FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

View previous topic View next topic Go down

Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by Fieza on Tue 06 Apr 2010, 10:35 am

Jualan rokok 14 batang tetap diharam

KUALA LUMPUR 5 April - Kerajaan tetap mengharamkan penjualan rokok
14 batang mulai pertengahan tahun ini bagi mengehadkan kemampuan orang
ramai membeli terutama di kalangan remaja.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengharaman
berkenaan bermakna hanya rokok 20 batang yang lebih mahal harganya
boleh dijual kepada orang ramai selepas tarikh berkenaan.

Larangan jualan kotak kurang 20 batang telah diwartakan melalui
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 oleh Kementerian
Kesihatan.

Bagaimanapun, disebabkan rayuan pihak-pihak tertentu termasuk
penanam tembakau, kerajaan telah berkompromi dan menunda pelaksanaannya
sehingga 1 Jun ini.

Penguatkuasaan itu akan membolehkan sesiapa yang melanggar peraturan
berkenaan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi
dua tahun.

Tiong Lai berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Mohd
Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) yang bertanyakan adakah kerajaan akan
menaikkan lagi harga minimum rokok di sidang Dewan Rakyat hari ini.

"Sebarang langkah lain hanya akan diputuskan selepas kajian kesan
kerajaan menetapkan harga minimum rokok iaitu 32 sen sebatang atau
RM6.40 sekotak pada Januari lalu," katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Md. Sirat Abu (BN-Bukit Katil), Tiong
Lai berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi
kerajaan lain terutamanya Kastam Diraja Malaysia untuk membanteras
penyeludupan rokok yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.

"Kerajaan pada masa ini juga tidak bercadang untuk menetapkan harga
siling bagi rokok kerana kadar sedia ada sudah cukup tinggi," katanya.
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5507

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by HH on Tue 06 Apr 2010, 10:28 pm

Tutup kilang rokok..selagi akarnya masih ader, mustahil tabiat merokok boleh dihentikan.
avatar
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 376
Umur : 40
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 4453

View user profile

Back to top Go down

Re: Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by azrunia on Tue 06 Apr 2010, 10:34 pm

dah berbuih orang berkat.....dah berjuta kena kenser.......kilang takkan tutup......perniagaan temabakau ni, menjana pulangan terbesar negara kapitalis.......senang cerita seumbr hasil negara no 2 selepas cukai judi cukai arak tau......
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4199

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by HH on Tue 06 Apr 2010, 10:49 pm

itulah masalah..binasanya manusia dan bumi kerana kerakusan manusia itu sendiri..tau implikasi, tapi masih jugak nak buat..
avatar
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 376
Umur : 40
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 4453

View user profile

Back to top Go down

Re: Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by HH on Tue 06 Apr 2010, 10:56 pm

banyak kita lihat program yang dibuat dalam menangani masalah merokok dibuat untuk dapatkan keuntungan kepada yang tertentu sahaja.

Buat masalah dan selesai masalah..jalan sama, cara penyelesaian sikit beza, tapi tiada penyelesaian yang hakiki..berulang-ulang..
avatar
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 376
Umur : 40
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 4453

View user profile

Back to top Go down

Re: Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by azrunia on Tue 06 Apr 2010, 10:59 pm

itulah bezanya...undang2 yg dicipta manusia......manusia ni hancur sebab lupa janaji dgn PENCIPTANYA...tu jer.....
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4199

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by azrunia on Wed 07 Apr 2010, 3:05 pm

apapun fatwa daru ulama dunia dah mnyatakan rokok itu haram.......
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4199

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by sri on Thu 08 Apr 2010, 2:19 pm

haha.... mana boleh stop... 14 belas tak ada... ada dua puluh... kerajaan buat orang merokok banyak....

sri
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : jurupulih anggota
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 31
Tarikh Register : 08/04/2010
Reputation : 0
Points : 2749

View user profile

Back to top Go down

Re: Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by azrunia on Thu 08 Apr 2010, 8:09 pm

untung jual rokok ni tapi tak salah mcm jual dadah......ikut buruk 2 bendatu sama jer membunuh.......
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4199

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: Jualan rokok 14 batang tetap diharam - utusan malaysia online

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum