FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Antibiotik dan kegunaannya

View previous topic View next topic Go down

Antibiotik dan kegunaannya

Post by izamuddin on Mon 01 Feb 2010, 8:41 pm

Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.
Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas
diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang
membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.
Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh
bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit
tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah
disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7
hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik
apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan
hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain
seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet
diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya,
kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii….. )
Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang
mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini
bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan
kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan
bahaya kepada tubuh.
Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?
1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan
boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di
seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan
sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik
boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah
dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang,
usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu
kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia
menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan
seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.
3. Antibiotik sebagai bom nuklear dalam badan. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile
tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang
boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang
membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita.
Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “candida“, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR.
Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam.
Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa
padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat
akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak
ada.
Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring.
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka
Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia
menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar
di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi
berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan
antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini
akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan
sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi
kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik
yang lebih kuat lagi digunakan… ia akan berterusan sehingga tiada lagi
antibiotik yang berkesan terhadap manusia.
Kos Perubatan Meningkat
Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut.
Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat
sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin
memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga
semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin
berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan
wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus
membayar harga itu?
Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan
diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan
antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab…
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas
jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk
menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik.
Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk
kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor,
tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini
klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan
antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan
memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali
menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi
antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal
anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa
tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran
kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.
“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat
cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun
sedikit demam.
Cara Saya
Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi
antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama
seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C
tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada
kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.
Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan
selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah.
Antibiotik mesti dihabiskan.
Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau
selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan .
Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat
selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.
Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!
“Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting.
Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting
esok”.

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit
selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu
kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat.
Antibiotik
tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala
sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda
berehat.
Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya.
Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru
naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak
bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh
bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling
kuat. Itu salah cara.
Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat
disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman
biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila
tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria… Sedikit luka di
kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman
sebelum Perang Dunia Kedua!!

izamuddin
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : M.L.T
Gender: Male
Jumlah Post: 157
Umur: 33
Tarikh Register: 29/01/2007
Reputation: 2
Points: 2958

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum