FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Serat kempiskan perut (Utusan Malaysia)

View previous topic View next topic Go down

Serat kempiskan perut (Utusan Malaysia)

Post by Fieza on Thu 18 Mar 2010, 1:51 pm

Serat kempiskan perut



Aiza Mohd. Yunos menunjukkan produk IZ Fibre yang boleh membantu mereka yang menghadapi masalah kegemukan.

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar WAHIDAH ZAINAL

AMALKAN pemakanan yang mengandungi banyak serat. Nasihat ini selalu
didengar, tetapi tidak begitu memahami kepentingannya pada kesihatan.
Makanan yang kaya dengan serat diperoleh daripada buah-buahan,
sayur-sayuran, bijirin dan kekacang. Makanan jenis ini sudah lama
diketahui kerana keupayaannya mengelak atau melegakan sistem pencernaan
dalam badan.

Serat juga mengandungi kelebihan lain seperti merendahkan risiko diabetes dan penyakit jantung.

Tidak seperti komponen makanan lain contohnya lemak, protein atau
karbohidrat yang dihancurkan dan diserap oleh tubuh, serat tidak
dihadamkan oleh tubuh.

Justeru, ia bergerak melalui perut, usus kecil, usus besar dan
keluar daripada tubuh melalui pembuangan air besar. Nampak macam serat
tidak penting tetapi ia mempunyai beberapa peranan penting bagi
mengekalkan kesihatan yang baik.

Wanita perlu mencuba untuk makan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat sehari sementara lelaki sebanyak 30 hingga 38 gram.

Bagaimanapun ramai menyedari bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mengambil jumlah serat yang diperlukan pada setiap hari.

Ini disebabkan faktor kesibukan lantas mengenepikan cara pemakanan
yang sihat. Akibatnya pelbagai penyakit boleh singgah pada tubuh.
''Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana kekurangan serat boleh
mengakibatkan masalah seperti sembelit, penyakit jantung, kencing
manis, darah tinggi dan sebagainya,'' ujar Aiza Mohd Yunos 35, pengedar
produk IZ Fibre bagi Kuala Lumpur dan Selangor yang ditemui baru-baru
ini.

Aiza berkata, IZ Fibre yang telah enam bulan berada dalam pasaran
selain kaya dengan bahan-bahan serat yang baik bagi kesihatan juga
terbukti berkesan dalam program 10 hari langsing.

''Penggunaan berterusan selama 10 hari pada setiap malam sebelum
tidur dilihat dapat membuang lemak pada bahagian perut yang menyebabkan
perut buncit.

''Selain membantu mengempiskan perut buncit, produk ini juga sesuai
diambil oleh mereka yang mengalami masalah kegemukan. Cuma bancuh satu
sudu besar IZ Fibre dengan satu gelas air sejuk. Keesokan paginya anda
akan terasa hendak membuang air besar. Ini menandakan proses
membersihkan perut dan membuang lemak sedang berlaku.

''Dalam tempoh 10 hari pengambilannya pengguna boleh kehilangan di
antara satu hingga empat kilogram dan ini amat menggembirakan mereka
yang telah mengambilnya,'' jelas beliau lagi yang juga merupakan
pengguna IZ Fibre dan kehilangan enam kilogram dalam tempoh dua bulan.

Aiza berkata, produk yang mendapat kelulusan daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) ini berbeza daripada produk lawas yang lain
kerana ia tidak menyebabkan pengguna terasa sakit perut yang memulas
dan tidak cirit-birit. Jadi pengguna boleh menjalankan aktiviti seperti
biasa dan tidak perlu bimbang untuk keluar rumah pada bila-bila masa.

Menurut Aiza, IZ Fibre yang berperisa epal ini boleh juga diambil
oleh lelaki, selamat bagi kanak-kanak namun tidak digalakkan bagi
wanita hamil.

Beliau menjelaskan, bagi mendapatkan kesan pembuangan lemak yang
lebih ketara, pengguna boleh pula mengambil produk Figure-Up satu
uncang setiap hari selepas sarapan pagi. Figure-Up akan membuatkan
pengguna sentiasa berasa kenyang dan dengan sendiri mengurangkan
pengambilan makanan.

Figure-Up merupakan jus minuman dengan campuran roselle, pueraria mirifica dan lidah buaya yang dapat membantu menyelesaikan masalah lemak berlebihan dan perut buncit.
Rasanya enak, mudah larut dan senang disediakan. Cuma campurkan satu uncang bersama 120-150 ml air sejuk, kacau dan minum.

''Sepanjang pengambilan IZ Fibre dan Figure-Up, pengguna boleh makan
seperti biasa dan tidak perlu berpantang kerana apabila malam, proses
pembuangan toksin bermula dan apabila pagi, lemak akan dikeluarkan
semasa membuang air besar. Cuma lebihkan minum air suam.

''Kedua-dua produk ini paling bagus bagi wanita yang sedang
berpantang kerana dalam masa ini, perut masih belum kempis dan lemak
masih banyak terkumpul pada bahagian-bahagian tertentu badan seperti
paha, lengan dan punggung. Selepas pengambilan, lemak yang tidak
diperlukan dapat dibuang dan tubuh akan kembali langsing jika terus
menggunakannya,'' kata ibu kepada empat orang anak yang berumur
sembilan tahun, tujuh tahun, tiga tahun dan 10 bulan.

Ujarnya, sebagai wanita, kita perlu ada penjagaan dalaman bagi
mengekalkan berat badan ideal yang telah diperoleh. Lagipun apabila
dalaman kita bersih, dengan sendirinya kulit akan menjadi cantik, halus
dan berseri.

Menurut Aiza, Figure-Up adalah selamat dan dirumus daripada
bahan-bahan semula jadi mengikut Amalan Pengilang Baik (GMP) dan halal.
Beliau turut mengalu-alukan mereka yang ingin menambah pendapatan
dengan mengedarkan produk IZ Fibre dan Figure-Up agar menghubunginya di
012-3925942 atau layari www.zzbeauty.com

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1520
Umur: 30
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4483

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Serat kempiskan perut (Utusan Malaysia)

Post by eapui on Wed 07 Apr 2010, 5:58 pm

boleh test ne..

eapui
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : sendiri
Gender: Male
Jumlah Post: 19
Umur: 35
Tarikh Register: 23/03/2008
Reputation: 0
Points: 2433

View user profile

Back to top Go down

Re: Serat kempiskan perut (Utusan Malaysia)

Post by azrunia on Fri 09 Apr 2010, 8:27 am

hemmm................mcm2 produk di pasaran skrg ni........tapi kalau makanan mcm fiber ni bagus untuk sistem penghadaman.......boleh ler beli.......

azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri:
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender: Male
Jumlah Post: 1110
Umur: 1935
Tarikh Register: 23/12/2009
Reputation: 15
Points: 3186

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum