalu, sebab M'sia memang memerlukan ramai PF dan tentunya PPF dah separuh jalan ke arah itu. USM juga telah membuka saluran kedua bagi PPF buat Bac in Pharm. Juga persatuan / kesatuan PPF boleh buat joint venture ( JV ) dgn IPTA / IPTA bagi membolehkan semua PPF berpeluang membuat Bac in Pharm. Macan program pengijazahan guru oleh KPM, di buat di OUM sahaja. Jika PPF kuat semangat, pada suatu hari nanti, sudah tiada PPF di negara ini. Semua PPF KUP sebagi PF dan pengambilan baru hanya PF sahaja. Jika PPF nak buat Bac in Pharm, dengan pengalaman selama 5 tahun, sepatutnya mengambil masa selama 4 sem sahaja ( 2 tahun ) Tetapi masih boleh di DRAFF kan.






Semua
cadangan dan pendapat yang di utarakan di bawah, adalah di lihat dari sudut
akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara berkenaan dari
perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang jauh dari
tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.









Semua
PPF perlu kuatkan semangat, tingkatkan ilmu, sebagai PPF ikut sahaja PF
melainkan perkara-perkara yang melibatkan professional judgement. Rujuk BNF,
semua PPF boleh buat kerja PF kecuali di atas. Skim Bersepadu bagi PPF adalah
satu pilihan sahaja, Sebab Skim Bersepadu bukanlah Golongan Pengurusan dan
Profesional. Jika PPF berhasrat nak jadi PF iaitu golongan Pengurusan dan Profesional,
teruskan usaha dapatkan ijazah farmasi, ataupun masih berminat ingin menjadi
Skim Bersepadu, teruskan usaha-usaha murni tersebut dengan mendapatkan Ijazah
yang berkaitan dengan skop dan bidang tugas PPF.






Sejarah
PPF tercatat lagi semasa memohon pertukaran gelaran nama jawatan dari Pem Far
kepada PPF. BPF KKM memang tidak luluskan nama tersebut dan jawatan teknologis
adalah di galakkan. Rujuk AGM PPFM di Cameron Highland dan AGM PPFM di Kuching
Sarawak. Tetapi PPF telah membuat keputusan yamh tepat iaitu jika nama PPF
tidak di luluskan, PPF akan terus menggunakan nama Pem Far. Tetapi JPA telah
luluskan nama PPF setelah MA lulus pertukaran nama dari MA ke PPP. PPF
menumpang sahaja.






Isu
elaun kritikal juga sama. Satu sejarah akan berulang pada 2013, iaitu PPF telah
memohon dan kelulusan adalah diberikan oleh JPA. Semasa PPP memohon elaun
kritikal, justifikasi mereka ialah Hospital / Klinik Kesihatan tidak akan di
buka dan beroperasi jika tiada PPP. Begitu juga jawatan Pembantu Pengawal Trafik
Udara, kapal terbang tidak akan di benarkan mendarat tampa kebenaran mereka.
Dan hasilnya PPP dan Pengawal Trafik Udara, mendapat BIPK. PPF juga boleh
menggunakan justifikasi tersebut , iaitu Farmasi Hospital / Klinik Kesihatan
tidak akan di buka dan beroperasi jika tiada PPF. Dan sepatutnya adalah menjadi
tugas tambahan PPF dalam menyimpan semua kunci Farmasi Hospital dan Klinik
Kesihatan di seluruh Negara.






PPF
juga perlu menyusun semua permohonan, iaitu setiap permohonan PPF perlulah
melalui penyediaan Kertas Kerja yang lengkap dan teratur, ianya juga perlu
mengandungi tajuk tajuk seperti berikut, dan lain-lain yang relevan,
Pendahuluan, Kronologi Masaalah, Permohonan PPF, Latarbelakang Masaalah, Alasan
Permohonan, Lain-Lain Alasan, Data-Data Sokongan dan Penutup.






JK
Teknikal juga perlu bersedia menerima segala permohonan dari PPF: Dengan latar
belakang yang konsisten dan pengalaman yang luas, pasti segalanya akan di
halusi oleh Mereka, kerana mereka meiliki segalanya iaitu :-






5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi,
Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.)



4 Exco Kesatuan, En.Rohin Daud,
En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam.



3 Exco PPFM, En.Ganesan
G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun



4 wakil PPF , Puan Faridah Saidi, Hjh.Norhaini bt Othman,
Puan Juriah bt Wakidi, En.Talib b Tawil,



1 wakil Sabah En.Johnson
Chin Nyat Min.



1 wakil Sarawak. En.James Yiek
Hua Kuong






Urusetia
JK Teknikal : En.Muhammad
B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof






PPF
juga perlu mengambil tahu perkembangan terkini BPF KKM. Ini adalah kerana
segala yang berlaku di Negara ini adalah bermula dari BPF KKM. PPF juga perlu
membantu usaha dan tugasan PF di sana dengan melantik pembantu di kalangan PPF.
Antara bahagian yang terdapat di BPF KKM, ialah :






Pengarah
Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )



Timbalan
Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )



Ketua
Penolong Pengarah Kanan ( U54 )



Polisi
Ubat Kebangsaan ( U52 )



Pengurusan
Ubat & IT ( U52 )



Pembangunan
Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )



Pengurusan
Kualiti ( U52 )



Amalan
Farmasi Klinikal ( U48 )



Amalan
Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )



Pemonitoran
Harga Ubat ( U48 )



Urusetia
Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )



Keselamatan
Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )



Maklumat
Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )



Pengurusan
Latihan dan CPD ( U48 )



Pembangunan
Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )



Penyelidikan
Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )



Urusetia
Lembaga Farmasi ( U48 )






Dan
sepatutnya juga bagi setiap bahagian, unit, urusetia, PPF perlu menghantar
wakil bagi mempercepatkan segala usaha PF dalam mentadbir farmasi di Negara
ini. Dari segi Sains Pengurusan nya adalah amat mudah sahaja, kerana semua PPF
KUP adalah minima 15 tahun pengalaman, dan ada antara ketua bahagian , unit ,
urusetia tersebut hanya PF U48 sahaja iaitu pengalaman selama 7 tahun sahaja.
PPF wajar membantu mereka dalam menjalankan tugas seharian.









Antara
aktiviti PPF tahun 2012 adalah :






Januari-



Februari-



Mac-



April
– 19 April Lawatan Sambil Belajar Ke KSKB dan Pertemuan PPF Pos Basic Holder



Mei-


Jun-


Julai
– 1 Julai RE UNION PPF SEMPENA 54 TAHUN ( JUBILEE EMAS )



Ogos-


September-


Oktober-


November-


Disember-











Lain-lain PPF, sila tumpukan
kepada lain-lain aktiviti, iaitu seperti
Mesyuarat bulanan peringkat jabatan, Mesyuarat
Pre Counsil MBJ peringkat PTJ 4 kali setahun, Mesyuarat MBJ peringkat PTJ 4
kali setahun, Mesyuarat Pre Counsil MBJ peringkat negeri 4 kali setahun, Mesyuarat
MBJ peringkat negeri 4 kali setahun, Mesyuarat PPF bersama TPKN (Farmasi )
Negeri 2 kali setahun, Mesyuarat PPF bersama Pengarah Farmasi PPF KKM 2 kali
setahun dan Mesyuarat JK Teknikal PPF ( kekerapannya tiada maklumat sebab tiada
rekod )






Jika
semua PPF mendalami dan membuat persediaan yang teliti dan rapi, pastinya
segalanya akan berjalan dengan jayanya, dan antara mesyuarat PPF ialah seperti
di bawah dan mesyuarat yang terakhir, memang banyak dilakukan iaitu mesyuarat
kedai kopi.






Mesyuarat JK Teknikal PPF


Usol semasa AGM persatuan


Usol semasa AGM kesatuan


Mesyuarat PPF Kanan bersama Pengarah
Kanan BPF KKM



Mesyuarat PPF y/m peringkat negeri


Mesyuarat Pengurusan PTJ


Mesyuarat MBJ JKN


Mesyuarat Pre Council MBJ JKN


Mesyuarat MBJ PTJ


Mesyuarat Pre Council MBJ PTJ


Mesyuarat kedai kopi.





Perkembangan
terkini PPF memang banyak, sehinggakan tiada sempat untuk menulis semuanya.
Segalanya bermula dengan perancangan yang rapi oleh PF dan PPF hanya
mennurutinya sahaja . Perkhidmatan PPF akan menjadi lebih komplek memandangkan
BPF KKM sedang dalam perancangan bagi menyediakan perkhidmatan farmasi
menyeluruh bagi negara ini. Tentunya beban tugas PPF akan bertambah rumit dan
mencabar.Lambat laun, pasti PPF juga akan terlibat sama. Mungkin pada 2020,
iaitu lagi lapan tahun sahaja. PPF juga perlu mahir dalam Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991



Panduan
Pengurusan Mesyuarat, dan antar isinya ialah :






Tujuan





Latarbelakang





Tanggungjawab
Urusetia






Tindakan-tindakan
Pra Mesyuarat






Timdakan-tindakan
Semasa Mesyuarat






Tindakan-tindakan
selepas Mesyuarat






Dll.











LAWATAN
SAMBIL BELAJAR KE KSKB 19 APRIL 2012 11.00 AM – 2.00 PM :






Salah
satu tujuannya ialah mengumpulkan semua PPF Pos Basik Holder bagi menyumbang
sesuatu kepada perkhidmatan PPF.



Di
akhir lawatan tersebut satu cadangan, nukilan, saranan, usol, permerhatian,
cetusan dan pandangan daripada semua PPF Pos Basik Holder, akan diserahkan
kepada pengajar PPF, bagi mereka membuat penambahbaikan di mana yang perlu.






Setiap
kertas kerja PPFdari PPF Pos Basik Holder, perlulah mempunyai fact and figure
yang lengkap dan teratur, ianya juga perlu mengandungi tajuk tajuk seperti
berikut, dan lain-lain yang relevan, Pendahuluan, Kronologi Masaalah,
Permohonan PPF, Latarbelakang Masaalah, Alasan Permohonan, Lain-Lain Alasan,
Data-Data Sokongan dan Penutup. Satu salinan kertas kerja tersebut akan di
serahkan ke KSKB pada akhir lawatan tersebut.






ANTARA CADANGAN / USOL / PEMERHATIAN / CETUSAN / NUKILAN


DAN PENAMBAHBAIKAN PPF OLEH POS BASIC PPF KEPADA PENGAJAR PPF KSKB
:






MEMBERI
PELUANG PPF MELANJUTKAN PELAJARAN KE IJAZAH FARMASI DI IPTA : Deskripsi : PPF
perlu mencari ruang dan peluang bagaimana membolehkan PPF melanjutkan pelajaran
ke Ijazah Farmasi di IPTA. USM
telah membuka pintu luas bagi PPF memasuki USM melalui kemasukan saluran kedua.
Segalanya adalah bermula atas usaha PPF
sendiri kerana hanya PPF yang tahu kelebihan dan kekurangan PPF dan pihak lain
hanya memerhatikannya sahaja dari jauh. Perbincangan bersama lain-lain IPTA ?
IPTS dan mengadakan kerjasama MOU memang tidak boleh di nafikan dan ianya akan
membantu.




PPENDAFTARAN PPF : Deskripsi : PPF
perlu membuka jalan dan merintis jalan baharu bagi membolehkan semua PPF
berdaftar dengan Lembaga Farmasi atau Akta Allied Health. Persekitaran
sedia ada hanya menyumbang 60% sahaja kepada pendaftaran PPF untuk menjadi ahli
kesatuan dan persatuan. Apabila akta baru di gubal ataupun akta lama di buat
penambahbaikan, mungkin nama PPF akan wajib berdaftar di Negara ini, kerana
permohonan menjadi ahli persatuan dan kesatuan PPF secara sukarela telah tidak
dapat di terima oleh 100% PPF di Negara ini.






POS BASIK PPF : Deskripsi : Perkembangan terkini dalam bidang
kefarmasian memerlukan PPF menghadiri kursus pos basik yang lebih spesifik dan
teknikal bagi membantu Ahli Farmasi dalam memberikan perkhidmatan yang lebih
efisyen. Menambah beberapa
kursus pos basik yang boleh dihadiri
oleh semua PPF dari BIRO Farmaseutikal
Kebangsaan, Hospital, Kesihatan Awam dan lain-lain Institusi boleh
membantu PF dalam menjayakan visi dan misi mereka. Mengujudkan tugas-tugas baru
yang specialist dalam bidang masing-masing selepas kursus pos basik serta
mereka benar-benar bertugas di bidang berkaitan, juga turut membantu.







NAMA DIPLOMA FARMASI : Deskripsi : Pertukaran nama ini adalah usaha berterusan
dan berketepatan dengan pengiktirafan dan perkembangan bidang pendidikan di
Negara ini. Nama Diploma perlu di tukar ke Diploma Farmasi dari Diploma Pembantu Farmasi. Perkara ini pernah
berlaku semasa ITM di naiktaraf ke UiTM. Semasa ITM, mereka hanya boleh
mengeluarkan Advance Diploma dan apabila di naik taraf ke UiTM, mereka boleh
mengeluarkan ijazah. Seterusnya semua pemegang Advance Diploma ITM telah di
tawarkan untuk di tukar ke Ijazah. Ianya berbeza dengan KSKB, yang mana
perancangan yang amat rapi di perlukan bagi mengeluarkan Diploma Farmasi (
Diploma in Pharmacy )




JURUTEKNOGIS FARMASI : Deskripsi :
Perubahan nama skim, skop tugas dan lain-lain isu yang berkaitan adalah sejajar
dengan perkembangan semasa dan keperluan Negara serta kehendak pelanggan. PPF
perlu memikirkan satu nama yang lebih sesuai dan dinamik seperti Nama Skim yang
lebih relevan dan versatile
kepada kepakaran iaitu Teknologis
Farmasi. Juruteknologis Farmasi adalah satu bidang yang spesifik dan
standard dan ianya memerlukan semua PPF menambah ilmu pengetahuan dan akhirnya
akan terdapat ijazah dalam bidang juruteknologi farmasi.




PAKAIAN SERAGAM PPF : Deskripsi :
Perkembangan semasa memerlukan PPF mempunyai Uniform yang sesuai dan
standard untuk bidang kefarmasian.
Pakaian seragam ini akan melambangkan keterampilan PPF. Corak, warna, reka
bentuk dan patten akan di ambil kira dan apa yang perlu ialah ianya tidak
mempunyai persamaan dari segi warna dan corak dengan lain-lain katogeri.




PENYEDIAAN BILIK KHAS BAGI PPF :
Deskripsi :Bilik-bilik khas kepada semua Pegawai Kanan PPF ada amat
perlu bagi meneruskan tugasan seharian kerana akan terdapat kerja-kerja yang
memerlukan ketenangan dan kerahsiaan yang tinggi akan dapat di pelihara.




PERSIDANGAN PPF :Deskripsi : Salah satu
kekangan dalam usaha PPF bagi mengadakan persidangan / kursus / seminar dll
ialah peruntukan kewangan dan PPF amat berharap peruntukkan khas untuk
persidangan tahunan di tiap negeri dan kebangsaan dapat di perolehi
secara mudah, teratur, tersusun dan berterusan demi bagi PPF meningkatkan mutu
perkhidmatan dan perkambangan kerjaya PPF.




EXTENDED ROLE DAN EXPANDED ROLE PPF :
Deskripsi : Expanded dan Extended Role PPF yang baru perlu lah di rangka
, di rancang, di bahaskan dan di praktikkan oleh semua PPF kerana permintaan
dan kehendak pelanggan akan sentiasa berubah mengikut keadaan dan situasi.
Kemajuan Negara juga akan membantu kepada perkembangan PPFv dalam usaha
menyahut cabaran dan dugaan terkini dan akan dating.




HEALTH SYSTEM RESEARCH : Deskripsi : PPF perlu bersaing dan merebut peluang
dalam usaha tersebut kerana pada masa ini penglibatan PPF amat terhad.
Penglibatan PPF dalam Health System
Research (HSR) dan pembentangan dalam konferens atau scientific meeting
mengenai perkara=perkara yang melibatkan PPF adalah amat perlu dan ianya
patutlah di mulakan dari peringkat awal lagi.




Organisasi PPF baru dengan pelantikan
seorang ketua PPF U40 Kebangsaan dengan gelaran Ketua Pen.Pegawai
Farmasi Kanan Malaysia
dengan bantuan 2 PPF U38 (Timb.Ketua PPFK)yang
menjaga bahagian Kesihatan Primer dan Hospital/Biro selain pos-pos yang
diperlukan mengikut program-program di Bhg.Perkhidmatan Farmasi KKM,Petaling
Jaya.




KORDINATOR PPF SETIAP NEGERI : Deskripsi
:Pelantikan kordinator PPF yang juga U40 di tiap negeri dan diletakkan di pejabat TPKN(F) atau JKN untuk
menguruskan hal-hal perkhidmatan PPF,kursus-kursus,pertukaran dan penempatan
dll.Penempatan ini adalah relevan dengan perkembangan terkini dan semasa.
Bahagian Kesihatan Bersekutu KKM telah mengwujudkan garis panduan bagi usaha
tersebut. Sejajar dengan perkhidmatan awam yang kejat, penempatan semula semua
PPF U40 tersebut perlulah di persetujui dan di halusi oleh semua pihak sebagai
usaha penambahbaikan yang berterusan kepoada profesyen PPF.





TEAM WORK : Deskripsi : Perkembangan Farmasi di Negara ini amat pesat dan
memerlukan staff yang komited dan berprestasi tinggi. Ianya juga telah
menyebabkan terdapat pertukaran dan penambahan jawatan di kalangan PF dan PPF.
Satu usaha team work yang kukuh dan padu perlu di terapkan antara PF dan PPF
bagi mengelakkan segalanya berubah apabila terdapat staff berpindah keluar dan
masuk dalam Susana kerja yang sama. Melahirkan satu TEAM WORK yang positif diantara Pegawai Farmasi dan Pen.Pegawai Farmasi
dalam suasana yang harmoni dan mesra adalah amt di perlukan bagi
mencapai harapan dan hasrat Negara.




FARMASI KOMUNITI : Deskripsi : Perkembangan farmasi terkini memerlukan PPF
melibatkan tugasan bersama masyarkat setempat dan komuniti. Ianya akn dapat
menyumbang kepada masyarkat yang lebih sihat dengan usaha menjaga kesihatn
mereka secara berterusan Peluang PPF
terlibat sama dalam program-program
kemasyarakatan perlulah di tingkatkan di lipat gandakan selari dengan harapan
KKM sihat sepanjang hayat.




PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN PPF : Deskripsi : PPF perlu berusaha dalam mengujudkan
satu Jawatankuasa Pembangunan Perkhidmatan Farmasi yang di anggotai oleh
Pegawai Farmasi, PPF, Pemb.Tadbir Stor, kerana apabila segala pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perkhidmaan farmasi bekerja
sama dalam mencari dan membuat usaha penambahbaikan perkhidmatan yang
cemerlang, pastinya pesakit yang akan mendapat faedah dari usaha permuafakatan
ini.






INOVASI,
ISO, KMK, 5S DLL : Deskripsi : Penglibatan PPF dalam aktiviti tersebut perlu
lah di pertingkatkan kerana telah terbukti bahawa kesemua aktiviti tersebut
akan menyumbang kepada kepuasan pelanggan. PPF juga perlu bekerjasama dengan.
Pem Tadbir Stor, PPK dan PRA. Dalam usaha memudahkan dan mempercepatkan
kemajuan dalam projek kajian, inovasi, KMK, ISO,5's dll.




PENINGKATAN PERKHIDMATAN PPF DI PKD :
Deskripsi : Pada masa lalu, semua perkhidmatan kesihatan adalah bertumpu di
hospital sahaja Dengan pengisian jawatan Pakar Perubatan Keluarga (FMS) di
Kesihatan Awam, scenario tersebut telah berubah 100%. Separuh dari ubat-ubat
pakar telah tersimpan di kesihatan awam bagi kegunaan FMS tersebut.Mengujudkan
satu post U36 di tiap-tiap Pejabat Kesihatan Daerah untuk tugas penyeliaan
dan pemantauan PPF, akan dapat membantu meningkat mutu perkhidmatan dan
perkembangan kerjaya PPF.




MEMBINA KOLEJ FARMASI BARU : Deskripsi : Keperluan Negara pada masa ini dan
masa hadapan perlu lah di seimbangkan dengan jumlah PPF yang berkhidmat. Pengenalan
kepada skop dan tugas-tugas baharu juga memerlukan tambahan bilangan PPF. Mengujudkan
lebih banyak Kolej-Kolej Farmasi bagi menampung keperluan tersebut adalah amat
perlu. Banyak kemajuan Negara akn dapat di capai apabila bilangan PPF di negar
ini di tambah kepada satu angka yang lebih munasabah dan berketepatan dengan
hasrat menuju ke Negara maju pada 2020.




PENAMBAHAN PPF DI KSKB :Deskripsi :
Pada masa lalu memang terdapat PPF di kolej dan sekolah latihan. Tugasan mereka
bukanlah mengajar, tetapi hanyalah sebagi pembantu kepada pengajar sahaja. KSKB
perlulah menawarkan semula Post Tenaga Pembantu kepada mereka yang sedang
berkhidmat sebagai PPF, sebagi untuk menampung keperluan di Kolej Farmasi
serta penambahan kolej-kolej baharu. Apabila tenaga kerja yang mencukupi di
KSKB, penumpuan pengajar kepada tugasan harian akan lebih tinggi, kerana segala
masaalah sama ada kecil dan besar, boleh di bantu untuk di atasi bersama oleh
PPF tambahan tersebut.




MENAIKTARAFKAN IMEJ PPF : Deskripsi :
PPF perlu berusaha dalam usaha menaikkan imej PPF dikalangan semua
paramedik dengan meletakkan mereka dalam apa-apa JK Kecil dan JK Pelaksana di
Hospital dan Klinik Kesihatan supaya mereka tidak lagi di pandang rendah oleh
lain-lain paramedik. Usaha ini perlu di lakukan berterusan kerana ianya memang
memerlukan komitmen yang tinggi dan penumpuan yang tidak berbelah bahagi
terhadap kejayaan sesuatu aktiviti itu. Tugasan harian PPF juga perlu di kira
secar sistemetik tentang norma-norma perjawatan yang standard dan perlulah di
ikuti dan di patuhi. Warga PPF selalu ketinggalan pada ini dan pada masa lalu
kerana permintaan tugasan hakiki adalah lebih memerlukan PPF berada di farmasi
tampa dapat melibatkan diri dengan lain-lain aktiviti. Pembukaan farmasi
sehingga jam 10.00 malam , hari cuti Sabtu dan Ahad dan hari cuti khas juga,
menyumbang kepada kurangnya PPF terlibat dalam lain-lain aktiviti PTJ
masing-masing.







BEBAN TUGAS PPF, MENGAPA DIAMBIL RINGAN : Deskripsi : Menerangkan betapa tingginya beban tugas
yang terpaksa di tanggung oleh PPF semasa bertugas setiap masa. Peningkatan
berlaku bermula dari tahun PPF mula di wujudkan sehinggalah ke hari ini. Di
tambah pula dengan kehadiran PF di kaunter, ianya pasti menambahkan kejituan
tugasan PPF.


TPN, TDM, CDR : Deskripsi : Tugasan PPF di unit berkenaan memang tidak
dapat di elakkan. Ini kerana tugas penyediaan peralatan semasa pra-proses
adalah sama penting dengan tugasan in-proses yang di jalankan oleh PF.


DISPENSING SEPARATION : Deskripsi : Pengasingan tugasan menulis preskripsi oleh
doctor dan tugasan mendispen, oleh Ahli Farmasi / PPF adalah amat perlu kerana
para doctor boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perawatan pesakit dan
Ahli Farmasi /PPF boleh menumpukan kepada tugasan mendispen.

TUGAS – TUGAS SEBENAR PPF : Deskripsi : PPF yang masih baru bertugas mengalami
kejutan budaya kerja kerana mereka keliru apakah tugas-tugas sebenar PPF. Pada
keadaan mereka, amat sukar untuk memahami dan membezakan tugas hakiki dan tugas
yang di arahkan oleh pegawai atasan.


BELAJAR BUAT BLOG & BLOG PPF : Deskripsi : PPF kurang mahir dalam penggunaan ICT.
Keadaan ni berlaku kerana semasa di kolej, tiada pendedahan dalam ICT dan
apabila bertugas, 100 % masa mereka di gunakan untuk tugasan di dispensary.


SIAPA BERMINAT UTK MENGANGGOTAI KAJIAN / PROJEK :
Deskripsi : Pada ketika ini amat kurang PPF
terlibat dalam projek inovasi, KMK, ISO dan lain-lain. Selalunya setiap kajian
/ projek itu pasti akan menyumbang kepada penambahbaikan mutu perkhidmatan
kepada pelanggan.


2 YRS TOP UP DEGREE IN PHARM. SC & TECH. :
Deskripsi : PPF perlu seiring dengan lain-lain
paramedic dalam usaha menambah ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
Penambahan ilmu akan membuka ruang dan peluang kepada PPF dalam meningkatan
mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF. Semuanya bermula dengan
penambahan ilmu pengetahuan terhadap warga PPF .


BAGAIMANA DENGAN IMEJ PROFESYEN KITA : Deskripsi : PPF telah mula memberikan perkhidmatan di
negara ini sejak 1952. Perkembangan bidang kefarmasian yang amat pesat telah
menyebabkan terdapat ruang-ruang dan bidang-bidang baharu yang perlu di
terokai. Pada masa ini amat sukar untuk membezakan perkhidmatan PPF lama dan
PPF baharu kerana, semuanya adalah sama sahaja. Perubahan besar terhadap imej
masih belum berlaku.


MERAPATKAN SILARATULROHIM SESAMA KITA : Deskripsi : Silaratulrohim sesama PPF perlu di
tingkatkan lagi bagi menjiwai semangat berpasukan dan menyelesaikan segala
masaalah sesama PPF. Pada masa ini ikatan tersebut amat longgar dan rapuh.
Banyak kebaikan yang PPF akan terima apabila ikatan ukhwah ini berjaya di
perkukuhkan.


PENGUMUMAN PENTING UNTUK PARAMEDIK BERIJAZAH :
Deskripsi : Pada masa ini banyak IPTA / IPTS
menganjurkan program PJJ. Ruang bagi PPF memperolehi ijazah adalah terbuka
luas. Terdapat PPF yang masih sayangkan profesion ini, walaupun telah
menggengam segulung ijazah. PPF berijazah ini boleh menyumbang terhadap
perkhidmatan farmasi dengan mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap bidang
tugas dan mengimplementasikan segala yang telah di pelajari di universiti.


UBATAN YANG GUNA BAHAN RADIOAKTIF : Deskripsi : Perkembangan dalam bidang perubatan,
menyebabkan terdapat bahan kimia / substans yang pada masa dahulunya di anggap
sebagai toksid, kini telah di gunakan sebagai ubat-ubatan. Perkembangan ini
memerlukan pemahaman dan pengetahuan yang mendalam dalam bidangnya. PPF
terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana bertugas di jabatan
farmasi.


PPF SEMAKIN SEDIKIT : Deskripsi : Secara sedar atau tidak sedar, bilangan PPF
semakin hari semakin berkurangan. Kolej PPF hanya mampu menampong bilangan PPF
yang bersara sahaja. Telah banyak diperkatakan tentang ini oleh doctor dan Ahli
Farmasi. Tetapi pandangan dari PPF sendiri amat berkurangan.

FARMAKOKINETIK : Deskripsi : Farmakokinetik adalah dari dua perkataan
asas iaitu Farma bermaksud farmaseutikal dan Kinetik bermaksud pergerakan.
Secara amnya bidang ini ialah pergerakan dan pertukaran bentuk setiap
ubat-ubatan yang di ambil. Selaras dengan perkembangan bidang kefarmasian ,
bidang ini telah di perkembangkan bagi tujuan mendapatkan suasana perawatan
yang sempurna dan berkesan.


SOFT SKILL YANG PERLU ADA SEBAGAI PPF : Deskripsi : Tugasan PPF adalah berhadapan dengan orang
ramai setiap masa . Pada masa dahulu kemahiran soft skill ini adalah di pandang
ringan. Dengan meningkatnya tahap pendidikan penduduk dan pelanggan yang
mendapatkan ubat di farmasi, kemahiran ini adalah di anggap penting bagi
mencapai kepuasan pelanggan yang tinggi.


MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG FARMASI :
Deskripsi : Bidang kefarmasian sentiasa berkembang
dan setiap hari akan ada sesuatu pembaharuan yang di cipta dan tercipta.
Suasana, harapan dan kehendak pembangunan negara memerlukan lebih ramai Ahli
Farmasi memberikan perkhidmatan. PPF juga perlu menyahut saranan ini dengan
menyambungkan pelajaran di dalam bidang kefarmasian.


LALUAN PPF UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI : Deskripsi : PPF pada mulanya di kenali sebagai Pembancuh
Ubat. Kemudian bertukar nama kepada Pembantu Farmasi dan akhir sekali bertukar
nama kepada Penolong Pegawai Farmasi. Perubahan seterusnya ialah semua Penolong
Pegawai Farmasi akan bertukar menjadi Ahli Farmasi. Laluannya amat sukar,
tetapi adalah tidak mustahil untuk mencapainya.


SENARAI TUGAS PPF : Deskripsi : Senarai tugas PPF adalah di tetapkan semasa
menubuhkan kolej Pembancuh Ubat di Pulau Pinang pada tahun 1952. Sebab itulah
program Diploma Farmasi amat sukar untuk di laksanakan pada 1993. Selepas itu,
barulah tercipta senarai tugas dan tanggungjawab PPF di KKM dan Diploma Farmasi
pun menjadi kenyataan . Apa pun dengan tersiarnya senarai tugas generik PPF,
perkara ini telah menjadi lebih mudah. Tetapi bagi pihak PPF sendiri, masih
belum mampu menghasilkan satu senarai tugas PPF yang terkini, kerana tugas
generik tersebut , tidak menyentuh langsung PPF yang bertugas di BIRO.


TUGAS ATAU TANGGUNGJAWAB PPF : Deskripsi : Segala tugas dan tanggungjawab PPF memang
ada di senaraikan. Persoalan mulai timbul apabila ramai PPF yang masih baru
berkhidmat , tidak dapat membezakan antara tugas dan tanggungjawab hakiki. Juga
ramai PPF yang baru ini mempunyai kelayakan akademik yang tinggi.


JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN : Deskripsi : Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia ( PPFM )
dan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat ( KKPFKMB )
telah lama wujud bagi menjaga kebajikan dan keharmonian PPF. Masih terdapat
ramai PPF yang belum menyertai PPFM / KKPFKMB dengan alasan yang tersendiri.Ini
juga akan menghalang PPFM dan KKPFKMB dalam menjalankan tugas mereka.


YANG BERACUN DI SEKELILING KITA : Deskripsi : Pusat Racun Negara ( PRN ) terletak di USM
Pulau Pinang. Tak ramai rakyat Malaysia yang boleh mendapatkan maklumat dari
sana. Bilangan PPF yang seramai 3500 orang, boleh membantu menerangkan aspek
racun kepada rakyat. Malaysia.


UBAT PRE PACK SEDIA ADA, APA KOMPLIKASINYA :
Deskripsi : Terdapat ubat sedia ada secara
individu β€˜ individual pack β€˜ . Ini menunjukkan terdapat penambahbaikan terhadap
perkhidmatan farmasi KKM. PPF sentiasa menyokong usaha-usaha murni pihak KKM. Tetapi
terdapat beberapa komplikasinya secara sedar dan tidak sedar. PPF sebagai warga
yang mengendalikan produk berkenaan, tentu ada banyak perkara yang boleh di
kongsi bersama.


PPF DAH RAMAI MASUK KK : Deskripsi : Perkhidmatan Farmasi di KKM boleh di bahagikan
kepada dua kelompok utama iaitu Perkhidmatan Farmasi Hospital dan Perkhidmatan
Farmasi Kesihatan Awam. Pada masa ini telah ramai Ahli Farmasi di Hospital dan
akibatnya, lebih ramai PPF di Kesihatan Awam. Tentu ada sesuatu kebaikannya,
maka berduyun-duyun PPF berhijrah ke Kesihatan Awam. Pro dank on perkara ini
boleh di kongsi bersama.


PERSATUAN PPF : Deskripsi : PPFM telah lama wujud bagi menjaga
kepentingan dan kemajuan PPF. Kewujudan nya masih belum di rasai oleh ramai
PPF. Segala tindakan dan perjalanan PPFM adalah berpandukan perlembagaan.


HALATUJU PPF : Deskripsi : Pembangunan Negara adalah di tetapkan setiap
5 tahun dan di kenali sebagai Rancangan Malaysis ( RM ) . Pada tahun hadapan
2010 , Rancangan Malaysia Ke 10 (RM 10) akan di lancarkan. PPF perlu menetapkan
sendiri perkembangan dan halatuju bagi tempoh masa lima tahun yang akan datang.
Ini adalah bagi mengelakkan PPF ketinggalan sekali lagi.


APA SUDAH JADI NASIB PPF : Deskripsi : Sebenarnya nasib PPF adalah di tentukan oleh
PPF sendiri, kerana peribahasa Inggeris mengatakan β€˜ you fail to plan, you plan
to fail β€˜ . Nasib bergantung kepada dua keadaan iaitu Ketetapan dan Pelaksanaan
( Qada’ dan Qadar ) . PPF Cuma boleh ubah pelaksanaan sahaja kerana apa yang
telah di tetapkan, memang tidak akan berubah.


LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI : Deskripsi : Sepanjang masa PPF sudah terluka kerana
sejak kewujudan jawatan ini, bermacam halangan dan kekangan telah di terima.
Begitu juga apabila terdapat apa-apa perubahan / peningkatan kerjaya dan pengumuman
oleh Kerajaan, maka PPF merasakan diri mereka terluka. Jika PPF boleh
mengenalpasti apakah kekurangan PPF berbanding dengan lain-lain paramedic, maka
kelebihannya pula boleh di perincikan.


PIAGAM / LEMBAGA UTK PPF : Deskripsi : Perkara ini memang terdapat pada lain-lain
bidang kerjaya.Tujuan piagam ini ialah bagi menjaga dan mengawal profesion ini
ke landasan yang betul. Juga sebagai badan perundingan dan panduan kepada
kerajaan bagi membincangkan apa-apa tentang dasar-dasar perubahan dan penambahbaikan.



JANGAN TAKUT PADA BAYANG SENDIRI : Deskripsi : PPF sendiri perlu ada keyakinan terhadap
diri sendiri. Keupayaan PPFM / KKPFKMB perlu di perkasakan. Penerimaan keduanya
terhadap golongan PPF perlu menyeluruh. Segala pembaharuan dan perancangan
perlu teratur dan jelas agar penerimaanya dapat di jayakan oleh semua PPF. PPF
perlu mengatur diri sendiri.


5S & ISO, MANA YG PATUT DI DAHULUKAN : Deskripsi : Keduanya mempunyai aura yang amat baik.
Pelaksanaannya perlu mempunyai perancangan yang teliti dan penerimaannya
daripada akar umbi PPF dapat di terima semua dan bimbingan perlu di galakkan
kepada yang ingin mencapainya.


PPF DI BIDANG PENGUATKUASAAN : Deskripsi :
Keperluan PPF di bidang ini adalah perlu di perjelaskan. Keperluannya adalah
meliputi tugasan yang mencabar dan perancangan yang amat teliti. Keadaan akan
berubah mengikut masa. Peranan PPF dalam merancang pembangunan pada masa
hadapan amat di galakkan dan akan menyumbang kepada perkhidmatan yang baik
untuk Negara. Kejayaan adalah inisiatif PPF sendiri dan penerimaan pihak
atasan.


MENGAPA PERLU ADA JURANG ANTARA PPF / PF : Deskripsi : Jurang antara dua profesyen yang berbeza ini
memang ada. PPF merasakan jurang ini perlu di rapatkan demi kebaikan semua.
Pihak Pegawai juga perlu mengimbangi antara tugasan dan kehendak aspek
perundangan agar ianya selari . PPF perlu mencari bidang-bidang yang ingin di
rapatkan jurangnya dan sekaligus membawa kepada penerimaan masyarakat dan
lain-lain agar tiada kekangan dalam pelaksanaannya.

.
PERLUKAH ICT DI APLIKASIKAN DLM TUGAS PPF :
Deskripsi : Dunia ICT mempunyai masa hadapan yang
amat cerah. PPF juga ingin bersama mengecapi perkembangan arus perdana .
Penggunaan ICT adalah tidak dapat di elakkan lagi kerana tuntutan persekitaran
yang amat mendesak.


PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN : Deskripsi : PPF merasakan adalah amat perlu bagi semua
PPF berkumpul dan menyuarakan segala pendapat dan cadangan ke peringkat yang
lebih tinggi. Asam garam dan latar belakang tugasan PPF seluruh Negara adalah amat
berbeza antara satu sama lain. Persidangan akan dapat menambah kualiti
perkhidmatan dengan bertukar-tukar fikiran, meneroka bidang-bidang baru dan
peningkatan motivasi PPF.


SELAIN PPFM / KKPFKMB, CARA LAIN MENYATUKAN PPF :
Deskripsi : Akibat tugasan yang amat mendesak dan
kekurangan peluang, PPF perlu mencari kaedah baru bagi mencapai hasrat dan
harapan.


TEMPOH MASA MENUNGGU JADI KPI PPF : Deskripsi
: Pembaziran masa adalah satu kerugian terhadap sesetiap individu dan Negara.
Dengan dapat menjimatkan masa, banyak kebaikan akan diperolehi. PPF akan
menyumbang tenaga dan idea dalam proses ini. Kejayaannya adalah harapan seluruh
PPF dan akan menyumbang kepada kemajuan Negara.


PERLUKAH PPF BERADA DI UNIT PENGUATKUASAAN :
Deskripsi : Pada masa ini tiada PPF yang secara
khusus bertugas di unit penguatkuasaan farmasi. PPF memang berhasrat untuk
menyumbang usaha dan tenaga di unit ini bagi mencapai slogan PPF. Kebaikan dan
keburukannya akan membuka mata pihak atasan bagi mencari jalan penyelesaian kepada
isu ini. Jika kebaikannya melebihi segala dari berbagai sudut, rasanya tiada
masaalah PPF untuk berkhidmat di sini.


NAMA KOMERSIL VS NAMA GENERIK , MANA YANG BAIK :
Deskripsi : Nama komersil memang sudah komersil
dan mempunyai tanda perdagangan berdaftar. Media cetak dan elektronik akan
menyumbang terhadap kejayaan sesuatu nama komersil. PPF mempunyai pandangan
sendiri tentang isu ini. Yang baik adalah yang paling mudah dan di fahami oleh
segenap lapisan masyarakat. PPF boleh menyumbang terhadap isu ini.


PENGALAMAN MENDISPEN YANG BOLEH MENJADI
PANDUAN DAN TAULADAN : Deskripsi :
Mendispen ubat adalah pengalaman yang amat berharga bagi PPF. Terdapat juga
ramai bekas PPF mencurahkan ilmu dan menjadi pensyarah. Dengan berkongsi
pengetahuan dan pengalaman, PPF berharap proses kerja mendispen akan menjadi
lebih mudah dan efektif.


PERLUKAH PPF ADA UNIFORM : Deskripsi : Sejak profesion PPB bermula, memang uniform
telah di perkenalkan. Pada suatu masa, uniform PPF adalah sama dengan Attandan.
Selepas perubahan ke warna dan potongan yang terkini, persoalan uniform masih
belum terjawab. Pandangan dan sokongan dari warga PPF amat di perlukan bagi
menyokong perubahan tersebut.


ELAUN KRITIKAL : Deskripsi : Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (
BIPK ) telah di perkenalkan sejak 1993 dan golongan jururawat telah memulakan
langkah sebagai penerima pertama. Kini setelah 19 tahun berlalu, PPF juga
merasakan mereka juga patut menerima BIPK.


ABM 8 PPF : Deskripsi
: Permohonan jawatan baru adalah satu proses berterusan. Ianya dilakukan semasa
menyediakan anggaran belanja mengurus dan mengunakan borang ABM 8. Permohonan
perlulah di hantar dua tahun lebih awal. PPF masih kurang melibatkan diri dalam
proses ini dan akibatnya penambahan jawatan asas dan jawatan kenaikan pangkat
PPF adalah amat berkurangan berbanding dengan lain-lain paramedic. Tetapi
perkembangan terkini iaitu perkhidmatn awam yang kejat perlulah di ikuti dan di
patuhi, iaitu tiada jawatan baru di wujudkan dan Cuma pertukaran jawatan sahaja
di benarkan.


RISIKO UBAT : Deskripsi
: Setiap ubat yang di makan dan digunakan oleh masyarakat di Malaysia, memang
mempunyai kesan sampingan. Kewajaran penggunaannya dan nasihat penggunaan yang
rasional adalah amat perlu. Penglibatan PPF dalam proses ini akan menambah
kadar penyembuhan dan mengurangkan risiko ubat-ubatan.


SPUB : Deskripsi
: SPUB telah diperkenalkan sejak 2003 dan ianya bermula dengan kertas konsep
dan cadangan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM. Selepas ianya di
laksanakan di beberapa fasiliti terpilih dan di dapati amat memuaskan, ianya
telah di perkenalkan ke seluruh negara. Pro dan kontranya tetap ada, dan
wajarlah PPF membincangkanisu ini kerana mereka adalah barisan hadapan dalam
memngendalikan SPUB ini.







PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN PPF PADA MASA HADAPAN : Deskripsi : PPf perlu melihat ruang dan
peluang bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya melalui
peningkatan tahap pendidikan dan akademik. Jika BPF KKM terlalu amat sukar bagi
memenuhi serta menyediakan kursus-kursus pos basic bagi PPF, maka adalah amat
wajar jika PPF sendiri mengusolkan agar tajuk dan subjek-subjek tambahan dalam
kemajuan di bidang farmasi di masukkan dalam korikulum Diploma Farmasi PPF,
iaitu latihan asas PPF. Antara
tajuk-tajuk yang boleh di beri perhatian ialah Cardiopharmacology,



Social
Pharmacy, Pharmacy Education, Toxicology ( General & Target Organ
Toxicology ), Pharmacy Practice, Radiopharmacy, Physiology, Pharmaceutics :
Drug Delivery / Physical Pharmacy , Pharmacy Management, Pharmaceutical Biotechnology,



Pharmacoinformatics,Pharmacognosy,
Toxicogenomics, Pharmacogenomics, Evidence- Based Pharmacy
Practices,Biocomputing,



Pharmaceutical
Bioprocessing, Neuropharmacology, Pharmaceutical Engineering, Neurotoxicology,
Pharmacoeconomics, Forensic Pharmacy, Forensic Toxicology, Genetic Toxicology,
Environmental Toxicology,Immunotoxicology, Pharmaceutical Chemistry: Drug
Synthesis, Endocrine Pharmacology, Cancer Pharmacotherapeutics,
Pathophysiology, Pharmaceutical Chemistry : Combinatorial Chemistry,
Pharmaceutical Analysis, Cosmeceuticals, Nutraceuticals, Phytochemistry,
Veterinary Pharmacy, Marine Biopharmaceuticals dan Sport Pharmacy, UiTM telah
merintis jalan baginya dengan menghantar pensyarah farmasi mereka ke luar
Negara bagi mendapatkan master dan phd dalam bidang tersebut.









MAJLIS
MAKAN TENGAHARI PPF : Deskripsi : Mengumpul semua PPF dan melakarkan sejarah
dahulu dan kini bagi rujukan dan panduan semua PPF. Pada 1 Julai 2012 jam 10.30
pagi satu majlis pertemuan semua PPF
seluruh Negara akan dirancang untuk di adakan.
Majlis Sambutan Jubilee Emas PPF di Malaysia dan Majlis Makan Tengahari.
Semua PPF di jemput hadir.






MEMARTABATKAN JK TEKNIKAL : Deskripsi
:Perkembangan PPF adalah berterusan dan ianya boleh di mulai dengan
memartabatkan JK Teknikal PPF Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah
ditubuhkan pada 16 November 2009. Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh
Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan
dianggotai oleh 5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro,
Kesihatan, Hosp.) dan 4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF , 1 wakil Sabah
dan 1 wakil Sarawak. Wakil PPFM ialah En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt
Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun dan wakil utk Kesatuan pula ialah En.Rohin Daud,
En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam. Wakil PPF ialah
Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt
Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro). Wakil Sarawak ialah En.James Yiek Hua
Kuong dan wakil Sabah ialah En.Johnson Chin Nyat Min. Urusetia JK ini ialah
Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof,
PPF U38 BPF KKM. Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan
maju kehadapan ! Jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, sila
hubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini.
JK Teknikal ini di kendalikan oleh PF dan
sebagai PPF kita perlu mengwujudkan JK Pemandu dan JK Pelaksana, iaitu JK Kecil
di bawah JK Teknikal, barulah segala yang dirancang akan dapat di dilaksanakan.
Begitulah perlaksanaan semua JK Teknikal lain-lain paramedik . Dan ianya
memerlukan komitmen yang tinggi dari semua PPF. Semua PPF seluruh Negara perlu
membantu agar ianya berjalan seperti yang di harapkan.






PPF
POS BASIK HOLDER : Deskripsi : Semua pemegang sijil pos basic PPF perlulah
bersatu dan berkumpul bagi membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dan
perkembangan kerjaya PPF. Dengan kelayakan tambahan yang ada, pastinya ada
sesuatu untuk di sumbangkan kepada perkhidmatan PPF.Semua PPF Pos Basik Holder,
perlu menulis artikal tentang mana-mana tajuk di atas, dan ianya bolehlah di
kumpulkan melalui emel ke persatuan dan kesatuan dan akhirnya ianya akan di
hantar ke KSKB pada 19 April 2012. Jika tiada nukilan, sijil pos basic tersebut
perlulah di gantungkan di dinding, agar ianya boleh di lihat setiap hari.






Seperkara
lagi yang penting ialah semua Minit
Mesyuarat MBJ setiap PTJ, akan di hantar ke JPA dan di baca oleh Peg JPA yang
berkaitan. Dan akhir sekali PPF sendiri perlu mengwujudkan Pusat Kecermerlangan
β€œ CENTRE OF EXELLENT β€œ. Bagi masa depan PPF yang berkesinambungan. Tahun 2013
pastinya JPA akan menilai semula senarai penerima Bayaran Insentif Perkhidmatan
Kritikal ( BIPK ).









Semua
cadangan dan pendapat yang di utarakan di atas, adalah di lihat dari sudut
akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari
perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan
matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama. PPF perlu meningkat IQ, EQ dan
SQ . Selamat Maju Jaya PPF. Dan segala salah dan silap semasa menaip haruslah
di maafkan, maklumlah teknologi ICT terkini memungkinkan segalanya.









Tamat
: 20 Mac 2012
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3214

View user profile

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by nori on Wed 12 Dec 2012, 8:13 pm

Salam satu Malaysia
Selamat Bertugas Kepada Semua PPF

Segalanya di lihat dari sudut akademik / ilmiah

Masaalah memohon transkrip adalah sebahagian daripada persoalan yang melanda PPF. Cuba rujuk senior U29, U32, U36, U38 dan U40. Jika semua senior tidak memberika jawapan yang pasti, pejam mata, sebut nama tuhan tiga kali dan lepas itu, ikutkan kata hati. Setiap persoalan akan mematangkan PPF dan selepas tu baru lah boleh kenal kawan, kawan-kawan, karib, rapat dll.

Tahun 2013 yang akan menyingsing sedikit waktu lagi akan memberikan seribu pengharapan kepada semua PPF kerana tahun 2012 akan melabuhkan tirainya sedikit masa lagi. Sepanjang tahun 2012 sebanyak 365 hari yang berlalu, pastinya akan meninggalkan kenangan yang manis kepada semua PPF. Antaranya ialah kenaikan pangkat, bertukar tempat kerja ke destinasi yang di idamkan, menerima orang baru dalam keluarga, mendapat menantu dan juga berehat panjang kerana telah bersara. Ketahuilah bahawa semua PPF akan mengalami suasana tersebut, tetapi ianya bergantung kepada masa dan keadaan.

Tetapi perjuangan sebagai PPF perlulah diteruskan bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan yang telah wujud melebihi 50 tahun ini. Penghargaan dari pihak kerajaan melalui insentif kritikal, laluan kerjaya baru dan lain-lain kemudahan adalah bergantung kepada usaha dan inisiatif PPF sendiri bagi membuka laluan mengharungi segalanya sebelum ianya menjadi kenyataan. Secara ringkasnya ialah segalanya perlulah di usahakan dengan semangat yang tinggi, usaha yang berterusan dan pengorbanan masa, tenaga dan RM. Selepas itu, baru lah hasilnya di perolehi, walaupun positif atau negatif.

R&D telah bertapak dalam aspek akademik dan ilmiah sejak dahulu lagi dan semua PPF perlulah mendokumenkan segalanya. Ada R&D yang membuahkan hasil dalam masa singkat dan ada juga R&D yang hanya akan memberikan hasil selepas 50 tahun. Ianya adalah berantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan.

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) telah wujud di negara ini sejak 15 tahun yang lalu, dan ianya akan di semak semula setiap 5 tahun. Penyemakan yang terkini ialah pada tahun 2013. Jika PPF telah membuat R&D yang rapi, pastinya pada tahun 2013 PPF akan tersenarai dalam penerima BIPK. Jika belum bersedia dan masih kabur, siapkan segala dokumen dan satu Seminar Pembentangan dan Pencapaian PPF Tahun 2012 akan di adakan sedikit masa lagi. ICT memudahkan segalanya. Maklum balas dari penceramah dari ceupacs adalah positif dan pastinya banyak maklumat akan di curahkan.

Dari perkembangan keadaan semasa, MA dan SN dapat BIPK kerana mereka ada banyak dokumen yang perlu di isi setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. Tetapi PPF hanya menghantar dokumen bilangan pesakit dan bilangan rx yang di bekalkan setiap bulan. Seterusnya semua PPF perlu memohon kepada PF agar melibatkan diri dalam menghantar segala dokumen ke BPF KKM. Dalam keadaan sekarang, memang PPF tidak layak menikmati BIPK dan sepatutnya selepas simposium tempoh hari, satu pekeliling menengenai tugas-tugas tambahan PPF perlulah di keluarkan dan dengan itu amat jelas bahawa PPF juga layak mendapat BIPK kerana tugas telah bertambah.

Tetapi jika PPF berasa selesa dengan keadaan semasa, buatlah semua kerja yang telah di gariskan, tampa ada penambahan dan selain dari itu, serahkan semuanya kepada PF kerana mereka memang layak dan mendapat elaun kritikal yang bukan sedikit.

Lain-lain PPF letakkan harapan yang tinggi kepada semua ahli Majlis Persatuan dan Exco Kesatuan seramai 20 orang tersebut, dan nasib semua PPF memang terletak di bahu mereka.

Positive thinking, positive result. Tetapi jangan lupa, mereka semua juga adalah insan biasa. Sama macam lain-lain PPF. Tepuk dada tanya selera.

Pada masa inilah Biro Pendidikan, Biro Kebajikan dan Sosial, Biro Multimedia perlulah memainkan peranan sebab usia persatuan dan usia kesatuan telah matang, tetapi PF masih tidak mahu menerima pandangan dan cadangan keduanya. Ini menunjukkan PF memang terror, dan eloklah semua PPF sambung belajar dan jadi PF.

Segalanya di lihat dari perspektif akademik / ilmiah.

Tamat

12 Disember 2012
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3214

View user profile

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by nori on Fri 12 Jul 2013, 7:26 pm

Salam Satu Malaysia
Selamat Bertugas Kepada Semua PPF
Komputer Break Down Dan Lama Tak Forum

Banyak perkara yang berlaku setiap hari yang melibatkan PPF. Banyak juga PPF yang telah di anugerahkan perkhidmatan cemerlang dan kenaikan pangkat. Dan perkhidmatan PPF kepada negara ini pun terus meningkat. Tetapi perubahan yang besar masih belum berlaku lagi dan semua PPF sedang menunggu dengan penuh yakin. Topik ini melibatkan usaha menambah ilmu di kalangan PPF dan jika semua PPF sudah bersedia, marilah kita beramai-ramai jumudkan PPF dan semua PPF yang ada adalah berkhidmat secara KUP sahaja. JPA pernah menjumudkan jawatan bidan tetapi tugasan perbidanan masih di lakukan sehingga hari ini. Jika berjaya, pada masa akan datang semua PF bertugas di farmasi dan selepas berkhidmat selama 12 tahun, semuanya akan dapat gred gaji PFU54. Pada masa hadapan hanya PF dan PRA sahaja bertugas di farmasi. PRA ini bernasib baik kerana mendapat gaji PPF sebab PRA farmasi pada masa akan datang perlu mempunyai Dip in Pharmacy dan jika ada peluang sila sambung pelajaran dan jadi PF. PPF yang ada pada masa ini sila tumpukan kepada usaha agar semua PPF mendapat elaun jahitan RM690 bagi tiga pasang kerana terdapat PTJ yang membayar hanya RM450 bagi tiga pasang dan sepatutnya ianya adalah seragam di seluruh negara. Dan jika tidak berjaya pada tahun 2013, tuntut tunggakan pada tahun 2014. Dari segi akademik, mungkin PPF terbabit amat murah hati, berkorban dan terkorban.

Segalanya di lihat dari sudut akademik.

Tamat

12 Julai 2013
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3214

View user profile

Back to top Go down

Re: masalah memohon transkrip

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum